PETALING JAYA - BEBERAPA orang bekas ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) menolak penawaran menjadi ‘caretaker’ selepas pembubaran MPMUM 2 Oktober lalu. Menurut salah seorang bekas ahli Majlis Tertinggi MPMUM, Ahmad Shahir Abdul Aziz, perlantikan ‘caretaker’ ini adalah tidak relevan kerana banyak perkara yang tertangguh tidak lagi diselesaikan sewaktu kepimpinan MPMUM tahun 07/08. “Kami juga melihat bahawa ahli-ahli yang dilantik untuk menerajui kabinet ‘caretaker’ ini sebagai tidak relevan kerana sepanjang tempoh kepimpinan MPMUM pada tahun 07/08 banyak perkara-perkara tertangguh yang tidak dapat diselesaikan secara rasmi,” katanya. Dalam kenyataan yang dibacakan, ‘caretaker’ adalah sebuah kabinet yang dianggotai oleh kesemua bekas ahli MPMUM selepas majlis berkenaan dibubarkan 2 Oktober lepas dan dilantik diatas budi bicara Naib Canselor. ‘Caretaker’ berperanan menjadi suara pelajar walaubagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengundi atas apa-apa keputusan yang ditentukan oleh pentadbiran universiti terutama hal-hal berkaitan kewangan.
“Ini bermakna ‘caretaker’ tidak mempunyai kuasa yang mutlak dan kuasa untuk mencapai keputusan akhir dalam menentukan hak dan kebajikan pelajar,” katanya lagi. Kumpulan berkenaan, diantaranya dianggotai oleh tiga bekas ahli Majlis Tertinggi MPMUM, turut mendesak agar keperluan menetapkan tarikh pemilihan perwakilan mahasiswa secepat mungkin. Universiti Malaya adalah universiti terpencil yang masih belum menjalankan Pilihanraya Kampus (PRK) walaupun UM sering dicanang sebagai universiti perdana. Sehubungan dengan itu, keperluan menetapkan tarikh pemilihan perwakilan mesti dalam taqwim universiti sebagai permulaan sebuah erti demokrasi yang matang seperti diamalkan oleh negara maju. Selain Shahir dua MT MPMUM yang lain ialah Nurul Khairiyah Samsudin dan Mohd Hilman Nordin selain 10 pelajar yang lain turut hadir dalam sidang media tengah hari tadi.
[Nampaknya kemelut yang melanda politik bukan sahaja di peringkat negara, malahan juga terus melibatkan mahasiswa di kampus. Biarpun sebelum ini kerajaan beriya-iya benar meminda Akta AUKU, kononnya bagi memberi kebebasan dan demokrasi kepada para mahasiswa untuk menentukan corak kepimpinan mereka. Namun segalanya adalah auta semata-mata, sebaliknya mahasiswa sebenarnya terus dikongkong malahan ternyata lebih parah].
Syed Hamid Nafi KDN Arah Tarik Pasport Moorthy
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri tidak pernah mengarahkan supaya pasport pemimpin Hindraf P. Waytha Moorthy yang sendirinya kini tinggal dalam buangan di Britain, ditarik balik. Menteri berkenaan, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kementeriannya hanya meminta beliau menyerahkan pasportnya kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Britain. "Tetapi beliau enggan berbuat demikian jadi macam mana pasport itu boleh dibatalkan jika beliau tidak pernah menyerahkan pasport berkenaan," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri RELA di sini, hari ini. Beliau berkata, arahan juga tidak pernah dibuat untuk membatalkan pasport Waytha Moorthy melalui sistem yang ada dan beliau masih boleh menggunakan pasport tersebut kerana ia masih sah laku.
Semalam, 11 penyokong Hindraf membuat kacau di Parlimen apabila mereka mahu menyerahkan satu memorandum kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar meminta beliau campur tangan agar kerajaan mengaktifkan semula pasport pemimpin mereka itu. Kumpulan itu mendakwa pasport Waytha Moorthy telah ditarik balik dan dengan itu, beliau tidak dapat pulang ke Malaysia menyambut Deepavali dengan keluarganya.
[Kami memohon maaf kerana terpaksa memakai Hamid Albar dengan serban. Ini bagi membolehkan terdapat keinsafan sedikit dalam dirinya. Kerana sejak mutakhir ini, rankingnya naik sebagai salah seorang menteri UMNO yang amat dibenci oleh rakyat].
Anwar Bidas Dakwaan Beliau Abaikan Rakyat
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas kenyataan beberapa ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang mendakwa beliau mengabaikan kepentingan rakyat negeri itu sewaktu berkhidmat dalam kerajaan terutamanya ketika memegang jawatan Menteri Kewangan. Anwar yang merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sepanjang beliau memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan, banyak peruntukan telah diluluskan untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak. "Tapi oleh kerana prasangka buruk begitu, ini semua (peruntukan) dinafikan. "Dibangkitkan juga kononnya saya abaikan rakyat di sana...mungkin waktu itu beliau masih di bangku sekolah," katanya.
Semalam, Salleh Kalbi (BN-Silam) mendakwa Anwar bersikap bermuka-muka dalam membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak dan berkata sikap prihatin yang ditunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekarang adalah semata-mata ingin meraih simpati dan sokongan daripada rakyat negeri itu. Anwar membuat penjelasan tersebut ketika sesi perbahasan Bajet 2009 oleh Johari Abdul (PKR-Sungai Petani). Jelasnya, sepanjang menjadi menteri dalam kerajaan dan sejak Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia sehingga beliau disingkirkan dari kerajaan pada tahun 1998, beliau telah meluluskan peruntukan paling besar kepada rakyat negeri itu.
"Malah dalam tempoh satu tahun, ada tambahan RM800 juta kepada Sabah dan RM200 juta kepada Sarawak," katanya. Anwar juga menyelar tindakan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersuara secara sembunyi mempertikaikan kredibilitinya sewaktu menjadi menteri dahulu. "Mereka jerit macam pelesit, menyorok di sebalik pembesar suara...memang itu bukan pahlawan. "Kalau benar dia itu pendekar dan pahlawan, bangun berucap dan jawab, bukan berselindung di balik meja," katanya. Anwar sempat berseloroh sambil berkata: "Perangai macam tu hodoh, kalau benar-benar pendekar yang mulia lagi amin, bangunlah jawab." Kata-kata Anwar itu menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencelah: "Yang itu sudah Yang Dipertua...dan cuma satu-satunya." Celahan Pandikar itu mengundang tawa ahli Dewan.
[Kenyataan Anwar ini sedikit sebanyak bertujuan untuk mengajar ahli parlimen terbabit yang ternyata sengaja mahu mencari pasal dan alasan untuk menolak segala kebaikan yang telah dilakukannya sewaktu dalam kerajaan dulu. Apakah ini juga memberi gambaran bahawa ahli parlimen Sabah dan Sarawak kini sudah tidak yakin lagi untuk bersama Anwar, lantaran itu mula menggasak Ketua Pembangkang itu di Parlimen].
Keputusan Permohonan Raja Petra 7 November
SHAH ALAM - Permohonan pengendali dan editor laman blog, Malaysia Today, Raja PetraRaja Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam usaha membebaskan dirinya dan memohon pengisytiharan tahanan tersebut tidak sah di sisi undang-undang akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 7 November ini. Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menetapkan tarikh itu pada pukul 4.25 petang setelah kedua-dua pihak selesai membentangkan hujah masing-masing dalam permohonan habeas corpus Raja Petra.
Raja Petra selaku pemohon yang diwakili barisan tiga peguam, Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah telah menamakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku responden. Pihak responden diwakili dua Peguam Kanan Persekutuan, Abdul Wahab Mohamad dan Dusuki Mokhtar. Malik Imtiaz dan Azhar mengemukakan hujahan bertulis dalam permohonan tersebut. Antara isu yang dibangkitkan adalah penahanan Raja Petra di bawah Seksyen 8, ISA tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Fakta penting yang dipersoalkan adakah pemohon telah menerbitkan artikel yang ditulis olehnya dan adakah tulisan tersebut benar-benar telah menghina umat Islam, secara peribadi menghina Nabi Muhamad S.A.W. Artikel tersebut mengenai Malays, the Enemy of Islam(Melayu, musuh Islam), Let's send the Altantuya murderers to hell (Mari hantar pembunuh-pembunuh Altantuya ke neraka) dan I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim (Saya berjanji menjadi Muslim yang baik, dan tidak hipokrit) dan ulasan-ulasan pada artikel bertajuk Not all Arabs are descendants of the Prophet.
[Nampaknya nasib Raja Petra masih tidak menentu lagi, namun harus diingat beliau kini sedang menghadapi perbicaraan mahkamah berhubung dengan Akta Hasutan, perihal surat akuan bersumpahnya yang dikatakan menfitnah TPM Najib dan isterinya Rosmah Mansor. Apakah Najib dan Rosmah bakal dipanggil ke mahkamah dalam masa terdekat ini?].
Teresa Tuntut Khir Minta Maaf, Bayar RM10 juta
SHAH ALAM: Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok telah mengeluarkan surat tuntutan meminta bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana merosakkan nama baik beliau melalui dakwaan bahawa beliau menyokong petisyen yang meminta bunyi laungan azan diperlahankan. Bercakap kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini, Kok berkata, beliau telah menghantar surat yang disediakan peguamnya itu bertarikh hari ini, kepada Dr Khir melalui faksimili. Salinan surat tuntutan itu, yang diedarkan kepada pemberita, mendakwa dalam jawapan kepada satu soalan yang disiarkan dalam laman blog Dr Mohamad Khir, bekas menteri besar Selangor itu menyatakan terdapat satu petisyen daripada masyarakat Cina di Kinrara, Puchong yang meminta bunyi laungan azan diperlahankan bunyinya dan petisyen itu disokong oleh Kok.
Perkataan yang digunakan Dr Mohamad Khir menggambarkan Kok bersikap anti Islam, anti Melayu dan telah melakukan kesalahan jenayah yang serius mengikut Kanun Keseksaan dan undang-undang lain di Malaysia, menurut surat itu. Selain menuntut Dr Mohamad Khir menarik balik kenyataannya itu, memohon maaf dan membayar ganti rugi, Kok juga mahu Dr Khir menanggung semua kos perundangan yang timbul daripada perkara berkenaan.
