Akta DNA: Pindaan Mengejut Undang Seribu Persoalan !
Sememangnya sudah dijangkakan bahawa pindaan Akta DNA akhirnya diluluskan juga oleh Dewan Rakyat, biarpun mendapat tentangan hebat daripada kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat. Jangkaan kita selama ini memang tepat, kerana puak-puak UMNO dan BN sudah tiada cara lagi untuk memastikan Anwar "ke dalam" melainkan dengan membawa usul pindaan akta ini ke parlimen. Pembentangan usul juga dibuat secara tergesa-gesa dengan disokong pula oleh Yang Di Pertuan Dewan Rakyat dan (Pandikar Amin) Timbalannya (Junaidi). Mereka seolah-olah mendapat mandat daripada Perdana Menteri agar menghalang semua hujjah-hujjah yang dibawa oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi menggagalkan akta itu diluluskan. Hasilnya, mereka kini bergembira dan langsung tidak mahu mendengar pendapat serta pandangan yang diluahkan. Dalam pada kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dari Dewan ketika rang undang-undang itu diperbahaskan. [bersambung]
Parlimen: Anwar Kembali, Suara Rakyat Suara Keramat !
Maka, akhirnya mantan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim kini kembali semula ke Dewan Rakyat. Jika dulu beliau duduk sebaris dengan pemimpin BN dan menentang hujjah yang dibuat oleh pembangkang. Kini tidak lagi, Anwar bakal duduk sebaris dengan pemimpin Pembangkang yang baru untuk berhadapan pula dengan pemimpin kerajaan Barisan Nasional. Sesungguhnya, inilah yang dinantikan rakyat sejak sekian lama setelah lebih 10 tahun beliau terpinggir. Soalnya sekarang, ramai diantara ahli parlimen BN nampaknya kelihatan gusar dengan kehadiran Anwar. Nada dan suara mereka pun kini agak perlahan dan lebih berhati-hati, tidak seperti sebelumnya.
Bermula seawal jam 9.00 pagi tadi beberapa orang wartawan dan jurugambar mula membanjiri lobi Parlimen menanti kedatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, kelmarin. Anwar tiba di lobi Parlimen dengan diiringi isterinya sekitar jam 9.50 pagi, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam. Beliau sempat memberitahu pemberita sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah selesai. Sekitar jam 9.51 pagi Anwar kemudiannya melangkah ke Dewan Rakyat. Kehadirannya disambut oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Anwar kemudian telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada kira-kira jam 10.03 pagi. Pandikar Amin turut mengumumkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang melepas beliau selesai menandatangani surat akujanji. Anwar kembali ke dalam dewan semasa perbahasan Rang Undang-undang Identifikasi DNA berlangsung. Sekitar jam 12.00 tengahri Anwar telah mengambil bahagian dalam perbahasan dengan memberi respon kepada ucapan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang bertanya sama ada Majlis Peguam punya kredibiliti untuk mengkaji Akta DNA. Dalam jawapannya secara sini Anwar berkata, yang tidak mempunyai kredibiliti adalah kerajaan yang teruk mengamalkan rasuah.
Isu DNA ternyata bakal menghangatkan dewan rakyat sebenarnya. Apatah lagi pindaan akta itu dikatakan ada kaitan dengan kes liwat Anwar. Apakah dengan kehadiran Anwar sendiri bakal menyebabkan akta ini tidak diluluskan. KIta amatlah berharap akta ini tidak menjadi kenyataan, ini kerana sudah terang lagi bersuluh yang mereka sengaja meminda akta ini demi menghumbankan juga Anwar ke penjara. Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semoga kehadiran Anwar semula ke parlimen ini bakal menjadi isyarat bahawa Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.
Kembalinya Anwar ke parlimen jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa "suara rakyat adalah suara keramat". Ini terbukti dengan melihat senario di Permatang Pauh baru-baru ini. Biarpun beliau diasak dengan berbagai tohmahan dan kutukan, namun rakyat bijak menilai mana yang haq dan mana yang bathil. Akhirnya terbukti yang sesungguhnya UMNO dan BN telah ditolak rakyat sebenarnya. Hanya mereka yang "gila talak" sahaja seperti Ezam yang masih terhegeh-hegeh untuk menunjukkan muka. Justeru itu kita amatlah berharap agar angin perubahan yang melanda di Permatang Pauh ini, bakal membawa seribu makna untuk perubahan yang lebih besar di peringkat pusat tidak lama lagi. Setelah sekian lama kita dinafikan hak dan dizalimi akhirnya orang yang kita harapkan untuk kembali membela nasib rakyat kini muncul. Harapan rakyat dibahu Anwar kini. Sama-samalah kita berdoa agar beliau akan tetap selamat dari sebarang malapetaka yang akan berlaku selepas ini. Klik foto Anwar di Parlimen
[Suara rakyat akhirnya bergema di parlimen. Bangga rasanya melihat kelibat Anwar di dewan rakyat. Tidak sabar untuk menantikan Pak Lah membentangkan bajet 2009 nanti. Apakah beliau berani untuk berhadapan dengan Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan itu. Begitu juga dengan muka-muka Najib, Khairy, Hamid Albar serta lain-lain pahlawan UMNO yang cukup handal berkokok menghentam beliau, biarpun kesnya belum lagi dibicarakan di mahkamah]
P-44 Permatang Pauh: Nama Mu Tetap Dalam Ingatan !!
Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah pun diketahui. Cucu masih berada di sekitar kawasan ini biarpun ramai rakan-rakan telah pulang ke destinasi masing. Bersama rakan-rakan blogger seperti aloha, perisik rakyat dan matcomot kami mengambil peluang untuk meninjau Permatang Pauh selepas pilihanraya. Hasrat utama kami ialah untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang situasi di situ selepas kemenangan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Kami tiba dari Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan sekitar jam 12.30 tengahari melalui Lebuhraya Utara Selatan memasuki lebuhraya BKE (Butterwoth Kulim Express). Malam tadi kami bermalam di rumah Aloha dekat Nibong Tebal. Sepanjang perjalan ke Permatang Pauh, hujan renyai-renyai kelihatan turun. Mungkinkah ini adalah hujan rahmat bagi meraikan kejayaan Anwar Ibrahim.
Suasana di sepanjang jalan masuk ke Permatang Pauh nampaknya sudah kembali tenang. Tiada lagi kereta bersimpang siur melalui kawasan ini. Apa yang ada ialah orang-orang kampung disini yang masih lagi belum puas untuk meraikan kemenangan Anwar. Bagi mereka, mungkin kemenangan Anwar itu bakal menjanjikan masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang. Begitu asyik dapat dilihat penduduk disini berbicara. Kebanyakan bendera,poster, bunting dan kain rentang PKR yang tertera gambar Anwar telah ditanggalkan oleh para petugas. Namun, maklumat diterima bukannya petugas yang menanggalkan poster berkenaan, tetapi sebaliknya ia ditanggalkan oleh para penyokong yang ingin menjadikannya sebagai kenangan. Justeru itulah kebanyakan yang tinggal hanyalah bendera serta poster BN sahaja. Mungkin, petugas yang terlalu kecewa kerana tidak dibayar maka ia dibiarkan begitu sahaja sehingg ada yang menyembah bumi. Atau mungkin juga penyokong UMNO/BN malu untuk mengambil barangan terbabit sebagai kenangan. Maklumlah, calon mereka Ariff Shah kalah besar di Permatang Pauh.
Dalam perjalanan kami juga sempat untuk meninjau lokasi yang dikatakan menjadi tempat pergaduhan para petugas UMNO malam tadi. Difahamkan kekecohan dan kerosakan akibat "rusuhan" yang dibuat oleh beberapa orang petugas UMNO yang dikatakan kerana terlalu kecewa akibat elaun yang dijanjikan tidak dibayar selepas mereka bertungkus lumus menjalankan tugas. Kemungkinan besar isu ini timbul akibat kerakusan beberapa orang pimpinan UMNO Bahagian yang "merembat" duit bayaran tersebut selepas mengetahui keputusan Anwar menang dan calon mereka kalah.
Kabaran yang diterima petugas UMNO itu mengamuk merosakkan peralatan serta perabot dan memecahkan cermin hadapan bangunan UMNO Permatang Pauh yang terletak di Kg.Sungai Semambu, Kubang Semang dekat sini. Kami sempat mengambil beberapa gambar sebagai kenangan. Apapun, sesungguhnya kejadian "amuk" ini jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa sebenarnya penyokong dan petugas UMNO dan BN yang lebih ganas daripada penyokong Pakatan Rakyat seperti yang diwar-warkan selama ini. Kekecohan yang berlaku semalam menyebabkan beberapa buah trak FRU terpaksa dikerahkan ke situ. Laporan diterima, jika pihak polis dan FRU lambat tiba pasti bangunan UMNO Permatang Pauh akan lebih teruk keadaannya dan kemungkinan juga dibakar oleh puak-puak UMNO yang terlalu kecewa dengan keadaan itu. Namun, semua kejadian ini langsung tidak disiarkan dalam media arus perdana. Mereka lebih seronok menggambarkan Anwar menang kerana para penyokongnya bertindak ganas. Inilah dia sebenarnya mentaliti wartawan-wartawan akhbar mereka yang masih lagi cuba ingin mengampu biarpun mereka tahu yang kerajaan BN sudah ditolak bulat-bulat oleh rakyat.
