Eksklusif: Tian Chua, Retreat Kali Kedua Pakatan Rakyat Untuk Fokuskan Isu Selangor Dan Perak !!
KUALA LUMPUR - Retreat kedua Pakatan Rakyat yang diadakan dua minggu berturut-turut pada malam ini memfokuskan mengenai cabaran yang dihadapi di dua negeri pembangkang iaitu Selangor dan Perak yang dianggap berhadapan dengan masalah yang sama. Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pada perjumpaan yang berlangsung selama hampir tiga jam itu memberi peluang kepada Menteri Besar kedua-dua negeri berkenaan membentangkan mengenai pelaksanaan dan prestasi kerajaan negeri masing-masing. "Di Perak khususnya di mana bilangan ADUN BN (Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional) yang agak seimbang dengan kerajaan negeri iaitu pemerintah. "Kita juga menghadapi banyak rintangan kuat daripada BN dan kita harus menghadapi banyak isu seperti manipulasi media dan lain-lain lagi," katanya ketika ditemui selepas menghadiri retreat berkenaan.
Hadir sama dalam pertemuan berkenaan ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MB Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Ditanya sama ada wujudnya ura-ura ahli Pakatan Rakyat akan lompat parti menyertai BN di Perak, beliau berkata: "Tidak, saya anggap ini tidak ada isu, saya tak percaya dan sungguh yakin ini tak berlaku...kalau adapun mungkin yang lompat kesebelah sini," katanya sinis. Ketika diminta mengulas sama ada kedua-dua negeri berkenaan dianggap goyah kerana sering menghadapi tekanan daripada BN yang kini menjadi pembangkang, beliau menafikan mengenai perkara tersebut. "Bukan... inilah (negeri) yang paling dekat. Malam ini kita fokus dua negeri sahaja. "Kalau tidak sampai tengah malam pun tidak habis, lepas ini akan ada lagi (pertemuan) Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah...semua ada," katanya.
Jelas beliau lagi pemilihan kedua-dua negeri ini juga berdasarkan komposisi kaum yang hampir sama bagi negeri-negeri berkenaan. Ditanya antara masalah yang dibangkitkan dalam perjumpaan tertutup itu beliau berkata masalah utamanya ialah kerenah birokrasi kerajaan persekutuan, media dan politik perkauman. "Kita hadapi masalah birokrasi, kita juga harus sentiasa hadapi media yang sensasikan dasar yang kita buat dan politik perkauman yang tebal...semua ini ialah perkara yang kita harus hati-hati," katanya. Menyentuh mengenai kerenah birokrasi, ahli Parlimen Batu itu turut menjelaskan bahawa perlunya reformasi secara berperingkat bagi menghadapi masalah dalam institusi kerajaan. Tambah beliau, secara dasarnya Pakatan Rakyat mengakui masih wujud banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa-masa akan datang. "Walau apapun kita puas hati dengan pencapaian kita sekarang sungguhpun tak kritikal, kita akui banyak lagi kelemahan yang harus diatasi," katanya. Bagaimanapaun jelasnya beliau percaya kaedah terbaik untuk menangani masalah yang timbul adalah dengan cara mengeratkan hubungan dalam Pakatan Rakyat melalui majlis dialog dan komunikasi berterusan.
"Kita ada beberapa rancangan Januari depan untuk adakan lebih banyak perjumpaan di semua peringkat iaitu nasional, negeri dan akar umbi. "Malah minggu depan juga ada lagi, tapi agendanya akan kita tetapkan nanti," katanya. Tian Chua juga menjelaskan bahawa satu perjumpaan besar melibatkan semua pemimpin Pakatan Rakyat akan diadakan di Port Dickson pada tahun hadapan yang akan turut menghimpunkan kesemua Menteri Besar dari semua negeri yang dikuasai pembangkang. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh turut menjelaskan bahawa pertemuan kedua pemimpin Pakatan Rakyat selepas yang pertamanya pada hari yang sama minggu lalu menyentuh mengenai mekanisme memperkukuhkan pakatan itu. "Ini menunjukkan kita serius dalam Pakatan Rakyat untuk membina muafakat dan bertukar-tukar idea serta memaklumkan mengenai perkembangan terkini politik di kedua-dua buah negeri berkenaan," katanya. Tambah beliau pertemuan seumpama itu juga perlu bagi membina persefahaman antara komponen-komponen dalam pakatan pembangkang itu. "Ini tidak berlaku dalam BN, hanya dalam Pakatan Rakyat iaitu kita sentiasa biarkan maklumat sampai ke akar umbi," katanya.
[Langkah pengukuhan Pakatan Rakyat dengan mengadakan pertemuan untuk memperbincangkan hala tuju negeri di bawah pemerintahnya ini jelas menunjukkan bahawa pucuk pimpinan mengambil berat senario semasa yang berlaku. Memandangkan kedudukan yang hampir seimbang di kedua-dua negeri itu, jelas menyebabkan berbagai isu dimainkan dalam usaha pihak pembangkang UMNO dan BN berusaha untuk merampas kembali kedua-dua negeri terbabit. Puak-puak UMNO masih "gila meroyan" dan tidak boleh menerima hakikat mereka kini adalah pembangkang. Justeru itulah mereka menyerang dari segenap arah, atas tujuan yang satu, menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Maka semestinya, pemimpin yang berwibawa iaitu MB Perak dan Selangor mengambil langkah berjaga-jaga dan menangani perkara ini dengan profesional dan berhemah demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya].
Eksklusif: Isu FDI, Pelaburan Makin Menguncup, Kenapa Malaysia Kini Yang Tercorot Di ASEAN !!
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan BN menjelaskan mengapa pelaburan di negara ini semakin berkurangan berbanding dengan negara Asia lain. Anwar, yang juga Ketua Umum KeADILan berkata kerajaan dan kementerian terbabit perlu memberikan penjelasan kepada rakyat mengapa kesan kemasukan pelaburan asing di negara ini begitu parah terutamnya di kalangan antara negara Asean. Beliau berkata, mengikut laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 (UNCTAD) mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) yang mencecah RM38 bilion berbanding kemasukan hanya RM29 bilion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami negatif sebanyak RM9 bilion. Menurutnya, beliau tidak menafikan bahawa pada umumnya alasan yang kerap diberikan adalah kerana faktor fenomena global dan semua negara mengalami tekanan ekonomi berikutan krisis ekonomi yang bermual dari Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun tetapi kerajaan perlu menjawab mengapa kesan di negara ini lebih ketara dari negara Asean lain.
“Satu formula penyelesaian bagi masalah besar ini perlu diambil dan saya sudah kemukakan pandangan supaya menteri terbabit mengambil inisiatif untuk dapatkan konsensus mengenainya. Saya telah kemukakan usul kepada Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat dan beliau sendiri setuju tetapi memberi alasan ia tidak begitu mendesak dengan alasan soalan itu telah dijawab,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen. Anwar menyatakan bahawa laporan UNCTAD menunjukkan Malaysia berada di tangga keenam dari segi pelaburan asing pengaliran dana ke negara ini pada 1996 lalu. “Bagaimanapun, kedudukan terbabit merosot ke tangga 60an pada 2006…jadi kalau ini bukan mendesak, apa lagi?” persoalnya lagi. Menurutnya lagi, di negara-negara Asean ada peningkatan pelaburan lebih 81 peratus iaitu RM116 bilion pada 2006 kepada RM209 bilion pada 2007, tetapi Malaysia hanya mendapat sebahagian yang paling kecil iaitu 13 peratus berbanding dengan negara-negara Asean yang lain.
Kerana itu, katanya kerajaan perlu menjawab mengapa Malaysia lebih parah walaupun alasan yang kerap diberikan adalah fenomena ekonomi global. Beliau berkata laporan Bank Negara menunjukkan kemerosotan kepada pertumbuhan eksport pada 2007 berbanding purata 12.1 peratus antara 2002 hingga 2006 dan ia bermakna ada pertumbhan kecil sebelum itu tetapi merosot pada tahun lalu. “Seperti yang diketahui industri barangan elektronil dan elektrikal begitu besar dan sektor pembuatan adalah di sekitar 65 peratus tetapi merosot kepada 42 peratus. Kalau kita lihat angka itu masih baik pada umumnya kerana di tahun kebelakangan ini pertumbuhan kenaikan eksport komoditi pertanian dan petroleum meningkat 14.8 peratus tetapi dari sudut industri pembuatan ia seharusnya membimbangkan,” katanya lagi. Anwar berkata, ini jelas menunjukkan ternd ekonomi di negara ini bergerak ke arah penguncupan dan keadaan itu jelas menunjukkan masalah iklim peaburan dan krisis keyakinan di negara ini.