[Semasa ditemubual oleh media di luar Dewan Undangan Negeri Selangor kelmarin, ternyata nampak benar Khir Toyo kelihatan "serba salah" dan takut dengan tindakan yang bakal diambil oleh Teresa Kok itu. Apapun, di negara Malaysia hari ini undang-undang fitnah menfitnah hanya terpakai untuk pemimpin pembangkang sahaja. Sebaliknya untuk pemimpin kerajaan mereka bebas melakukan apa sahaja biarpun lebih banyak fitnah dan tohmahan berbaur perkauman dikelaurkan sejak akhir-akhir ini, termasuklah Khir Toyo].
Eksklusif: Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng Isytihar DUN Penanti Serambi Mekah Di Pulau Pinang !!
Negeri Pulau Pinang secara tradisinya memang diperintah oleh pemimpin Cina sejak dahulu lagi dan ianya begitu lama di bawah Parti Gerakan. Selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, tradisi ini berterusan di mana pemimpin kaum Cina terus memimpin P.Pinang cuma bezanya pemimpin ini bukan dari parti komponen BN. Parti DAP yang telah lama bertapak di P.Pinang akhirnya berjaya merampas kerusi Ketua Menteri P.Pinang dari Parti Gerakan di bawah pimpinan Koh Tsu Koon. Lim Guan Eng yang dikenali sebagai pejuang rakyat tidak mengira bangsa dan agama diberi kepercayaan oleh rakyat P.Pinang untuk menerajui kerajaan Negeri P.Pinang. Tampuk pemerintahan negeri di bawah Lim Guan Eng sememangnya dialu-alukan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Mutiara itu. Kecuali UMNO, majoriti rakyat di P.Pinang termasuk dari MCA, Gerakan dan juga parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat percaya dan yakin Lim Guan Eng mampu memberi perubahan besar kepada rakyat di P.Pinang. Apabila Lim Guan Eng mula merangka dasar dan arah tuju pentadbiran di P.Pinang, UMNO tidak berhenti-henti cuba mengelirukan masyarakat khususnya Melayu di P.Pinang dengan menjaja pelbagai cerita dan tuduhan untuk memburukkan imej Lim Guan Eng.
Kini, UMNO cuba untuk menjadi hero Melayu di P.Pinang setelah sekian lama menjadi `budak suruhan' dan Pak Turut di bawah pemerintahan Gerakan sebelum ini. Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya. Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep `Amar Makruf Nahi Mungkar'. Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya.
Pencapaian beliau semenjak mula menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang amat menakjubkan dan dilihat lebih ke hadapan dari lain-lain negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kerisauan masyarakat Islam di P.Pinang sebelum ini telah mula terhakis apabila Lim Guan Eng turut prihatin dengan permasalahan umat Islam di P.Pinang. Langkah pertama mula beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kawasan pertama yang beliau lawati adalah kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam. Beliau turut mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA di P.Pinang. Baru-baru ini paling menakjubkan apabila sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah' di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam.
Keprihatinan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Melayu dan Islam di P.Pinang menyebabkan UMNO P.Pinang tidak mampu berdiri gagah sebagai pejuang Melayu Islam. Sebagai jalan keluar untuk menutup kelemahan mereka, UMNO P.Pinang terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu. Malang sekali, propaganda mereka ternyata gagal lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin Melayu Islam di dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS dan PKR saling bekerjasama dan mempertahankan bentuk pentadbiran Lim Guan Eng. Saya percaya sekiranya Lim Guan Eng berterusan sedemikian, maka impian UMNO/BN untuk menawan kembali P.Pinang agak sukar dicapai. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memberikan sepenuh kerjasama dan buah fikiran yang berguna kepada kepimpinan P.Pinang sekarang. Kita harus bersyukur kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat kini telah diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah beberapa negeri.
Meskipun masih terlalu muda dan awal untuk menilai keseluruhan pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, namun kita telah mula dapat melihat betapa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir dan menguruskan negeri masing-masing jauh lebih baik dari UMNO/BN. Mudah-mudahan ketelusan dan keadilan kepada rakyat yang dipraktikkan oleh Lim Guan Eng akan dapat dijadikan contoh dan teladan kepada semua kerajaan negeri. Di samping itu, ketelusan dan keadilan yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini akan mampu dijadikan panduan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka di masa-masa akan datang.
[Jauh benar nampaknya beza antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Sebab itulah ada orang mengatakan "Lebih elok bersahabat dengan orang-orang Cina dan India dalam Pakatan Rakyat daripada berkawan dengan orang-orang Melayu dalam UMNO. Sebabnya, orang Cina dan India dalam Pakatan Rakyat menghormati, mendengar, serta mencontohi ulamak. Melayu dalam UMNO pula lebih gemar menghina, menolak dan mengkritik pandangan ulamak". Maka itu, ingatlah wahai sahabat-sahabatku, berpolitik hanya di dunia namun mati jua kita akhirnya nanti. Maka siapakah yang harus kita ikut orang Melayu Islam yang tolak Islam dan Ulamak atau bangsa lain yang menerima Islam dan mencontohi ulamak?. Tanyakan soalan ini kepada rakan-rakan anda yang masih karat UMNO. Bukti jelas, bila sudah berkuasa Islam entah ke mana, Islam Hadhari pula yang menjelma. Jangan biarkan mereka terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media arus perdana].
Nampaknya benteng terakhir kerajaan UMNO dan Barisan Nasional masih lagi ampuh untuk menyekat segala kebobrokan pemimpin mereka. Jika dulu kita dikejutkan dengan gelagat "Hakim Correct, Correct, Correct", kini sejak sekian lama kita disajikan pula dengan "Speaker, Reject, Reject, Reject". Maknanya Speaker Dewan Rakyat yang dilantik oleh kerajaan itu, tugasnya memastikan setiap usul yang dibawa ke parlimen jika didapati boleh "menjerat" kerajaan maka ia harus ditolak sejak awal-awal lagi. Maka bermulalah episod penolakan usul yang dibawa oleh pemimpin pembangkang di parlimen sejak mutakhir ini. Bermula dengan penolakan usul "undi tidak percaya terhadap PM" yang ingin dibawa untuk dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail ketika itu.
Penolakan tersebut jelas sekali menyebabkan para pemimpin pembangkang tidak berpuas hati dan kecewa. Inilah yang menyebabkan mereka sedikit kecoh ketika di dewan rakyat. Apa tidaknya, jika senario ini berlaku kepada kita sendiri pun mungkin kita akan marah dan dukacita. Segala usul panas yang sepatutnya dibahaskan tetapi ditolak awal-awal lagi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia itu. Begitu juga usul yang ingin dibawa menerusi Timbalan Speaker, Wan Junaidi turut menyekat dan menolak segala usul-usul yang dipercayaai bakal menyebabkan BN "terduduk" itu !.
Terkini, Dewan Rakyat telah menolak usul pembangkang untuk membahaskan mengenai keputusan kerajaan mengharamkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan. Menurut laporan media, Keputusan penolakan tersebut dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dalam kamar. Katanya beliau menolak usul itu dibawa kerana perkara sedemikian tidak mempunyai keperluan untuk dipercepat atau disegerakan. Kalau usul ini perlu disegerakan, baru saya akan benarkan. Tapi apa keperluannya Yang Berhormat untuk kita bahaskan kes Hindraf ini dalam perbahasan bajet?Jangan pergunakan sewenang-wenangnya untuk perkara 18 (1) untuk bahas usul, undi tidak percaya pun nak bawa guna 18 (1), katanya. Padahal usul tersebut adalah berkaitan dengan rakyat !
Kemudian diikuti pula dengan penolakan terbaru perihal usul tergempar mengenai percalonan perlantikan ketua hakim negara, Zaki Azmi. Penolakan tersebut dibuat oleh Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuaku Jaafar setelah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengikut perkara 36(8) yang melarang perbincangan mengenai perbuatan atau kelakuan seorang hakim. Sebelum ini juga usul untuk membahaskan tentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) juga telah ditolak bulat-bulat oleh Speaker terbabit. Maka itulah kita yakin dan tidak terkejut bila mahkamah menjadi medan pergaduhan antara pemimpin pembangkang dengan kerajaan. Apa tidaknya, jika semua usul-usul penting untuk rakyat dihalang untuk perbahasan maka terpaksalah mereka berbahas usul-usul yang mengarut yang langsung tidak mendatangkan hasil untuk rakyat terbanyak. Sepatutnya segala isu sensitif yang melibatkan rakyat dibahaskan dan dicari jalan penyelesaiannya di Dewan Rakyat. Namun, langkah menolak awal-awal usul-usul terbabit sebelum ia dibahaskan ternyata satu langkah "khianat" untuk pihak Dewan menyelamatkan kerajaan pemerintah itu.
Kami juga yakin, seandainya usul "undi tidak percaya kepada PM" yang ingin dibawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PKR Permatang Pauh) dibawa ke parlimen, sudah pasti ia akan ditolak oleh pihak Speaker itu awal-awal lagi. Maka jika ini tidak berlaku?, bagaimanakah caranya perubahan kerajaan dapat dilaksanakan. Speaker seolah-olah menjadi "benteng terakhir" untuk menyelamatkan sebuah kerajaan yang lemah dan sudah ditolak oleh rakyat. Sepatutnya speaker perlu bersikap profesional dan adil kepada semua pihak. Ini tidak, mereka lebih nampak "bias" kepada pihak kerajaan dalam mengendalikan persidangan dewan rakyat. Apakah kita dapat melihat sebuah sistem demokrasi yang benar-benar subur di negara kita, jika di dewan rakyat sendiri pun berlaku satu keadaan yang amat memualkan itu. Terkadang, kita yang berada diluar sendiri pun "bengang" melihat dan mendengar semua usul-usul penting itu ditolak bulat-bulat oleh speaker. Apakah ini bermakna, mereka merujuk dulu kepada PM dan TPM sebelum menerima sesuatu usul tersebut. Jika ini berlaku maka amat malanglah negara kita mempunyai dewan rakyat seperti itu. Demokrasi yang dilaungkan hanya retorik semata-mata, yang jelas mereka menggunakan kuasa di dewan pula untuk menidakkan kemaraan Pakatan Rakyat itu sendiri.
