Pilihanraya: Rezeki Mencurah Tiba Di Permatang Pauh !!
Dek kerana hari pengundia pilhanraya kecil Permatang Pauh semakin hampir, maka saban hari rakyat disini kini mendapat rezeki dan durian runtuh yang mencurah-curah. Jika diawal kempen dulu, hanya ceramah dengan ucapan demi ucapan yang didengari. Namun kini, rakyat sudah mula disajikan dengan berbagai projek, sumbangan serta berbagai lagi. Bak kata orang tua-tua "Agong sudah turun" yang membawa maksud "duit sudah datang" mencurah-curah. Dari sumbagan anak yatim, ibu tunggal, rakyat miskin hinggalah kepada sumbangan untuk membaiki, memulih serta menggantikan rumah ibadat seperti masjid, surau, tokong, kuil serta lain-lain lagi. Pendek kata, memang bertuah sungguh rakyat di Permatang Pauh sekarang ini. Mendapat rezeki yang datang bergolek, bahkan lebih dasyat daripada mana-mana pilihanraya kecil selama ini.
Senario ini memberi makna yang kerajaan sudah semakin terdesak kini. Anwar perlu ditumbangkan dalam apa jua cara sekalipun. Akuan sumpah Saiful dan kenyataan rausah yang dijaja oleh Ezam masih belum boleh menghalang rakyat hadir berbondong-bondong ke setiap ceramah calon PKR itu. Malahan, dari sehari ke sehari sambutan rakyat bertambah biarpun terpaksa duduk beralaskan surat khabar dan beratapkan langit, tidak seperti ceramah BN yang lebih selesa dengan khemah, bangku, kipas serta banyak lagi kemewahan yang mereka kecapi. Semakin dihentam, semakin rakyat berani bersuara dan menunjukkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim. Di sini jelas membuktikan kepada kita yang sememangnya pengaruh Anwar sukar untuk diatasi di kampung halamannya sendiri. Maka berpeluh-peluhlah orang-orang seperti Najib Razak, Khairy, Ezam serta lain-lain lagi "pendekar UMNO" untuk cuba memesongkan minda rakyat agar memberi undi kepada calon BN, Ariff Shah.
Paling melucukan setelah melihat sumpah Saiful gagal menghalang kebangkitan rakyat untuk terus menyokong Anwar maka terkini, TPM Najib pula sudah mula pandai bersumpah. Dalam ceramahnya di Guar Perahu, Najib mengakhiri ucapannya dengan bersumpah yang beliau tidak kenal Altantunya apatah lagi mengadakan hubungan dengan wanita Mongolia yang dibunuh kejam itu. Najib pun nampaknya sudah terkena badi sumpah Saiful. Cuma bezanya, sumpah anak Tun Razak ini tidak dibuat dalam masjid dan disaksikan oleh "Imam celup" serta beliau tidak pula memegang al-Quran dengan tangan kiri seperti Saiful. Beliau sekali lagi menempelak Anwar yang masih menggunakan isu Altantunya untuk menjatuhkan maruahnya.
Tampak bukan main jujur dan ikhlasnya Najib kerana sanggup bersumpah menafikan tuduhan dilemparkan terhadapnya. Sebab itulah dalam sejarah Menteri Pertahanan di Malaysia, hanya zaman Najib sahaja "bom C4" boleh dibawa keluar sewenangnya tanpa arahan sesiapa. Hinggakan penjaga stor senjata juga gagal memeriksa dan mendapat maklumat pengeluaran senjata itu. Mungkin "musuh dalam selimut" yang melakukan agaknya. Sebab itulah, sepupu Altantunya mahu menunjukkan gambar wanita Mongolia itu sedang minum bersama seorang pemimpin negara tidak dibenarkan oleh mahkamah, bahkan peguambela dan pendakwaraya sendiri menghalang ia ditunjukkan sebagai bukti. Mudah benar Najib ingin melarikan diri dalam hal ini. Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang!