“Kalau dilihat pada laporan Bank Dunia, UBS dan Institute of Financial Finance (IFF) ada beberapa faktor dan alasan yang diberikan mengapa kemasukan FDI (pelaburan asing) terbatas atau terhalang. Laporan dari badan-badan itu menyebut antaranya kerana dasar ekonomi dan kewangan negara termasuk syarat kawalan dan peraturan dalam sektor perkhidmatan. Di samping itu, mereka juga mengketengahkan masalah berkaitan tenaga mahir dan in sebenarnya ada kaitan dengan fokus latihan yang diberikan oleh universiti, institut vokasional dan teknikal kerana seharusnya tiada ‘mismatch’ di antara keperluan industri pelabur dengan keperluan tumpuan di bidang latihan,” jelasnya lagi. Beliau menambah, laporan itu juga menyebut isu kos berurusan tinggi yang terpaksa dihadapi pelabur ke negara ini serta ketidak telusan dalam sistem pengagihan kontrak dan menurutnya ia jelas berkait dengan masalah rasuah di semua peringkat . Menurutnya, kalau dilihat, trend ini ternyata menujukkan ada perpindahan yang dilakukan oleh syarikat yang sedia ada ke negara luar dan syarikat yang baru ke negara jiran.
[Senario yang berlaku ini jelas membuktikan kepada kita bahawa sememangnya Kerajaan Barisan Nasional gagal dalam membangunakan ekonomi negera. Ini bermakna mereka sudah tidak layak untuk menjadi pemerintah di Malaysia. Jika dibiarkan BN terus berkuasa, kita pasti negara ini akan terus dijajah dan tergadai. Melayu UMNO perlu sedar akan semua ini. Jika terlambat mereka juga akan merintih di bumi sendiri seperti lagu "Warisan" yang sering mereka nyanyikan dalam kursus BTN selama ini. UMNO sudah khianat kepada rakyat maka itulah pelabur takut untuk datang ke Malaysia. Di Pahang, defisit mencecah hampir RM100 juta, sejak Adnan Yaakob menjadi MB. Ini memberi gambaran bahawa MB Pahang itu juga ternyata gagal sejak 11 tahun memerintah, belum pernah negeri Pahang mendapat keuntungan hasil pelaburan luar ataupun projek pembangunan yang dirancang. Dengan fenemona ini, maka adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk memastikan UMNO dan BN diturunkan dari takhta dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka hanya menang dengan tipu helah dan rasuah yang diatur secara sulit dengan pihak SPR, jika tidak sudah lama mereka dikorbankan].
Kontroversi: Anugerah Datuk, Siapa Tanggung Kos Shah Rukh Khan Datang Ke Melaka Disember Ini !!
MELAKA - Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan, telah bersetuju datang ke Melaka pada 6 Dis ini untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk. Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Omar Kaseh berkata Shah Rukh Khan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 7.30 pagi dan akan berada di Melaka selama sehari. Istiadat penganugerahan darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pada 10 pagi, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 hari lahir Mohd Khalil pada 11 Okt lepas. Omar berkata bahawa pada majlis istiadat penganugerahan itu, Shah Rukh Khan akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok, satu-satunya artis Bollywood yang diberi penghormatan memakai busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton seluruh dunia. Katanya seramai 1,000 orang akan dijemput ke majlis istiadat penganugerahan berkenaan dan ia terhad kepada jemputan sahaja. Omar berkata Shah Rukh Khan akan turut melawat beberapa tempat terkenal di kawasan Melaka Bandaraya Warisan Dunia dan orang ramai boleh menemui pelakon itu di tempattempat berkenaan. Katanya pelakon popular Bollywood itu dijadual melawat Menara Taming Sari pada 2.10 petang, menaiki beca ke jam besar melalui Jalan Quayside (2.25 petang), Eye On Malaysia (2.50 petang), pentas Jonker Walk (3.25 petang), menaiki bot dari Padang Nyiru ke Eye On Melaka (3.45 petang), kampung Morten (4.10 petang) dan bertemu peminat di konsert Jom Ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (4.45 petang). Beliau kemudiannya akan ke KLIA untuk penerbangan balik ke Mumbai jam 8 malam itu.
[Maka, sah agaknya aktor Bollywood itu akan datang ke Melaka seperti yang diwar-warkan. Namun harus diingat, belanja yang besar diperlukan sebenarnya untuk membawa artis itu ke Malaysia. Tambahan pula beliau mungkin tidak tahu "nilai Datuk" yang bakal diterimanya itu. Persoalannya, siapakah yang menanggung segala perjalanan beliau ke Melaka. Apakah ia diuruskan oleh Kerajaan Negeri Melaka?. Sungguh bertuah nasib Shah Rukh Khan, lebih beruntung dari sebahagian besar rakyat Malaysia. Orang luar dihargai, orang kita sendiri dilupakan. Selepas ini, pasti ramai lagi artis antarabangsa akan menerima anugerah Datuk. Maka terbuktilah bahawa "gelaran Datuk" kini sudah tiada nilainya dan boleh "diperdagangkan" sesuka hati mengikut nilai-nilai tertentu. Malu rasanya untuk memanggil Shah Rukh Khan dengan gelaran"Datuk" selepas beliau menerima pingat itu. Terlalu hina rasanya bangsa sendiri dengan anugerah itu. Macamlah hanya Shah Rukh Khan sahaja yang memperkenalkan nama Melaka di peringkat dunia. Jika hanya ada beberapa sceene yang memaparkan babak Al-Famosa Melaka dalam lagu Hindi itu pun dikatakan membanggakan, apa akan jadi jika ada penerbit luar negara selepas ini datang ke Malaysia terutamanya buat filem 100% di Melaka. Sungguh malang lagi , jika kerajaan negeri sendiri sebenarnya yang tanggung segala kos membawa artis Bollywood itu datang ke sini].
Edisi Pahang: Warga Kuantan Kecewa, Masalah Pengangkutan Awam Di Sini Semakin Kritikal !!
KUANTAN - Masalah pengangkutan awam yang menghantui penduduk di bandar ini nampak semakin kritikal dan perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa. Kami difahamkan masalah ini telah berlarutan sejak beberapa tahun dan belum nampak tanda-tanda ia akan dapat diatasi dalam tempoh terdekat ini. Tinjauan Pahang Daily di sekitar lokasi yang terbabit dengan masalah ini, jelas sekali menunjukkan keadaan kini semakin serius dan membebankan ramai pengguna pengangkutan awam terbabit. Kawasan kritikal yang dikatakan menjadi laluan utama pengangkutan awam terbabit ialah Perkampungan Cenderawasih, Bukit Sekilau, Tanjung Lumpur dan lokasi yang berdekatan dengan pusat bandar Kuantan. Rata-rata penduduk yang ditemui amat kecewa dengan senario ini. Mereka mahu rakyat dibela, dan masalah ini diselesaikan segera sebelum penggal persekolahan musim baru tahun 2009 dibuka. Jika tidak sudah pasti masalah yang lebih rumit akan timbul.
"Saya amatlah berharap agar pihak berkuasa bertegas dalam hal ini, jika tidak sudah pasti rakyat akan melihat mereka diabaikan. Jangan salahkan rakyat jika akhirnya mereka mengundi parti pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang" kata Azman, salah seorang kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang ditemui. Harus diingat dalam pilihanraya umum yang lalu, Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota telah jatuh ke tangan parti pembangkang. Kerusi parlimen itu kini diwakili oleh Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan). Maka itu, jika pihak kerajaan menutup sebelah mata sahaja permasalahan ini, maka harapan untuk BN merampas semula kerusi "panas" tersebut dalam pilihanraya umum akan datang pasti tidak kesampaian.