[Sebenarnya rakyat melihat dan sedar akan perkara ini. Namun apalah daya kita untuk melakukan apa-apa. Cuma apa yang dapat kita lihat ialah ahli-ahli parlimen kita terus diperbodohkan oleh satu sekatan dan undang-undang Dewan Rakyat yang jelas digunakan untuk menyekat suara sebenar mereka di parlimen. Justeru itu, rakyat perlu bangkit untuk membolehkan fenomena yang berlaku ini dapat dihalang pada masa yang akan datang. Jika tidak masa depan generasi kita pasti akan terancam dengan segala sistem yang telah diperkotak-katikan oleh manusia yang ingin terus berkuasa biarpun mereka telah ditolak oleh rakyat sebenarnya !].
Eksklusif: Pendedahan, Gejala Rasuah Dan Penyelewengan Dalam Syarikat GLC Felda !!
Kenyataan TPM Najib Razak bahawa 84,581 peneroka Felda akan menikmati bonus RM144.44 juta Disember ini sungguh mengejutkan kita. Sesungguhnya terdapat keperihatinan benar kerajaan terhadap para peneroka Felda mutakhir ini. Namun, dalam keperihatinan itu terselit perasaan dukacita dan muram durja dikalangan para peneroka apabila harga sawit dan getah yang naik begitu mendadak menjelang pilihanraya umum lalu, kini jatuh merundum dalam masa beberapa bulan sahaja. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa kenaikan tersebut adalah bertujuan untuk memancing undi masyarakat Felda supaya memberikan sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum lalu.
Inilah dia "gula-gula" yang ditabur kepada rakyat terutamanya para peneroka Felda. Maka dengan perkembangan terbaru pemberian bonus tersebut, adalah diharapkan agar para peneroka dapat menilai segala perancangan ini. Ingatlah, mutakhir ini sebenarnya peneroka telah ditindas oleh majikan mereka iaitu Felda. Lantaran itu para peneroka harus bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Felda kini sudah jauh tersasar, dulu felda diwujudkan untuk menolong rakyat namun kini Felda sudah menjadi seperti Along untuk menindas rakyat.
Sebelum ini telah banyak bukti tentang penyelewengan Felda Trading yang dibuat oleh Persatuan Anak-Anak Felda (ANAK), yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman. Namun, sehingga kini ternyata masih belum ada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani atau mengambil tindakan untuk menyiasat segala penyelewengan tersebut. Malahan tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit nampaknya semakin "rakus" untuk "merompak harta Felda". Para peneroka akhirnya dijadikan hamba yang terpaksa membayar setiap kerugian yang bakal ditanggung oleh Felda gara-gara perbuatan khianat pihak-pihak terbabit. Justeru itu kini, sebagai anak Felda kami juga ingin membongkar serta mendedahkan beberapa penyelengan yang telah dikenalpasti sejak akhir-akhir ini. Jangan lupa juga dapatkan buku Saudara Mazlan yang bertajuk "Felda, Dulu Tolong, Sekarang Along !!". Ikuti pendedahan seterusnya bersama pahangdaily.
Mengikut maklumat kami, sejak Dato Seri Najib dilantik sebagai menteri yang menjaga hal ehwal Felda, beliau telah melantik Pengarah Urusan Felda Holdings dari kalangan kenalan beliau iaitu bekas Pengarah Urusan Tabung Haji yang bernama Datuk Bakke Salleh (foto). Tarikh perlantikan berkenaan merupakan satu "tarikh malang bagi Felda Holdings" kerana sejak tarikh berkenaan satu demi satu tindakan beliau lebih kepada mengaut keuntungan peribadi dari memajukan Felda Holdings. Penyelengan semakin parah bila beberapa lagi individu seperti Tajuddin Carrim (Senior Executive Director Sumber Manusia) , Datuk Tahir (Senior Executive Director Perladangan) dan Halim Ahmad (Senior Executive Director Kilang Felda). Antara peyelewengan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:-
Membawa Masuk Perunding TECHNOPALM
Perunding ini tujuannya adalah untuk menyelia semak syarikat-syarikat di bawah Felda Holding. Syarikat ini diwujudkan setelah Datuk Bakke Salleh dilantik. Anggotanya terdiri dari empat orang pegawai dari kalangan KRONI beliau itu. Tugas mereka ini hanyalah membuat lawatan ke kilang dan ladang dimana sekali lawatan nilai kos yang terpaksa dibayar oleh anak syarikat berkenaan ialah RM8,000 untuk satu projek . Kos ini tidak termasuk sewa hotel dan makan yang di sediakan oleh projek bagi setiap kali lawatan. Nilai ini nampak kecil jika untuk satu projek, tetapi Kilang Felda sahaja mempunyai 72 buah kilang, Felda Plantation mempunyai ratusan ladang dan begitu juga dengan Felda Technoplant.
Jika semuanya ini mereka lawat sudah tentu berjuta wang yang mereka kaut dari Felda Holdings sedangkan hanya beberapa helai kertas sahaja yang digunakan untuk membuat laporan mengenai kebersihan kilang dan ladang . Untuk makluman, Felda Holdings sebelum ini memang telah mewujudkan satu jabatan yang di panggil Unit Inspektorat yang kerjanya khusus bagi kawal selia projek-projek disamping jabatan audit. Di sini kita lihat terdapat dua unit yang menjalankan satu tugas yang sama.
Memperkenalkan Sistem Continuous Sterilizer
Bila dilantik sahaja Datuk Bakke, beliau terus memperkenalkan CS untuk digunakan oleh kilang Felda. Sistem ini adalah satu kaedah yang ternyata telah gagal dilaksanakan semasa beliau di Tabung Haji. Maka beliau pun tanpa rasa bersalah terus memanggil sahabat beliau sebagai kontrator projek berkenaan tanpa memanggil tender terbuka atau sebut harga. Kilang yang pertama adalah Kilang Sawit Felda Pasoh dengan kos permulaan RM5juta. Projek berkenaan siap pada tahun 2007. Bagaimana pun sistem tersebut gagal berfungsi hingga menyebabkan kos ubah suai meningkat hingga RM17 juta. Walaupun begitu banyak wang telah dilaburkan sistem tersebut masih gagal hingga ke hari ini. Untuk menampakkan projek berkenaan seolah-olah berjaya Hj HalimAhmad selaku CEO Kilang atau lebih dikenali sebagai Budak Suruhan Datuk Bakki telah sanggup menipu FIGURE yang menunjukkan seolah-olah sistem berkenaan telah berjaya walaupun terpaksa menyingkirkan seorang pengurus kilang yang tidak bersalah.
Malang bagi Felda apabila sistem berkenaan terus dilaksanakan di beberapa buah kilang lagi seperti Kilang Sawit Selancar, Jerangau, Jengka 21 dan lain-lain walaupun ianya terbukti tidak berjaya dan kali ini kosnya meningkat sehingga ke RM17 juta bagi sebuah kilang dengan kontraktor yang sama. Akibatnya kilang Jengka 21 dan Kilang Jerangau sehingga kini masih belum beroperasi dengan baik. Seorang lagi pengurus kilang dikenakan tindakan tatatertib. Untuk makluman, Kilang Sawit Jerangau sepatutnya di rasmikan oleh Dato Seri Najib seawal januari 2008 oleh kerana ia tidak berfungsi dengan baik majlis perasmiannya ditangguhkan walaupun kilang felda telah berbelanja lebih RM1 juta untuk tujuan perasmian sahaja. Kilang Jengka 21 sehingga kini masih belum boleh beroperasi dengan lancar menyebabkan buah-buah sawit dikawasan Jengka terpaksa diagih-agihkan ke kilang yang berhampiran. Amat mendukacitakan buah-buah berkenaan lambat diproses dan bila diproses ianya dalam keadaan yang sudah busuk.
Akibat daripada perbuatan jijik ini, peneroka menghadapi masalah dalam menghantar buah ke kilang dimana kebiasaannya peneroka boleh menghantar buah 4 trip sehari tapi kini hanya 2 trip sahaja. Terdapat pengurus kilang yang telah dibuang kerja kerana gagal menjalankan operasi CS berkenaan dengan baik. Untuk makluman, kilang Tabung Haji telah memberhentikan operasi CS ini bila mendapati ianya tidak berjaya. Itupun setelah Datuk Bakke bertukar ke Felda. Bagi menutup kelemahan mereka, CEO kilang telah mengarahkan pengurus-pengurus kilang membuat Recycle Sludge dari Condensate Sum bagi tujuan meningkatkan perahan minyak. Akibatnya kualiti minyak kilang-kilang Felda menjadi teruk menyebabkan stok menjadi tinggi kerana jualan tidak dapat dilakukan.
Membawa Masuk Pekerja Bangla Ganti Indon
Seorang lagi konco Datuk Bakke yang bernama Datuk Tahir telah mengambil buruh dari Bangladesh bagi menggantikan buruh Indonesia yang ternyata menyukarkan pengurusan ladang disebabkan mereka ini malas dan sukar berkomunikasi. Bagaimanapun itu tidaklah penting sangat, yang pentingnya tiada sebarang sebut harga atau tender dibuat dengan agen buruh berkenaan, malah beliau telah pergi dan merundingkan sendiri dengan agen berkenaan. Bayangkan berapa banyak pula komisyen yang beliau perolehi? Yang peliknya Datuk Bakke selaku Pengarah Urusan Felda Tradings hanya akur dan menerima apa sahaja yang dibuat oleh kroninya itu.
Permohonan untuk menjadi peneroka juga sudah tertutup rapat, kerana semua lot kosong telah diurus oleh Felda Plantations yang membawa pekerja asing. Ia menutup ruang kepada generasi kedua mendapatkan pekerjaan. Begitu juga peluang pekerjaan lain hatta sebagai penoreh getah juga telah diisi oleh buruh Indnonesia. Ini amat mendukacitakan sekali. Dulu Tun Razak wujudkan Felda untuk memberi peluang rakyat miskin mempunyai tanah sebanyak 10 ekar seorang. Namun kini sudah berbeza di zaman anakandanya, Felda sudah diniagakan dan tiada lagi tanah untuk rakyat, sebaliknya oarng asing kini semakin ramai mendiami Felda terutamanya Felda Plantations itu. Kecewa benar Allahyarham Tun Razak melihat senario yang berlaku hari ini, jika beliau masih ada agaknya.