Apapun, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada rakyat Permatang Pauh kerana mereka kini sungguh bertuah dan beruntung dengan berbagai tawaran serta sumbangan yang sampai "melimpah ruah" yang kesemuanya bertujuan untuk memancing undi pilihanraya. UMNO/BN sudah begitu terdesak sekarang, akibatnya Pak Lah dengan tergesa-gesa mengumumkan penurunan harga minyak petrol sebanyak RM0.15 biarpun sebelumnya diwar-warkan akan dilakukan awal September ini. Semuanya ini adalah langkah terdesak dalam usaha puak-puak parti karat ini untuk merayu undi rakyat. Semoga rakyat bijak membuat penilaian, jadilah seperti rakyat Kelantan yang lebih matang dalam berpolitik di negara ini. Biarpun jutaan ringgit dicurahkan, tetapi ingatlah bahawa masa depan janganlah digadaikan begitu sahaja. Pertahankan segalanya demi anak-anak serta generasi akan datang.
[Hairan juga, selama ini biarpun harga minyak dunia turun tidak pernah sekali pun mereka ingin menurunkannya. Tetapi bila harga minyak naik, bukan main cepat naik melambung tinggi. Kini, wajarkah hanya diturunkan sebanyak itu?. Bukankah ini semua adalah "gula-gula" pilihanraya untuk rakyat Permatang Pauh bagi membuktikan kononnya kerajaan prihatin dengan masalah rakyat]
Terbukti: Ceramah Anjuran UMNO Karat Di Tolak Rakyat !!
Sememangnya telah dijangkakan bahawa ceramah anjuran UMNO/BN tidak diterima oleh rakyat Permatang Pauh. Bukan sahaja tidak diterima oleh penyokong PKR malahan juga ahli UMNO sendiri. Majoriti daripada mereka sudah mulai "muak" dan "jelek" dengan kenyataan lapuk pemimpin UMNO Karat ini. Apa tidaknya, akibat kehabisan modal mereka terpaksa menjaja cerita lama semasa Anwar berada dalam kerajaan dulu. Cerita mengenai rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya kini mula dicanangkan bagi menagih simpati rakyat.
Mereka terpaksa menggunakan isu ini setelah mendapati rakyat Permatang Pauh menolak secara bulat-bulat isu "Liwat Hadhari" yang sedang dijaja sekarang ini. Rakyat makin tidak percaya dan "menyampah" dengan "konspirasi" terbaru puak-puak yang bercita-cita untuk menjatuhkan serta menghalang kemaraan Anwar ke parlimen itu. Kehadiran rakyat ke ceramah BN jelas sekali amat menggusarkan mereka. Ini membayangkan yang pengaruh Anwar sememangnya terlalu kuat di Permatang Pauh, biarpun apa jua alasan yang diberikan oleh mereka.
Terbaru semalam, ceramah BN yang dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam Zahid Hamidi hambar. Hanya sekitar 50 orang sahaja didapati hadir, itu pun termasuk dengan pihak urusetia. Jika tidak, mungkin tidak sampai pun 20 orang. Ceramah yang sepatutnya diadakan secara langsung menerusi RTM itu terpaksa dibatalkan siarannya disaat akhir kerana mungkin mereka malu melihat keadaan itu. Jika disiarkan juga, sudah pasti rakyat seluruh negara dapat melihat senario ini. Zahid yang dikenali sebagai menteri "samseng" apabila sanggup membelasah seorang pemuda yang "bercinta' dengan anaknya dulu seolah-olah terpaku melihat sambutan tersebut. Barulah beliau tahu "langit tinggi atau rendah" terkena penangan Anwar. Beliau yang diketahui "orang Anwar", kini memihak kepada UMNO setelah di"brainwash" oleh pihak polis semasa ditahan ISA diawal penangkapan Anwar dulu. Semangat juangnya luntur bersama "sisa-sisa noda" dalam dirinya itu. Maka itulah kini, beliau boleh berbangga kerana diberi tempat dan kedudukan yang istimewa sebagai menteri dalam kabinet Pak Lah.
Ceramah yang diadakan di Padang Sekolah Menengah Penanti itu hanya menyaksikan kerusi, khemah, lampu serta kelip-kelip malam untuk mendengarnya. Kesihan kita melihat Zahid, beliau mungkin terlalu kecewa melihat perkara ini. Ceramahnya yang tidak mendapat sambutan itu jelas membuktikan bahawa rakyat Permatang Pauh kni sudah bijak menilai kebenaran. Pembaziran berlaku sewenangnya di tapak ceramah, dengan lampu limpah, kipas, khemah yang dilengkapi dengan hiasan masih gagal mendapat sambutan. Bukan ceramah itu sahaja, malahan dimana-mana kini sememangnya ceramah UMNO/BN tidak mendapat sambutan.
Ia jauh sekali berbeza denngan ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, yang dihadiri ribuan rakyat dan segenap ceruk kampung. Tidak disediakan kerusi dan khemah, mereka tetap datang berduyun-duyun bagi memberi sokongan terhadap Anwar. Semoga dengan ini akan terbuktilah kepada kita bahawa, Permatang Pauh sememangnya kubu kuat "Anwar Ibrahim N Familys"
[Maklumat terkini diterima, sokongan rakyat terhadap Anwar kini meningkat 75%. Jika ini terus berlaku, maka peluang cerah untuk Anwar ke parlimen pasti tercapai. Malahan juga majoriti undi akan turut meningkat. Cuma, pemantauan lebih kerap perlu dilakukan terhadap SPR yang kini sudah mula nampak berusaha mengurangkan undi. Senarai nama pengundi berdaftar hilang mencecah 1000 orang kini, dan nama pengundi hantu sudah mula dikenalpasti. Sungguh malang nasib SPR sekali lagi, yang masih lagi tidak profesional rupanya !!] Sumber foto dari bloghttp://wrlr.blogspot.com/
Naik LRT: Pak Lah Prihatin Nasib Rakyat Atau Anaknya !!
Entah kenapa agaknya, tiba-tiba sahaja dalam orang sibuk berkempen di Permatang Pauh Pak Lah pagi-pagi buta sudah bergegas ke stesyen LRT dan Komuter di ibukota. Kononnya untuk memantau permasalah rakyat dengan kedua-dua perkhidmatan tersebut. Musykilnya kita, bukan main lagi Pak Lah memberi gambaran negatif kepada kemudahan tersebut seolah-olah dia terlupa siapa dibelakang syarikat pengendali perkhidmatan itu. Apakah Pak Lah prihatin masalah rakyat, atau masalah kewangan "anaknya" yang dikaitkan dengan Scomi Group.
Umum mengetahui sejak sekian lama bahawa Scomi Group dipercayai ada hubungan dengan anak menantu Pak Lah. Justeru itu, tindakan yang dibuat oleh PM membuat siasatan tergempar sebenarnya adalah satu "taktik" untuk memberi satu lagi projek kepada syarikat itu. Bukti jelas, selepas siasatan Pak Lah terus mengeluarkan kenyataan bahawa perkhidmatan LRT dan Monorel itu dipertingkatkan lagi baik dari segi kemudahan, ketepatan dan kecekapan.
Maka tanpa disangka-sangka hari ini juga syarikat terbabit mengumumkan cadangan untuk membuat penambahan sebanyak 32 buah tren lagi bagi menyahut saranan Pak Lah itu. Bukan main cepat lagi langkah ini diambil. Bukankah duit yang akan digunakan juga adalah wang rakyat dan duit kerajaan sebenarnya. Ini pasti akan menguntungkan syarikat berkenaan dan juga Pak Lah. Begitu mudah dan cepat tindakan dilakukan. Entah berapa banyak lagi wang akan digunakan untuk itu agaknya.
[Pak Lah mungkin gusar jika Anwar menang pilihanraya kecil Permatang Pauh dan kerajaan bertukar, sudah pasti beliau tidak sempat untuk merompak wang rakyat itu lagi. Maka jalan terbaik ialah melakukan tindakan dengan segera demi masa depan mereka. Inilah dia sebenarnya motif utama siasatan dilakukan]
Lompat Parti: Serlah Betapa Bangang Pemimpin UMNO !!
Pengumuman Naib Presiden PKR, Datuk Dr.Jeffrey Kitingan perihal 13 orang ahli parlimen BN akan sertai PKR selepas Anwar masuk ke parlimen sedikit mencemaskan para pemimpin UMNO. Maka ramailah yang berbunyi menyangkal dakwaan ini. Bagi mereka, tidak mungkin ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak lompat parti dalam keadaan BN yang semakin kukuh dan stabil sekarang. Kenyataan demi kenyataan telah dibuat oleh pemimpin mereka bagi meredakan keadaan serta menyakinkan rakyat bahawa perubahan tidak akan berlaku. Dalam masa yang sama mereka terlupa bahawa, sebelum ini memang isu ini pernah panas seketika bahkan ada dikalangan ahli parlimen BN sendiri yang mempertikaikan layan kerajaan terhadap negeri tersebut yang dianggap seperti "melepaskan batuk ditangga" semata-mata. Kemiskinan rakyat dan pembangunan yang dicanangkan langsung tidak dinikmati secara total oleh rakyat negeri itu. Malahan mereka tidak ubah seperti sebuah negeri yang terpinggir serta dianaktirikan oleh kerajaan pusat.