Tambah menyedihkan ada yang terpaksa menunggu sehingga dua atau tiga jam semata-mata untuk ke bandar Kuantan. Ini amat menyukarkan serta menyiksakan pengguna terbabit, tambahan pula bagi mereka yang menjadikan kenderaan awam itu sebagai pengangkutan untuk ke tempar kerja. Masalah yang terjadi ini menyebabkan mereka terpaksa berbelanja besar untuk berulang-alik menaiki teksi ke pusat bandar. Tambah parah lagi bila mereka juga terpaksa bertukar teksi untuk ke tempat kerja dari pusat bandar. Bukankah ini adalah masalah rakyat yang perlu ditangani segera oleh pihak kerajaan. Justeru itu, kami merayu agar pihak Kerajaan Negeri Pahang dapat peka akal hal ini. Demi keselesaan rakyat, sesuatu harus dilakukan. Jangan biarkan rakyat terus tersiksa menanggung derita. Kami difahamkan juga pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) setakat ini masih menangguhkan peruntukan RM71 juta bagi mempertingkatkan kemudahan awam di bandar ini. Soalnya disini, jika mereka peka akan masalah rakyat setempat, maka peruntukan itu perlu dilepaskan. Ini kerana rakyat disini membayar berbagai cukai kepada Majlis Tempatan terbabit, maka sudah semestinya mereka juga inginkan keselesaan dalam menggunakan perkhidmatan awam.
Kami juga tertanya-tanya, ke mana hilangnya wang RM4 bilion hasil kenaikan harga minyak yang dikatakan untuk membangunkan kemudahan perkhidmatan awam di seluruh negara. Keuntungan tersebut diperolehi oleh kerajaan setelah menaikkan harga minyak di pasaran ketika itu. Namun hingga kini tidak jelas ke mana wang itu dibelanjakan. Apakah ia digunakan untuk rakyat atau pun hanya berlegar-legar dikalangan penguasa yang rasuah dan korupsi. Jika wang sejumlah itu benar-benar digunakan untuk pembangunan kemudahan awam di seluruh negara, pasti masalah yang berlaku di Kuantan ini dapat diatasi. Namun, kita khuatir wang tersebut telah disalah guna oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi masing-masing. Sebaliknya rakyat terus dibiarkan berhadapan dengan masalah pengangkutan awam seperti ini. Harapan kami agar perkara ini diambil berat dan perubahan dapat dilakukan dengan kadar segera demi kepentingan rakyat.
[Masalah ini sudah terlalu lama menghantui warga Kuantan. Dulu syarikat Park May mengambil alih perkhidmatan pengangkutan awam disini. Namun kini ramai yang tertanya-tanya syarikat apakah pula yang diberi hak untuk menyediakan kemudahan tersebut. Malu rasanya menjadi warga Kuantan, jika keadaan ini berterusan. Apa akan terjadi sekiranya para pelancong yang berkunjung ke sini ingin menggunakan kemudahan awam tersebut. Bukankah fenomena ini akan menjatuhkan imej negeri ini dan negara amnya kepada pelancong dari luar negara. Dulu ada pengangkutan awam dari Pasar Besar Kuantan ke Pantai teluk Chempedak, namun kini semuanya sudah tiada lagi. Ini menyusahkan orang ramai ke pantai peranginan itu. Jika ini terus berlaku, sudah pasti ianya akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negeri ini. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk turut campur tangan dalam permasalahan rakyat ini. Jangan biarkan rakyat memberontak akibat kekecewaan mereka itu nanti. Kelak buruk padahnya!].
Edisi Pahang: Bajet Defisit Sejak 11 Tahun Lalu, Ternyata Adnan Gagal Sebagai Menteri Besar !!
SIDANG ONLINE - Buat tahun yang kesebelas berturut-turut Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit. Terbaru, defisit lagi sebanyak RM98.61 juta untuk tahun 2009 yang dibentang pada Sidang Dewan Undangan Negeri, Jumaat 14 November lalu. Jumlah ini menunjukkan berlaku peningkatan defisit sebanyak RM48.25 juta (bajet negeri Pahang 2008 lalu mengalami defisit sebanyak RM50.36 juta). Juga antara negeri yang terbesar angka defisit bajetnya. Untuk pengetahuan semua, pada 2009 nanti tempoh Adnan menjadi Menteri besar Pahang juga ialah sebelas tahun. Ini bermakna, sepanjang beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dari Khalil Yaakob, belum pernah sekali pun bajet yang tidak defisit yang dibentangkan oleh bekas guru bahasa Inggeris sebelum masuk politik itu! Dalam bahasa mudahnya, defisit bermakna pengeluaran wang lebih banyak daripada sumber hasil. Atau wang yang akan dibelanjakan lebih banyak daripada hasil negeri.
Lawan defisit ialah surplus. Untuk lebih memahami lagi tentang defisit bajet Pahang ini ialah, bahawa kerajaan negeri telah gagal menjana hasil atau kewangan atau tidak berupaya mencari sumber-sumber baru kewangan sedangkan belanja yang diperlukan lebih besar dari jumlah angka hasil yang diperolehi. Dengan lain-lain perkataan, kerajaan negeri Pahang yang dipimpin Adnan langsung tidak berupaya menambah pendapatan, selari dengan kewangan yang diperlukan. (Sila klik imej untuk besarkan bukti bajet defisit Pahang itu) Ibarat sebuah keluarga, pendapatan ketua keluarga tidak pernah mencukupi meski pun jumlah anaknya telah meningkat sehingga sepuluh orang. Jika bertambah ahli keluarga logiknya pendapatan ketua keluarga mestilah meningkat. Tetapi si ayah itu gagal dan tidak pernah mencukupi pendapatan untuk membiayai keperluan tahunan keluarga sehingga sepuluh tahun. Bandingan mudahnya, siapa si ayah itu? Dialah Adnan bin Yaakob. Semua orang tahu bahawa orang yang paling berkuasa di Pahang ialah MB dan selepas itu barisan exconya.
Jika Pahang gagal menjana ekonomi, gagal menambah pendapatan atau gagal meningkatkan hasil negeri maka kesalahan seratus peratus seharusnya diletakkan kepada Adnan dan exconya. Itu tidak boleh lari kerana mereka tiada kreativiti dan tidak proaktif meneroka hasil-hasil baru. Termasuk tidak berupaya melihat peluang-peluang industri hiliran dari banyak agensi kerajaan pusat dan swasta yang ada juga gagal menarik pelaburan. Apa sumber asli yang tidak ada di Pahang? Pahang mempunyai sumber kekayaan hutan terbanyak di Semenanjung. Pahang memiliki sungai terpanjang di Semenanjung. Pahang mempunyai aset pelancongan terkaya di Malaysia. Pahang mempunyai kekayaan hasil bumi dan sejarah yang belum diteroka. Pahang merupakan pintu masuk ke Pantai Timur. Pahang bersempadan dengan kebanyakan negeri di Semenanjung termasuk ibu negara. Dan jangan lupa seorang PM datangnya dari Pahang dan seorang lagi pula bakal menjadi Perdana Menteri.
Jangan lupa, sebahagian besar tanah Rancangan Felda terletak di negeri Pahang. Sehingga kini Felda kaya raya menjadi badan korporat kedua terbanyak sumber pendapatan selepas Petronas. Tapi Pahang? Negeri Pahang dapat apa? Pusat judi terbesar di Asia Tenggara terletak di bumi Pahang, tapi kerajaannya? Bahkan berdasarkan bajet yang dibentangkan, hasil kerajaan negeri merosot daripada RM467 juta pada 2008 kepada RM461 juta pada 2009, iaitu berkurangan sebanyak RM5.18 juta. Berdasarkan butiran yang ada, jadi jelaslah Adnan telah gagal menjalankan tugasnya sebagai menteri besar. Meski pun beliau diakui tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang ekonomi, namun begitu sepatutnya sekurang-kurangnya dapat memanfaatkan profesional yang ada untuk menjana ekonomi.