Penyelewengan Tempahan Diari Felda Holdings
Datuk Bakke sekali lagi dengan menggunakan seorang lagi kroni beliau yang di import dari Island Peninsular telah menempah diari rasmi Felda Holdings 2008, dengan menggunakan syarikat perunding dimana syarikat berkenaan telah di bayar sebanyak RM500,000 sebagai pendahuluan. Kes ini juga melibatkan kepimpinan tertinggi dalam Felda Holdings yang mana Datuk Bakke (GMD) telah mengarahkan deposit tersebut dibayar kepada syarikat tersebut tanpa melalui sebut harga yang betul. Adakah polisi dalam Felda Holdings membolehkan sesuatu kerja itu dibayar dahulu sebelum kerja itu dilakukan? Adakah jumlah sebanyak itu sedikit untuk diberikan sewenang-wenangnya kepada orang lain ?
Adakah membawa kerugian kepada syarikat (Felda Holdings) jika kerja-kerja itu diserahkan kepada DPrint (anak Syarikat Felda) yang sememangnya nyata akan memberi keuntungan kepada Felda ?. Hasilnya, keluarlah sebuah diari yang hanya mempunyai beberapa ruang kosong untuk ditulis oleh pengguna sedangkan lain-lain ruangan hanya dipenuhi dengan teka-teki dan uji minda yang nyata tidak menunjukkan motif sebenar kegunaan sebuah diari. Jika ianya dibuat oleh Felda DPrint, ianya bukan sahaja lebih elok, malahan lebih berkualiti daripada diari yang diguna pakai sekarang ini. Semuanya ini berlaku akibat perbuatan rakus pihak-pihak tertentu yang dilantik oleh Datuk Bakke yang juga melibatkan kakitangan lantikan beliau yang mengetuai bahagian pengiklanan yang dikenali sebagai Puan Maizan.
Antara lain-lain perbuatan yang menunjukkan kerakusan pihak pengiklanan ini adalah seperti membuat penjenamaan semula Felda yang menggunakan khidmat perunding tanpa memikirkan keperluan untuk berbuat demikian. Adakah perlu penjenamaan semula dengan mencetak begitu banyak poster yang menelan belanja yang besar ? Adakah dengan menampal poster sahaja etika pekerja akan meningkat ? Adakah perlu untuk membuat poster tersebut memerlukan perunding yang sememang diketahui akan menguntung sesuatu pihak sahaja ?. Bukan itu sahaja pembaziran yang berlaku, malahan saya juga mengetahui akan berlaku satu lagi perkara yang juga akan melibatkan kerugian yang besar kepada syarikat. Perunding yang berkaitan dengan kroni Maizan juga cuba melobi beliau untuk mendapatkan satu lagi projek yang membazir iaitu berkaitan dengan penciptaan logo Felda Holdings yang baru. Sudah tiadakah pekerja-pekerja dalam Felda Holdings ini untuk mengeluarkan idea bagi mencipta logo untuk syarikat tanpa mengeluarkan belanja yang besar ? Melantik Syarikat Kroni Sebagai Perunding
Banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan penggunaan perunding terus tanpa menggunakan sebutharga. Antaranya adalah penggunaan sistem penilaian prestasi melalui KPI yang mana telah dilaksanakan terlebih dahulu pada tahun 2000. Tiada apa yang berbeza antara KPI yang digunakan dahulu dengan KPI yang digunakan sekarang melainkan ianya dilaksanakan melalui perunding sahaja sedangkan semua format penilaian dan juga borang yang digunakan adalah sama seperti format dahulu yang telah dipakai. Lain-lain program yang menggunakan khidmat perunding adalah seperti Six Sigma, Black Belt, ESS/MSS dan E-Learning juga melibatkan pembaziran kepada syarikat apabila penilaian yang sebenar tidak digunakan dengan betul untuk menentukan tahap gaji dan imbuhan yang sepatutnya pekerja terima ( KPI & E-Learning ).
Adakah pekerja bawahan perlu dinafikan hak mereka (mendapat imbuhan yang selayaknya) bagi memberi laluan kepada mereka-mereka yang sememangnya tidak banyak memberi sumbangan kepada syarikat sedangkan pekerja bawahan bertungkus lumus memberi khidmat kepada syarikat ? Apakah perasaan mereka apabila mendapat penilaian yang tinggi pada hujung tahun sebaliknya tiada kenaikan gaji yang sepatutnya mereka terima pada awal tahun ? Adakah mereka tidak bekerja ? Adakah mereka ini patut menjadi "kambing hitam" atas kesalahan orang lain ? Apa guna merekacipta satu sistem yang hanya bertujuan menganiaya orang lain ? Satu lagi perkara, apakah kelebihan yang ada pada Datuk Bakke dan apakah kejayaan yang beliau telah buat dalam syarikat-syarikat yang telah beliau terajui dahulu sehingga pihak Felda menaruh sepenuh harapan kepada beliau untuk menerajui Felda Holdings.
Apakah pula kelebihan yang ada pada TajuddinCarrim sehingga beliau disambung kontraknya malah telah diberikan kelonggaran untuk bekerja hanya empat hari sahaja dalam seminggu dengan alasan untuk mendalami ilmu agama sedangkan Pengerusi Felda malahan PM dan TPM sendiri pun bekerja lima hari seminggu dan lebih ? Apakah sudah tiada orang lain lagi yang layak untuk memegang dan menggantikan jawatan beliau itu sehingga Felda Holdings sanggup menawarkan kontrak sedemikian rupa ? Sungguh hebat beliau. Seperkara lagi, apakah kaitannya orang yang bernama Maizan dengan Datuk Bakke sehingga beliau dengan sewenang-wenangnya dapat menarik kemasukan perunding-perunding (kroni beliau) dengan mudah dan juga telah diberikan jawatan yang tinggi dalam Felda Holdings. Layakkah pemegang A Level diberikan jawatan Pengurus Kanan dalam syarikat sedangkan ada orang lain yang lebih layak ? Patutkah semua ini berlaku ? Patutkah kita membiarkan lalang sebatang mengawal padi sebendang ? Adakah layak lalang mendapat baja sedangkan padi yang memberi hasil ?
SEBARKAN ARTIKEL INI BUAT SEMUA WARGA FELDA
[Justeru itu dengan pendedahan ini, maka terbuktilah apa yang diperjuangkan oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda- ANAK yang dipimpin oleh Sdr. Mazlan Aliman ternyata benar belaka. Beliau juga mempunyai rekod dan bukti tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Felda Technopalm selama ini. Ternyata para peneroka dikerah bekerja, sedangkan hasilnya hanya sedikit sahaja yang diterima. Selebihnya dikaut oleh pihak ketiga yang menjadi talibarut Felda itu. Semoga dengan pendedahan ini juga akan dapat menyedarkan masyarakat peneroka Felda agar memahami situasi sebenar kehidupan mereka ditanah rancangan Felda selama ini. Semoga perkara ini dapat diambil tindakan segera !].
Analisis Isu: Perlantikan Tan Sri Zaki Sebagai Ketua Hakim Negara, Trick UMNO Menjadi !!
Nampak benar "trick" puak-puak UMNO semakin menjadi, maka hari ini Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi, 63, secara sah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru berkuat kuasa 18 Oktober lalu menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad, 66, yang bersara wajib. Sementara itu tempatnya sebagai Hakim Besar Malaya, telah digantikan oleh Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri petang tadi. Siang tadi Dewan Rakyat telah menolak usul tergempar mengenai percalonan perlantikan ketua hakim negara yang baru itu. Penolakan tersebut dibuat oleh Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuaku Jaafar setelah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengikut perkara 36(8) yang melarang perbincangan mengenai perbuatan atau kelakuan seorang hakim. Dengan perlantikan secara rasmi beliau sebagai Ketua Hakim Negara, maka nampaknya cita-cita Pak Lah untuk membersihkan badan kehakiman nampak kian "tipis" dan hanya "indah khabar dari rupa" atau "cakp tak serupa bikin".
Perlantikan Zaki adalah tidak wajar sama sekali, kerana beliau mempunyai hubungan yang cukup erat dengan parti UMNO. Pada awal Ogos lalu, kita dikejutkan dengan perletakan jawatan Zaki dari menjadi salah seorang anggota Lembaga Displin UMNO. Menurut sumber UMNO, beliau dikatakan telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Displin UMNO atas sebab-sebab peribadi. Ketika mendapat maklumat tersebut TPM Najib kononnya terkejut dengan perletakan jawatan Zaki itu, malah beliau mahukan Majlis Tertinggi UMNO mengkaji sebab musabab beliau berbuat demikian secara tergesa. Kita sendiri pun agak "terkejut beruk" ketika itu. Sangkaan kita Zaki akan "balik ke pangkal jalan" setelah melihat banyak benar penyelewengan baik didalam UMNO mahupun kerajaan.
Akhirnya kini, terbukti sudah bahawa semuanya itu dulu adalah "Trick UMNO" semata-mata bagi mengangkat Zaki sebagai Ketua Hakim Negara. Maknanya disini, bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Displin UMNO menerajui jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara. Apakah rasional semua ini?. Munasabah kita untuk percaya bahawa Zaki sudah memutuskan segala hubungan akrab dan rapatnya dengan para pemimpin UMNO?. Apakah keadilan bakal tertegak jika ada kes yang melibatkan pemimpin pembangkang dibicarakan nanti terutamanya kes "liwat Anwar" yang masih lagi hangat diperkatakan sekarang ini?.
Maka lengkaplah sudah senjata UMNO dalam kerajaan
Nampak benar Pak Lah "mudah lupa", penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat pita video Linggam dulu langsung tidak dijadikan ikhtibar oleh mereka. Kekalutan yang berlaku kepada hakim terdahulu dalam kes tersebut langsung tidak diambil kita. Malahan mereka melantik pula hakim yang telah begitu masak dengan politik UMNO. Dimanakah keadilan sebenarnya?. Akhirnya raya sekali lagi ditipu dan bakal berhadapan dengan masalah besar untuk melihat pembaikan dalam sistem kehakiman yang diperkatakan dulu. Rupanya, bukan penambahbaikan yang dilakukan sebaliknya keburukan pula yang dicari. Maka kini, lengkaplah sudah senjata UMNO dalam pentadbiran kerajaan bila Musa Hassan (Ketua Polis Negara), Ghani Patail (Peguam Negara) dan kini Zaki Azmi pula dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Maka terserlah sudah betapa liciknya trick puak-puak UMNO ini.