Kami juga sempat meninjau ke lokasi lain, yang kebanyakannya sudah lengang dan tidak semeriah seperti hari-hari sebelumnya. Jika dilihat pada waktu ini, hanya kawasan Kubang Semang sahaja yang masih meriah. Ini kerana kebanyakkan bendera dan poster masih dibiarkan terpasang seperti biasa dan tidak ditanggalkan lagi oleh penduduk setempat. Cucu sempat mengambil beberapa keping poster dan kain rentang sebagai kenang-kenangan. Kami tidak dapat lama berada di Permatang Pauh hari ini, kerana terpaksa balik Ke Nibong Tebal kerana menghadiri satu majlis kesyukuran kemenangan Anwar di Kg. Tanjung Berembang / Sungai Setar (DUN Sg.Acheh, Nibong Tebal). Apa yang menarik pada majlis itu terdapat dua orang penduduk yang mencukur rambut mereka tanda "nazar" dengan kemenangan Anwar. Turut bercukur sebelum itu ialah sahabat Cucu "perisik rakyat". Kami kemudian kembali ke rumah Aloha dan malam ini akan bertolak ke Kualan Lumpur menaiki bas ekspress KKKL dari Nibong Tebal. Sesungguhnya kenangan berkampung selama hampir seminggu di Permatang Pauh adalah satu detik bersejarah yang sukar untuk dilupakan.
Cucu mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu sepanjang berada di Permatang Pauh. Rakan-rakan seperti Saudara Hashim Ngadiman (kopis Sawda), En.Hamid (Tendong, Kelantan), Fahmi dan Zaini (Guar Perahu), serta rakan-rakan blogger seperti Mat Saman Kati, Aloha, Perisik-Rakyat dan lain-lain lagi. Foto terkini Permatang Pauh
[Kenangan paling manis yang tak dapat dilupakan ialah dalam ketiga-tiga calon yang bertanding, hanya seorang calon sahaja yang sempat untuk kami beramah mera dan bergambar kenangan. Ianya bukan Anwar (PKR) mahupun Ariff Shah (BN), tetapi calonnya ialah Hj.Hanafi Mamat (AKIM). Kejadian ini berlaku petang hari pengundian, tatkala lalui Bilik Gerakan AKIM dalam perjalanan menuju ke Yayasan Aman, Penanti. Tkasih Hj.Pi !]
Eksklusif: Anwar Menang Majoriti Di Permatang Pauh !!
Sesungguhnya berita paling gembira dalam sejarah negara kini terbukti. Setelah terpaksa menghadapi berbagai cemuhan, fitnah, dugaan dan pengorbanan akhirnya terbukti rakyat mahu Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen. Keputusan tidak rasmi bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh kini sah milik Anwar. Kemenangan besar Anwar dengan mendapat 31,195 undi mengalahkan calon BN Ariff Shah yang hanya mendapat 15,524 undi jelas sekali membuktikan bahawa rakyat sememangnya mahukan perubahan. Majoriti yang diperolehi Anwar 15,671 iaitu meningkat sehingga mencecah 2,273 undi itu dilihat jelas sekali membuktikan Anwar sememangnya sedang berada di kemuncaknya. Jalan semakin hampir dan laluan semakin terbuka luas kini untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Apapun tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pengundi Permatang Pauh yang berani membhuat keputusan yang sungguh membanggakan ini.
Keputusan ini sememangnya telah dijangkakan sejak hari penamaan calon lagi. Rakyat sudah muak dan jelek dengan segala tohmahan serta fitnah jahat yang dibuat kepada mantan TPM itu. Seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dan teruja dengan keputusan ini. Benarlah telahan semua pihak bahawa sememangnya Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar. Maka terbuktilah kini, yang BN dan UMNO sudah ditolak rakyat Permatang Pauh. Biar pun mereka "menyuap" rakyat dengan berbagai kemewahan dan pembangunan, namun rakyat lebih bijak dalam membuat keputusan. Anwar dipilih biarpun serangan diberika terhadapnya oleh seluruh jentera kerajaan terutamanya media arus perdana. Namun, segalanya bagai ditakdirkan kemenangan jua tercipta akhirnya. Sesungguhnya kemenangan Anwar jelas sekali bakal membuatkan ramai pemimpin UMNO dan kerajaan tidak dapat tidur lena. Baru mereka tahu bahawa suara rakyat adalah suara keramat, dan rakyat adalah hakim negara.