Akibat daripada kenyataan tersebut maka puak-puak UMNO mula menggelabah dan tidak tentu arah. Ramailaah pemimpin parti karat itu mengeluarkan kenyataan "bangang" yang sesungguhnya mencerminkan lagi tahap "kebebalan" minda mereka. Ini berikutan kenyataan pemimpin mereka seperti Najib, Muhyiddin dan Hishamuddin yang secara jelas mencabar Jeffrey Kitingan menyenaraikan nama ahli parlimen BN yang dikatakan akan melompat itu. Cabaran itu dibuat kononnya bagi membuktikan kenyataan Naib Presiden PKR itu benar atau tidak. Bukankah ceteknya mentaliti puak-puak UMNO ini.
Logikkah senarai nama pemimpin terbabit diwar-warkan sebagai bukti?. Sedangkan dua ahli parlimen SUPP yang menyokong undi tidak percaya kepada PM pun mereka berikan tekanan, bahkan ketuanya Yong Teck Lee yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah pun ingin didakwa atas kesalahan rasuah RM5 juta. Anehnya dengan secara tiba-tiba timbul isu rasuah itu, tatkala SUPP menyatakan mereka hilang kepercayaan kepada perdana menteri. Ini semua bukti yang jika nama-nama itu didedahkan, sudah pasti berkotak-kotak fail rasuah akan direkacipta untuk memberi "tekanan" kepada ahli parlimen terbabit.
Takkanlah benda macam ini pun, puak-puak UMNO tidak boleh fikir dengan akal fikiran yang waras. Memanglah ada senarai ahli parlimen terbabit, tetapi mana mungkin terlalu bodoh untuk kita serahkan kepada mereka. Biarkan mereka tertanya-tanya dan tidur tak lena dibuatnya dengan isu ini. Tambahan pula masa kian hampir. Jika Anwar menang, masuk parlimen dan barulah ahli parlimen terbabit akan membuat pengisytiharan satu persatu tentang perubahan yang dimaksudkan. Justeru itu, usahlah puak-puak UMNO ini bermimpi untuk mendapatkan nama-nama pemimpin terbabit. Jika diberikan juga senarai itu, sudah pastu ada dua perkara besar akan dilakukan iaitu ahli parlimen terbabit akan ditekan dengan kes rasuah ataupun mereka akan dirasuahkan oleh kerajaan BN supaya menarik balik keputusan itu.
Melihat kepada kenyataan pemimmpin UMNO ini, maka sudah jelaslah kepada kita bahawa sememangnya mereka tidak lagi layak untuk menjadi pemimpin di negara ini. Mereka perlu disekolahkan semula, dan belajar untuk berpolitik secara lebih profesional. Jika individu seperti ini dipertahankan, maka akan rosaklah masa depan negara seperti apa yang dilakukan sekarang.
[Keadaan kempen di Permatang Pauh kini semakin agreasif. Banyak berlaku kekerasan disana-sini, tambahan pula lokasi dan jalan-jalan sekitar kawasan itu agak sempit dan berdekatan antara satu sama lain. Kesesakan berlaku dimana-mana sekarang. Apa yang pasti sokongan terhadap Anwar semakin meningkat dari sehari ke sehari. Perubahan pasti terlaksana jua akhirnya]
Liwat Hadhari: Puak UMNO Mula Jadikan Isu Raih Simpati !
Biarpun sebelum ini, mereka beriya-iya benar mengatakan kes liwat adalah hal peribadi dan mereka tidak akan gunakan sebagai senjata untuk menyerang Anwar dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh. Namun, segalanya "indah khabar dari rupa", seorang demi seorang pemimpin UMNO mula menggunakan isu ini sebagai bahan kempen untuk menagih simpati rakyat. Terbaru ketika berceramah di Bilik Gerakam UMNO Seberang Jaya semalam, menantu Pak Lah itu sekali lagi mendesak supaya Anwar menyahut cabaran sumpah laknat Saiful Bukhari untuk membuktikan kebenaran dan membersihkan dirinyanya dari kes liwat berkenaan.
Dengan sombong dan bongkak, "jutawan menantu" negara ini mencabar Anwar jika beliau anak jantan. "Kalau benar, terimalah cabaran. Hari ini kes tersebut bukan lagi isu politik te