Agong Perkenan Tan Sri Zaki Ketua Hakim Negara
PUTRAJAYA, 21 Okt (Bernama) -- Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuatkuasa 18 Okt lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, baginda berkenan dengan pelantikan tersebut atas nasihat beliau dan selepas mengadakan rundingan dengan Majlis Raja-Raja.
"Baginda turut berkenan dengan pelantikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria sebagai Hakim Besar Malaya," katanya. Abdullah berkata, kesemua pelantikan itu turut berkuatkuasa pada 18 Okt lalu. Katanya, pihak Mahkamah Persekutuan kini sedang berurusan dengan Istana Negara untuk menetapkan majlis penyampaian watikah-watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia para hakim berkenaan. Bernama
[Ayuh! bangkitlah wahai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan di bumi tercinta ini. Wajarlah kita untuk mempersoal dan mempertikaikan perlantikan ini demi sebuah ketelusan yang dicari. Aapalah guna bercakap soal penambahbaikan badan kehakiman jika tidak disusuli dengan tindakan yang sewajarnya. Maka, patut benarlah Menteri yang bertanggungjawab menjaga kehakiman dulu iaitu Zaid Ibrahim meletakkan jawatan dan tidak bersekongkol dengan perkara ini. Jika tidak, sudah pasti namanya akan terus dicemuh buat sekian kali].
Iklaneka: Projek Blogger Usahawan2008, Sertai Kempen Satu Blog Satu Usahawan !!
Tawaran dipelawa kepada anda yang berminat untuk menyertai Projek Blogger Usahawan 2008. Projek ini dicadangkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menceburi bidang keusahawan terutamanya yang berteraskan e-dagang. Penggunaan blog sebagai strategi pemasaran e-dagang adalah bertepatan sekali kerana ia lebih murah, mudah, santai, dan info yang dipaparkan lebih ringkas dan terkini. Susulan daripada langkah kerajaan yang sering mewar-warkan isu blog mutakhir ini, menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang tertanya-tanya dan pastinya ingin mengetahui lebih lanjut tentang blog. Maka projek Blogger Usahawan adalah satu blog yang dihasilkan untuk mereka yang bergelar usahawan. Secara tidak langsung ianya dapat menukar perspeksi orang ramai bahawa blog bukan sahaja digunakan untuk tujuan politik kepartian semata-mata. Sebaliknya ia juga boleh digunakan sebagai medium untuk melahirkan para usahawan yang lebih cemerlang dalam industri perniagaan e-dagang di negara kita.
Maka itu, kami memerlukan ramai rakyat Malaysia di seluruh dunia untuk menyertai kami dalam usaha menjadi usahawan siber yang berjaya suatu hari nanti. Kami tahu ramai diantara anda yang sudah terlibat berpuluh tahun dalam perniagaan trading atau networking, namun sehingga ke saat ini masih belum mempunyai laman web atau blog peribadi untuk memasarkan perniagaan anda secara online ke seluruh dunia. Apa yang ada ialah "menumpang laman web syarikat". Namun bila bertukar syarikat ke syarikat akhirnya anda tidak terfikir bahawa anda sebenarnya telah berada dalam e-dagang, tetapi masih belum mempunyai pejabat maya "office siber" ada sendiri. Justeru berdaftarlah dengan kami sekarang untuk menyertai roadshow yang bakal diadakan mulai bulan November 2008 ini.
FALSAFAH SIBER
Barang Sesiapa Yang Pekerjaan Seharian Mereka Berorientasikan Internet Dan Komputer, Tetapi Mereka Bersikap Negatif Dan Langsung Tidak Mahu Tahu Mengambil Tahu Strategi Menjana Pendapatan Menerusi Perniagaan Siber, Maka Mereka Adalah Orang-Orang Yang Rugi Di Alaf Baru Era Globalisasi Hari Ini
Kami memerlukan ramai usahawan untuk menjadi agen-agen kami di seluruh negara. Jika anda berminat untuk sertai projek ini sila isikan borang pendaftaran dibawah dengan segera. Yuran pendaftaran taklimat hanyalah RM80 untuk Semenanjung Malaysia dan RM100 untuk Sabah dan Sarawak. Sila rujuk iklaneka kami dalam akhbar mulai November ini. Tempat Terhad untuk 30 perserta terawal bagi setiap lokasi. Sila isikan borang pendaftaran untuk tempahan taklimat dan cara bayaran. Sila isikan Borang Pendaftaran disini
Iklaneka: Jana Pendapatan Sebagai Agen Insuran Kemalangan Diri (PA) Secara Online Sekarang !!
Anda ada masalah kewangan? Dan tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan?. Namun bermacam-macam peluang perniagaan yang anda sertai semuanya mendatangkan kerugian dan kegagalan. Akhirnya wang habis dibelanjakan tetapi kesudahannya masih tidak keruan. Terlalu banyak sekarang ini program-program yang mengambil kesempatan menerusi "e-dagang".Ramai yang terpengaruh dan tertipu akibat tiada pengalaman atau ingin cepat kaya. Kesempatan diambil sewenang-wenangnya oleh pihak terbabit, maka terwujudlah skim-skim pelaburan yang bertopengkan perniagaan. Walhal sebenarnya, ia adalah sekadar tempelan di dalam website yang disediakan bagi tujuan untuk mempengaruhi pada pengguna. Akhirnya, tanpa usul periksa dan siasatan maka ramailah yang terlibat dengan pelaburan internet alaf baru ini.
Maka, menyedari hakikat ini, kini anda yang ingin menjana pendapatan secara lebih berkesan dengan menjadi Agen Insuran Perlindungan Kemalangan Diri (PA) secara online sekarang. Produk yang ditawarkan juga cukup menarik iaitu pelbagai bentuk perlindungan dan simpanan untuk anda dan keluarga. Kebanyakan produk-produk ditawarkan pula memberikan pembayaran pampasan kepada waris sekiranya anda meninggal dunia dan ditimpa keilatan yang menyebabkan hilang punca pencarian. Ini bererti dengan menyertai program ini, anda tidak perlu lagi memikirkan keperluan keluarga anda dikemudian hari kiranya anda ditimpa kemalangan atan meninggal dunia ketika bertugas. Justeru anda dipelawa menjadi Agen Insuran Kemalangan Diri (PA) secara online sekarang. Syarat untuk menjadi agen juga adalah mudah sekali, dimana anda hanya diwajibkan membeli satu polisi insuran dengan bayaran sebanyak RM90.00 (Sembilan Puluh Lima Ringgit Malaysia). Polisi adalah untuk tempoh satu tahun, dan anda akan mendapat perlindungan Insuran Kemalangan Diri (PA) seperti berikut :-
Jenis Perlindungan (Jumlah Perlindungan) Kemalangan Maut (RM 50,000.00 ) Keilatan Kekal RM (M50,000.00 ) Khairat Kematian (RM 2,000.00) Upah Haji (RM 3,000.00) Kerusi Roda (RM 1,000.00) Kemasukan Hospital (RM 100 / hari) Bantuan Lumpuh (RM 1,000.00 -setiap bulan selama 6)
Anda juga layak untuk menjadi Reseller Tinta2u.com yang aktif. Anda akan menerima produk dan satu akaun dalam laman web Tinta2u.com untuk melaksanakan tugas anda sebagai Reseller Tinta2u.com mengembangkan lagi perniagaan anda 5 minit sehari secara On-Line untuk memperolehi pendapatan sampingan setiap hari. Tinta2u.com merupakan satu platform di mana pengguna boleh mendapatkan produk perkhidmatan kami secara terus dan secara automatik menjadi Agen Insurans Online Tinta2u.com. Rebutlah Peluang ini dengan modal yang rendah, anda berpeluanag MENJANAPendapatan Tambahan bersama Tinta2u.com. Pendaftaran PERCUMA di Tinta2u.com, anda akan terus mendapat Laman Web PERCUMA untuk mempromosi peluang mendapatkan PA Insurans ini secara online kepada rakyat dan pelajar Malaysia di seluruh dunia mulai sekarang !! Anda boleh aktifkan akaun anda kemudian setelah anda melihat peluang perniagan ini secara lebih lanjut. Setelah membuat pembayaran barulah akaun anda diaktifkan dan anda akan dilindungi insurans tersebut. Dengan modal tambahan RM150.00 Anda juga berpeluang mendapat pendapatan lumayan sehingga RM118,000.00 dengan pelan menarik yang disediakan dalam program ini (Pelan B). Daftar segera menjadi agen kami sekarang !!
[Iklaneka ini adalah berbayar bagi menampung kos operasi Pahang Daily. Peluang dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat menjadi agen secara online (Reseller). Anda berpeluang menjana pendapatan lumayan mulai sekarang. Agen diperlukan untuk semua rakyat dan pelajar Malaysia di seluruh dunia. Anda yang berminat hanya klik daftar percuma kemudian ikut arahan seterusnya. Graduan menganggur dan mahasiswa IPT adalah digalakkan. Anda yang berminat untuk membuat iklan artikel seperti ini sila hubungi kami segera untuk info lanjut]
Eksklusif: Menyingkap Kronologi Kegagalan Misi Najib Razak Menjadi Perdana Menteri Malaysia !!
Melihat UMNO yang semakin tenggelam dan akan pupus, maka berbondong-bondonglah ahli akar umbi yang kini sudah mula menyertai Pakatan Rakyat. Pergolakan dalam UMNO sudah tidak dapat dielakkan lagi. Susulan daripada keputusan Pak Lah tidak mahu mengekalkan jawatan Presiden dan mungkin melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib menerusi proses peralihan kuasa dilihat sebagai keterlaluan. Ini kerana, ia mematikan semangat demokrasi dalam parti serta menyebabkan ahli terpaksa menerima individu yang tidak berwibawa dan dicurigai sebagai pemimpin negara. Masalahnya, jika pemimpin itu hanya untuk parti UMNO tidak menjadi halangan. Namun, bila jadi Perdana Menteri maka ia akan menjadi pemimpin seluruh rakyat Malaysia. Sanggupkah kita menerima kenyataan ini?
