Tak@Bernama cmkOnline PENGUMUMAN : Pihak Kami Memohon Maaf Atas Kelewatan Mengemaskini Blog Ini | Apapun Terima Kasih Kerana Terus Berkunjung Sini | Sokongan Dan Perhatian Anda Amatlah Dihargai | Luahan Pendapat, Pandangan, Cadangan, Komen dan Artikel Untuk Di Siarkan, Sila Emailkan Ke cmk_pahang@yahoo.com | Harap Maklum











:: ANDA TETAMU KE ::

[ MULAI 5 DIS 1998 ]


[ HITS TERKINI MULAI 25.5.2008 ]

   

<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

pahangdaily
Ukhwah.com :: Top Blog

Biodata



BIODATA - CMK dilahirkan pada 25 Mei 1971 di Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Namun begitu CMK hanya sempat tinggal selama 2 Tahun sahaja di Bukit Goh. Sekitar tahun 1973 keluarga CMK telah berpindah ke Felda Kenanga Jengka 7, Bandar Pusat Jengka (Kini Bandar Tun Razak Jengka) Pahang. Ayahanda CMK berasal dari Kg. Pulau Tawar, Jerantut Pahang iaitu Kampung asal tempat kelahiran Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau & Tok Gajah. CMK adalah dari keturunan Aki Mat Yunus Teh (Pewaris Kitab Salasilah 13 Keturunan Pulau Tawar) Manakala sebelah bonda pula berasal dari Kg.Salan, Gemencheh, Negeri Sembilan (Suku Biduanda dalam Adat Pepatih). CMK merupakan anak ke-3 dari 10 orang adik-beradik. CMK Dibesarkan dan mendapat didikan awal di Sek.Keb. Jengka 7, Maran (1978-1983), kemudian ke Sek.Men. Jengka 6, Maran (SRP 1984-1986) dan Sek.Men. Jengka 2, Maran (SPM 1987-1988) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara yang dulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Perak, di Bandar Baru Seri Manjung, Sitiawan dalam Jurusan Perancangan Bandar Dan Wilayah (1989-1991). Arwah ayahanda (Jamaluddin Md.Yunus) dan arwah bonda (Kamsiah Jamil) adalah merupakan bekas pemimpin kanan UMNO dan masyarakat yang amat disegani di tempat CMK (Felda Jengka 7). Namun, Alhamdullillah diakhir hayat mereka CMK berjaya mentarbiahkan mereka supaya kembali ke jalan yang benar serta menyokong perjuangan manusia yang ingin menegakkan Islam dan Keadilan di bumi ini. Ayahanda CMK adalah orang yangbertanggungjawab menubuhkan UMNO Cawangan Jengka 7 sejak tahun 1973(Kubu kuat BN DUN Chenor). Beliau memegang jawatan Ketua UMNO sejak 1973 sehingga menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 2001. Jawatan lain yang turut dipegang ialah Naib Pengerusi JKKR, Pengerusi PIBG, Pengerusi RELA, Pengerusi Koperasi, Belia dan lain-lain lagi. Ayahanda CMK juga merupakan orang kuat PAKIDA di Wilayah Jengka suatu ketika dulu. Bonda CMK pula adalah Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi GPW Felda hinggalah beliau meghembuskan nafas terakhir pada tahun 1999/ Al-Fatihah buat kedua orang tua CMK yang telah pergi ke rahmatullah


PEKERJAAN - Selepas tamat SPM 1989, CMK telah bekerja sebagai penoreh getah membantu orang tua di Felda Kenanga Jengka 7. Sekitar pertengahan tahun 1989 CMK telah berhijrah ke kotaraya Kuala Lumpur dan bekerja sambilan di Restoran makanan segera KFC di Jaya Jusco Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur selama 6 Bulan. Selepas itu sekitar penghujung 1989 CMK mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke ITM dalam Jurusan Perancangan Bandar Dan Wilayah. Selepas tamat pengajian sekitar penghujung tahun 1991, CMK bekerja kontrak di SCANS, anak syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) Jalan Semantan, Damansara Height, KL selama lebih kurang 6 bulan. Pada awal 1992 CMK balik ke Bumi Pahang Darul Makmur, dan bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di beberapa buah sekolah sekitar Wilayah Jengka. Antaranya ialah Sek.Keb Jengka 14, Sek.Men Jengka Pusat 2 (Depan Uitm Jengka Sekarang) dan yang terakhir di Sek.Men Jengka 6. Semasa menjadi guru juga CMK banyak melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Dimasa yang sama CMK juga telah mula bertugas secara sambilan sebagai Juruhebah (DJ) dan Pengacara Majlis (MC) dibeberapa buah pasaraya di sekitar Wilayah Jengka (Mat Sapak) dan Temerloh (Pelangi).
Pada 1 Julai 1995, CMK telah ditawarkan bekerja sebagai Juruteknik dengan sebuah jabatan kerajaan negeri di Kuantan, Pahang. 17 Jun 1995, sebelum melaporkan diri, CMK telah menyertai sebuah rancangan TV3, iaitu Sinaran Pasport Kegemilangan TV3. Biarpun gagal ke akhir, ia merupakan pengalaman yang paling manis dalam hidup CMK kerana telah membuat persembahan secara "Live" di kaca TV yang disaksikan oleh lebih 2 juta rakyat Malaysia ketika itu. Oktober 2003, CMK meletakkan jawatan 24 Jam dari jabatan kerajaan hinggalah ke hari ini. Perletakan jawatan tersebut disebabkan tekanan dan juga perjuangan yang tidak selaras dengan dasar-dasar kerajaan memerintah ketika itu. Biarpun pada awal 1999 CMK pernah diberi amaran untuk dipecat kerana membuat sokongan secara terbuka kepada Anwar Ibrahim. Namun, atas undang-undang dan peraturan,perkara itu tidak berlaku. Akhirnya CMK mengambil keputusan sendiri, kerana sudah jemu untuk bersekongkol dengan kerajaan berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyatnya di muka bumi ini. CMK adalah merupakan salah seorang kakitangan kerajaan Pahang yang membuat sejarah letak jawatan 24 jam ketika itu. Buat masa ini CMK banyak menjalankan urusan perniagaan dalam bidang pengurusan acara dan pengiklanan di sekitar negeri Pahang .