Berdasarkan realiti ini, ada tiga langkah yang boleh menyelamatkan ekonomi Pahang dan rakyatnya. Pertama, Adnan sendiri kena jujur dan mengaku bahawa beliau gagal memimpin negeri ini dari segi perekonomian. Jika seorang pengurus syarikat gagal menaikkan pendapatan majikannya selama 11 tahun apa tindakan yang diambilnya? Sudah tentulah meletakkan jawatan. Maka di atas keinsafan yang sama Adnan sewajarnya meletakkan jawatan sebagai menteri besar bagi memberi kesempatan kepada orang lain setelah beliau gagal. Lagi pun Adnan mesti sedar bahawa jawatan yang dipegang bukannya hasil warisan pusaka keluarga. Kedua, pemimpin tertinggi negara mesti melihat bahawa kegagalan Adnan bermakna kegagalan kerajaan BN keseluruhannya, sedangkan jawatan itu satu amanah. Maka kedudukan Adnan sebagai menteri besar mesti disingkirkan dan ditukar dengan muka baru. Jika kegagalan berpanjangan ini terus menerus dibiarkan ini bermakna suatu kezaliman dan pengkhianatan telah dilakukan kerajaan terhadap rakyat negeri ini.
Langkah ketiga dan terakhir, jika kedua-dua pihak di atas tadi tidak mahu bertindak kendati pun telah jelas kegagalannya, maka rakyat sendiri mesti bertindak menukar kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Apa gunanya lagi beliau dibiarkan di situ kerana kita yakin dan percaya, selama mana Adnan terus berkuasa maka selama itulah pencapaian ekonomi Pahang tidak akan meningkat. Rakyat telah memberi peluang Adnan selama 11 tahun, maka tempoh yang lebih lama lagi tidak wajar sama sekali diizinkan. Oleh kerana Adnan telah sinonim dengan kegagalan, maka menyingkirkan Adnan bermakna mengeluarkan Pahang dari alam kegelapan ke dunia baru!
[Inilah akibatnya jika negeri dipimpin oleh kerajaan yang tidak telus dan penuh dengan penyelewengan. Tidak ada gunanya jika negeri kaya raya dengan hasil mahsul, jika ia tidakk tahu dijaga dan diuruskan dengan baik. Pahang kaya dengan hutan, tapi balak senantiasa dicuri oleh perompak. Masalahnya ialah ketelusan yang sudah tidak dapat dikawal lagi. Sepatutnya jika berlaku kecurian balak, pihak terbabit perlu menyiasat siapakah pencuri, kemana balak itu dibawa dan kerajaan boleh merampas semula kayu balak dari kilang terbabit. Ini tidak, berita kecurian hanya diwar-warkan oleh media massa setelah beratus ekar balak dicuri. Ia sebagai langkah mengaburi mata rakyat, kononnya kerajaan negeri prihatin dan mengambil tindakan tegas. Jika tegas, tidak mungkin kecurian dan pengondolan hutan sering berlaku sewenang-wenangnya tanpa kawalan. Masalah ekonomi juga berlaku apabila tiada pengasingan sumber kewangan kerajaan antara yang haram dengan yang halal. Duit cukai pusat perjudian disatukan dengan hasil yang lain. Akibatnya sudah pasti perkara yang negatif terus berlaku. Maka apa lagi yang kerajaan negeri boleh lakukan, selain dari memiliki barisan exco kerajaan yang ternyata melakukan rasuah "politik wang" dalam setiap kali pemilihan UMNO dan juga pilihanraya. Justeru itu hanya rakyat yang boleh membuat perubahan demi mengembalikan semula maruah kerajaan di negeri Pahang ini].
Eksklusif: Industri Berbahaya, Fuziah Pertikai Langkah Kerajaan Negeri Perjudi Nasib Rakyat !!
KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan,YBPuan Hajjah Fuziah Salleh baru-baru ini telah turut serta didalam perbahasan diperingkat jawatankuasa bagi KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR. Maka itu disini kami sertakan tesk perbahasan yang telah beliau kemukakan tersebut untuk makluman rakyat Pahang khasnya dan Malaysia amnya. Isu berkaitan kesan radio aktif ini amatlah penting diketahui oleh rakyat semua. Justeru itu hebahkan maklumat ini kepada semua rakyat Pahang agar mereka tahu betapa "tidak beretikanya" Kerajaan Negeri Pahang yang sanggup memperjudikan nasib rakyat semata-mata untuk mendapat keuntungan. Komitmen dari pihak Kementerian untuk memastikan alam sekitar sentiasa bersih, selamat, sihat, produktif dan tidak dicemari, amat-amat dihargai kerana alam ini merupakan anugerah kita terhadap anak cucu kita dan generasi akan datang. Keprihatinan pihak Kementerian berkenaan Pembangunan Lestari, mesti diterjemahkan dalam bentuk keputusan-keputusan yang tegas dan komited. Saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian berkenaan tindakan Jabatan Alam Sekitar Pahang yang telah meluluskan lesen kepada Lynas Corporation Malaysia Sdn. Bhd untuk membina satu Advanced Material Plant di Pusat Industri Gebeng Kuantan pada awal tahun ini.
Lynas Corp Ltd merupakan syarikat asing yang melaburkan RM1billion bagi membina prasarana serta kemudahan untuk memproses lathanides (nama saintifik bagi rare earth) di 72, Jalan Gebeng 1/24, Bandar Industri Gebeng Jaya, Kuantan 26080 Pahang. Kawasan seluas 101.25 hektar di Kawasan Perindustrian Gebeng di peringkat permulaan, di mana operasinya dijangka bermula September 2009. Lathanides digunakan sebagai pemangkin untuk pembuatan mentol lampu jimat tenaga serta bateri kering. Ianya juga digunakan dalam pemerosesan banyak lagi produk technologi modern. Bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas di Pergunungan Weld, (Mt Weld), New South Wales sebelum diproses di Gebeng. Manakala keuntungan bagi negeri dan negara dijangka mencecah sehingga RM4.7 billion daripada pelaburan bertempoh 15 tahun yang pertama.
Saya ingin membawa kepada perhatian dewan yang mulia ini bahawa elemen-elemen rare earth ini, sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi peringkat rendah mahupun sederhana. Sebab itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya. Ini secara jelas menunjukan bahawa, operasi pemerosesan rare earth ini melibatkan penggunaan serta penghasilan sisa radioaktif. Di Negara China dan India, proses seperti ini begitu terkawal aktivitinya. Walaubagaimanapun, negri China sendiri sudah mula memberhentikan industri-industri merbahaya seperti ini dengan cara memperketatkan regulasi, yang secara tidak langsung memaksa keluar industri ini dari negara mereka. Tujuannya bagi menjamin alam sekitar yang sihat kepada penduduknya. Proses seperti itu memerlukan satu sistem pengurusan yang rapi khususnya pengurusan sisa radioaktif termasuk urusan penyimpanan sisa buangan serta pengangkutannya.
Malah lampu kalimantang yang sudah tidak digunakan lagi pun, termasuk di dalam kategori sisa buangan terjadual di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Sisa Buangan Terjadual) 1989 dan perlu dilupuskan mengikut prosedur bagi menjamin keselamatan dan kesihatan masyrakat dan alam sekitar. Persoalannya ialah mengapa Lynas sendiri yang sebelum ini beroperasi di negeri Cina telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses rare earth ini, kenapa mereka terpaksa mencari lokasi baru, keluar dari Negeri Cina, Lynas juga enggan membuat pemrosesan bahan ini di negara mereka sendiri, Australia. Kenapa? Kita kena tanya hal ini. Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia? Kenapa Malaysia pula menjadi negara yang mahu menerima projek berbentuk begini di negara kita. Kerajaan Negeri Trengganu telah menolak untuk diadakan projek ini di Telok Kalong Kemaman, Trengganu pada bulan July 2007, iaitu selepas mengkaji isu-isu keselamatan yang membabitkan nyawa manusia serta juga selepas mendapat maklumbalas dari ngo-ngo.