Pak Lah Kekalkan Jawatan Ketua Bahagian UMNO
Lazimnya, bila tahu kita akan mengundur diri maka kita akan beri ruang yang seluas-luasnya kepada pengganti untuk mengatur perjalanan pentadbiran. Namun, tidak bagi Pak Lah. Beliau bukan sahaja tidak bercuti malahan tidak menarik diri dari dicalonkan di kawasannya. Biarpun Mac 2009, mengamit memori manis buat Najib namun harus dingat banyak petanda-petanda awal dan isyarat yang memungkinkan kenyataan itu tidak mungkin terjadi. Pak Lah mungkin melepaskan jawatan Presiden tetapi tidak Perdana Menteri. Tambahan pula bila dilihat Pak Lah masih mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Kepala Batas baru-baru ini. Semua ini menyebabkan rakyat semakin pening melihat "gelodak" yang melanda kapal UMNO itu. Justeru itu siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika bukan Najib?. Terdapat ramalan mengatakan bahawa Pak Lah akan terus berkuasa. Beliau hanya melakukan keputusan baru-baru ini atas desakan kepimpinan dan mahu meredakan keadaan. Justeru itulah beliau mengumumkan tidak mahu dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO Mac ini. Keputusan itu memberi ruang yang terbuka kepada Najib untuk naik setapak lagi sebagai orang nombor satu negara.
Perbicaraan Akta Hasutan Raja Petra Dijalankan
Namun, harus diingat dalam politik macam-macam boleh terjadi. Bahkan lebih parah lagi hingga bunuh-membunuh. Ini biasa kita lihat dalam politik hari ini. Maka itu apakah petanda yang Najib akan gagal mengejar impiannya itu?. Pastilah beliau akan disabit atau dipanggil ke mahkamah untuk kes hasutan yang melibatkan Raja Petra sekarang ini. Agak pelik bila Raja Petra yang kini ditahan ISA kemudian dibicarakan atas kesalahan yang lain. Walhal sepatutnya kes lain itu dibuang kerana beliau sudah ditahan ISA, iaitu undang-undang yang lebih tinggi dari segala undang-undang di negara ini. Maka itu, perbicaraan Raja Petra sekarang ini dilihat semakin "berhati-hati" dalam usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes Altantunya Shariibu. Umum melihat keputusan kes yang akan diumumkan hujung bulan ini akan memihak kepada semua tertuduh. Penahanan Raja Petra Dibuat Secara Tergesa-Gesa
Belum pun cukup 60 hari disiasat dibawah akta ISA, tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan beliau atas akta zalim itu selama dua tahun. Beliau dihantar ke Kem Kemunting secara tergesa-gesa. Bukankah ini menunjukkan pihak-pihak tertentu ingin melindungi Raja Petra dari dikacau ganggu oleh pihak-pihak terbabit. Dengan penahanan ISA, maka Raja Petra sebenarnya akan selamat dari ancaman yang berkaitan. Tambahan pula beliaulah individu yang memegang banyak bukti kukuh tentang pembabitan Najib dan Rosmah dalam kes Altantunya itu. Anehnya Najib atau Rosmah tidak pula "menyaman" Raja Petra atas akuan bersumpahnya itu. Mereka hanya menafikannya di media. Malahan Najib bersumpah tidak kenal "wanita Monggolia" itu ketika kempen pilihnaraya kecil Permatang Pauh dulu. Ramai yang sangsi mengapa Najib tidak bersumpah "tidak kenal Altantunya" dan hanya menyebut wanita Monggolia?. Lantaran itulah ketika Raja Petra ditahan ISA, segala salinan fail Najib itu telah diserahkan kepada 4 orang individu yang berbeza untuk didedahkan satu persatu.
Pendedahan Skandal Najib-Rosmah Dimulakan
Maka akhirnya siri pendedahan bermula serentak dengan kes perbicaraan mahkamah yang dihadapi oleh Raja Petra. Bermula dengan pendedahan Kickdefella perihal sogokan RM200 juta terhadap Pak Lah bagi menutup kes Altantunya dan juga pendedahan Rosmah membayar RM5 juta kepada saksi Penyiasat Bersendirian Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya. Kemudian yang terbaru pendedahan tentang kes pembelian 12 Helicopter bagi menggantikan Nuri. Dimana terdapat unsur penipuan dalam hal ini ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Kes ini telah didedahkan kepada umum baru-baru ini. Khabarnya banyak lagi pendedahan akan dilakukan dalam masa terdekat ini termasuk tiket perjalanan, penginapan serta foto-foto berkatian antara Rosmah, Najib dan Altantunya semasa ke Perancis dulu. Pendekatan siri pendedahan ini seiring dengan kes mahkamah yang sedang dihadapai oleh Raja Petra. Keputusan Kes Altantunya Akan Diumumkan
Hujah ini dikuatkan lagi dengan sikap Sirul dan Azilah yang senantiasa mengelak dari diambil gambar oleh media sejak awal beliau ditahan dan didakwa lagi. Semua ini menjurus ke arah pembebasan kerana itulah imej dirinya dielakkan. Ini membolehkan beliau dapat hidup bebas selepas dibebaskan nanti. Bahkan, tidak ada rakyat Malaysia yang akan kenal diri mereka biarpun jasadnya berada bersebelahan dengan kita. Maka itu mereka akan dapat bergerak seperti biasa tanpa ada sebarang sekatan. Hujah ini amat "konkrit", melihat kepada penghujung perbicaraan Altantunya, pihak peguambela sudah menunjukkan banyak keraguan terhadap tertuduh. Bukankah ini satu skrip biasa yang direka untuk memberi gambaran yang mereka tidak bersalah nanti.
Jika mereka tidak bersalah, siapakah yang akan dipersalahkan?. Masih ingatkah kita kepada kes Noritta Shamsuddin?, pragawati sensasi yang dibunuh kejam dulu?. Dalam kes itu, tertuduh Hanif Basree telah dibebaskan setelah terdapat prima facie yang beliau tidak bersalah membunuh Norrita. Mahkamah memutuskan "terdapat dua lembaga misteri yang tidak dikenal pasti" telah membunuh pragawati itu. Masalahnya, hingga sekarang lembaga itu masih belum dikenalpasti dan didedahkan kepada umum. Akhirnya kes itu ditutup begitu sahaja tanpa sebarang hukuman kepada pesalah sebenar. Terkadang kita pun naik hairan dengan "profesionalisme" penyiasatan polis dalam kes ini. Kes berprofail tinggi yang akhirnya tiada kesudahannya. Hingga rakyat mula tertanya-tanya siapakah yang bersalah. Bahkan ada yang mengaitkan nama-nama pemimpin tertinggi terlibat dalam kes ini.
Maka, bagaimanakah Sirul, Azilah dan Razak Baginda boleh terlepas?. Kesnya adalah sama, kemungkinan mereka akan dibebaskan atas fakta "melenyapkan mayat". Ini bermakna mereka melakukan kerja "bom" bukan tujuan membunuh, tetapi sebaliknya melenyapkan mayat. Ini bermakna mayat sudah dibunuh dan mati ketika mereka melakukanya. Maka dalam pertuduhan mahkamah mereka dituduh "membunuh", bila pertuduhan ini dibacakan sekali lagi maka "melenyapkan mayat" bukanlah dikategorikan membunuh orang yang bernyawa. Melenyapkan mayat banyak cara, bagi orang Islam dikebumikan, bagi orang India di bakar serta macam-macam lagi caranya. Maka mereka bertiga pasti dituduh melenyapkan mayat cuma caranya mereka meletupkan dengan "bom C4". Maka itu mereka tidak boleh dituduh dan harus dibebaskan. Soalnya siapakah yang membunuh?. Itu persoalan lain, samalah dalam kes Noritta sehingga ke hari ini masih belum terjawab. Mungkin juga mahkamah akan merumuskan terdapat "lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh Altantunya". Bukankah ini satu alasan logik untuk membolehkan semua tertuduh dilepaskan. Najib Dan Rosmah Bakal Dipanggil Sebagai Saksi Dengan perbicaraan kes Raja petra yang semakin membongkarkan cerita sebenar perihal pembunuhan Altantunya itu. Maka sudah pasti mahkamah akhirnya akan diarahkan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi. Akhirnya mereka akan menghadapi perbicaraan tersebut satu persatu. Ini akan berlarutan agak lama dan melepasi tempoh Mac 2009. Pak Lah akan mengatakan beliau tidak campur tangan kes mahkamah dan Najib perlu membela diri. Akhirnya Najib akan diberi cuti sehingga kesnya selesai. Ini bermakna beliau tidak dapat bertanding dalam pemilihan UMNO Mac nanti. Dengan kuasa yang ada pada Pak Lah, sudah pasti beliau akan meneruskan kuasanya sebagai Presiden dan juga Perdana Menteri. Pak Lah Laksana Agenda Yakinkan Rakyat
Bagi meyakinkan rakyat beliau masih layak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, maka Pak Lah meberi segala "kebajikan" kepada rakyat. Beliau mempunyai banyak agenda ke arah itu yang sudah dirangka baru-baru ini. Langkah beliau mengarahkan penurunan harga minyak sekarang ini membuatkan rakyat akhirnya kembali "sayang" kepada Pak Lah. Maka, rakyat akan nampak Pak Lah sudah insaf dan mula prihatin dengan nasib mereka. Akhrinya ini akan membuatkan majoriti perwakilan UMNO sebulat suara mahu Pak Lah dikekalkan sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri. Tambahan pula dalam masa yang sama Najib masih diberikan cuti untuk menghadapi kes yang sedang dibicarakan. Mahkamah akan sengaja melengah-lengahkan kes tersebut bagi memberi masa yang panjang untuk Pak Lah terus berkuasa bagi meneruskan pertadbirannya.
Maka itu, sedarlah kita bahawa Najib Razak juga akan "kempunan" nanti. Cara terbaik Najib harus lakukan ialah memastika semua yang dirancang ini gagal. Jika tersilap langkah, sudah pastilah beliau akan terus ditamatkan riwayat politiknya. Justeru itulah kita lihat Pak Lah begitu percaya kepada Najib. tetapi itu didepan, sebaliknya dibelakang beliau tahu Mahathir adalah seteru Najib yang merencanakan proses peralihan kuasa diawalkan dari jadual sepatutnya. Sama-samalah kita ikuti perjalanan kisah ini dan nantikan keputusannya. Jika ini berlaku, maka terbuktilah misi Najib akhirnya berjaya juga digagalkan !