POLITIK - CMK tidak bercimpung secara aktif dalam politik seperti lain-lain pemimpin seangkatan sebelum ini. CMK lebih banyak berkhidmat di belakang tabir. Namun sejak dibangku sekolah lagi CMK telah aktif dalam bidang kepimpinan termasuk menjadi Pengerusi dan Setiausaha kelab / persatuan di sekolah. CMK adalah Ketua Pengarang majalah sekolah (JAYA) dan asrama (SINAR) di Sek.Men Jengka 2 ketika itu (1987-1988). Di ITM, CMK juga pernah memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar (Naib Yang DiPertua) untuk sesi 1990-1991, dan menjadi Setiausaha beberapa buah Kelab dan persatuan. CMK telah dipecat dari jawatan tersebut akibat menjalankan penyiaran "Radio Haram" di kampus. (Teringat kat rakan-rakan di ITM Perak, Seri Manjung .. Mitnite Radio still in my memories)
CMK juga aktif dalam bidang kemasyarakatan di kampus dan juga di tempat tinggal. Pernah terlibat dalam beberapa buah NGO seperti ABIM, Majlis Belia Negeri Pahang dan jawatan terakhir sebagai Pengarah Keahlian Dewan Muda, Dewan Perniagaan Malaysia Negeri Pahang. Namun, selepas itu CMK meletakkan jawatan bagi menumpukan sepenuh masa dalam bidang perniagaan.
CMK juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha UMNO Cawangan selama beberapa penggal kemudian meletakkan jawatan setelah pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Sejarah terpahat, biarpun tidak terlalu aktif berpolitik CMK telah dipilih sebagai calon pilihanraya DUN Lepar, Pahang atas tiket Parti Keadilan Nasional pada pilihanraya umum ke-10 (2004). Namun akibat kepincangan dan kecelaruan yang berlaku dalam parti di peringkat bahagian, CMK akhirnya menarik diri disaat-saat akhir dan memberi laluan kepada calon PAS dalam pilihanraya umum itu. CMK kemudiannya mula melepaskan jawatan secara rasmi dari Keadilan pada bulan Mac 2004, jawatan terakhir yang disandang ialah Ketua Pemuda Keadilan Paya Besar, Pahang. Namun begitu, masih mempunyai hubungan yang rapat dengan kepimpinan kanan parti samada peringkat bahagian maupun pusat sehingga ke hari ini. Selepas meletak jawatan dari Keadilan, CMK telah beberapa kali dipujuk untuk menyertai UMNO. Namun atas dasar perjuangan, CMK masih lagi konsisten biarpun terdapat banyak tentangan dan halangan yang dihadapi.

center>

TERKINI - CMK telah dipilih oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Kerusi DUN N.39 Kemayan dalam kawasan Parlimen Bera, Pahang. Walau bagaimana pun CMK telah kecundang ditangan Calon BN. Biarpun tewas, CMK amat berpuas hati kerana kalah yang bermaruah. Terima kasih buat semua pengundi di DUN Kemayan. Apapun CMK amat yakin kemenangan sudah semakin hampir buat Barisan Alternatif. Tahniah buat semua rakan-rakan yang telah berjaya menang dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Teruskan perjuangan !! Buat rakyat di DUN Kemayan yang menyokong CMK, terima kasih diucapkan. semoga perubahan dapat dilakukan demi masa depan !

PENULISAN KREATIF - CMK sebenarnya tidak mempunyai asas menulis secara formal. Cuma di sekolah CMK banyak memenangi hadiah dalam bidang penulisan. Pernah juga memenangi hadiah untuk peraduan penulis Esei pendek anjuran Esso-Gapena pada tahun 1989 atas tajuk "Komuter, Atasi Kesesakan Di Kuala Lumpur". CMK mula berkarya dan terlibat dalam bidang penulis reformasi sejak tahun 1998 lagi. Pada awalnya CMK menggunakan nama pena danielMS, namun akhirnya menukarkan kepada Cucumatkilau sehingga kekal ke hari ini. Minat menulis timbul atas dasar ingin turut menyumbangkan tenaga kepada perjuangan biarpun dari belakang tabir. Tulisan CMK lebih banyak berdasarkan kepada pengamatan dan minda CMK sendiri. Biarpun tidak mempunyai apa-apa tauliah dalam bidang penulisan, namun bakat yang ada secara semula jadi dalam diri ini telah menjadikan tulisan CMK turut diminati oleh para pembaca. CMK juga pernah menjadi penulis jemputan dalam beberapa buah akhbar tabloid mingguan seperti Media Terkini, Mingguan Misteri dan banyak lagi dan kini masih menulis untuk membela rakyat , dan tulisan CMK banyak tersiar dalam ruang forum pembaca di Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan sebagainya. Biarpun banyak pihak yang menghentam dan mengkritik cara penulisan CMK. Namun bagi cucumatkilau selagi darah perjuangan masih mengalir dalam diri ini, maka selagi itulah CMK akan terus berkarya hingga ke akhir hayat. Selain daripada penulisan CMK juga meminati bidang lukisan terutamanya karikatur & Komik. Pernah juga menjadi kartunis sambilan di beberapa buah majalah komik suatu ketika dulu.Biarpun ramai yang sememangnya telah mengenali CMK, namun bagi sebilangan besar diantara pembaca masih tertanya-tanya siapakah cucumatkilau. CMK sebenarnya pernah menjadi Juruhebah dalam beberapa buah stesyen radio swasta dan kerajaan di negara ini, namun CMK dipecat akibat sikap pro-pembangkang. CMK pernah mengendalikan rancangan "Kuantan Express" di RTM Pahang hingga tahun 1999. Pengalaman manis CMK ialah ketika menjadi Juruhebah yang bertanggungjawab menceriakan Majlis Perkahwinan Puteri Reformasi Nurul Izzah di Bukit Damansara suatu ketika dulu. Hingga ke hari ini CMK masih menjalankan tugas sebagai Juruhebah dan Pengacara Majlis untuk program-program keramaian rasmi dan tidak rasmi di seluruh negara