Akan tetapi pada 24 Ogos 2007 MIDA pula mengenalpasti lokasi baru di Gebeng, Kuantan. Kerajaan Pahang pula menjadi pak sanggup menerima projek ini. Walaupun Pihak berkuasa sentiasa mendakwa bahawa mereka sentiasa mengawasi dan memantau operasi industri seperti itu. Akan tetapi, sejarah hitam industri pemerosesan rare earth di Malaysia telah pun berlaku sekitar awal 1990an di Bukit Merah, Perak. Syarikat usahasama dari Jepun yang mendakwa menggunakan teknologi pemerosesan rare earth mesra alam telah gagal menguruskan sisa buangan industri mereka dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Lebih buruk lagi, didalam kes Bukit Merah sisa buangan yang bersifat radioaktif itu telah dihebahkan kepada penduduk untuk diambil sebagai baja sebagai langkah ‘pelupusan’ mudah. Akhirnya akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah kes keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang, akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit setelah dengan ‘harga’ yang cukup mahal; nyawa dan kesihatan.
Menjadi lumrah syarikat-syarikat seperti itu menjanjikan bahawa keselamatan masyarakat dan kebersihan alam sekitar menjadi keutamaan mereka. Apa yang sering terjadi ialah, setelah sedikit lama beroperasi, kemungkinan kejadian-kejadian seperti pelupusan sisa secara haram dilakukan. Malah, kemudahan penyimpanan sisa buangan sementara seperti yang dituntut peraturan juga, mungkin tidak lagi menjadi keutamaan. Sisa-sisa mungkin akan dibiarkan secara terbuka dan mendedahkan bahaya kepada masyarakat dan alam sekitar. Kita sudah ada precedence timbulnya masalah sebelum ini di Bukit Merah Perak di dalam industry yang sama. Tambahan pula di negara kita ini kita punyai masalah dengan penguatkuasaan. Masalah pembuangan sampah merata-rata pun kita susah nak buat penguatkuasaan, saya khuathir, bagaiamanakah kita mampu melaksanakan penguatkuasaan dalam kes ini yang melibatkan sisa radioaktif merbahaya.
Bagaimana pula sekiranya ada leakage kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan. Bukankah ianya akan mencemarkan Sungai Balok yang kemudiannya akan mencemarkan ikan-ikan dilaut China Selatan. Kuantan merupakan pengkalan penangkapan ikan yang terbesar didalam Negara. Ikan-ikan dari Kuantan dihantar ke Pasar Borong di Selayang yang kemudiannya di hantar keseluruh pasar-pasar dan ke restoran-restoran Negara untuk dijadikan hidangan rakyat Malaysia. Insiden-insiden kes rasuah yang tinggi juga merupakan masalah yang kita hadapi dimana ianya menambah kekhuatiran rakyat berkenaan penguatkuasaan berkesan. Memandangkan projek ini yang begitu sensitif terhadap keselamatan orang awam dan berisiko tinggi, saya menggesa Ketua Pengarah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, supaya mengarahkan supaya di adakan satu kajian Detailed Environmental Impact Analysis yang kemudiannya perlu pula dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari untuk maklumbalas. Walaupun projek ini mungkin tidak memerlukan DEIA dilakukan tetapi demi memastikan keselamatan awam, ‘to be doubly sure’, tidak rugi sekiranya pihak Kementerian membuat kajian yang lebih teliti sebelum projek ini dimulakan. Keselamatan orang awam, bayi dalam kandungan dan anak kita yang terancam tidak boleh di gadaikan.
[Rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan perlu mengambil berat akan hal ini. Jika tidak, sudah pasti mereka akan berhadapan dengan masalah yang lebih kritikal selepas ini. Tambahan pula kesan radio aktif amat berbahaya kepada tubuh badan manusia. Persoalannya mengapakah MB Pahang tidak mengambil kira tentang rakyat dalam meluluskan projek ini. Apakah kerana memerlukan wang dari hasil projek itu, maka nasib rakyat akhirnya di perjudikan? Ini amat berbahaya sebenarnya. Rakyat perlu melakukan protes terhadap kerajaan negeri atas isu ini. Kita amat berbangga kerana wakil rakyat pembangkang lebih prihatin dari wakil rakyat kerajaan BN dalam hal keselamatan dan kesihatan rakyat]
Edisi Khas Pahang: Isu Pencerobohan Di Pekan Matau Jengka, Rahsia Di Sebalik Satu Tinjauan !!
Krew kami telah mengadakan lawatan ke Bandar Jengka baru-baru ini (18 Nov). Tujuan utama kami ialah untuk melihat dan meninjau dari dekat rintihan serta trauma yang dihadapi oleh pendudukdi situ, apabila tapak kediaman mereka bakal dirobohkan oleh pihak berkuasa tidak lama lagi. Sesungguhnya suara yang diluahkan jelas sekali membuktikan mereka amat kecewa dengan fenomena ini. Ia juga menunjukkan kepada kita yang kerajaan sebenarnya langsung tidak prihatin atas segala musibah yang bakal menimpa rakyat. Sudahlah sebelum ini mereka ditimpa banjir besar disitu yang menyebabkan berbagai harta benda rosak binasa. Kini, kediaman mereka pula akan dirampas oleh kerajaan atas nama pembangunan. Akhirnya kini, mereka terpaksa menghadapi jua dalam keadaan yang serba tidak kena. Pekan Matau, iaitu penempatan awal Bandar Jengka sejak 40 tahun lalu itu, bakal dirobohkan. Pihak berkuasa tempatan, sudah pun meletakkan papan tanda di kawasan terbabit.
Pekan Matau sebenarnya begitu sinonim dengan masyarakat di Jengka. Kerana disitulah bermulanya penempatan terawal di Bandar Jengka. Ketika itu, pekan Jengka begitu popular dengan sebuah kilang pembalakan yang dikenali sebagai "Lionvest" yang dipunyai oleh Lionvest Corporation (Pahang) Sdn. Bhd. Maka, ramailah warga Jengka dan kawasan sekitarnya yang bekerja mencari rezeki disitu. Tambahan pula diawal Jengka di terokai, pokok getah dan sawit masih belum lagi mengeluarkan hasil. Ketika itu, pekan Matau adalah satu destinasi yang menjadi kunjungan ramai dan begitu popular. Kewujudan Pekan Matau menjadi satu mercu tanda Jengka. Tambahan pula lokasinya yang terletak ditepi jalan besar jengka, ditambah lagi dengan kewujudan banyak kemudahan awam di situ termasuk pejabat operasi syarikat bas awam di Jengka iaitu Sri Jengka Sdn Bhd. Lantaran itu, tidak hairanlah warga Jengka amat mengenali Pekan Matau.
Papan tanda surau dan kawasan RT (kiri), Syarikat kontraktor SAJ Sdn Bhd
Kini, berita tentang isu perobohan Pekan Matau telah tersebar luas. Bahkan, ia turut mendapat perhatian daripada anak-anak Jengka di perantauan. Kami sendiri amat teruja dengan senario ini. Kami juga membesar di Jengka sejak tahun 70an lagi, ini bermakna kami juga sudah terlalu masak dengan Pekan Matau. Memang ia merupakan nadi utama Jengka sejak sekian lama. Disitu juga munculnya Jutawan segera program TV More Jutaria iaitu Samerin Zulkifli awal tahun 90an dulu. Beliau menjadi juara rancangan itu dan berjaya memenangi wang tunai RM1 juta. Di Pekan Matau inilah kedai basikalnya beroperasi ketika itu. Seluruh negara gempar dengan Samerin, hingga menyebabkan Jengka, malah orang-orang Jengka sendiri menjadi popular.
Kini tatkala bandar Jengka di Nadi Kota sudah mula maju dan membangun, akhirnya Pekan Matau mahu dikorbankan. Apakah lagi pembangunan yang dimahukan disitu. Bukankah pembangunan sedia ada sudah mencukupi. Umum harus tahu bahawa Bandar Jengka adalah satu-satunya bandar "Bumiputera" di Malaysia. Ini bermakna, di sini hanya kaum Bumiputera sahaja yang dibenarkan memiliki hartanah baik rumah kediaman mahupun presmis perniagaan. Lantaran itulah pembangunan sedia ada di sini agak pelahan daripada lain-lain kawasan di negara kita. Majoriti penduduknya adalah orang-orang Melayu. Nama-nama popular di Bandar Jengka yang sering bermain di mulut masyarakat disini ialah Yusuf Dagang dan Mat Sapak. Dua tokoh usahawan inilah yang telah menaikkan imej Jengka dan memajukannya. Yusuf Dagang kini mempunyai sebuah premisnya di pintu masuk ke Bandar Jengka dari arah Temerloh (LPT), manakala Mat Sapak pula mempunyai sebuah pasaraya yang dikenali dengan Pasaraya Sinaran Kota yang terletak di Nadi Kota. Pendek kata, dua nama ini menjadi perintis kejayaan masyarakat di Wilayah Jengka secara keseluruhannya.