[Kronologi ini hanyalah pandangan pihak kami dan tidak ada kena-kena dengan pihak-pihak berkaitan. Namun mungkin anda juga ada pandangan tersendiri. Kami tidak memaksa untuk anda bersetuju dengan pandangan ini. Kami hanya memberi pandangan ikhlas yang sudah boleh dibaca, jika anda juga berpandangan seperti kami maka terimalah semuanya. Tetapi jika anda berpandangan lebih jauh atau tidak percaya semua ini, anggaplah ia sekadar pandangan peribadi daripada pihak kami. Kita hanya merancang, tapi Allah yang akan menentukan. Apapun yang berlaku, pastikan Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara dalam masa terdekat ini. Itu harapan rakyat sebenarnya]
Analisis: Pemimpin UMNO Terlupa, Mereka Yang Buta Dan Telah Merubah Segala Fakta Sejarah !!
Lucu benar rasanya bila Pak Lah dan UMNO bercerita pasal Sejarah. Kononnya bagi menjawab isu "Kontrak Sosial" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Tidak cukup dengan itu, bagi membolehkan perkara ini diberi perhatian mereka menggunaka Majlis Raja-Raja Melayu untuk memperkatakan tentang perkara ini. Baru-baru ini Biro Pendidikan Pemuda UMNO mengesyorkan agar subjek Sejarah bukan sahaja dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah, malah ke peringkat menengah. Pengerusinya, Ahmad Ikmal Ismail berkata langkah berkenaan untuk memastikan para pelajar yang merupakan bakal generasi negara akan datang mengetahui dengan lebih mendalam sejarah negara. Menurut beliau apa yang penting ianya akan menjadi asas yang kukuh kepada para pelajar untuk menilai dan menghargai apa yang perlu dibuat untuk mencapai pembangunan dan keharmonian di negara ini. Syor Biro Pendidikan itu merupakan kelangsungan cadangan Perdana Menteri, Pak Lah Badawi yang mahukan subjek tersebut menjadi subjek wajib di peringkat sekolah rendah.
Namun, kita tidak yakin apakah sejarah yang dibongkar itu adalah benar-benar sejarah atau pun segala faktanya dipesongkan megikut selera mereka. Inilah yang mereka mahukan sebenarnya. Beberapa fakta sebelum ini telah diubah antaranya ialah :-
Sejarah Pejuang Kemerdekaan Negara Diubah
Terasa malu pula bila Pak Lah mengajak rakyat supaya mengkaji semula Sejarah. Mereka lupa bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional adalah pihak yang bertanggungjawab merosakkan "Sejarah" di Malaysia. Ini jelas terbukti dengan beberapa tindakan "biadap" mereka dalam memberikan penerangan dan fakta Sejarah itu sendiri. Dalam subjek Sejarah di sekolah-sekolah misalnya, mereka kini lebih mengangung-agungkan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu daripada British dalam menuntut kemerdekaan. Pejuang seperti Onn Jaafar, Tunku Abd Rahman, Tun Razak serta lain-lain pemimpin UMNO sendiri. Sebaliknya nama-nama seperti Ibrahim Yaakob, Mokhtaruddin Lasso, Dr.Burhanuddin Helmi(foto), Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir serta ramai lagi terus dilupakan. Lebih parah lagi apabila TPM Najib sendiri pernah menyatakan bahawa kemerdekaan Malaysia dicapai tanpa sebarang "tumpah darah", walhal sebaliknya.
Bukankah ini jelas lari dari fakta sebenar. Walhal pejuang terdahulu yang terdiri daripada pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Tok Gajah, Mat Kilau(foto), Bahaman, Maharajalela. Mat Salleh, Dol Said dan ramai lagi telah dilupakan. Bukankah perjuangan mereka penuh dengan keringat dan tumpah darah. Namun bagi UMNO, pejuang sebenar ialah pemimpin mereka yang diberikan ikhsan kemerdekaan oleh British dengan syarat terus mengamalkan undang-undang mereka dalam sistem pentadbiran negera. Sejarah ini terbukti telah dipesongkan. Buku-buku Sejarah di sekolah telah diubah, bagi menunjukkan bahawa kemerdekaan negara dicapai secara diplomatik. Bukankah ini merupakan satu penipuan fakta sebenarnya. Kenapa semua fakta ini diubah? Kerana mereka menentang kerajaan selepas itu. Mereka menyokong gerakan Islam dan juga mahu menghalau penjajah British. Ini yang menyebabkan mereka dituduh pengkhianat !!
Sejarah Anwar Bersama UMNO Dilenyapkan
Paling bahaya juga ialah apabila sejarah Anwar dibuang dari UMNO. Ini jelas terbukti dan dapat dilihat pada laman web Pemuda UMNO. Mereka buang Sejarah Kegemilangan Anwar semasa dalam pemuda. Mereka mahu supaya generasi pemuda UMNO akan datang lupa bahawa Anwar itu adalah bekas Ketua Pemuda UMNO. Kami masih menyimpan bukti awal sebelum Sejarah itu dibuang (Mujurlah maklumat asal tersebut sempat kami cetak). Kini maklumat tentang kegemilangan Anwar semasa dalam UMNO terutamanya pergerakan parti itu sememangnya sudah diubah. Maklumat tentang fakta Anwar telah bertukar menjadi info tentang Syed Jaafar Albar dan bukan lagi diri beliau. Perubahan ini dilakukan setelah hampir beberapa bulan Anwar dipecat dari UMNO. Foto ialah semasa Anwar menang jawatan Ketua Pemuda UMNO dulu. Sila kik link dibawah untuk llihat bukti dan kebenaran perkara ini :- Kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Bukankah ini menujukkan bukti jelas bahawa mereka sebenarnya yang takut dengan sejarah. Mereka tidak mahu generasi akan datang melihat pejuang-pejuang terbabit sebagai orang yang bertanggungjawab untuk membela rakyat suatu ketika dulu. Mereka mahu supaya pemimpin UMNO yang dilihat berjasa kepada rakyat Malaysia. Justeru itulah mereka mahu tanamkan keyakinan dalam jiwa golongan muda tentang semangat kenegaraan, agar mereka melihat hanya UMNO dan BN sahaja yang telah membawa pembangunan dan layak memerintah negara ini. Lantaran itulah terwujudnya pusat latihan seperti Kem Bina Semangat, Kem Biro Tata Negara, Pusat Latihan Khidmat Negeradan macam-macam lagi, yang mana kesemuanya menjurus kepada semangat Nasionalisme. Nilai-nilau keagamaan tidak langsung diberi perhatian utama dalam kesemua modul yang dijalankan. Mereka tahu, jika jiwa dan rohani anak muda ini terdidik dengan nilai keagamaan, maka akhirnya golongan ini akan dapat melihat kebobrokan dan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan. Akhirnya golongan ini akan menyokong parti pembangkang. Ini telah berlaku dan dapat dilihat fenomenanya hari ini.
Sejarah UMNO Haram Telah Dilupuskan
Parti UMNO yang ada sekarang bukanlah parti yang telah ditubuhkan sebelum kemerdekaan dulu (1946). Tetapi parti UMNO yang ada sekarang pengasasnya ialah Mahathir Muhammad yang dibina pada tahun 1988 iaitu ketika perpecahan UMNO berlaku. Wujudnya Team A dan Team B, yang membawa kepada pertandingan hebat antara Ku Li dan Mahathir. Setelah berlaku pengiraan semula, akhirnya Mahathir menang dengan majoriti tipis. Ku Li akhirnya dipinggirkan dan menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46). Selepas itu UMNO diharamkan, dan didaftarkan semula atas nama UMNO (Baru). Namun masa berubah, akhirnya perkara ini diabaikan dan mereka kembali menyebut UMNO tanpa ada perkataan baru dibelakangnya.
Lebih aneh lagi mereka masih menyebut tentang UMNO itu lahir sejak tahun 46 dan mereka meraikan sambutan UMNO setiap tahun dengan mengambilkira dari tahun 1946. Ini bermakna sudah 62 tahun UMNO ditubuhkan. Walhal UMNO yang lama sudah berkubur, dan UMNO yang ada hari ini ialah UMNO baru yang masuk usianya baru menjangkau 20 tahun. Kenapakah fakta sejarah ini dinafikan. UMNO lama lebih dikagumi kerana perjuangannya benar-benar membela rakyat. Justeru itulah parti PAS pernah berada dalam BN kerana melihat kepimpinan yang ada pada masa itu adalah telus, adil dan saksama untuk seluruh rakyat.
Tapi, kepimpinan yang ada sekarang ini sudah jauh terpesong. Mereka bukan lagi berjuang untuk rakyat sebaliknya lebih kepada "periuk nasi" masing-masing. Wang rakyat dirompak sesuka hati untuk kepentingan peribadi. Agenda untuk rakyat hanyalah retorik setiap kali menjelang musim pilihanraya. Selepas itu mereka gagal bertindak membela nasib rakyat. Rakyat hanya digula-gulakan tatkala ingin berkuasa. Bila sudah berkuasa, rakyat diabaikan hanya sesekali mereka menjengok muka bagi menagih simapati. Justeru itulah rakyat Malaysia boleh membezakan pemimpin UMNO zaman dulu dengan sekarang. Mahu bezakan Najib Razak dengan Tun Razak atau Hishamuddin dengan Tun Hussein?. Memang jauh panggang dari api. Tapi jika bezakan Mahathir dengan Pak Lah, Mahathir dengan Najib maka jawapannya hampir sama. Saling tidak tumpah, bagai pelanduk dua serupa. Cuma bezanya Mahathir mengambil masa 22 tahun untuk merompak wang rakyat tapi Pak Lah hanya beberapa bulan sudah melakunnya. Maka sejarah inilah yang harus diingatikan kepada seluruh rakyat. Biar mereka tahu segalanya yang tersirat dan tersurat sebenarnya.
[Justeru itu, sebelum mengajar rakyat belajar balik subjek Sejarah maka puak-puak UMNO terlebih dahulu harus melihat balik sejarah. Ini bagi memberikan mereka keinsafan dan ikhtibar bahawa mereka juga sebenarnya sudah dipesongkan oleh sejarah yang mereka lalui sendiri. Maka itu jalan terbaik ialah kembali ke panggal jalan dan kita sama-sama teruskan agenda perubahan. Biar sejarah membuktikan kepada anak-anak cucu kita pada masa akan datang bahawa nenek moyang mereka adalah sama-sama berjuang untuk membela nasib rakyat sejak dulu, kini dan selamanya. Bukanlah hanya UMNO semata-mata !].
Peralihan Kuasa: Kerana Mahathir, Mungkinkah Pak Lah Sertai Anwar Dalam Pakatan Rakyat !!
Nampaknya kapal UMNO sudah semakin bergelodak dan pasti akan karam bila-bila masa. Melihat kepada tajuk utama Mingguan Malaysia hari ini "PM Bidas Mahathir" jelas menunjukkan bahawa Pak Lah sudah tidak tahan lagi dengan kerenah mantan PM Mahathir itu. Mahathir dilihat sebagai perancangan kejatuhan Pak Lah lebih awal dari apa yang dijangkakan. Peralihan kuasa yang sepatutnya berlaku tahun 2010 nanti, terpaksa dipercepatkan setelah mendapat desakan daripada ramai pemimpin UMNO ketika Mesyuarat Khas MT baru-baru ini. Lantaran itulah Pak Lah akhirnya terpaksa akur dengan suara majoriti MT UMNO yang bersidang itu. Dalam pada itu, kita juga sudah menjangka bahawa Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab mempersilakan Pak Lah meninggalkan kerusi empuk itu. Tambahan pula, beliau juga yang menaikkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Oktober 2003 dulu. Maka selepas hampir 5 tahun berlalu, akhirnya Pak Lah terpaksa menerima ketentuan Illahi. Inilah yang dinamakan politik sebenarnya.
Mahathir boleh berbangga, bahawa desakan yang dibuat oleh orang-orangnya menyebabkan Pak Lah terpaksa mengundur diri. Lantaran itulah beliau secara terang-terangan menyatakan sokongan dan mengatur kepimpinan negara pada masa akan datang. Disamping itu juga beliau turut menrencanakan kemenangan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda serta bersedia mengambil langkah untuk "mengusir orang-orang" Pak Lah dalam pemilihan parti itu Mac depan. Tindakan Mahathir ini cukup mengecewakan Pak Lah. Beliau secara lantang membidas bekas Perdana Menteri itu yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan. Tambah beliau lagi Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan? Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?, katanya.
Petanda Awal Mahathir Menteri Kanan Pertama
Kecaman ini jelas sekali membuktikan bahawa Pak Lah sudah tidak tahan dengan kerenah mantan PM itu. Bagi kita, apa yang dilakukan oleh Mahathir ternyata merupakan satu petanda awal bahawa beliau bakal dilantik sebagai "Penasihat Perdana Menteri" atau "Menteri Kanan" negara yang pertama pabila Najib mengambil alih kuasa nanti. Mahathir bakal jadi seperti Lee Kuan Yew di Singapura. Mungkin inilah perjanjiannya yang menyebabkan Mahathir nampak beriya-iya benar membuat percaturan kepimpinan negara pada masa hadapan. Malahan, lebih aneh lagi orang Pak Lah iaitu Muhyiddin Yassin juga kemungkinan sudah bersekongkol dengan mantan PM itu. Lantaran itulah Mahathir menyatakan bahawa Najib dan Muhyiddin adalah gandingan yang paling mantap sekali. Ini menyebabkan calon-calon lain yang mengintai jawatan Timbalan Presiden UMNO akhirnya terpaksa akur dan ada yang sudah menarik diri seperti Zahid Hamidi. Sementara itu menurut Pak Lah, beliau juga ada mendengar desakan daripada pihak tertentu agar calon Timbalan Presiden, Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) dinasihatkan menarik diri. Mungkinkah Ali adalah Orang Pak Lah?
Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?. Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya, katanya ketika ditemubual oleh media arus perdana. Nampak benar, Mahathir sudah membuat percaturan yang cukup licik untuk memastikan legasinya kembali menguasai kerajaan selepas ini. Selama 5 tahun beliau menderita, dipinggirkan, dihina dan akhirnya terpaksa keluar dari UMNO. Bahkan Mahathir pernah disembur dengan cecair pemedih mata ketika lawatannya ke Kelantan suatu ketika dulu. Dan kini, beliau kembali boleh menarik nafas lega melihat senario yang berlaku.
Orang Pak Lah Khianat Dan Terima Tekanan
Bahkan anaknya Mukhriz kini begitu jauh meninggalkan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Mac ini. Apakah Mahathir akan bangkit semula, dan menenggelamkan legasi Pak Lah-Khairy selepas ini. Sementara itu Pak Lah juga dikatakan kecewa apabila Naib Presiden UMNO Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan. Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura. Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, katanya. Isyarat ini menunjukkan Pak Lah sudah tidak yakin lagi dengan kesetiaan Muhyiddin kepadanya. Maka itu apakah tindakan Pak Lah sekarang?. Apakah agenda "Kegagalan Najib Menjadi Perdana Menteri" seperti yang kami gambarkan bakal terlaksana?.
Apakah Pak Lah Bakal Sertai Pakatan Rakyat
Mungkin atas desakan, Pak Lah akan melakukan apa sahaja. Melihat kedudukannya itu dan juga pengaruh Khairy yang sudah semakin terpinggir dikalangan pemuda , sudah pasti Pak Lah akan bertindak. Jika tidak beliau sudah pasti akan ditertawakan oleh Mahathir suatu hari nanti. Jika 5 tahun Mahathir terhina dan dipinggirkan, mungkin Pak Lah akan lebih lama dari itu. Tambahan pula Mukhriz, anak Mahathir dijangka akan lebih berpeluang menjadi nombor satu selepas ini daripada Khairy. Jika ini berlaku, Pak Lah pasti akan lebih lelah dibuatnya. Maka mahu tidak mahu, jalan terbaik ialah Pak Lah berkompromi dengan Pakatan Rakyat bagi menggagalkan usaha "Team Mahathir" itu.
Mungkinkah Pak Lah bersedia untuk turut sama sertai Anwar membentuk Kerajaan Perpaduan seperti yang diperkatakan oleh Ku Li baru-baru ini. Jika ini berlaku, pasti Ku Li juga akan bersama Pak Lah sertai Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Perpaduan. Maka Mahathir-Najib pula yang akan "kempunan" nanti. Apapun, sama-samalah kita berdoa agar mereka ini akan dibukakan hati dan diberikan petunjuk oleh Allah SWT agar kembali ke pangkal jalan. Sejarah tercipta bahawa Pak Lah sebenarnya adalah keturunan salah seorang ulamak terkenal di negara kita bahkan dirantau ini. Justeru itu rakyat tidak hairan jika Pak Lah tiba-tiba memakai serban dan menyertai perjuangan PAS dalam usaha menegakkan syiar Islam yang diperjuangankan oleh nenek moyangnya dulu. Status sebagai "Cucu Ulamak" tersohor bakal memungkinkan ke arah itu.
Siapa tidak kenal Syeikh Abdulllah Fahim seorang ulamak yang begitu pakar dalam ilmu Falak. Di antara anak Syeikh Abdullah Fahim ialah Datuk Haji Ahmad Badawi. Beliau adalah seorang alim yang bertanggungjawab menangani sekolah agama yang didirikan oleh ayahnya. Di antara anak Datuk Haji Ahmad Badawi pula ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Pak Lahyang secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat, 31 Oktober 2003 Masihi bersamaan 5 Ramadan 1424 Hijrah. (Baca tentang Syeikh Abdullah Fahimdisini). Berlinangan airmata tatkala membaca sejarah keturunan Pak Lah ini. Maka itu semoga beliau diberikan taufik dan hidayah untuk melihat kebenaran dan tidak dibutakan hati lagi dengan hanya untuk melihat kekuasan sebagai matlamat perjuangannya.
Pak Lah Harus Berjasa Lagi Pada Anwar
Maka sebagai jalan penyelamatnya, Pak Lah harus sekali lagi memohon ampun kepada arwah bondanya, agar beliau sedar dengan apa yang berlaku hari ini. Kuasa tidak akan dibawa kemana-mana. Ketika berkuasa orang akan hormat kita, namun bila sudah jatuh pastu orang akan terajang kita. Senario yang berlaku kepada Pak Lah kini lebih hebat. Belum pun masanya beliau meninggalkan tampuk pemerintahan negara, ramai pemimpin UMNO sudah berani memperlekeh, menghina dan membuli dirinya. Maka itu beliau harus sedar dengan apa yang berlaku. Pilihan kini berada ditangan Pak Lah. Apakah beliau mahu Najib berkuasa dan Mahathir menghinanya nanti atau beri laluan kepada Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru. Pak Lah boleh memperkenankan supaya dibuat usul khas "undi tidak percaya kepada Perdana Menteri". Maka tatkala itu barulah kita tahu apa yang bakal terjadi. Jika benar kata Anwar lebih dari 30 ahli parlimen BN akan melompat ke Pakatan Rakyat, maka kuasa akan bertukar sebelum peralihan kuasa Mac ini.
Pak Lah masih ada masa untuk membuat perhitungan ini. Jika beliau lakukannya maka sudah pasti rakyat akan menyanjunginya hingga akhir hayat. Apakah Pak Lah mahu terhina seperti apa yang Mahathir laluan sejak 5 tahun lalu. Harus diingat, jika Najib menjadi PM dan Mahathir sebagai penasihatnya. Maka sudah pastilah Pak Lah akan diperkotak-katikkannya. Justeru itu Pak Lah diseru berjasa sekali lagi pada Anwar tatkala persidangan parlimen masih berjalan sekarang ini. Dengan undi tidak percaya sahaja negara akan selamat dari pimpinan "PM yang dicurigai rakyat". Jika dulu Pak Lah "membebaskan" Anwar bila beliau tidak masuk campur dengan kes rayuan Anwar di mahkamah. Maka sekarang, beliau harus berjasa sekali lagi untuk menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Apakah Pak Lah akan berkompromi dengan "orang kampung"nya atau dengan Najib anak Tun Razak. Nantikan episod seterusnya adengan menarik percaturan politik Malaysai ini.
[Pak Lah perlu korbankan kepentingan politik sekarang. Demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara maka beliau harus fikirkan nasib rakyat. Majoriti rakyat tidak mahu Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Ini kerana dari golongan profesional hinggalah kepada golongan petani, nelayan, pesawah padi, penoreh getah hatta kanak-kanak sekolah sekalipun tetap "curiga" dengan segala kes yang dikaitkan dengan Najib itu. Atas alasan itulah Pak Lah perlu berkorban untuk menyelamatkan negara dari jatuh ke tangan yang bathil].