BLOGGER - CMK mula menulis artikel di laman blog sejak 5 Disember 1998 iaitu sebulan selepas Anwar di pecat dari UMNO dan kabinet. Ini bermakna hingga saat ini, CMK sudah 10 tahun menjadi Blogger. Bukan keuntungan atau gaji lumayan yang dicari. Tiada siapa yang membayar kerja-kerja CMK sejak sekian lama. Namun, demi perjuangan inilah sahaja suara CMK, kerana CMK tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam parti, NGO atau sebaginya. Biarpun banyak rintangan dan dugaan, namun berjaya ditempohi. Setakat ini CMK sudah menulis lebih dari 500 artikel yang disiarkan juga dalam laman-laman reformasi yang lain seperti tranungkite, marhaen dll. Sepanjang menjadi blogger, satu tragedi telah berlaku pada tanggal 25 Disember 2008 lalu apabila CMK telah ditangkap secara ganas oleh 8 orang anggota polis di Kuantan. Rumah , laptop, HP dan kenderaan CMK dirosakkan dan diceroboh. Berkat sokongan dan darah perjuangan Pahlawan Mat Kilau yang mengalir, CMK berjaya mengatasi dugaan ini. Berita penangkapan CMK boleh dilihat di SINI, atau taipkan sahaja "tangkapan blogger cucumatkilau" atau "blogger wanted" di yahoo/google search engine. Selagi hayat dikandung badan CMK akan terus menulis biarpun pahit untuk ditelan.

SENSASI - CMK telah berjaya menjadi orang awam ke-5 yang berjaya masuk ke dalam Mahkamah Persekutuan semasa mahkamah menjatuhkan hukuman 9 tahun penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, artikel "Perbicaraan Anwar Dari Sebalik Tirai Orang Awam" telah disiarkan dalam akhbar Harakah. Artikel
"Bukti Jelas Mengapa BN/UMNO Perlu Ditolak" tulisan CMK juga telah disiarkan dalam makalah BULETIN PENDANG & ANAK BUKIT semasa Pilihanraya Kecil di kawasan tersebut. Tulisan tersebut benar-benar membakar perjuangan dan menjatuhkan imej BN/UMNO sebenarnya. CMK kini sedang sibuk menyiapkan beberapa buah buku yang berkaitan dengan sejarah, politik dan usahawan. CMK juga banyak terlibat dalam penerbitan beberapa buah artikel yang berkaitan dengan Pahlawan Mat Kilau. CMK adalah satu-satunya keturunan Mat Kilau yang masih menyimpan "Buku Kanun Sejarah Salasilah 13 Generasi Pulau Tawar : Mat Kilau" hingga ke hari ini


MATLAMAT - CMK bukanlah dilahir sebagai seorang yang harus menjadi pemimpin utama seperti rakan-rakan yang lain. CMK lebih suka berada di belakang tabir demi meneruskan perjuangan untuk mendaulahkan Islam dan keadilan di bumi Malaysia tercinta ini. CMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberikan sokongan untuk CMK terus berkarya sejak dulu, kini dan selamanya. Perjuangan harus diteruskan untuk agama, bangsa dan negara. Perubahan harus dilakukan demi masa depan anak-anak dan generasi kita akan datang. CMK ingin sekali melihat negara ini benar-benar mengamalkan pemerintahan secara demokrasi seperti yang telah termaktub dalam undang-undang tubuh negara sejak merdeka lagi. Rakyat harus terus dibela daripada menanggung derita buat selama-lamannya. Perjuangan untuk melakukan perubahan harus diteruskan. Salam Perjuangan yang abadi dari CMK seisi keluarga.


[ VIDEO TANGKAPAN ]

Perhatian: Anda Ada Masa Klik Pada Iklan-Iklan Yang Dipaparkan Di Sini. Kami Akan Dibayar Bila Anda Klik Sini. Itu Sahaja Sumbangan Yang Boleh Anda Lakukan Secara Percuma Untuk Bantu Dana Blog Ini. Terima Kasih Atas Sokongan


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, August 19, 2008
.

DNA: Pindaan Akta, Taktik Drastik Untuk Halang Anwar !!

 

Sememang telah dijangka, biar apapun yang terjadi Anwar akan tetap disabitkan dengan kesalahan jenayah liwat terbarunya itu. Maka, apalah gunanya Anwar bersumpah atau percaya kepada mahkamah lagi kini. Sememangnya puak-puak UMNO karat yang tidak berhati perut ini akan tetap meneruskan agenda mereka untuk menjatuhkan hukuman terhadap beliau biarpun kes liwat ini agak "kabur" dan banyak menimbulkan keraguan yang munasabah. Tidak perlulah kita ulas lagi tentang segala keraguan tersebut. Hanya mereka yang diberikan akal dan fikiran yang waras oleh Allah Taala sahaja yang dapat menilai perkara ini dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang sudah "beku" dan "terbelenggu" dengan jiwa karat biru, sudah pasti tetap yakin bahawa isu liwat terbaru Anwar adalah betul belaka.
 
Sudah terang lagi bersuluh, dalam isu yang membabitkan DNA terhadap Anwar baru-baru ini jelas sekali telah membuktikan "kebodohan" PM Pak Lah Badawi. Dengan menggunakan otak  yang sudah tidak masuk akal itu Pak Lah dengan bangganya menyatakan DNA Anwar yang diambil 10 tahun lalu sudah tidak boleh digunakan lagi. Ini bermakna DNA itu sudah habis tempoh agaknya. Walhal, semua orang tahu bahawa DNA boleh digunakan sampai bila-bila dan ia melampau batasan waktu. Bahkan, ahli-ahli sains dan pakar sejarah masih boleh mengetahui usia sesuatu barangan atau makhluk itu melalui DNA biarpun ia sudah mati atau musnah sejak berabad lamanya. Bahkan, DNA haiwan zaman pra-sejarah "Dinasour" masih boleh diketahui usia dan habitatnya hanya melalui DNA. Maka itu, mana mungkin DNA Anwar yang baru berusia 10 tahun itu tidak boleh digunakan lagi. Kenyataan Pak Lah itu sebenarnya menunjukkan betapa "bebal"nya pemikiran Perdana Menteri Malaysia yang paling lemah itu.
 
Menurut Menteri Dalam Negeri UMNO yang paling "bangang" iaitu Hamid Albar berkata bahawa Rang Undang-Undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang bakal menjadi peraturan yang digunakan bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberikan sampel DNA mereka kepada pihak berkuasa dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama hari ini.  Beliau juga dengan bangganya menegaskan bahawa kerajaan sudah merancang untuk mewujudkan akta tersebut sejak tahun 2001 bagi memudahkan proses pengecaman penjenayah. Rang Undang-Undang Indentifikasi DNA, jika diluluskan, akan menyediakan hukuman yang boleh dikenakan terhadap mereka yang enggan memberi, membenar atau menghalang sampel DNA bukan intim (non-intimate) seperti kuku, calitan daripada bahagian bukan sulit badan dan air liur diambil untuk diuji dalam sesuatu kes jenayah yang disiasat.
 
Bagi sampel DNA intim (intimate sample) pula, air mani, darah, cecair badan atau tisu, urin, bulu kemaluan dan calitan bahagian sulit individu diwajibkan diambil daripada mereka yang menjadi suspek kes jenayah. Menurut beliau lagi penjenayah yang menjadi suspek kes jenayah akan diwajibkan memberi sampel DNA mereka bagi memudahkan pihak berkuasa mengumpul bahan bukti di peringkat siasatan.penjenayah yang menjadi suspek kes jenayah akan diwajibkan memberi sampel DNA mereka bagi memudahkan pihak berkuasa mengumpul bahan bukti di peringkat siasatan. Sekali pandang, bagus juga cadangan pindaan akta ini sebenarnya. Namun bila dikaji balik, sesungguhnya bagai ada sesuatu yang tidak kena terhadap pindaan akta ini. Tambahan pula isu DNA begitu popular mutakhir ini kerana ia dikaitkan dengan "enggan memberi, membenar dan menghalang" yang melibatkan mantan TPM Anwar Ibrahim. Jika dilihat kepada perenggan berkenaan maka sudah tentulah amat tepat dan wajar kita katakan akta itu sebenarnya dibuat khas untuk Anwar. Ini kerana puak-puak tidak berhati perut ini telah gagal memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya baru-baru ini. Malahan juga mereka dilihat menghadapi kesulitan untuk mendapatkan perintah mahkamah atas perkara sensasi ini.
 
Anwar sejak awal-awal lagi tidak membenarkan sampel DNAnya diambil. Ini berdasarkan kepada kurang keyakinannya terhadap pihak berkuasa di negara ini. Beliau yakin sampel DNA itu akan dimanipulasi bagi membuktikan bahawa beliau terlibat dengan kes liwat Saiful Bukhari. Buat masa ini, kes ini menjadi agak "berbahaya" untuk mereka memandangkan kenyataan dan fakta berbelit-belit antara laporan polis, dakwaan mahkamah dan akuan sumpah laknat Saiful baru-baru ini. Jika ia dibicarakan, sudah pasti peguam Saiful yang "tidak popular" itu bakal kecundang berhadapan dengan barisan peguam Anwar yang cukup handal dan profesional. Maka, bagi menguatkan lagi "bukti kes" walau dalam apa jua cara sekali pun sampel DNA Anwar mesti diperolehi segera. Jika tidak satu dunia akan tahu "konspirasi jahat" mereka.
 
Namun begitu, tersangat melucukan bila Hamid Albar berkata pindaan itu tiada kaitan dengan mana-mana individu termasuklah juga Anwar Ibrahim. Punyalah "bengap" mamat Hamid Albar ini, macamlah rakyat Malaysia ini "bangang tahap gaban" macam puak-puak UMNO karat itu. Dia tak payah cakap pun orang dah tahu bahawa semua itu adalah langkah drastik yang dirancang untuk memerangkap Anwar Ibrahim sebenarnya. Tambahan pula dengan frasa yang menyebut kerajaan sudah merancang perkara ini sejak tahun 2001 lagi. Ini memungkin kepada mereka untuk menggunakan akta tersebut terhadap Anwar sekarang. Mereka boleh menipu dan membuat "backdated" terhadap kelulusan akta itu biarpun ia masih belum diluluskan di parlimen. Ini bermakna Anwar akan menjadi mangsa akta berkenaan dan pihak polis mempunyai hak untuk menangkap dan mengambil sampel DNA Anwar untuk tujuan penyiasatan.
 
Akhir kalam, bukan siasatan yang dibuat tetapi sebaliknya mereka akan menggunakan sampel DNA tersebut sebagai bukti untuk mengesahkan keterlibatan Anwar dalam isu liwat dengan si Saiful. Macam-macam cara boleh mereka gunakan, kerana polis di Malaysia sangat profesional dan canggih hinggakan nak cari Nurin Jazlin pun mereka terpaksa minta bantuan FBI bagi memeriksa CCTV. Bukankah polis di Malaysia memang hebat dan terbaik kini.
 
Maka itu, usahlah kita hairan bila Anwar akan ditangkap biarpun mantan TPM itu memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Apa yang penting Anwar mesti disabitkan dengan kesalahan jenayah itu, demi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Itulah sahaja jalan terakhir yang boleh digunakan oleh puak-puak UMNO ini demi masa depan politiknya. Orang-orang seperti Najib dan Hamid Albar hanyalah pelengkap "konspirasi liwat 2" ini. Apa yang pasti, dan memang pasti ini akan terjadi !!
 
Apapun, sama-samalah kita berdoa agar semua ini tidak menjadi kenyataan kelak. Marilah kita sama-sama mempertahankan kedaulatan undang-undang dan menyelamatkan insan yang teraniya dan telah dizalimi sejak sekian lama. Rakyat hakim negara, buat warga Permatang Pauh pastikan undi anda untuk PKR demi masa depan Anwar dan Malaysia yang lebih bermakna.
 
[Mereka hanya merancang, tetapi segalanya hanya Allah yang akan menentukan. Lihat sahaja, dari sehari ke sehari terserlah pembohongan kes liwat Saiful ini. Rakyat bukan semakin percaya, malahan semakin benci dan meluat melihat apa yang berlaku didepan mata mereka ini. Fikirkanlah]

Posted at 07:55 am by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel  

.

Al-Quran: Black Metal Pijak, Saiful Sumpah, Apa Bezanya !!

 

Maka hebohlah seluruh negara dan seantero dunia perihal pelakon liwat terkenal tanahair Saiful Bukhari Azlan akhirnya membuat "sumpah laknat" menggunakan Al-Quran. Entah kenapa, dengan tidak semena-mena si Saiful tiba-tiba melafazkan sumpah tersebut sehari menjelang hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh?. Sungguh hairan kita melihatnya. Apakah beliau cuba untuk memberikan imej buruk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya rakyat di Permatang Pauh hilang kepercayaan dan menolak beliau?. Atau, apakah Saiful sengaja membuat sumpah berkenaan sebagai senjata untuk mengertak Anwar supaya melakukan perbuatan yang sama sepertinya.
 
Semua ini, jika dilihat sekali imbas ada kekuatannya. Saiful bersumpah dengan nama Allah menggunakan Al-Quran dan dihadapan Imam dalam sebuah masjid. Memang sungguh hebat budak Saiful ini. Namun, jika dipandang dari sudut yang  lain pula. Kenapa beliau tergesa-gesa membuat sumpah laknat tersebut, sedangkan kes itu telah dibawa ke mahkamah. Tidak bolehkah beliau bersabar sedikit dan membentangkan segala bukti di mahkamah nanti. Bukankah perbuatan beliau itu "menghina mahkamah". Namun, apakah beliau boleh didakwa kerana kesalahan itu?. Jawapannya sudah pasti "tidak mungkin" kerana Saiful kini dijaga dan diawasi oleh pihak polis dengan begitu rapi sekali.
 
Justeru itu, mana mungkin beliau boleh didakwa menghina mahmakah biarpun apa yang dilakukan dan kenyataan berbelit-belit yang dikeluarkan. Jika tidak, kenapakah sumpah itu dilakukan juga?. Siapa yang memberi arahan sebenarnya?. Sungguh lucu adengan ini, biarpun puak-puak UMNO mengatakan ia tiada kaitan dengan "politik". Saiful bersumpah atas kerelaan dirinya sendiri. Soalnya sekarang, jika beliau rela sekalipun beliau boleh melakukannya dimahkamah. Mahkamah yang akan menentukan sama ada Anwar bersalah atau tidak. Apakah dengan bersumpah itu, saiful "benar" dan laporan yang dibuatnya adalah "betul"?. Beliau "mangsa" atau Anwar sebenarnya yang menjadi "mangsa". Jika Saiful mengatakan beliau "mangsa liwat", maka Anwar juga boleh mengatakan yang beliau adalah "mangsa fitnah". Maka kedua-duanya adalah mangsa. Saiful tidak boleh terburu-buru dalam hal ini. Pendakwaan telah dibuat dimahkamah seksyen baru-baru ini, dan mahkamah menetapkan 12 September untuk perbicaraan semula. Jika Saiful ada apa-apa bukti, beliau boleh membawanya ke mahkamah. Peguam beliau boleh menguruskan hal itu. Tidak perlulah Saiful bersusah payah buat sumpah laknat. Hingga beliau tergamak melaknat seluruh keturunannya. Adilkah Saiful jika begini sikapnya?.
 
Kini ulamak dan pemimpin UMNO Karat sudah mula berbunyi. Kononnya Saiful sudah bersumpah dan bila lagi Anwar nak bersumpah?. Ini masalahnya, modal ini akan digunakan bagi meyakinkan rakyat bahawa Anwar bersalah dan takut untuk bersumpah seperti Saiful. Lucu benar bunyinya, hairan juga puak-puak UMNO ini. Dalam bab sumpah-menyumpah ini mereka mahu pula mereka mengikut Al-Quran, tapi bila bab kerajaan Kelantan nak laksanakan hukum Hudud mereka tentang dengan berbagai-bagai alasan. Bila bab sumpah laknat si saiful, mahu pula ikut hukum Allah tapi perbicaraan Anwar tidak dibawa ke mahkamah Syariah sebaliknya mahkamah Sivil. Jika kes pertama Anwar dulu dibicarakan di mahkamah Syariah sudah pasti Anwar akan bebas serta merta dan tidak dihumbankan ke Penjara Sg.Buloh. Kini mereka beriya-iya berkokok mahu Anwar mengikut Islam dengan melaksanakan sumpah laknat menggunakan Al-Quran. Sungguh "bangang" golongan cerdik pandai dan alim ulamak dalam UMNO karat itu sejak akhir-akhir ini.
 
Bagi mereka, terbukti sekarang Saiful benar dan Anwar salah. Mudah sungguh hujjah yang diberikan tanpa merujuk pandangan para ulamak tersohor dan muktabar. Dalam sejarah Islam Rasullullah S.A.W tidak pula menyuruh Aisyah bersumpah laknat bila difitnah oleh Abdullah bin Ubai. Maka itu, mengapa pula Anwar perlu bersumpah laknat bila difitnah oleh puak-puak UMNO Karat ini?. Bukti jelas tentang fitnah ini telah dibongkarkan satu persatu. Dari laporan perubatan, pertemuan sulit, rekod panggilan telefon, percanggahan fakta serta lain-lain unsur yang menjurus ke arah "konspirasi politik" untuk menjatuhkan Anwar. Malahan, kes kali ini lebih teruk dari apa yang berlaku 10 tahun lalu. Dulu, laporan perubatan tidak didedahkan oleh sesiapa pun ke khalayak ramai. Tapi kini laporan Pusrawi jelas membuktikan Saiful tidak diliwat. Bahkan, doktor yang merawat beliau juga telah membuat akuan sumpah bahawa kenyataan dan pemeriksaan yang dilakukannya adalah benar. Mereka kata "dusta", sebaliknya mereka mahu menggunakan laporan perubatan HKL. Tapi sampai ke hari ini mana perginya laporan perubatan HKL itu?. Tiba-tiba kes pula dibawa ke mahkamah biarpun tidak lengkap dan banyak percanggahan.
 
Maka itu jugalah pertunduhan terpaksa dipinda dari dipaksa kepada "suka sama suka", dari sekali kepada lapan kali, dari tiada masa kepada ada masa kejadian dan sebagainya. Namun, pelik sungguh bila Saiful buat akuan sumpah laknat lain pula ceritanya. Fakta dan bercanggah dan terbalik jadi dipaksa pula dan hanya sekali sahaja berlaku. Tarikh pula dinyatakan dalam keadaan teragak-agak antara 28 Ogos kemudian 26 Jun pula. Apa yang lebih mengejutkan ialah sumpah yang dibuat oleh Saiful langsung tidak menghormati kesucian Al-Quran itu sendiri. Ini jelas terbukti bila Saiful memegang kitab suci itu dengan tangan kirinya. Bukankah ianya jelsa satu penghinaan terhadap kital Allah itu. Sejak sekian lama kita telah dididik supaya Al-Quran dihromati dan diletakkan ditempat yang tinggi. Memegangnya mestilah ada air sembahyang dan menggunakan tangan kanan. Ini tidak, dengan selamba sambil disaksikan oleh Iman masjid Wilayah si  Saiful pegang Al-Quran dengan tangan kiri tanpa rasa bersalah dan mengikut Islam. Konon, bila bersumpah ikut Islam bak katanya.
 
Sebenarnya, secara logiknya jika kita melihat gaya dan raut muka Saiful ini maka jelas sekali kelihatan beliau langsung tidak rasa bersalah atau menjadi mangsa. Dengan skrip yang sudah disiapkan dan gaya percakapan yang sudah diatur sejak sekian lama, maka Saiful kelihatan agak hebat. Bahkan beliau sendiri boleh mengatakan yang kes liwat antaranya adalah hal peribadi dan bukan politik. Soalan itu dijawab setelah wartawan bertanyakan tentang apakah akuan sumpah itu dibuat bagi menjatuhkan imej Anwar kerana mantan TPM itu akan menjadi calon PKR pada hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh pada keesokan harinya. Lagak Saiful umpama seorang "hero" yang baru sahaja menerima "habuan lumayan". Tidak sedikit pun tergambar diwajahnya yang beliau bersalah atau pun menjadi mangsa. Beliau juga dengan bangganya menyatakan "Anwar memasukkan zakar ke dalam duburnya". Bukankah perkataan itu sungguh menjijikkan dan tidak masuk akal langsung. Beliau fikir mudah agaknya untuk memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Apakah beliau tidak bertenaga langsung untuk melawan Anwar yang sudah berusia itu?. Bukankah jika dipaksa beliau boleh lari dan menendang Anwar !! Tak mungkin bila dipaksa, si Saiful hanya "menonggeng" sahaja dan membiarkan duburnya diperlakukan sedemikian rupa. Jika "suka sama suka" mungkin ada juga logiknya. Kenapa beliau tukar fakta itu?. Mungkin kerana Anwar mempertikaikan kenapa Saiful tidak didakwa jika mereka sama-sama melakukan perbuatan sedemikian rupa?. Inilah yang amat memusykilkan kita.
 
Banyak penyelewengan fakta dalam kes ini yang menyebabkan ia tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah. Bukti palsu dan helah yang tidak masuk akal digunakan sewenang-wenangnya untuk memperkukuhkan hujah anak muda bernama Saiful ini. Jika "sumpah Al-Quran" dijadikan alasan Saiful bercakap benar dan menurut ajaran Islam. Maka, apa bezanya dengan budak-budak Black Metal yang pernah menggemparkan negara akibat perbuatan memijak, mengoyak dan buat maksiat di atas helaian Al-Quran itu?. Bezanya Saiful memegang Quran dan bersumpah dan mereka pula memegang Quran kemudian mengoyak serta memijaknya. Maka itu apa yang harus dibanggakan sangat jika Saiful bersumpah dengan Al-Quran. Ini kerana orang seperti beliau sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan "periuk nasi"nya. Samalah dengan budak-budak Black Metal yang pernah menggemparkan negara dulu gara-gara memijak Al-Quran. Mereka semua sudah tiada akal dan fikiran serta sanggup melakukan tindakan diluar batasan demi masa depan mereka. Ini, samalah dengan Saiful. Beliau rela menjual maruah dan bersumpah Al-Quran, biarpun beliau tahu kesnya itu agak "hambar" dan banyak "keraguan".
 
Maka itu, elok benarlah Anwar tidak melayan kerenah anak muda ini dan terus menumpukan perhatian kepada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Biarlah Saiful berkempen ke sana sini untuk membantu jentera BN, apa yang pasti rakyat lebih tahu "mana intan mana kaca". Jika bercakap pun sudah berbelit-belit dan banyak percanggahan fakta, maka apakah layak Saiful untuk bersumpah? Apakah jaminan buat Anwar jika beliau juga bersumpah menyatakan dirinya tidak bersalah! Apakah kesnya di mahkamah akan ditarik balik? Apa yang pasti, puak-puak tidak berhati perut ini pasti akan mereka alasan lain untuk tetap menjatuhkan serta menggagalkan hasrat mantan TPM itu untuk mengambil alih kepimpinan negara ini. Hanya rakyat dan pengundi Permatang Pauh sahaja yang bakal menentukannya. Teruskan perjuangan, yakinkan rakyat tentang perubahan yang bakal terlaksana sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan suatu hari nanti.
 
 [ Sila klik video| Sumpah Laknat | Sidang Media | Sumpah Saiful Palsu ]
 
[Jika perkara seperti Saiful ini  berlaku kepada rakyat biasa, sudah pasti kes ini akan dibuang begitu sahaja. Anwar pula bakal bebas dari tuduhan. Kes yang tidak lengkap dan banyak percanggahan fakta ini jika diteruskan, maka ianya sekali lagi bakal meranapkan sistem kehakiman negara. Difahamkan individu yang dikatakan Imam semasa Saiful bersumpah sebenarnya bukanlah Imam sebenar tetapi hanyalah seorang Timbalan Penyelia dan juga Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Wilayah. Jika ini benar maka beliau hanya dijadikan alat untuk melengkapkan sumpah palsu Saiful. Mana perginya Imam yang asal? Mungkin mereka tidak mahu bersekongkol dengan manusia durjana ini agaknya]

 

Posted at 03:48 am by Cucu Mat Kilau
Comments (1)  

.

Terdesak: UMNO Terpaksa Juga Usung Saiful Berkempen !!

Mungkin akibat terdesak melihat sokongan rakyat di Permatang Pauh semakin berpihak kepada Anwar, maka puak-puak UMNO terpaksa mencuba berbagai cara bagi menggagalkan misi mantan TPM itu ke Putrajaya. Terbaru, laporan yang diterima kini mangsa "liwat" si Saiful Bukhari telah dibawa khas ke Permatang Pauh. Menurut sumber kedatangan Saiful itu diuruskan menerusi jalan belakang oleh Khairy Jamaluddin. Jalan belakang bermakna Saiful dibawa masuk ke Permatang Pauh, bukan melalui Plaza Tol Juru tetapi sebaliknya melalui jalan Kulim ke situ.

Apa yang pasti kini, sudah terbuktilah kepada kita yang Pak Lah dan Najib "cakap tidak serupa bikin". Baru lagi mereka mengatakan kes "liwat" Saiful adalah masalah peribadi Anwar dan bukan isu politik. Bahkan pengakuan bersumpah laknat yang dibuat oleh Saiful sehari menjelang hari pencalonan juga tiada kaitan politik dan tidak dirancang. Ia dilakukan oleh Saiful dengan kerelaan hatinya yang ikhlas itu. Maka itulah Anwar perlu membalas sumpah tersebut demi kebenaran yang bakal ditegakkan. Pelik, bukankah mahkamah telah memutuskan bahawa kes liwat itu akan didengar semula pada bulan September ini. Maka mengapa lagi perlu dibukti-buktikan dan disumpah-sumpahkan. Tunggu sahaja hari perbicaraan dan kedua-dua pihak boleh mengemukakan bukti masing-masing dengan sebebas-bebasnya. Maka, apa perlu Saiful terhegeh-hegeh buat sumpah laknat di masjid kononnya memang benar beliau diliwat oleh Anwar.
 
Apa yang menjadi satu rahmat disebalik akuan sumpah Saiful itu ialah rayat semakin yakin Anwar tidak bersalah dan kes itu sengaja diada-adakan demi menghalang kemaraan Anwar ke Putrajaya. Ini jelas terbukti dengan fakta yang berbeza-beza daripada si mangsa iaitu Saiful. Percanggahan jelas diantara laporan polisnya, dakwaan mahkamah dan kini akuan bersumpahnya pula. Daripada diliwat sebanyak 8 kali secara paksa kini jadi sekali dipaksa. Tetapi semasa di mahkamah seksyen baru-baru ini, Anwar disabitkan dengan kesalahan melakukan perbuatan seks luar tabie "suka sama suka" dengan Saiful. Daripada tidak bermasa kepada antara 3.00 hingga 4.00 petang 26 Julai. Semasa beliau membuat akuan sumpah pula, si Saiful seolah-olah tergaman dan terlupa tarikh sebenar kejadian. Maklumlah, akuan sumpah di masjid yang dilakukannya baru-baru ini seolah-olah dibuat secara paksa dalam keadaan tergesa-gesa oleh pihak-pihak tertentu. Justeru itulah kita tidak hairan kenyataan yang berbelit-belit dikeluarkan. Jika ini berlaku kepada kita, sudah pastilah akan dikatakan "menghina mahkamah". Namun, tidak bagi anak muda bernama Saiful ini yang dilayan serta "ditatang bagai minyak yang penuh". Biarpun kenyataannya berbelit-belit, namun puak-puak UMNO masih yakin dengan kebenaran! Kebenaran "kepala hotak" dia lagi agaknya !! Semoga kes ini akan menjadi bukti kepada kita bahawa sememangnya terdapat perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar seperti apa yang berlaku 10 tahun lalu agaknya. Hanya orang yang "bangang" sahaja yang masih percaya dengan kes liwat terbaru terhadap Anwar ini.

Biarpun pemimpin UMNO menyatakan bahawa Saiful bukan isu politik, tetapi semuanya itu memang satu "pembohongan yang teramat nyata". Maklumat yang diterima juga menyebut bahawa kehadiran Saiful ke Permatang Pauh telah diuruskan oleh Khairy dan Ezam Md Nor iaitu "petualang rakyat" yang telah ditolak bulat-bulat sebagai calon BN oleh UMNO Permatang Pauh sebelum ini. Kehadiran Saiful dikatakan bagi membantu jentera pilihanraya BN disaat-saat memerlukan kini. Mereka sedar yang keupayaan Anwar sukar untuk digugat. Biar apapun terjadi Anwar pasti akan menang di Permatang Pauh. Maka, mahu atau tidak si Saiful perlu digunakan sepenuhnya untuk memastikan riwayat Anwar ditamatkan disitu. Kabar yang diterima mengatakan Saiful telah dibawa ke kediaman calon BN, Ariff Shah setelah tiba di Permatang Pauh. Kawalan polis yang teramat ketat dilakukan demi menjaga keselematan anak muda itu. Orang ramai dilarang sama sekali bertemu dengan beliau untuk mengelakkan sebarang "provokasi" oleh pihak-pihak tertentu.

Soalnya sekarang, dengan membawa Saiful ke Permatang Pauh maka bukti jelas menunjukkan bahawa kes liwatnya itu adalah satu "konspirasi politik" sebenarnya. Cuma, puak-puak UMNO ini sahaja yang masih berdolak-dalih macamlah rakyat Malaysia ini "bodoh" seperti mereka agaknya. Jika tidak kerana politik, masakan Saiful dibawa ke Permatang Pauh dan diberi layanan terlalu istimewa  mengalahkan seorang raja?. Bukankah ini satu petanda bahawa, beliau sememangnya diberikan habuan lumayan atas tindakan yang dilakukan itu. Apapun, kita amatlah berharap agar kehadiran dan kenyataan yang akan dibuat Saiful bakal mempercepatkan proses membenamkan BN di Permatang Pauh.

Akaun Peribadi Saiful Ada Kemasukan Wang RM300,000 !!

Satu laporan terkini daripada seorang kroni Cucu di Lembaga Hasil Dalam Negeri (Income Tax), menyatakan beliau telah membuat semakan akaun terkini Mohd Saiful Bukhari Azlan. Laporan menunjukkan bahawa akaun peribadi Saiful terdapat kemasukan wang RM300,000. Sama ada laporan ini benar atau tidak, siasatan yang lebih rapi akan dijalankan terhadap akaun-akaun Saiful. Jika benar ada kemasukan wang sebanyak itu, maka dari manakah anak muda seperti Saiful mendapatkannya?. Apakah itu bayaran yang diterima semasa beliau bekerja dengan Anwar dulu atau sebaliknya? Jika laporan ini benar, maka sesuatu perlu dilakukan demi sebuah kebenaran.

[Bertuah benar rakyat Malaysia seperti Saiful Bukhari ini, taraf keistimewaannya jauh lebih tinggi dari mana-mana pemimpin negara setakat ini. Namanya semakin harum dan popular setelah dikatakan menjadi "mangsa" liwat. Soalnya, kebenaran apakah yanh ingin beliau buktikan lagi jika kenyataan diluar mahkamahnya pun sudah berbelit-belit dan banyak percanggahan. Fikirkanlah]

Posted at 02:01 am by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel  

Sunday, August 17, 2008
.

Gempar: Elak Sabotaj BN, Datuk Jalil Dibayar RM1 Juta !!

 

Bahang pilihanraya kecil Permatang Pauh semakin hangat terasa sekarang. Kempen besar-besaran antara kedua-dua parti bertanding telah digiatkan lagi. Ceramah telah diadakan disana sini, dan banyak insiden yang tidak diingin berlaku. Jika berada di Permatang Pauh sekarang ini, sememangnya bendera PKR mengatasi bendera karat biru dacing BN. Tergambar diwajah kita, seolah-olah ini membuktikan kepada kita bahawa pengaruh Anwar sememangnya amat kuat disini. Apapun kerancakan pilihanraya kecil ini dpanaskan lagi dengan desas-desus bahawa calon BN akan dijatuhkan oleh "orang dalam" iaitu Datuk Jalill Abd Majid.

Ura-ura calon BN, Ariff Shah akan disabotaj oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Si Jalil itu hangat kedengaran. Ramai penyokong Jalil kecewa dengan sikap Najib yang memilih Ariff Shah. Bagi mereka, Ariff sudah berada dikerusi empuk sebagai ADUN Seberang Jaya. Maka itu, beliau tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk menjaga parlimen Permatang Pauh. Tambahan pula, kemenangan Jalil dalam pilihanraya Mac lalu juga tidak begitu membanggakan jika dib