Jalan masuk utama ke Pekan Matau dari arah jalan besar Bandar Jengka
Kejayaan dan pembangunan Bandar Jengka sendiri banyak dikaitkan dengan Pekan Matau. Biarpun penduduk disitu rupanya hidup atas tanah haram, setelah pihak berkuasa tidak lagi melanjutkan TOL yang mereka bayar setiap tahun itu. Semua ini dilakukan atas dasar untuk menghalang hak penduduk yang majoritinya orang Melayu disitu. Akibat dihalang membayar TOL atas tanah tersebut, maka itu keputusan untuk mengusir dan menghalau mereka dilihat mempunyai alasan yang kukuh. Ini bermakna kawasan terbabit akan diruntuhkan dan sebuah pembangunan baru akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat pemaju yang dikenali sebagai Mentiga Corporation Sdn.Bhd. Rakyat Pahang masih ingat, bahawa syarikat itulah yang telah menipu dalam pembinaan perumahan Sg.Isap Perdana di Kuantan dulu. Hasilnya mereka tidak menambak tanah mengikut syarat yang ditetapkan. Akhirnya kawasan berkenaan banjir teruk setiap kali musim tengkujuh, kerana penipuan berkenaan. Ini disahkan dan disedari oleh para penduduk, namun tindakan sewajarnya gagal dilakukan kerana dipercayai syarikat itu adalah milik anak syarikat kerajaan negeri Pahang sendiri. Justeru itulah, rasional memilih syarikat terbabit juga wajar dipertikaikan oleh semua pihak sebenarnya.
UMNO Jengka Bakal Karam Kerana Isu Matau
Harus diingat bahawa, DUN Jengka pernah ditakluki oleh pembangkang satu ketika dulu. Tatkala itu wakil rakyat yang dipilih ialah bekas pensyarah UITM Jengka iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau yang meletakkan jawatan sebagai pensyarah dan terlibat secara aktif dalam politik mewakili PAS. Ketika itu beliau mengalahkan calon favourite masyarakat Jengka iaitu Dato' Zainal Hassan (Bapa Saudara Siti Nurhaliza). Kini politik Dato' Zainal terus merundum, bahkan beliau tewas dalam pemilihan ke jawatankuasa UMNO Bahagian baru-baru ini. Namun, setelah beberapa tahun berlalu kini dilihat bekas DUN Jengka dari PAS itu akan terus menyinar. Tambahan pula beliau kini telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang sejak beberapa tahun yang lalu. Malah, Dato' Tuan Ibrahim terus dilihat semakin disayangi oleh rakyat setempat. Kuliah mingguannya setiap hari Selasa penuh dengan rakyat yang hadir. Kami sempat meninjau ke lokasi terbabit yang diadakan di Masjid Lama Jengka (Rantau Perintis) itu. Bahkan ada yang mengatakan Masjid Lama Jengka itu kini adalah "Rusila Pahang", mengambil sempena Rusila Marang yang menjadi kubu kuat sering diadakan kuliah Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Hadi Awang sejak sekian lama. Kata orang, di Trengganu ada Marang di sini pula ada Maran, yang mana jika disebut dalam loghat Trengganu ia tetap menjadi "Marang". Maka bolehlah dikatakan ini ialah "Rusila Maran".
Dalam pertemuan ringkas dengan Dato' Tuan Ibrahim di sebuah gerai berhampiran lokasi kuliahnya petang itu beliau menegaskan bahawa isu Matau kini bakal menjadi satu agenda khas PAS Pahang dalam memperjuangkan nasib rakyat di negeri ini. Tambahan pula Pekan Matau terletak dalam DUN Jengka. Dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, beliau hanya tewas tipis kepada anak muda dari Jengka 15, Wan Salman (foto). Kami difahamkan kini ADUN Jengka itu seolah-olah melarikan diri dari isu Matau yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Sebelum pilihanraya lalu, beliau ada berjanji kononnya untuk menyelesaikan masalah rakyat di situ. Namun, selepas pilihanraya lain pula jadinya. Menurut Dato' Tuan Ibrahim "Masalah utama penduduk Matau ialah penempatan sementara (TOL). Pihak berkuasa mempertikaikan kerana keadaan pekan itu tidak tersusun dan mencacatkan pemandangan. Masalahnya, bagaimana penduduk terbabit mahu membina premis yang tersusun dan elok. Kenapa kerajaan tidak memberikan sahaja "Geran" kepada mereka?. Bukankah dengan adanya geran, mereka boleh membina premis yang lebih baik dan tersusun " kata beliau.
Suasana di perkarangan Masjid, tatkala kuliah Muslimat diadakan
Kami sempat bertemu dengan rakan blogger di sana iaitu Tukul Besi, berbual dan berbincang hal-hal semasa. Apa yang kami dapat perkatakan ialah, UMNO Jengka pasti akan karam dek kerana kealpaan mereka mengendalikan kes Pekan Matau ini. Mereka lupa bahawa kebanyakkan rakyat di kawasan Jengka amat sinonim dengan peniaga dan penduduk di situ. Maka saban hari tatkala mereka menjenggah ke deretan kedai dan restoran yang terdapat di situ, sudah pasti akan mendengar rintihan warga Matau terbabit. Di mana akhirnya mereka akan terpengaruh dan sedih dengan apa yang akan berlaku. Bayangkan mereka membesar dengan Matau, kini pekan itu ingin diruntuhkan untuk dibina premis baru yang sudah pasti tidak akan mampu untuk dimiliki oleh sebahagian peniaga dan penduduk di situ. Kami yakin warga Jengka akan melihat ini adalah satu penindasan dan tidak wajar dilakukan tatkala UMNO sibuk memperkatakan mereka pejuangMelayu. Bahkan ia juga bertentangan dengan dasar kerajaan BN yang kononnya prihatin dengan nasib rakyat. Jika UMNO tersilap langkah soal Matau ini, sudah pasti kerusi itu akan kembali dirampas oleh PAS dalam pilihanraya umum akan datang.
[Kami difahamkan bahawa penduduk dikawasan terbabit diberikan notis sehingga bulan April 2009 ini untuk berpindah atau pun diusir secara terhormat. Ramai juga rakan-rakan kami yang mendiami kawasan terbabit, dan Pahang Daily akan melaporkan dari semasa ke semasa apa yang bakal terjadi di Pekan Matau selepas ini. Kami ucapkan terima kasih kepada semua rakan di Jengka yang telah memberikan kerjasama dan maklumat kepada kami].
Edisi Pahang: Masalah Air Yang Berlaku Sejak 30 Tahun, Warga Jengka 7 Akan Ajar ADUN Chenor !!
MARAN - "Sudah lebih 30 puluh tahun kami mengalami masalah air, dan sudah berbuih mulut kami mengadu kepada wakil rakyat setempat bahkan sudah banyak penggal UMNO/BN menang di DUN Chenor. Kami pasti, pilihanraya umum akan datang, satu perubahan besar akan berlaku disini" kata Pak Mat, salah seorang penyokong kuat UMNO Jengka 7. Beliau yang ditemui dirumahnya juga menegaskan yang masyarakat disitu sebenarnya sudah muak dan benci dengan sikap ADUN Chenor, Dato' Tan Aminuddin (foto)yang langsung tidak mengambil berat masalah rakyat setempat biar pun sudah hampir 5 penggal menjadi wakil rakyat disitu. Apa yang ada hanyalah janji dan tinggal janji, sebaliknya sejak dulu, kini dan selamanya penduduk di situ terus dirundung derita dengan masalah air yang kian melanda.