N12 - DUN PENANTI
PKR
BN
AKIM
MAJORITI
8,064
4,229
27
3,834
N10- DUN SEBERANG JAYA
PKR
BN
AKIM
MAJORITI
11,084
6,435
36
4,684
N11- DUN PERMATANG PASIR
PKR
BN
AKIM
MAJORITI
12,034
4,391
26
7,643
KEPUTUSAN KESELURUHAN
PKR
BN
AKIM
MAJORITI
31,195
15,524
92
15,671
Kelihatan beberapa orang pengundi hantu yang sempat ditahan di Tol Juru. Mereka dipercayai dipunggah dengan kereta dari plaza tol itu ke tempat pengundian. Dipercayai terdapat 25 buah bas, 21 buah telah berjaya mengundi dan 4 buah sempat ditahan kemudian dibawa ke IPD Seberang Jaya. Insiden ini menyebabkan beberapa orang penyokong PKR termasuk Ahli Parlimen Padang Serai (N.Gobalakrishnan) telah ditahan dan dibelasah oleh pihak polis.
Laporan terkini yang diterima sekitar jam 3 tadi menjelang proses pengundian bermula pagi ini, akibat terdesak pihak BN telah cuba membeli 5,000 kad pengenalan pengundi di DUN Seberang Jaya. Jika ini benar, maka tidak syak lagi mereka tertekan kini dan cuba mencari jalan untuk menggagalkan misi Anwar secara terkutuk. Adalah dipercayai, pembelian kad itu bertujuan supaya pengundi terbabit tidak keluar mengundi dan mereka diberikan ganjaran tertentu oleh pihak BN. Kita belum pasti lagi berapakah bayaran yang dibuat. Namun laporan sulit ini diterima daripada rakan-rakan yang bertugas di Bilik Gerakan BN sendiri. Puak-puak UMNO ini lupa, bahawa ada dikalangan petugas mereka yang sudah benci dengan sikap pemimpin parti karat itu. Mereka hanya bertugas demi untuk mendapatkan wang semata-mata. Sebenarnya, mereka juga tahu dan lihat sendiri segala kejahatan yang dilakukan oleh puak-puak mereka. Akhirnya maklumat ini terpaksa didedahkan demi masa depan.
Dengan maklumat kehilangan hampir 1000 nama pengundi di Permatang Pauh seperti yang dilaporkan baru-baru ini, ditambah lagi dengan berita pembelian kad pengenalan inisudah pasti pilihanraya kecil ini adalah sesuatu yang paling berbahaya dilakukan oleh puak-puak UMNO/BN ini. Inilah usaha dan jalan terakhir bagi mereka menumbangkan Anwar di sini. Mereka sendiri sebenarnya sedar dengan kekuatan serta sokongan tidak berbelah bahagi rakyat terhadap Anwar. Serangan demi serangn yang dilakukan ternyata gagal memberi kesan malahan membuatkan rakyat semakin bersimpati dengan nasib mantan TPM itu.
Hasilnya, jalan terbaik ialah mereka membuat serangan menerusi jalan "teknikal" yang lebih jahat termasuklah membeli kad pengenalan para pengundi berdaftar. Kita amat khuatir dengan penghantaran hampir 6000 pasukan polis ke Permatang Pauh juga ada kaitan dengan pembelian ini. Terdapat maklumat yang menyatakan kad pengenalan tersebut akan digunakan oleh pihak polis (SB) yang akan menyamar sebagai penduduk disini. Jika ini berlaku sememangnya sungguh malang nasib SPR kerana sudah pasti strategi ini juga dirancang oleh mereka. Sebab itulah orang kanan SPR, Kamaruzaman Md Noor marah benar bila PKR mendedahkan akan kehilangan hampir 1000 pengundi berdaftar semalam. Kemarahan ini jelas dapat dilihat semasa beliau membuat sidang media semalam, Sepatutnya beliau menyiasat perkara ini, namun dengan bangganya dia mengatakan bahawa SPR telus dan adil, tidak mungkin melakukan perbuatan demikian. Walhal satu dunia sudah mengetahui kebobrokan SPR di Malaysia.
Walau apapun yang terjadi, ramai pihak masih meramalkan Anwar akan menang juga di Permatang Pauh hari ini. Cuma, dengan strategi jahat mereka itu. Mungkin terdapat pengurangan undi majoriti semata-mata. Sebaliknya kemenangan sudah terasa di sini sejak awal-awal hari penamaan calon lagi. Sama-sama kita berdoa agar kemenangan berpihak kepada Anwar. Sokongan anda amatlah diharapkan demia masa depan agama, bangsa dan negara.
[cucumatkilau ditahan dan tidak dibenarkan memasuki kawasan Permatang Pauh, atas alasan orang luar. Rundingan dan taktik sedang dibuat untuk membolehkan kami menceroboh juga masuk dalam apa jua keadaan sekalipun. Insya Allah, gambar-gambar terkini akan disiarkan bila-bila masa. TKasih]