Menurut beliau "Masalah kian rumit bila Hari Raya, malahan baru-baru ini tiga hari menjelang raya air terus terputus. Ini menyukarkan penduduk setempat, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak dan cucu yang ramai. Hari yang mulia itu terpaksa disambut dalam keadaan berjaga-jaga akibat masalah air. Nak mandi kena catu dan ikut giliran, nak buang air begitu juga. Bahkan ada yang sanggup pergi mandi di Lubuk Ujid, Kuala Sentul yang jaraknya hampir 20km daripada rumah" katanya. Beliau turut kesal dan berharap agar perkara ini dapat menyedarkan rakyat terutamanya ahli UMNO disitu untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau yang juga merupakan bekas Bendahari UMNO Jengka 7B berkata "ADUN Chenor itu seolah-olah tidak prihatin dengan masalah penduduk disini. Walhal beliau adalah antara exco kanan yang masih lagi berada dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. Alasan yang diberikan setiap kali diajukan soalan itu, sudah pastilah bajet tak mencukupi dan sebagainya. Macamlah Pahang ni negeri Pembangkang !!" tegas beliau mengakhiri perbualannya.
Manakala itu menurut salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Pak Long Rahim pula menegaskan "Masalah air itu telah berlarutan sejak 30 tahun yang lalu. Beliau pun hairan kenapa wakil rakyat dan ahli parlimen kawasan berkenaan tidak nampak isu itu begitu sensitif. Jika masalah berlaku, bukan sahaja penyokong pembangkang menghadapinya tetapi ia turut melibatkan penyokong dan pemimpin UMNO disitu. Namun, mereka seolah-olah dibutakan mata dan hati untuk membantu rakyat. Apa yang penting ialah projek semata-mata" katanya.
Sebenarnya, senario yang berlaku di Jengka 7 ini turut dialami oleh sebahagian besar masyarakat di Jengka. Menurut seorang wakil penduduk dari Jengka 6, Daud Abas berkata "Kami sudah tidak tahan lagi dengan janji-janji kosong yang dibuat oleh wakil rakyat di sini. Mereka akan menabur janji setiap kali menjelang musim pilihanraya sebaliknya selepas pilihanraya mereka anggap isu air adalah masalah kecil. Ini kerana apa yang berlaku BN tetap menang di DUN Chenor dan parlimen Maran. Mereka tahu peneroka yang tidak faham politik akan terkulai layu bila disogok dengan wang setiap kali pilihanraya. Setiap kali diajukan soalan dan komplen pasti masalah yang sama sejak 30 tahun lalu diulangi. Bajet tak cukup, kos tinggi dan macam-macam lagi. Macamlah negeri Pahang dan kerajaan pusat itu berbeza. Bukankah UMNO dan BN itu lubuk duit? Mana pergi duit yang banyak?. Kami warga Jengka 6 juga akan ajar ADUN Chenor dan Ahli Parlimen Maran, Dato' Ismail Muttalib (foto) dalam pilihanraya umum akan datang. Tunggu dan lihat apa yang akan berlaku !!" tegasnya dengan nada serius.
Dengan senario yang berlaku ini, kami yakin kubu kuat DUN Chenor di Jengka 6 dan Jengka 7 pasti akan berkubur dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. BN menang besar di Peti Undi Jengka 7 dengan majoriti melebihi 600 undi begitu juga di Jengka 6 melebihi 400 undi. Maka itu jika penolakan berlaku dikalangan para peneroka terutamanya ahli UMNO setempat dan ditambah lagi dengan isu semasa serta kemasukan pengundi generasi muda, kami yakin kerusi DUN Chenor dan Parlimen Maran bakal ditakluki Pakatan Rakyat nanti. Pada pilihanraya umum yang lalu PAS meletakkan calon di Parlimen Maran dan juga DUN Chenor. Terdapat berita gembira buat warga Jengka 7 jika tidak ada aral melintang Cucumatkilau yang juga anak kepada bekasKetua Peneroka Jengka 7 dan juga pemimpin UMNO disitu akan menawarkan diri untuk bertanding menentang BN di DUN Chenor dalam pilihanraya umum akan datang. Sebelum ini Cucu telah menjadi calon PKR untuk bertanding di Dun Kemayan dalam pilihanraya umum yang lalu .
Cucu melihat sudah tiba masanya BN ditentang oleh anak tempatan disini. Tambahan pula Jengka 6 dan Jengka 7 merupakan kubu kuat atau nyawa BN. Cucu ada banyak fail tentang penyelewengan, korupsi, kronisme dan rasuah yang melibatkan UMNO sekarang. Bahkan arwah ayahanda Cucu juga banyak mendedahkan kepada Cucu tentang perkara ini. Cucu masih ingat perjuangan lebih 30 tahun ayah dan ibu saya dalam UMNO dulu. Dato' Tan hanya mempergunakan mereka untuk kepentingan peribadi bagi menang dalam pilihanraya, sebaliknya bila mereka berdua sudah sakit dan akhirnya meninggal dunia. Jangankan ADUN Chenor itu hendak melawat atau menghulurkan sumbangan malah pernah berkata bahawa ayah Cucu bukan lagi Ketua UMNO sebaliknya bekas Ketua UMNO. Dia cakap begitu kerana mengesyaki ayah Cucu masuk PAS, kerana ketika beliau sakit ramai orang PAS yang mengunjungi ayah Cucu ketika itu. Malah ketika ibu Cucu yang juga bekas Ketua Wanita UMNO sakit, beliau pernah memohon sebuah kerusi roda daripada UMNO Maran. Namun sehingga ke akhir hayatnya, permohonan itu tidak dilayan. Bahkan semasa kematiannya hanya YB Rosni Zahari (ADUN Kuala Sentul) yang telah datang. Sebaliknya ADUN Chenor? Batang hidung pun tak nampak !
Bahkan ketika ibu Cucu ingin menghembuskan nafas yang terakhir akibat sakit barah, beliau sambil menangis bertanya kepada Cucu, Mana Dato' Tan... Dia tak ada datang melawat mak.... Sampai macam itu sekali ingatannya terhadap pemimpin itu. Namun akhirnya ayah dan bonda Cucu meninggal dalam keadaan kecewa akibat jasa-jasanya menaikkan ADUN Chenor itu sejak 3 penggal pilihanraya tidak dihargai langsung" tambahnya. "Justeru itu, sebagai pewaris legasi ayah dan juga keturunan Mat Kilau dari Pulau Tawar Jerantut Pahang. Cucu telah berjanji kepada kedua orang tua yang Cucu akan berjuang untuk menumbangkan pemimpin dan parti yang tidak berhati perut itu. Cucu menyeru supaya ahli-ahli UMNO agar sedar dengan keadaan ini. Jika ayah dan ibu saya yang berstatus Ketua UMNO dan Ketua Wanita sejak 30 tahun lalu tidak diendahkan, maka apatah lagi mereka. Pemimpin UMNO itu hanya lebih utamakan projek dan memperkayakan kroni-kroninya di Chenor..
Dengan berita ini, ramai ahli-ahli UMNO Jengka 7 terutamanya penyokong kuat Allahyarham ayahanda Cucu Jamaluddin Md.Yunus (Ketua Peneroka, Naib Pengerusi JKKR, Pengerusi Koperasi, Pengerusi Rela, Pengerusi PIBG, Pengerusi Belia, Ketua Block dll) telah menyatakan hasrat untuk berjuang bersama Cucu jika ditakdirkan keputusan untuk bertanding di DUN Chenor diterima oleh pimpinan Pakatan Rakyat negeri Pahang. Buat masa ini kerusi tersebut adalah milik PAS, namun perundingan boleh dilakukan jika keadaan mengizinkan. Tambahan pula Jengka 6 dan Jengka 7 adalah kubu kuat dan menjadi senjata untuk BN Chenor dan Maran mengekalkan kuasa. Justeru itu kehadiran semula Blogger Cucumatkilau di kampung halaman sendiri sudah pasti akan menghangatkan kem UMNO/BN selepas ini.
[Tunggu pendedahan selanjutnya tentang sikap sebenar ADUN Chenor sebagai Exco Pertanian yang sering merompak "Balak" rakyat atas nama projek pertanian di kawasan terbabit. Juga pendedahan Khir Toyo punggah duit jutaan ringgit untuk ditaburkan kepada perwakilan UMNO Bahagian Maran supaya mencalonkan beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Mac 2009 nanti. Kami difahamkan juga calon Ketua Pemuda Maran yang telah tewas membelanjakan lebih RM300,000 untuk membeli perwakilan. Jika banyak itu jumlahnya, bagaimana pula dengan calon yang menang? Apatah lagi dengan jawatan Ketua Bahagian yang dimenangi oleh ADUN Chenor itu].
Isu Pahang: Berita Tergempar, Ahli Parlimen Rompin Mengamuk Di Masjid Felda Keratong 4 !!
KERATONG:Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat hari ini. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Kathib Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap khatib terbabit yang membaca khutbah perihal isu "KeadilanDalam Islam". Khatib yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad(foto), yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya. Menurutnya selepas selesai mengimami solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. "Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan" katanya.
Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab "Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik". Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata "Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah". Lalu Ustaz Suhaimi menyahut "Jika Dato' fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato' baca khutbah minggu depan". Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid. Mungkin cabar itu dibuat bagi "membelasah" Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar. Melihat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata "Elok kita berbicara dalam masjid Dato'.. kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar". Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan "geram" dan "penuh emosi" diluar. Mungkin bagi mereka, sekejap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Khatib yang membaca khutbah solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya. Namun dek kerana beliau tidak keluar dari masjid, akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4 siang tadi.(Foto: Lihat gambaran jika JJ menjadi Imam Solat Jumaat)
Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali. JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes "Raba Punggung" di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini namanya juga dikaitkan dengan kes "Norrita Samsuddin" hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan "tiada pembunuh sebenar". Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa " terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu". Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini. Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian "rumah Allah". Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu. Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.
[Nampaknya kes ini bakal menjatuhkan resputasi JJ yang khabarnya sedang mengintai untuk menjatuhkan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang tidak lama lagi. Kami difahamkan JJ sedang membina kekuatannya, kerana beliau tahu bila Najib Razak menjadi Perdana Menteri nanti sudah pastilah namanya akan naik sebagai calon yang paling sesuai ke jawatan MB Pahang itu. Team Adnan harus berhati-hati dengan kelibat dan gerakan "grass root" yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Rompin yang paling biadap ini. Jika tidak negeri Pahang akan berada dalam "kegelapan" kerana ditadbir oleh kaki "raba punggung" dan "kaki skandal seks" seperti beliau itu].
Info: Rumah Terbuka Deepavali Di Kuantan, Ceramah YB Gobalakrishnan Dapat Sambutan !!
INDERA MAHKOTA: Orang ramai yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Indera Mahkota dekat sini semalam, cukup teruja dan terpukau dengan ceramah yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Padang Serai iaitu N.Gobalakrishnan. Program anjuran pejabat parlimen Indera Mahkota itu telah diadakan di Amrah Restoran Jalan Air Putih, Kuantan. Sebelum ini majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail. Gobala memulakan ceramah sekitar jam 10.30 malam selepas orang ramai mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman, Saudara Ram (wakil PKR Negeri) dan juga wakil dari parti PAS. Turut hadir dalam majlis itu ialah ADUN Beserah, Tuan Syed Mohamad Tuan Lonik. Lebih seribu orang penyokong dan warga Indera Mahkota telah hadir dalam majlis tersebut. Ceramah Gobala, memang memukau para hadirin. Banyak isu yang beliau sentuh mendapat perhatian hingga menyebabkan beliau terpaksa meneruskan ceramahnya biarpun masa sebenar sudah berakhir. Antara lain Gobala menyentuh perihal penipuan Najib Razak di Parlimen berhubung soal pembaziran wang rakyat dalam isu Bajet 2009.
Beliau menegaskan bahawa semua Ahli Parlimen BN menikus bila melihat kelibat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kebanyakan menteri BN tidak berani untuk berada dalam Dewan Rakyat sepanjang persidangan dewan diadakan. Ini amat mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku. Najib pula katanya, menipu rakyat dengan membentangkan Bajet baru yang usulnya tidak dibahaskan langsung dalam parlimen. Selama dua minggu, usul Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu iaitu Pak Lah Badawi dibahaskan. Namun tiba-tiba Najib menggulung perbahasan dengan mengemukakan bajet baru yang dikatakan "Ransangan Fiskal". Ini sesuatu yang menyalahi akta dan peraturan parlimen. "Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri, jika ini caranya yang digunakan untuk menipu rakyat" katanya.
Kelihatan juga YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Tuan Syed Mohamad Tuan Lonik (ADUN Beserah), wakil PAS serta Tuan Syed Talib (Indera Mahkota) sedang mendengar ceramah Gobala
Sementara itu beliau juga turut menyentuh perihal pembelian helikopter Eurocopter, jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene. "Kenapa Malaysia berbelanja besar hampir RM6 bilion untuk tujuan itu, dengan siapa kerajaan mahu berperang? Sedangkan dunia kini mahu berdamai dan mengelakkan peperangan? Ini bermakna, bahawa kerajaan sengaja mahu melarikan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya. Adalah lebih elok wang itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat. Ramai lagi rakyat miskin yang memerlukan pembelaan. UMNO adalah perosak bangsa Malaysia, MIC dan MCA kini sudah tidak yakin lagi dengan UMNO. Namun dek kerana ramai pemimpin mereka yang mempunyai "Fail Sulit" yang bila-bila masa sahaja akan didedahkan jika mereka bersama Pakatan Rakyat. Maka itulah orang-orang seperti Samy Vellu terpaksa mendiamkan diri dan takut untuk bersuara" tambahnya lagi.
Antara hadirin yang hadir, kusyuk mendengar ceramah YB Gobala
Beliau juga turut menyetuh perihal ketuanan Melayu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. "Jika UMNO benar-benar berjuang untuk mempertahankan ketuanan Melayu, mengapa orang Melayu tidak dibela. Di tempat saya, ada satu kampung yang mempunyai 212 orang penduduk kini berada dalam paras kemiskinan yang amat kritikal. Bahkan ada keluarga yang tidak makan, kerana tidak mempunyai wang untuk membeli beras. Saya terpaksa gunakan gaji dan elaun saya sebagai wakil rakyat untuk membantu mereka. Kini, hampir setiap minggu saya akan melawat keluarga terbabit untuk menghulurkan bantuan. Di mana pemimpin UMNO yang kononnya ingin memperjuangkan nasib orang Melayu?" katanya. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Kedah, yang digelarnya Tuan Guru Ustaz Azizan Abd Razak yang sanggup menghulurkan sumbangan kepadanya untuk membantu rakyat di kawasan penemapatan terbabit. Kini beliau telah mengusahakan dengan pihak pejabat tanah untuk membolehkan penduduk terbabit memperolehi tanah seekar seorang bagi digunakan untuk pertanian. Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh YB Gobala amatlah murni biarpun yang terlibat sebahagian besarnya adalah orang-orang Melayu.
Diakhir ceramahnya, Gobala turut menasihatkan agar rakyat di Indera Mahkota bersabar dan meneruskan usaha untuk perubahan. Masa sudah semakin hampir, dan Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik yang amat profesional dalam tindakannya. Beliau turut menyentuh bahawa kegagalan 16 September disebabkan beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan. "Biarpun 16 September digagalkan, percayalah masa sudah hampir. Nasi sudah kita tanak, cuma ia masih panas dan hangat untuk dimakan. Tiba masanya kita akan sama-sama menjamu selera. Biarkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berjuangan di parlimen, rakyat hendaklah berjuang dikawasan masing-masing" tambah Gobala lagi. Beliau juga mengharapkan agar rakyat terus konsisten untuk bersama Anwar dalam semua ini, jika tiada aral melintang kemungkinan besar sebelum hujung tahun 2008 ini perubahan yang dinantikan bakal berlaku.
[Sememangnya para penonton amat teruja melihat kelibat YB N.Gobalakrishnan berucap, ini keranaramai dikalangan mereka tidak pernah mendengar ceramah beliau sebelum ini. Beliau yag dikatakan sanggup memandu dari Kedah ke Kuantan semata-mata untu menghadiri program angjuran Parlimen Indera Mahkota itu. Tahniah diucapkan kepada YB Gobala, kerana semangat dan kekuatan jiwa yang ada dalam dirinya cukup luar biasa. Biarpun suaranya sudah tersekat-sekat dan serak-serak basah, namun beliau masih cukup bertenaga. Semoga ini dapat menimbulkan kesedaran dikalangan rakyat setempat untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang].