5 Disember 2008 Tahun Lalu Maka Genaplah 10 Tahun Blog Ini Beroperasi Di Alam Siber | Domain Blog Ini Akan Ditukarkan Secara Rasmi Bermula Pada 10 April 2009 | Sila Gunakan Domain Baru kami Iaitu www.cucumatkilau.blogspot.com Atau www.cucumatkilau.co.cc | Sokongan Dan Perhatian Anda Amatlah Dihargai | Luahan Pendapat, Pandangan, Cadangan, Komen dan Artikel Untuk Di Siarkan, Sila Emailkan Ke cmk_pahang@yahoo.com | Terima Kasih Atas Sokongan Dan Harap Maklum











:: ANDA TETAMU KE ::

[ MULAI 5 DIS 1998 ]


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

pahangdaily
Ukhwah.com :: Top Blog

Biodata



BIODATA - CMK dilahirkan pada 25 Mei 1971 di Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Namun begitu CMK hanya sempat tinggal selama 2 Tahun sahaja di Bukit Goh. Sekitar tahun 1973 keluarga CMK telah berpindah ke Felda Kenanga Jengka 7, Bandar Pusat Jengka (Kini Bandar Tun Razak Jengka) Pahang. Ayahanda CMK berasal dari Kg. Pulau Tawar, Jerantut Pahang iaitu Kampung asal tempat kelahiran Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau & Tok Gajah. CMK adalah dari keturunan Aki Mat Yunus Teh (Pewaris Kitab Salasilah 13 Keturunan Pulau Tawar) Manakala sebelah bonda pula berasal dari Kg.Salan, Gemencheh, Negeri Sembilan (Suku Biduanda dalam Adat Pepatih). CMK merupakan anak ke-3 dari 10 orang adik-beradik. CMK Dibesarkan dan mendapat didikan awal di Sek.Keb. Jengka 7, Maran (1978-1983), kemudian ke Sek.Men. Jengka 6, Maran (SRP 1984-1986) dan Sek.Men. Jengka 2, Maran (SPM 1987-1988) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara yang dulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Perak, di Bandar Baru Seri Manjung, Sitiawan dalam Jurusan Perancangan Bandar Dan Wilayah (1989-1991). Arwah ayahanda (Jamaluddin Md.Yunus) dan arwah bonda (Kamsiah Jamil) adalah merupakan bekas pemimpin kanan UMNO dan masyarakat yang amat disegani di tempat CMK (Felda Jengka 7). Namun, Alhamdullillah diakhir hayat mereka CMK berjaya mentarbiahkan mereka supaya kembali ke jalan yang benar serta menyokong perjuangan manusia yang ingin menegakkan Islam dan Keadilan di bumi ini. Ayahanda CMK adalah orang yangbertanggungjawab menubuhkan UMNO Cawangan Jengka 7 sejak tahun 1973(Kubu kuat BN DUN Chenor). Beliau memegang jawatan Ketua UMNO sejak 1973 sehingga menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 2001. Jawatan lain yang turut dipegang ialah Naib Pengerusi JKKR, Pengerusi PIBG, Pengerusi RELA, Pengerusi Koperasi, Belia dan lain-lain lagi. Ayahanda CMK juga merupakan orang kuat PAKIDA di Wilayah Jengka suatu ketika dulu. Bonda CMK pula adalah Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi GPW Felda hinggalah beliau meghembuskan nafas terakhir pada tahun 1999/ Al-Fatihah buat kedua orang tua CMK yang telah pergi ke rahmatullah


PEKERJAAN - Selepas tamat SPM 1989, CMK telah bekerja sebagai penoreh getah membantu orang tua di Felda Kenanga Jengka 7. Sekitar pertengahan tahun 1989 CMK telah berhijrah ke kotaraya Kuala Lumpur dan bekerja sambilan di Restoran makanan segera KFC di Jaya Jusco Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur selama 6 Bulan. Selepas itu sekitar penghujung 1989 CMK mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke ITM dalam Jurusan Perancangan Bandar Dan Wilayah. Selepas tamat pengajian sekitar penghujung tahun 1991, CMK bekerja kontrak di SCANS, anak syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) Jalan Semantan, Damansara Height, KL selama lebih kurang 6 bulan. Pada awal 1992 CMK balik ke Bumi Pahang Darul Makmur, dan bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di beberapa buah sekolah sekitar Wilayah Jengka. Antaranya ialah Sek.Keb Jengka 14, Sek.Men Jengka Pusat 2 (Depan Uitm Jengka Sekarang) dan yang terakhir di Sek.Men Jengka 6. Semasa menjadi guru juga CMK banyak melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Dimasa yang sama CMK juga telah mula bertugas secara sambilan sebagai Juruhebah (DJ) dan Pengacara Majlis (MC) dibeberapa buah pasaraya di sekitar Wilayah Jengka (Mat Sapak) dan Temerloh (Pelangi).
Pada 1 Julai 1995, CMK telah ditawarkan bekerja sebagai Juruteknik dengan sebuah jabatan kerajaan negeri di Kuantan, Pahang. 17 Jun 1995, sebelum melaporkan diri, CMK telah menyertai sebuah rancangan TV3, iaitu Sinaran Pasport Kegemilangan TV3. Biarpun gagal ke akhir, ia merupakan pengalaman yang paling manis dalam hidup CMK kerana telah membuat persembahan secara "Live" di kaca TV yang disaksikan oleh lebih 2 juta rakyat Malaysia ketika itu. Oktober 2003, CMK meletakkan jawatan 24 Jam dari jabatan kerajaan hinggalah ke hari ini. Perletakan jawatan tersebut disebabkan tekanan dan juga perjuangan yang tidak selaras dengan dasar-dasar kerajaan memerintah ketika itu. Biarpun pada awal 1999 CMK pernah diberi amaran untuk dipecat kerana membuat sokongan secara terbuka kepada Anwar Ibrahim. Namun, atas undang-undang dan peraturan,perkara itu tidak berlaku. Akhirnya CMK mengambil keputusan sendiri, kerana sudah jemu untuk bersekongkol dengan kerajaan berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyatnya di muka bumi ini. CMK adalah merupakan salah seorang kakitangan kerajaan Pahang yang membuat sejarah letak jawatan 24 jam ketika itu. Buat masa ini CMK banyak menjalankan urusan perniagaan dalam bidang pengurusan acara dan pengiklanan di sekitar negeri Pahang .


POLITIK - CMK tidak bercimpung secara aktif dalam politik seperti lain-lain pemimpin seangkatan sebelum ini. CMK lebih banyak berkhidmat di belakang tabir. Namun sejak dibangku sekolah lagi CMK telah aktif dalam bidang kepimpinan termasuk menjadi Pengerusi dan Setiausaha kelab / persatuan di sekolah. CMK adalah Ketua Pengarang majalah sekolah (JAYA) dan asrama (SINAR) di Sek.Men Jengka 2 ketika itu (1987-1988). Di ITM, CMK juga pernah memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar (Naib Yang DiPertua) untuk sesi 1990-1991, dan menjadi Setiausaha beberapa buah Kelab dan persatuan. CMK telah dipecat dari jawatan tersebut akibat menjalankan penyiaran "Radio Haram" di kampus. (Teringat kat rakan-rakan di ITM Perak, Seri Manjung .. Mitnite Radio still in my memories)
CMK juga aktif dalam bidang kemasyarakatan di kampus dan juga di tempat tinggal. Pernah terlibat dalam beberapa buah NGO seperti ABIM, Majlis Belia Negeri Pahang dan jawatan terakhir sebagai Pengarah Keahlian Dewan Muda, Dewan Perniagaan Malaysia Negeri Pahang. Namun, selepas itu CMK meletakkan jawatan bagi menumpukan sepenuh masa dalam bidang perniagaan.
CMK juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha UMNO Cawangan selama beberapa penggal kemudian meletakkan jawatan setelah pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Sejarah terpahat, biarpun tidak terlalu aktif berpolitik CMK telah dipilih sebagai calon pilihanraya DUN Lepar, Pahang atas tiket Parti Keadilan Nasional pada pilihanraya umum ke-10 (2004). Namun akibat kepincangan dan kecelaruan yang berlaku dalam parti di peringkat bahagian, CMK akhirnya menarik diri disaat-saat akhir dan memberi laluan kepada calon PAS dalam pilihanraya umum itu. CMK kemudiannya mula melepaskan jawatan secara rasmi dari Keadilan pada bulan Mac 2004, jawatan terakhir yang disandang ialah Ketua Pemuda Keadilan Paya Besar, Pahang. Namun begitu, masih mempunyai hubungan yang rapat dengan kepimpinan kanan parti samada peringkat bahagian maupun pusat sehingga ke hari ini. Selepas meletak jawatan dari Keadilan, CMK telah beberapa kali dipujuk untuk menyertai UMNO. Namun atas dasar perjuangan, CMK masih lagi konsisten biarpun terdapat banyak tentangan dan halangan yang dihadapi.

center>

TERKINI - CMK telah dipilih oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Kerusi DUN N.39 Kemayan dalam kawasan Parlimen Bera, Pahang. Walau bagaimana pun CMK telah kecundang ditangan Calon BN. Biarpun tewas, CMK amat berpuas hati kerana kalah yang bermaruah. Terima kasih buat semua pengundi di DUN Kemayan. Apapun CMK amat yakin kemenangan sudah semakin hampir buat Barisan Alternatif. Tahniah buat semua rakan-rakan yang telah berjaya menang dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Teruskan perjuangan !! Buat rakyat di DUN Kemayan yang menyokong CMK, terima kasih diucapkan. semoga perubahan dapat dilakukan demi masa depan !

PENULISAN KREATIF - CMK sebenarnya tidak mempunyai asas menulis secara formal. Cuma di sekolah CMK banyak memenangi hadiah dalam bidang penulisan. Pernah juga memenangi hadiah untuk peraduan penulis Esei pendek anjuran Esso-Gapena pada tahun 1989 atas tajuk "Komuter, Atasi Kesesakan Di Kuala Lumpur". CMK mula berkarya dan terlibat dalam bidang penulis reformasi sejak tahun 1998 lagi. Pada awalnya CMK menggunakan nama pena danielMS, namun akhirnya menukarkan kepada Cucumatkilau sehingga kekal ke hari ini. Minat menulis timbul atas dasar ingin turut menyumbangkan tenaga kepada perjuangan biarpun dari belakang tabir. Tulisan CMK lebih banyak berdasarkan kepada pengamatan dan minda CMK sendiri. Biarpun tidak mempunyai apa-apa tauliah dalam bidang penulisan, namun bakat yang ada secara semula jadi dalam diri ini telah menjadikan tulisan CMK turut diminati oleh para pembaca. CMK juga pernah menjadi penulis jemputan dalam beberapa buah akhbar tabloid mingguan seperti Media Terkini, Mingguan Misteri dan banyak lagi dan kini masih menulis untuk membela rakyat , dan tulisan CMK banyak tersiar dalam ruang forum pembaca di Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan sebagainya. Biarpun banyak pihak yang menghentam dan mengkritik cara penulisan CMK. Namun bagi cucumatkilau selagi darah perjuangan masih mengalir dalam diri ini, maka selagi itulah CMK akan terus berkarya hingga ke akhir hayat. Selain daripada penulisan CMK juga meminati bidang lukisan terutamanya karikatur & Komik. Pernah juga menjadi kartunis sambilan di beberapa buah majalah komik suatu ketika dulu.Biarpun ramai yang sememangnya telah mengenali CMK, namun bagi sebilangan besar diantara pembaca masih tertanya-tanya siapakah cucumatkilau. CMK sebenarnya pernah menjadi Juruhebah dalam beberapa buah stesyen radio swasta dan kerajaan di negara ini, namun CMK dipecat akibat sikap pro-pembangkang. CMK pernah mengendalikan rancangan "Kuantan Express" di RTM Pahang hingga tahun 1999. Pengalaman manis CMK ialah ketika menjadi Juruhebah yang bertanggungjawab menceriakan Majlis Perkahwinan Puteri Reformasi Nurul Izzah di Bukit Damansara suatu ketika dulu. Hingga ke hari ini CMK masih menjalankan tugas sebagai Juruhebah dan Pengacara Majlis untuk program-program keramaian rasmi dan tidak rasmi di seluruh negara

BLOGGER - CMK mula menulis artikel di laman blog sejak 5 Disember 1998 iaitu sebulan selepas Anwar di pecat dari UMNO dan kabinet. Ini bermakna hingga saat ini, CMK sudah 10 tahun menjadi Blogger. Bukan keuntungan atau gaji lumayan yang dicari. Tiada siapa yang membayar kerja-kerja CMK sejak sekian lama. Namun, demi perjuangan inilah sahaja suara CMK, kerana CMK tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam parti, NGO atau sebaginya. Biarpun banyak rintangan dan dugaan, namun berjaya ditempohi. Setakat ini CMK sudah menulis lebih dari 500 artikel yang disiarkan juga dalam laman-laman reformasi yang lain seperti tranungkite, marhaen dll. Sepanjang menjadi blogger, satu tragedi telah berlaku pada tanggal 25 Disember 2008 lalu apabila CMK telah ditangkap secara ganas oleh 8 orang anggota polis di Kuantan. Rumah , laptop, HP dan kenderaan CMK dirosakkan dan diceroboh. Berkat sokongan dan darah perjuangan Pahlawan Mat Kilau yang mengalir, CMK berjaya mengatasi dugaan ini. Berita penangkapan CMK boleh dilihat di SINI, atau taipkan sahaja "tangkapan blogger cucumatkilau" atau "blogger wanted" di yahoo/google search engine. Selagi hayat dikandung badan CMK akan terus menulis biarpun pahit untuk ditelan.

SENSASI - CMK telah berjaya menjadi orang awam ke-5 yang berjaya masuk ke dalam Mahkamah Persekutuan semasa mahkamah menjatuhkan hukuman 9 tahun penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, artikel "Perbicaraan Anwar Dari Sebalik Tirai Orang Awam" telah disiarkan dalam akhbar Harakah. Artikel
"Bukti Jelas Mengapa BN/UMNO Perlu Ditolak" tulisan CMK juga telah disiarkan dalam makalah BULETIN PENDANG & ANAK BUKIT semasa Pilihanraya Kecil di kawasan tersebut. Tulisan tersebut benar-benar membakar perjuangan dan menjatuhkan imej BN/UMNO sebenarnya. CMK kini sedang sibuk menyiapkan beberapa buah buku yang berkaitan dengan sejarah, politik dan usahawan. CMK juga banyak terlibat dalam penerbitan beberapa buah artikel yang berkaitan dengan Pahlawan Mat Kilau. CMK adalah satu-satunya keturunan Mat Kilau yang masih menyimpan "Buku Kanun Sejarah Salasilah 13 Generasi Pulau Tawar : Mat Kilau" hingga ke hari ini


MATLAMAT - CMK bukanlah dilahir sebagai seorang yang harus menjadi pemimpin utama seperti rakan-rakan yang lain. CMK lebih suka berada di belakang tabir demi meneruskan perjuangan untuk mendaulahkan Islam dan keadilan di bumi Malaysia tercinta ini. CMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberikan sokongan untuk CMK terus berkarya sejak dulu, kini dan selamanya. Perjuangan harus diteruskan untuk agama, bangsa dan negara. Perubahan harus dilakukan demi masa depan anak-anak dan generasi kita akan datang. CMK ingin sekali melihat negara ini benar-benar mengamalkan pemerintahan secara demokrasi seperti yang telah termaktub dalam undang-undang tubuh negara sejak merdeka lagi. Rakyat harus terus dibela daripada menanggung derita buat selama-lamannya. Perjuangan untuk melakukan perubahan harus diteruskan. Salam Perjuangan yang abadi dari CMK seisi keluarga.


[ VIDEO TANGKAPAN ]


Perhatian: Anda Ada Masa Klik Pada Iklan-Iklan Yang Dipaparkan Di Sini. Kami Akan Dibayar Bila Anda Klik Sini. Itu Sahaja Sumbangan Yang Boleh Anda Lakukan Secara Percuma Untuk Bantu Dana Blog Ini. Terima Kasih Atas Sokongan


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, November 05, 2008
.

Eksklusif: Liwat, Kes Anwar Sepatutnya Dapat Dielakkan Jika Suara Blogger Tidak Diabaikan !!

Berita mengenai kes Altantunya kini seolah-olah menenggelamkan kontroversi kes liwat Saiful Bukhari Azlan, anak muda yang dikatakan menjad mangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Apapun kes itu masih dibicarakan dan akan didengar tidak lama lagi, sama ada kes boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau pun terus kekal di Mahkamah Sesyen. Peguambela Anwar terus mempertikaikan sijil perpindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara Ghani Patail adalah tidak sah. Ini kerana Ghani dikatakan terlibat dan kesnya sedang disiasat perihal mengubah laporan "kes mata lebam" Anwar dulu. Justeru itu adalah tidak wajar beliau terlibat, tambahan pula Pak Lah Badawi sebelum ini telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan terlibat dalam kes terbaru Anwar itu. Maka, apakah rasionalnya tiba-tiba beliau pula yang menandatangani sijil berkenaan. Perbicaraan isu sijil perpindahan ini telah tertangguh sejak beberapa kali.

Sementara itu, ramai juga dikalangan rakyat kini asyik tertanya tentang "berita terkini Saiful Bukhari" (foto) yang kini nampak semakin menyepi. Sesekali terlihat tulisannya di dalam blog peribadi beliau. Biarpun terdapat laporan yang mengatakan beliau "sakit kini, akibat sumpah laknatnya", namun Saiful telah menafikan dakwaan tersebut dalam blognya. Kenyataan itu disiarkan didalam media arus perdana, kononnya Saiful kini sihat walafiat. Namun kami tetap dengan pendirian bahawa beliau kini "trauma" denga masalah kesihatan yang melanda dirinya sejak akhir-akhir ini. Lebih parah lagi, beliau dilarang untuk berhubung dengan mana-mana pihak sekalipun bagi mengelakkan beliau menarik balik akuan bersumpah laknatnya itu. Akibatnya, kini beliau terus menanggung derita atas apa yang berlaku. Kawalan ketat masih dilakukan terhadap anak muda ini, kerana ada pihak yang gusar beliau "membocorkan rahsia" kes liwat tersebut.

Keraguan: Saiful Bukan Kemaskini Blognya

Soalnya disini, siapakah yang menulis dalam blog beliau jika dirinya tidak sihat?. Dari pengalaman kami sejak 10 tahun mengendalikan "blog" kami pasti bukan Saiful yang menulis dan menguruskan blognya itu. Tambahan pula ia jarang dikemaskini dan terdapat perubahan layout yang ketara. Terutamanya dengan "gambarfoto beliau di Mekah" yang diambil dari ruangan firendstar beliau. Kami pasti, ini bukan kerja beliau berdasarkan kepada penyiaran foto tersebut yang dibuat sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini, kami sering masuk ke blog beliau dan memang tidak mempunyai foto tersebut.

Bagaimana beliau boleh masukkan foto terbabit, sedangkan beliau memang mahu melarikan diri dari kenyataan. Bahkan, wajahnya langsung tidak dilihat kebelakangan ini. Mengapa pula tiba-tiba beliau letakkan foto gambarnya di tanah suci itu dalam blog peribadi beliau?. Satu perkara yang menimbulkan kemusykilan pula ialah gambaran foto yang dikatakan diambil di Mekah bertarikh 30 Jun 2008. Maknanya dia berada di sana pada tarikh itu jika tiada pindaan dibuat. Atau, mungkin juga itu gambar lama, dan beliau masukkan ke dalam Friendster pada 30 Jun 2008. Maka, bagaimana dalam keadaan "kecoh dan bercelaru kononnya diliwat" beliau boleh berbuat demikian (kemaskini blog). Sedangkan pada 28 Jun (dua hari sebelum itu), Saiful dikatakan telah membuat laporan di balai Polis Travers, mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kejadian itu dikatakan berlaku pada 26 Jun di sebuah tempat di ibu negara (tidak dinyatakan lokasi) sebenar.

Makanya, berdasarkan pengalaman kami. Mana mungkin seseorang yang sudah "trauma" akibat diliwat dan membuat laporan polis kemudiannya boleh bergembira dengan memasukkan gambar beliau ke dalam ruangan friendsternya itu. Itu jika diambil pada tarikh beliau masukkan gambar ke dalam friendster. Tetapi, bagaimana pula jika tarikh 30 Jun 2008 itu beliau memang berada di Mekah?. Maknanya selepas membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Saiful telah terbang ke Mekah. Bagaimana pula beliau boleh membotakkan kepalanya. Sedangkan dalam masa yang sama beberapa hari sebelum itu beliau telah membuat laporan polis dia diliwat. Jika benar beliau ke Mekah, siapakah yang menaja perjalanan beliau ke sana?. kami juga mengesyaki foto tersebut bukanlahh dirinya.

Kepincangan jalan cerita ini juga berlaku pada tarikh 29 Jun 2008. Pada 29 Jun 2008, telah dinyatakan pada profile friendster Saiful bahawa kali terakhir dia login adalah 3 hari sebelum itu, bermakna 26 Jun 2008. Sedangkan tarikh tersebut adalah kali terakhir berlaku kejadian liwat ke atasnya dan sebelum tarikh tersebut, dia juga mengatakan dia telah diliwat beberapa kali tanpa kerelaan. Apabila berlaku sesuatu tanpa kerelaan ke atas diri seseorang, ini akan
mengakibatkan trauma. Bagaimana seseorang yang trauma masih ingin melayari Friendster. Mungkin tunang yang login akaun Friendster Saiful. Ataupun sekiranya ada sesiapa yang menyaksikan Saiful login Friendster pada 26 Jun 2008. Sekarang, semua maklumat ini telah dipadamkan untuk menutup segala bukti berkaitan. Dan juga apabila berlaku sesuatu tanpa kerelaan, bagaimana ia boleh berlaku berulang kali? Ini menunjukkan samada kejadian itu berlaku ataupun berlaku dengan kerelaan. Foto: Flyers kempen MPP Saiful

Saiful Pernah Berjumpa Najib Di Rumahnya

Dalam satu kenyataan, TPM Najib Razak mengakui bahawa Saiful telah datang kerumahnya beberapa hari sebelum beliau membuat laporan polis (tidak dinyatakan tarikh). Menurut Najib Saiful datang berjumpa beliau kerana mengadu hal bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Beliau mulanya tidak yakin sama ada cerita ini benar atau tidak. Jadi beliau menyerah kepada Saiful untuk serah pada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya. "Saya nampak dia seolah-olah berkata benar sebab saya nampak dia dalam ketakutan. Tangannya seram sejuk. Tetapi saya tak berani buat kesimpulan jadi saya nasihatkan awak sendiri buat keputusan. Dia ceritakanlah segala-galanya yang berlaku". kata najib. Menurut Najib lagi sebelum ini Saiful pernah datang ke pejabatnya bagi mendapatkan bantuan mendapatkan biasiswa. Namun, dia hanya bertemu dengan pegawai khas beliau ketika itu. Makanya disini ada banyak kepincangan yang berlaku sebenarnya. Itu belum lagi kes tersebut. Sememangnya apabila suatu cerita yang direka dengan niat jahat, akan ada pelbagai kepincangan. Namun, tidak diketahui siapa yang mereka semua ini. Samada Anwar sendiri ataupun musuhnya. Mungkin juga Saiful sendiri yang mereka kerana di kalangan pelajar UNITEN, dia memang terkenal dengan kedangkalannya.

Keraguan Saiful Sudah Di Ketahui Sejak Mac

Satu lagi yang menarik tentang kisah liwat ini ialah bagaimana Saiful diambil bekerja sebagai pembantu khas Anwar. Sedangkan perkara ini sudah didedahkan dilaman-laman blog tentang keraguan "Siapa Saiful" itu. Membuat laporan polis Jun 2008, sedangkan keraguan terhadap diri beliau ini telah ditimbulkan sejak Mac 2008. Maknanya, orang luar lebih "arif" daripada orang pejabat Anwar. Soal sukarela atau tidak bukanlah alasan untuk tidak menyiasat seseorang itu. Ini kerana, perkara ini telah didedahkan dikebanyakkan laman blog. Bukti jelas bahawa kelibat Saiful di pejabat Anwar sudah diragui. Mengapa orang luar lebih tahu daripada kakitangan pejabat atau Anwar sendiri?. Inilah masalahnya, bila menganggap semua laporan laman blog tidak betul dan berunsur fitnah. Akhirnya kejadian buruk berlaku selang 3 bulan kemudian. Jika awal-awal lagi perkara ini disiasat, mungkin perkara ini dapat dibenteras sejak dari awal lagi. Ramai pihak yang kecewa kenapa Anwar menerima Saiful bekerja di pejabatnya? Apakah sudah tiada orang lain yang lebih diyakini dan berwibawa dari anak muda itu?.

Sila lihat bukti disini. Tanggal 11 Mac 2008, seorang Blogger iaitu saudara Najwan (foto) di dalam blognya, telah menulis artikel yang bertajuk "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam". Dalam artikel tersebut, beliau telah memberi amaran bahawa terdapat individu yang dicurigai yang bekerja untuk Anwar. Jika kita ikuti blognya dari mula, sememangnya dapat diketahui bahawa individu yang dimaksudkan adalah Saiful Bukhari Azlan iaitu mangsa "liwat" Anwar itu. Jadi, Anwar dan konconya mempunyai masa 3 bulan untuk menyiasat latar belakang Saiful. Kalau diandaikan pihak Anwar telah menjalankan siasatan yang secukupnya tentang latar belakang Saiful, mungkin saja Anwar sengaja membiarkan Saiful memainkan plotnya dan kemudian mengeksploitasi plot tersebut sebaik-baiknya. Adalah mustahil untuk pihak Anwar terlepas pandang seorang budak hingusan buangan Uniten ini, dengan mengambilkira apa yang telah berlaku ke atas Anwar 10 tahun dahulu. Kami difahamkan beliau adalah sepupu kepada Rahimi Osman dan amat dikenali juga oleh Saiful ketika belajar di Uniten dulu. Malahan ramai pimpinan PKR amat mengenali Blogger Najwan Halimi ini.

Misteri Sebuah Diari Merah

Menurut laman blognya, dua orang pembantu khas Anwar telah berjaya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor dan Pulau Pinang. Nik Nazmi Nik Ahmad (foto kiri) dan Sim Tze Szin (foto bawah) masing-masing telah diamanahkan untuk mewakili rakyat di DUN Seri Setia dan Pantai Jerejak. Kini khabarnya, kerusi panas Pembantu Khas Anwar Ibrahim mulai menjadi rebutan beberapa individu yang dikatakan cukup berminat untuk mengisinya. Mewarisi "diari merah" sememangnya sesuatu yang paling dihajati oleh ramai anak muda yang punyai rencana untuk mengembangkan jaringan politik mereka. Menyelia jadual Anwar Ibrahim sememangnya bukan tugas yang mudah, pun begitu ianya suatu keistimewaan yang sukar dikecapi. Azmin Ali merupakan antara tokoh politik yang dahulunya bermula sebagai pemegang "diari merah" Anwar.

Dan kini, selepas Nik Nazmi, saya difahamkan "diari merah" menanti pewaris barunya. Beliau kira ramai yang mulai mengetuk dan menempelkan diri di pejabat Anwar semenjak kebelakangan ini dalam usaha untuk mewarisi meja kerja Nik Nazmi. Ada juga yang tiba-tiba ligat menjadi peminat setia majlis-majlis ceramah Anwar walhal sebelum ini begitu taksub dengan UMNO dan Barisan Nasional. Malah ada yang cukup berani sehingga mendakwa yang dirinya kini merupakan kakitangan dan pembantu khas Anwar menggantikan Nik Nazmi. Dikira dari lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar, mantan TPM itu harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut. Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak. Barangkali sikap waspada cukup penting dalam keadaan sebegini. Jangan sampai ada musang berbulu ayam yang kemudiannya memangsakan seluruh reban sebagai santapannya.

Inilah sebenarnya punca yang berlaku. Orang luar lebih mengetahui apa yang berlaku disebaliknya. Justeru itu, pandangan dan suara "Blogger" harus didengar dan diambil perhatian. Ia bagi membolehkan perkara yang sama tidak berulang lagi di masa-masa yang akan datang. Apa yang lebih menghairankan kita ialah bagaimana pula Saiful boleh dikatakan sebagai orang kanan atau Pembantu Khas Anwar? Sedangkan beliau hanya sukarelawan dan dikatakan sebagai Pembancuh Kopi sahaja. Ini kerana biasanya semua PA Anwar akan dipilih dari kalangan mereka yang "Educated" dan "Pintar". Lihat sahaja kepada bekas orang kanan Anwar terdahulu iaitu Ezam (Econs,UIA), Pak Khalid (Masscomm, ITM), Azmin (Master Math, Minnessota), Dr Mansor (PhD), Nik Nazmi (King College,UK) dan Nat (BA Arts Harvard).

Jawapan Saiful Terhadap Artikel Blogger

Cuba lihat dibawah ini, jawapan yang ditulis oleh Saiful Bukhari Azlan selepas maklumat yang ditulis oleh Blogger Najwan ini didedahkan dalam blognya pada 11 Mac 2008 iaitu 3 hari selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Jawapan ini tidak diedit dan ia merupakan jawapan yang asal ditulis oleh Saiful Bukhari dalam blog terbabit.

Jawapan 1 : 13 Mac 2008 (Masa 3:45 am)

"Assalammualaikum..Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.. Cukuplah saudara dah malukan saya, jatuhkn jatuh, sampai saya terpaksa tarik diri dari Universiti.. Hidup dalam kegelapan tanpa arah tuju.. Rahimi sepupu saudara tu sahabat saya. (foto) Sepanjang kempen pilihanraya, beliau perlu mengalas 4 jawatan iaitu Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik. Bayangkan betapa beratnya beban yang beliau terpaksa pikul. SEORANG. Tiada siapa yang tampil utk membantu beliau walaupun kononnya ramai yang menyokong dan mahu menolong kempen Pilihanraya DSAI. Apalagi saudara sbg sepupunya. Salah ke saya pergi dengar ceramah? Ceramah tu hanya utk org tertentu shj ka? Beliau sendiri yang meminta pertolongan saya utk membantu beliau menguruskan program DSAI sepanjang pilihanraya. Jadi sbg kawan saya membantu beliau kerana beliau sudah tiada daya lagi untuk memikul 4 tanggungjawab sekali gus. Kawan punya hal, saya tidur hanya 2-5 jam sahaja dlm satu hari. Sedangkn saya ni bukan ada apa2.

Saya pon hairan, mana pergi penyokong parti atau kawan Rahimi semasa beliau amat memerlukan pertolongan. Mana pergi orang2 yang konon2 mengelar dirinya pejuang parti semasa pejabat DSAI kekurangan Pekerja. Saya sendiri terkejut dengan bilangan anggota kerja Pusat PKR. Boleh dikira dengan jari sahaja tenaga kerja semasa kempen pilihanraya di pejabat DSAI. 1 pekerja buat 4/5 kerja. Dari menjaga DSAI hinggalah menghantar poster ke P.Pinang, itu lah kerja Rahimi Osman. Sekarang bila sudah habis pilihanraya dan MENANG dengan 5 kerajaan, barulah semua berebut2nak masuk pejabat DSAI. Manusia.. Dan untuk makluman, Diari Merah itu adalah milik En Rahimi Osman dan saya rasa ramai yang dah tahu. Tak pernah terlintas langsung saya nak mengambil kedudukan itu dan tak pernah saya cakap saya ni Pegawai Khas atau Setiausaha Sulit DSAI.. Saya hanya membantu Rahimi sahaja semasa kempen. Jangan memfitnah sembarangan saudara Najwan.. Saya memberi tenaga secara Ikhlas demi membantu seorang rakan semasa beliau dalam kesusahan. Bukan menjadi penyokong fanatik yang kononnya menyokong tetapi hanya sokong sahaja, buat kerja tak ada. p/s: Najwan, berhenti lah memfitnah dan buangkan lah perasaan hasat dengki ko tu. Tak kemana Najwan. Tambah kan dosa shj. Sebagai manusia, aku xkn berbuat apa utk melawan.. Tapi, aku harus mempertahankan diri dan menegakkan kebenaran.. Aku berserah kdp Allah s.w.t.. Salam.

Jawapan 2: 13 Mac 2008 (3:45 am)

"Assalammualaikum, Saya sihat dan gembira dengan kehidupan yang saya ada sekarang. Kalau nak berjumpa, saya sudi. Telephone je, kite set time n blh kene teh tarik same2 dan luahkan apa yang tidak puas hati.. Saya ni temporary staf je.. Bulan 6 ni nak masuk flying school dah.. DSAI sendiri pon tau.. Niat saya cuma membantu seorang rakan yang meminta bantuan saya.. Bukan saya yang tergila2 nak masuk pejabat DSAI.. Saya dah mual dengan politik, cukup semasa MPP dulu.. Pilot lagi best.. Saya berserah kepada tuhan.. Fitnah dan tohmahan dah jadi mcm makanan kepada saya.. Saya reda.. Saya anggap setiap dugaan adalah persiapan utk diri saya bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang.. Dan kepada saudara-saudari yang menghantar gambar2 saya menerusi e-mail kepada staf2 pejabat DSAI e.g Pak Ibrahim Yaacob dan saya tak tahu siapa lagi, terima kasih byk2 kerana mempromosikan saya.. Tak tau la tapi depan saya mereka gelak dan buat lawak, sehingga forwardkan e-mail kpd saya. Yang paling best, si penghantar tu siap buatkan e-mail adress untuk saya.. Manusia Manusia.. Sekian Saiful Bukhari"

Saiful Kaki Perempuan Masa Di Uniten

Kenyataan ini dibuat oleh rakan Saiful yang mengelarkan dirinya -H- dalam posting ke Blog Najwan pada 16 Mac 2008, jam 4:11 pagi. Sesungguhnya apa yang diperkatakan kini terbukti kebenarannya. Cuba teliti kenyataan beliau dibawah ini (salinan asal) :-

"assalamualaikum. im looking for a hypocrite by the name of saiful bukhari! mana pergi saiful bukhari? kenapa senyap je? mana kau saiful ooii! org tak fitnah kau pun. kau yg fitnah diri kau sendiri aku rasa. bila aku baca-baca balik posting najwan ni, mmg aku tak jumpa pun dia sebut nama kau. so apasal kau kata dia fitnah kau? kau ni saiful, rupenya pendendam orangnya ye. najwan tak pernah fitnah kau pun tp kau nak tunjuk kat org yg seolah2 najwan ni jahat sgt sampai sanggup fitnah kau dan jatuhkan kau apa semua. kat uniten ni semua dah tahu cerita kau masa jd mpp dulu. apa yg kau dah buat? gila kuasa, gila publisiti, gila glamer! itulah kau wahai saiful. kerja kau itu je. org lain buat kerja, kawan2 lain mati-mati buat kerja, kau dapat nama! dulu kau bising, marah dan bengang tgok gambar najwan dgn dsai. kau nak tuduh dia main politik. siapa yg main politik skrg ni saiful oi? kat frenster kau tu gambar2 apa? gambar kau dgn su najib, gambar kau dgn menteri umno, tok pa, syed hamid, shahir samad apa semua tu. apa tu saiful? skrg kenapa nak rapat dgn dsai pulak? kau kecoh suruh org pangkah BN dlm friendster, siap buat prime pic gambar bendera BN, kat tepi tu ada X besar. hey saiful apa ni beb? kau ni lalang ke apa? bacul ke apa? kau melatah kenapa beb? najwan ada ckp pasal kau ke? atau mmg betulla yek kau ni org najib utk spy kegiatan dsai. pastu mengaku nk tolong la apa la!kau ingat kau bagus sgt ke? stakat tolong menempel kat ceramah dsai lebih baik tak payah! dasar gila glemer! pastu nak kecoh kat semua org kata kau skrg kerja dgn dsai. kau ingat org semua kagum dgn kau la yek bila ckp mcm tu??? sudah la saiful, tembelang kau semua budak uniten dah tahu. kalau kau nak tahu, blog najwan ni HEP UNITEN pun baca beb. aku yakin org2 hep semua duk gelak2 je baca komen kau, hahhaha. gaya kononnya kau ni baik sangatla yek. "Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.." cuba tgok balik ayat kau ni? BM pun terabur.. kalau betul najwan ni memfitnah, kau patut tulis mcm ni: "masyallah najwan, bila saudara nak berhenti memfitnah..." tapi aku nak modify skit la ayat ni.."masyaallah saiful, sampai bila anda nak jadi mcm ni?? bila anda nak berubah?" apapun, aku nak tanya kau lagi ni, ada ke najwan sebut dan fitnah kau dlm posting ni???? aduhai, bodohnya la kau ni. posting semudah ni pun kau dungu tak reti nak paham. melatah tak tentu hala! mcm ni nak jd pembantu dsai???? well, since semua nak main kotor utk burukkan nama org lain, meh sini aku nak burukkan nama dia pulak. aku harap aku tak berdosa buat benda ni. niat aku sekadar nak bagi tahu korang siapa saiful ni yg sebenarnya!!!! drpd aku biarkan semua tertipu dgn si saiful ni, itu lagi bahaya!

aku kenal kau saiful. kenal sangat. kalau aku nak bukak satu2 cerita kau mmg teruk kau beb! kau tak ingat ke dulu kau bergaduh bertumbuk sebab berebut perempuan masa kat universiti? kau lupa ke awek kau budak indonesia yg kau dump tu? betapa baik dan sayangnya dia kat kau. last2 kau dump dia dan cari perempuan lain! itu poin pertama: saiful kaki pompuan! skrg ni aku nak tanya kau saiful, apa sebenarnya motif kau? kenapa kau sanggup tipu orang kata najwan fitnah kau? masalah akademik kau, masalah kau kat uniten, kenapa kau nak salahkan org lain? kenapa nak salahkan najwan? hidup kau, kau la tanggung, apasal nak salahkan org lain? dan yang paling aku pelik...najwan tak sebut nama sape2 pun dalam posting dia tu. dia mention nama najib je...kau kenal ke najib razak tu? boss kau ke? eh silap..boss kau skrg ni rahimi osman! pewaris diari merah! kan? saiful saiful! berubah la bro! aku kecewa la dgn kau. ingatkan skrg kau dah ok, rupanya masih gile glemer gile kuasa mcm dulu lagi.

buat DSAI, kalau tuan baca blog ini dan tuan baca komen2 ini, saksikanlah tuan, inilah dia orang yg nak berdampingan dgn tuan. kalau si saiful ni mintak nak kerja dgn tuan, saya nasihatkan janganlah amik dia! mmg punah lah keadilan dgn tuan sekali jatuh terduduk. silap2 tuan masuk jail balik nanti.
buat budak2 dsai semua, bagi tahu dsai yg saiful ni dulu pelajar uniten yg gila kuasa dan gila glemer. dia berangan dan perasan bagus. ckp nak lebat je. gaya nak macho je but seriesly, dia ni kosong je..sampah tak berguna langsung. dia ckp mmg manis, gaya mmg gentle tp itu sume hipokrti je!dia mmg pandai berlakon.. saya budak uniten dan saya simpati dgn dsai.kalau buleh saya tak nak terlibat pun dlm komen2 ni, tp bila saya tgok mangkuk ayun ni kecoh lebih dan tunjuk bagus, mmg saya tak bleh berdiam diri! saiful, berubahlah! please..."

Kesimpulannya: Kesilapan yang jelas disini, ialah akibat orang pejabat Anwar tidak percaya kepada Blogger Najwan dan lebih percayakan Rahimi dan juga Saiful Bukhari. Akibatnya mereka diangkat, sedangkan ia sudah diberi amaran oleh Najwan yang merupakan sahabat Saiful dan juga Sepupu Rahimi Osman. Jika Anwar cepat bertindak dulu, maka semua yang terjadi hari ini dapat diatasi lebih awal. Namun sekarang "Nasi Sudah Menjadi Bubur". Soalannya kini, kemanakah hilangnya Rahimi Osman setelah kes ini dihebohkan?. Khabarnya beliau amat tahu kisah hidup Saiful dan senantiasa berdampingan dengan anak muda itu sejak sekian lama. Apakah Rahimi juga terlibat? Atau ? Semua ini menimbulkan spekulasi dalam kes liwat ini. Kami juga difahamkan Rahimi juga pernah mengikuti Saiful berjumpa dengan pemimpin kerajaan. Maknanya memang ada konspirasi peringkat dalaman sebenarnya dalam hal ini. Apapun, kesimpulannya berhati-hatilah memilih rakan, sahabat atau kawan. Kerana dalam diam mereka akan menikam kita dari belakang.

Pandangan Blogger Jangan Diabaikan

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah istilah yang boleh digambarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini. Apa yang pasti, suara blogger perlu didengari dan diberi perhatian. Jangan terlalu yakin dengan realiti kerana ada orang yang lebih tahu menilai dan mencaturkan perjalanan cerita ini. Kita juga berharap agar semua pemimpin Pakatan Rakyat, memberi satu ruang kepada para blogger agar mereka tidak diperkotak-katikkan. Tahniah kepada Blogger Kicdefella yang khabarnya juga bekerja di Pejabat Menteri Besar. Sesungguhnya penghormatan ini amatlah bermakna buat para blogger. Biarpun mereka tidak berjuang pada zahirnya, namun harus diingat Blogger memainkan peranan penting juga dalam membawa perubahan politik negara. Ini terbukti dalam pilihanraya umum yang lalu dan diakui sendiri oleh pemimpin BN. Namun mengapakah masih ada pihak yang tidak nampak dan memberi perhatian kepada mereka. Sedangkan ramai dikalangan mereka itu, tidak mempunyai kedudukan dan terpaksa pula berhadapan dengan berbagai risiko yang menanti. Lebih parah lagi, ada sesetengah pemimpin memandang "enteng" kepada pengaruh "blogger" dan menganggap blog tidak penting dalam karier politik mereka. Lantaran itu sehingga ke hari ini, jika dibuat kajian masih ramai pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya yang bergelar YB yang masih tidak mempunyai blog. Makanya, segala maklumat tentang pemimpin itu sukar untuk diperolehi apatah lagi disebarkan kepada rakyat.
 
Peluang untuk berinteraksi dengan mereka juga kini semakin terhad, bila mereka hanya menggunakan kaedah "offline" semata-mata. Mereka iaitu menjenguk rakyat di serata pelusuk negara dan negeri, sedangkan segala informasi tidak diketahui dan boleh dinilai oleh rakyat terutamanya pihak kerajaan. Maka itu, jika senario ini berterusan maka kita yakin perubahan yang diharapkan bakal mengalami sedikit rintangan atas kekhilafan yang berkenaan.

[Kami memohon ampun dan maaf jika pembongkaran ini menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati. Memang inilah kenyataannya. Pemimpin harus menghormati "Bloggers". Kerana jika dilihat kepada kes "Liwat" terbaru Anwar ini, jelas sekali membuktikan bahawa kenyataan blogger terbabit 100% benar dan menjadi realiti. Kami juga masih menantikan berbagai janji yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat Pahang terhadap "blogger" selama ini. Jika tiada apa-apa tindakan yang sewajarnya, maka jangan kecewa jika kelibat blogger jug akan hilang dari arus perjuangan di alam maya suatu hari nanti].


Saiful Berdaftar Sebagai Pengundi Di Subang


Mangsa "liwat" Saiful Bukhari dikatakan sah berdaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya umum bagi daerah mengundi Bandar Utama Utara di Jalan BU 7/6 dalam DUN Lanjan, Parlimen Subang Selangor. Cerita liwatnya yang kini menyepi sejak perbicaraan diadakan di mahkmah Sesyen Jalan Duta yang lebih menjurus kepada pertukaran mahkamah semata-mata. Sebaliknya isu sebenar tentang kes liwat tersebut masih lagi beluk dibicarakan sehingga ke hari ini. Ramai dikalangan rakyat yang pelik dan terkejut dengan senario ini. Apapun ramai yang ingin tahu situasi sebenar anak muda itu. Sebelum ini kami telah mendedahkan bahawa beliau ditimpa penyakit misteri gara-gara sumpah laknat terhadap kes liwatnya itu. Ramai yang marah dan tidak percaya dengan pendedahan kami. Malahan juga Saiful dikatakan telah menulis dalam blog peribadinya bahawa beliau sihat-walafiat. Namun tidak ramai yang tahu keadaan sebenar beliau sekarang. Tambahan pula Saiful kini menghilang diri atau "dihilangkan" tanpa khabar berita. Apakah beliau benar-benar sakit atau sihat?. Tunggu pendedahan kami seterusnya tentang Saiful tidak lama lagi. Rujuk data SPR dibawah :-

Kad Pengenalan 850706015687
Nama MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN
Tarikh Lahir 06 Jul 1985
Jantina LELAKI
Lokaliti 107 / 37 / 10 / 029 - JLN BU 7/6
Daerah Mengundi 107 / 37 / 10 - BANDAR UTAMA UTARA
DUN 107 / 37 - BUKIT LANJAN
Parlimen 107 - SUBANG
Negeri SELANGOR

Terkadang, kami juga lucu bila ada yang mahukan bukti bergambar sekiranya Saiful sakit seperti yang kami dedahkan sebelum ini. Bagi kami, ini semua tidak masuk akal sama sekali, kerana jika ada bukti sekalipun mana mungkin mereka akan percaya. Justeru itu biarlah kita tunggu laporan seterusnya beliau. Apa yang pasti, Saiful kini masih dilindungi dan berada dalam kawalan pihak-pihak tertentu. Tunggu maklumat seterusnya.

[Agak-agaknya, jika Saiful mengundi parti manakah yang akan beliau pilih?. Kami juga difahamkan yang Saiful amat bercita-cita untuk menjadi seorang "pilot". Namun dek kerana kelulusannya yang terlalu "hebat" dengan mendapat CGPA dibawah 2.0 mana mungkin beliau akan layak ke arah itu. Bahkan beliau telah dibuang kolej, ini bermakna beliau tiada kelulusan sekarang ini. Tapi harus diingat, beliau pernah memohon biasiswa dari Najib biarpun gagal dalam pelajarannya. Ini bermakna, beliau ada peluang jadi pilot selepas ini jika itu kemahuannya. Apakah Saiful akan menjadi "pilot pertama Eurocopter" yang tidak diuji secara fizikal itu?. Beliau ada peluang dan memang layak sebenarnya].

Posted at 02:54 pm by Cucu Mat Kilau
Comments (2)  

.

Eksklusif: Ke Arah Perubahan Kerajaan Pakatan, Sekadar Jawapan Kepada Seribu Satu Persoalan !!

Ramai dikalangan penyokong Pakatan Rakyat peringkat akar umbi yang begitu kecewa dengan perubahan kerajaan yang tidak berlaku sekarang ini. Ada yang merasa seolah-olah diri mereka ditipu oleh Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar mewar-warkan bahawa perubahan kerajaan akan berlaku pada 16 September 2008 yang lalu. Namun segalanya tidak berlaku, menyebabkan mereka tiada alasan untuk memberi jawapan apabila ditanya oleh rakan-rakan. Tidak kurang juga dikalangan ahli UMNO yang mengejek mereka tatkala berbicara soal ini. Maka ramailah dikalangan mereka ini yang mula sangsi dengan kejujuran Anwar atas perkara ini. Apakah mereka dipermain-mainkan oleh mantan TPM itu. Justeru itu, kami ingin membangkitkan disini bahawa isu perubahan kerajaan sebenarnya tetap akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Tarikh keramat 16 September adalah sebagai pemangkin ke arah itu. Ini bermakna jika tiada aral melintang maka 16 September adalah tarikh perubahan yang bakal terjadi. Namun jika ada sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan, maka itulah ia perlu diubah atau ditunda.
 
Samalah yang berlaku dalam UMNO sekarang ini. Tarikh perubahan peralihan kuasa yang dirancang ialah 2010, namun dek kerana terdapat desakan yang kuat dari kalangan pemimpin kanan parti itu maka akhirnya tarikhnya dipercepatkan pada Mac 2009. Maka perubahan kerajaan Pakatan Rakyat juga pasti berubah kini. Itu adalah amalan biasa dalam setiap perancangan. Kita hanya merancang namun segalanya Allah yang menentukan. Jika dilihat kepada sebab musabab mengapa tarikh penting itu dipinda setelah gagal pada 16 Sept lalu. Sudah pasti ia ada rasionalnya. Antaranya ialah :-
  • Ahli Parlimen BN yang sudah menyatakan persetujuan untuk "melompat parti" telah dibawa lari keluar negara (Taiwan). Ini menyebabkan mereka tidak dapat berada dalam beberapa pertemuan penting ke arah perubahan tersebut. Biarpun mereka sudah menyatakan persetujuan ke arah itu, namun untuk pengesahan mereka harus ada dalam pertemuan khas yang bakal dilakukan. Kami difahamkan semua mereka yang terlibat sudah menandatangi surat persetujuan tersebut, cuma ia tidak boleh diumumkan oleh Anwar memandangkan dikhuatiri terdapat "kacau ganggu" yang akan ditimbulkan oleh pihak kerajaan seperti apa yang berlaku kepada Yong Teck Lee di Sabah sebelum ini. Lantaran itulah perkara yang lebih detail ini tidak boleh diumumkan secara terbuka dan hanya jumlahnya sahaja yang diumumkan.
  • Senario politik semasa, yang memperlihatkan gambaran bahawa jika perubahan berlaku baru-baru ini, pasti akan terjadi satu insiden yang tidak diingini yang akan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Maknanya jika perubahan berlaku, dalam masa yang sama sudah pasti ada pihak yang akan membuat kacau bilau ataupun huru-hara dan menyebabkan berlakunya darurat . Bukankah ini akan mencetuskan sesuatu yang lebih memalukan sebenarnya jika ia terjadi juga. Maka itulah keadaan ini terpaksa diredakan dan tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan demi memberi ruang yang lebih luas kepada Pakatan Rakyat untuk mengatur stratgei seterusnya dalam usaha Perubahan Kerajaan ini.
  • Terdapat saranan daripada "pihak tertentu" yang mahu perkara perubahan ini dirundingkan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. Ini bermakna para pemimpin Pakatan Rakyat mstilah mengadakan perjumpaan tertutup dengan Perdana Menteri supaya perubahan dapat dilakukan dengan tertatur, sistematik, profesional tanpa gangguan daripada mana-mana pihak yang ingin menimbulkan huru-hara. Maka itulah pemimpin Pakatan Rakyat telah menandatangani satu surat rasmi bagi melahirkan hasrat tersebut. Syarat yang bertarikh 15 September 2008 itu telah dihantar "by hand" ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Namun tiada respon dan berbagai helah pula diberikan oleh PM atas perkara berkenaan. Maka sekali lagi ia gagal. Sila klik salinan surat disini untuk bukti yang lebih jelas lagi.
  • Akhirnya, pihak terbabit menyarankan bahawa jika surat pertemuan itu tidak diendahkan oleh PM jalan terakhir perlu dilakukan ialah mengadakan sidang khas parlimen. Sidang itu bagi membenatng usul undi tidak percaya terhadap kerajaan dan Perdana Menteri. Ia termaktub dalam perlembagaan dan wajar dilaksanakan bila dilihat kerajaan yang ada seolah-olah sudah "gagal berperanan" dan ditolak rakyat. Namun perkara ini juga tidak diendahkan oleh Perdana Menteri atas alasan ia tidak perlu dan beliau yakin masih mendapat sokongan dan mandat daripada Ahli Parlimen BN. Biarpun tidak mendapat majoriti 2/3 di parlimen, namun katanya kerajaan BN masih menang dan dipilih secara majoriti. Walhal semua tahu kemenangan itu juga penuh dengan tipu muslihat "undi pos" dan "pengundi hantu" dengan kerjasama SPR. Akhirnya perkara ini ditolak bulat-bulat oleh Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah Badawi.
  • Terdapat juga suara agar Kerajaan Perpaduan diwujudkan bagi menggabungkan Pakatan Rakyat dengan beberapa orang pemimpin UMNO/BN yang "murtad" dan sedia berkerjasama dalam hal ini. Maka itu terdengar suara-suara dan rundingan ke arah itu. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ku Li (Ahli Parlimen Gua Musang) dalam berapa sidang medianya baru-baru ini. Menurut sumber, jika Kerajaan Perpaduan ditubuhkan maka pemimpin "UMNO Murtad" akan mengambil tempat sebagai PM sementara pilihanraya umum ke-13 akan datang. Sebaliknya Anwar hanya akan menjadi TPM sebagai langkah berjaga-jaga. Alasan yang diberikan jika Anwar mengambil-alih jawatan PM sekarang, maka akan wujud sikap "tidak puas hati" dan "kecewa yang teramat" sangat dikalangan pemimpin kerajaan terutamanya yang bakal ditabalkan sebagai PM tidak lama lagi. Oleh itu, dengan mengabungkan UMNO,BN, PKR,PAS dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan sudah pasti ia bakal meredakan sedikit keadaan. Alasan diberikan bahawa jika Anwar jadi PM sekarang ada pihak yang akan lakukan huru-hara dan jika Najib pula jadi PM sekarang ada pihak yang akan kecewa dan tahu banyak rahsia tentang kesnya. Maka itulah, orang tengah yang akan diterima oleh kedua-dua pihak perlu "wujud" sebagai jalan penyelesaian. Jika tidak terpaksalah Anwar dan Pakatan Rakyat menunggu sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti untuk melakukan perubahan yang sebenarnya. Jika Pakatan Rakyat menang majoriti 2/3 dalam PRU-13 maka secara automatik Anwar akan ditabalkan sebagai PM. Ketika itu sudah tiada lagi unsur-unsur sabotaj dan ketidakpuasan hati, sebab ia dilakukan secara "demokrasi" dalam satu proses pilihanraya.
Maka itu, bersandarkan kepada hujah-hujah kami berikan ini adalah diharapkan agar rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dapat memahami situasi sebenar keadaan ini. Maka itu janganlah terlalu mengharapkan sangat perubahan berlaku dalam masa terdekat ini. Namun segalanya berkemungkinan kerana ia terletak ditangan Perdana Menteri itu sendiri. Jika beliau bersetuju sama ada mengadakan pertemuan, mengadakan sidang khas parlimen dan sebagainya. Maka ia kemungkinan besar dapat berlaku bila-bila masa dari sekarang, dan Anwar bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri ke-6 selapas Pak Lah dan bukannya Najib Razak. Ada banyak rasional yang memungkinkan ke arah itu akan kami huraikan satu persatu. Sebelum ini banyak pendedahan Eksklusif kami yang mengejutkan pembaca terutamanya dalam kes Altantunya. Di mana kami awal-awal lagi membuat kesimpulan sama ada ketiga-tiga tertuduh dibebaskan atau pun hanya Razak Baginda yang dibebaskan. Akhirnya terbukti kini Razak akhirnya dibebaskan.

Cucumatkilau Bukanlah Nujum Pak Belalang


Terus terang kami katakan, banyak email yang diterima amat teruja dengan segala ulasan dan pandangan bernas kami tentang senario politik tanahair. Walhal kami bukanlah pemikir, penganalisis politik sehebat nama-nama gagah di negara kita. Kami hanya pemerhati yang langsung tidak mempunyai kelulusan dalam bidang ini sebenarnya. Kami juga bukan wartawan kerana tidak mempunyai secebis Diploma atau Ijazah dalam bidang kewartawanan. Kami juga bukan penganalisis politik bahkan tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang sains Politik. Namun, segala huraian dan luahan kami sampaikan adalah berdasarkan kepada pengamatan, pemerhatian dan cetusan hati nurani kami yang seolah-olah nampak apa yang akan berlaku selepas ini.

Bahkan, banyak perkara yang kami ramalkan ternyata menjadi bukti. Satu sejarah yang amat mengejutkan, beberapa tahun yang lalu kami pernah meramalkan seorang "Hamba Allah" bahawa beliau akan menjadi Yang Berhormat. Padahal ketika itu beliau masih bertugas dengan agensi kerajaan dan tidak terbabit secara serius dalam politik. Namun 5 tahun kemudian, beliau telah terpilih sabagai Yang Berhormat di satu kawasan Parlimen di negara kita. Beliau sungguh terkejut dan teruja dengan "ramalan kami 5 tahun lalu", akhirnya menghubungi kami untuk "minum teh" di satu lokasi yang tidak dikenal pasti. Dalam pertemuan itu, beliau berkali-kali menyatakan amat terkejut dengan apa yang diperkatakan kepadanya 5 tahun yang lalu. Sedangkan ketika itu beliau bukan ahli politik dan tidak terlibat secara serius dalam politik ketika itu. Dan tahniah! kini beliau masih bergelar Ahli Parlimen.

[Tunggu ulasan seterusnya selepas ini, "Dalil Mengapa Najib Tidak Dapat Menjadi Perdana Menteri" yang akan kami dedahkan nanti. Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang terus menjengok ke blog ini. Sokongan daripada semua pihak amatlah kami harapkan dan kamu dahuli denga ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Sususlan daripada itu, kami berharap semua pembaca dapat mengisi Buku Pelawat kami. Kata-kata peransang dan sokongan daripada semua bakar membakar api perjuangan. Adalah diharapkan juga artikel diatas dapat dicetak dan disampaikan kepada rakan-rakan anda yang masih "pening dengan isu 16 September" ini. Ia adalah satu jawapan kepada kekalutan. Sekurang-kurannya mereka ada hujjah untuk mematahkan serangan pihak lawan]

Posted at 02:50 pm by Cucu Mat Kilau
Comments (1)  

.

Eksklusif: Isu Felda, Selamatkan Felda Holdings Sdn Bhd Dari Tangan Dato' Bakke Salleh !!

Pendedahan kami tentang isu penyelewengan dan rasuh Felda baru-baru telah mendapat respond yang positif dari kalangan pembaca terutamanya warga Felda sendiri. Kami ucapkan terima kasih kepada anak-anak Felda yang terus berkunjung dan memberi sokongan kepada blog ini. Semoga pembongkaran ini akan memberi "impak yang positif" ke arah perubahan dalam syarikat GLC itu. Kita tidak mahu manusia yang "khianat" terus diberi kuasa untuk mentadbir agensi terbabit. Sebenarnya banyak lagi penyelewengan kuasa berlaku. Kenapa dibawa masuk Dato’ Bakke Salleh (foto bawah) dan kuncu – kuncunya? Kita sudah kenal siapa Dato’ Bakke iaitu orang yang menjahanamkan Tabung Haji bukan? Maka itu kita menjangkakan Felda Holding akan berkubur dalam masa 1 tahun lagi jika ia masih diterajui oleh Dato’ Bakke. Setelah Dato’ Bakke dimasukkan dalam Felda, banyak pembaharuan telah dibuat. Felda Holding seperti dilanda Tsunami. Orang-orang kanan Felda yang tidak sehaluan dengannya dibuang, Pejabat Wilayah di tutup, Ladang telah di cantum, Sistem kontrak yang diamalkan Felda telah dimansuhkan. Semua kontrak kecil-kecil ditamatkan dan semua kerja telah dilakukan oleh Ladang. Apakah Motif Dato’ Bakke ?? Di sinilah drama bermula , antaranya :-
  • Buruh Bangla di bawa masuk – Siapa punya?
  • Logistik tidak mencukupi seperti lori , mini traktor dan berbagai kenderaan, Siapa yang beli kenderaan terbabit?
Apabila Ladang di ambilalih dan diurustadbir sendiri , maka bermulalah system cekrol yang amat membebankan pihak pengurusan . Bayangkan setiap Ladang mempunyai 250 – 400 orang pekerja, bagaimana nak menguruskannya, Pihak pengurusan ladang ibarat "telur di hujung tanduk". Silap sikit dalam cekrol maka sampailah UKKA yang hanya bertujuan mencari kesalahan orang lain. Mana mahu ditempatkan pekerja? Tempat tinggal tidak mencukupi untuk pekerja dan jangan terkejut jika ada yang tinggal di kongsi-kongsi buruk yang tidak ada kemudahan . Maka bermulalah tekanan kerja di peringkat Ladang , Kebajikan dan sosial pekerja asing perlu dijaga. Bayangkan pekerja Bangladesh diberi gaji tidak kurang RM 26.00 sehari, sedangkan gaji Mandor dan pekerja tempatan hanya RM 20.00 sehari. Apakah orang atasan Felda Holding hari ini tidak nampak perkara ini atau ada diantara mereka mendapat komisyen dari pengambilan pekerja Bangladesh ini?

Dengan gaji yang tak seberapa, kakitangan Ladang dikerah bekerja tanpa mengira masa, Hari- hari minggu orang lain beristirehat, kakitangan pula terpaksa ke ladang-ladang bekerja di hari minggu dan ada juga terpaksa bekerja di hari Cuti Am. Bayangkan pekerja perlu dijaga , rekod perlu disiapkan, cekrol perlu dimasukkan hari-hari, bila target tak sampai atau berlaku kesalahan dalam pembayaran gaji , maka berduyun – duyun surat sampai beserta lawatan- lawatan eksekutif yang terdiri daripada Ketua Zon , Bahagian Projek Khas , Inspektoriat dan audit-audit UKKA yang sememangnya mencari kesalahan dan bukan memperbetulkan yang salah. Silap sikit , ambil tindakan buang kerja . Cuti tahunan tiap-tiap tahun tidak dapat dihabiskan sampai hangus begitu sahaja .

Cuba bayangkan , kami difahamkan kakitangan tidak mencukupi. kakitangan yang sedia ada pula dibebani dengan tugas dan ada yang terpaksa menjaga 500 – 1000 hektar seorang . Justeru itulah kita tidak hairan, banyak kakitangan yang dibuang , DIC dan sejak akhir-akhir ini ramai penyelia berhenti kerja kerana tidak tahan lagi dengan karenah-karenah orang atasan Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB). Apabila mereka datang sahaja untuk membuat pemeriksaan, semua orang bekerja tidak betul . Inilah bekerja di bawah bumbung Dato’ Bakke. Mengikut kajian dibuat , lebih 95% kakitangan FPSB menyokong pembangkang kerana tidak tahan karenah orang atasan FPSB yang tidak prihatin terhadap orang bawahannya. Bekerja di bawah Dato’ Bakke ibarat Sistem Tanaman Paksa seperti di amalkan Belanda di Indonesia. Orang-orang atasan yang kaki Bodek akan mengikut sahaja apa arahan yang diberikan walaupun menyalahi akta pekerjaan . Manakala itu CEO FPSB boleh dikatakan hanya boneka sahaja, tiada kuasa untuk membuat keputusan. Perkara-perkara dibangkitkan mengenai kebajikan kakitangan sehingga kini tidak dapat diselesaikan .

Apakah Dato Sri Najib tidak prihatin terhadap masalah ini? Apakah beliau mahu melihat Felda Holding hancur baru timbul kesedaran . Justeru itu kita harapkan agar orang- orang besar Felda, bangun dan sedar secepat mungkin dan mengambil tindakan agar Felda masih lagi relevan dimata dunia. Kini Felda mencapai usia 51 Tahun dan lebih 120,000 peneroka dapat ditingkatkan taraf dan diakui oleh Dunia. Tanpa khidmat Dato’ Bakke dan kuncu-kuncunya. Selamatkanlah Felda Holding terutama FPSB yang mempunyai asset dan keuntungan yang besar dan dapat membantu peneroka dan kakitangan yang mempunyai asset 51 % di bawah Koperasi Permodalan Felda (KPF). Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Kerana ia sudah lama membelenggu pihak terbabit semenjak Dato' Bakke mengambil alih kepimpinan Felda Holdings Sdn Bhd . Semoga, pemimpin yang menjaga Felda iaitu Najib Razak dapat memahami masalah orang bawahan ini, terutamanya harapan mereka supaya Gaji dan Kebajikan petugas diberi perhatian serius. Baliklah kepada matlamat asal pembukaan Felda oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dulu agar Felda lebih maju selepas 51 Tahun merdeka.

[Mahu mengharapkan Najib Razak menyelamatkan Felda, jauh panggang dari api. Sebabnya, kerana Najiblah yang mengambil Dato' Bakke rakan sekuliah Rosmah Mansor untuk memimpin Felda Holdings Sdn Bhd itu. Jika dulu, ayahanda mewujudkan Felda dengan hasrat memberi peluang memiliki tanah dan rumah seluas 10 ekar kepada para peneroka. Namun kini, sejak Najib mengkopratkan badan itu. Semua itu sudah tiada lagi. Jangankan 10 ekar, sekangkang kera pun belum tentu lagi. Bagi Najib, rugi beri rakyat tanah 10 ekar seorang, lebih baik dibuat ladang dan mereka akan dapat untung sampai bila-bila dengan mengambil pekerja kontrak. Maka itulah kasihan benar melihat nasib orang Melayu yang merempat dibumi sendiri.

Mereka ibarat "pendatang asing di bumi sendiri". Sama tarafnya seperti buruh-buruh Bangladesh yang diangkut bekerja disitu. Mereka diberi rumah dan bekerja secara kontrak, sejak 30 tahun lalu. Ini menyebabkan mereka tiada hak untuk memiliki tanah. Jika mereka memberontak, maka Felda Plantations akan memberi amaran akan memasukkan lebih ramai buruh asing dari Bangladesh dan Indonesia ke situ. Akhirnya terpaksalah mereka berdiam diri bagaikan
"hidup segan mati tak mahu". Maka untuk merubah nasib mereka, hanya ubah kerajaan. Bila kerajaan sudah bertukar dan Najib tidak lagi memegang Felda maka itu barulah semua ini dapat dipulihkan semula. Melainkan Najib sudah insaf dan sokong Pakatan Rakyat (foto). Yakinlah, perubahan akan tiba jua akhirnya].


Posted at 02:47 pm by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel  

.


Mufti Perlis: Kecewa Kerana Penguatkuasa Agama Hanya Dedah Maksiat Tertutup !!

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang terkenal dengan kritikan lantang, kecewa dengan sikap penguat kuasa agama yang lebih gemar "mendedahkan perbuatan maksiat tertutup namun membiarkan perbuatan maksiat terbuka. Amatlah duka cita jika penguat kuasa agama ada masa yang cukup untuk pergi mengintip, memecah pintu milik peribadi orang lain bagi memastikan maksiat wujud ataupun tidak. Namun dalam masa yang sama tiada masa untuk menghentikan suami yang zalim memukul isteri yang sudah berulang kali membuat aduan, tidak cukup masa untuk menyelesaikan kes-kes kezaliman rumah tangga dan seumpamanya," katanya. Beliau berkata demikian dalam penulisan terbarunya yang bertajuk Bila yang nyata dibiar, yang tersembunyi dicari yang disiarkan menerusi blog peribadinya www.drmaza.com dan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Gejala Pengkid yang berleluasa di Malaysia dan amat berbahaya jika tidak dibendung. Kita khuatir bala akan menimpa jika perkara ini terus dibiarkan

Katanya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks, namun Islam juga mengharamkan mendedahkan aib (keburukan) orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan pelaku berusaha menutupinya. Kenyataannya itu merujuk kepada pendedahan tangkapan khalwat keatas individu tertentu oleh jabatan agama dan disiarkan secara meluas di muka depan beberapa buah akhbar tempatan baru-baru ini. Menurutnya, tindakan itu dianggap sebagai 'promosi maruah' yang ternyata bertentangan dengan ajaran Islam. "Maksiat yang dibanteras secara keras oleh Islam ialah maksiat yang berlaku secara terbuka kerana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim. Maksiat yang berlaku secara sembunyi dan hanya membabitkan soal peribadi insan, bukan keselamatan awam, maka ia tidak didedahkan," ulasnya.

Jelas beliau, tiada sebarang justifikasi atau sebarang alasan untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban walaupun atas pendekatan untuk mencari jenayah atau memastikannya. "Dukacitanya jika mereka bersemangat sampai sanggup tunggu pukul 2, 3 pagi untuk mengintip pasangan berkhalwat tetapi tiada cukup tenaga untuk membantah majalah-majalah yang terang-terang siang dan malam dijual yang mempamerkan aksi-aksi panas pasangan yang tidak berkahwin," katanya. Dalam pada itu beliau juga melahirkan rasa hairan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman pengkid. Beliau berkata, perkara tersebut sudah diketahui umum mengenai hukum haram bagi lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya. "Persoalannya ialah pelaksanaan. Maksiat terbuka yang banyak kelihatan jika penguatkuasa ingin mencegahnya ialah lelaki yang menyerupai wanita. "Entah berapa ramai selebriti negara kita yang berwatak seperti perempuan?" katanya. Mufti muda yang akan bakal mengakhiri perkhidmatan sebagai Mufti Perlis akhir bulan ini berkata, terdapat banyak drama, pertunjukan dan filem dari negara ini seakan mengiktiraf 'wanita jadi-jadian'. "Seakan kita ada tiga spesis; saudara, saudari dan 'saudarai'. Inilah maksiat terbuka yang lebih patut dibantah daripada mencari-cari 'kemungkinan' maksiat di belakang pintu yang berkunci," katanya.

Rencah Berita: Pengkid Semakin Berani

APA juga gelaran yang diberikan kepada gadis ini sama ada tomboy, ‘pengkid,’ lesbian atau yang sama erti dengannya membawa makna yang sama kepada masyarakat, di mana golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki. Bukan tidak pernah diperdebatkan, malah sudah banyak kaji selidik dan pembentangan kertas kerja di meja-meja seminar termasuk oleh para ilmuwan, namun isu yang boleh dianggap sebagai kecelaruan gender ini bagai tidak ada kesudahan dan penghujungnya.

Golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri, hari ini kegiatan mereka lebih terancang dan berani. Gejala ini sebagai bencana sosial menegaskan, ia wajar dibendung sejak awal bagi memastikan tidak terus menjadi kudis dalam masyarakat. Ia merupakan tanda-tanda turunnya ‘dajal’ yang kita sebagai manusia biasa tidak dapat melihatnya, sebaliknya hanya para alim ulama yang mengetahuinya. Daripada pemerhatian kecenderungan golongan tersebut memilih cara hidup bertentangan dengan fitrah kejadian mereka dipengaruhi beberapa faktor.

Antaranya, faktor semula jadi apabila dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, selain suasana negatif ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya. Kelompok ‘pengkid’ ini boleh dibahagikan kepada dua, sama ada mereka tergolong sebagai pemangsa atau mangsa. Mangsa biasanya terperangkap dengan pujuk rayu ‘pengkid’ asli yang pastinya mendatangi mereka dengan cara merayu, mengoda dan mencabul. Kebanyakan mangsa pada awalnya tidak suka, tidak mahu, tetapi mula menerima dan menyukai cara pemangsa. Apabila ini berlaku, secara tidak langsung mereka berjaya membentuk piramid yang membolehkan mereka membina rangkaian lebih luas. Daya tarikan dengan insan sejenis, secara realitinya ia tampak aneh, namun fenomena anak gadis terlibat dalam cinta songsang berpunca kepada keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual wanita bersama wanita lain.

Golongan ini berpendapat hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain dan menjanjikan kepuasan yang lebih. Dari segi kepastian seksual (sexual security) pula, wanita ‘pengkid’ atau lesbian berasa lebih selesa kerana tidak terdedah kepada risiko mengandung. Lazimnya, ahli sub-budaya ini cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa yang sama. Ini bererti, apa yang dicari hanya kepuasan nafsu bukan hubungan sah. Kita tidak menolak kemungkinan faktor kurang kasih sayang juga antara penyumbang kepada gejala ini. Apa yang dilihat hari ini, ramai ibu bapa hanya menjalankan tanggungjawab tetapi dalam jiwa mereka sebenarnya tidak melekat kasih sayang, kebahagiaan dan kemesraan. Tidak hairan katanya, apabila dilihat kepada peratusan individu yang terlibat dalam gejala sosial ini, golongan berpendidikan tinggi dan mempunyai asas agama mencatatkan jumlah agak tinggi. Sama ada terperangkap dengan hubungan terlarang dengan lelaki atau cinta songsang sesama jenis, golongan ini sebenarnya tidak mempunyai kemahiran sosial dan gagal mengawal emosi.

[Sebenarnya gejala seks bebas sudah kian parah di Malaysia ini. Bukan setakat Penkid malahan Mufti juga perlu mengeluarkan fatwa terhadap gelaja Lesbian, Gay, Maknyah yang sememangnya sudah mewarnai kehidupan rakyat Malaysia hari ini. Malahan gejala ini sering didedahkan dalam media arus perdana terutamanya rancangan 360 dan 999 di TV3. Namun, apakah yang dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya golongan Ulamak UMNO dan Mufti-mufti terbabit?. Mereka tidak berani berkata benar kerana takut hilang jawatan. Itu alasan yang paling mudah. Mereka tidak serius dalam melaksanakan tugas membenteras gejala maksiat yang semakin berleluasa di seluruh negara hari ini. Seks bebas sudah menjadi satu tabiee bagi sebahagian besar remaja di Malaysia hari ini. Terkadang takut kita dibuatnya, menunggu bala yang bakal tiba bila-bila masa sahaja jika ini dianggap sebagai tidak penting. bagi kerajaan merek lebih suka rakyat dan generasi akan datang punah dan tiada pendidikan agama. Ini membolehkan mereka lebih mudah menyebarkan dahyah-dakyah UMNO ke dalam utak mereka. Semangat nasionalisme ditanamkan, citakan negara lebih daripada cinta kepada agama. Remaja yang rosak akhlak dan akidah, pasti akan menyokong pemimpin yang rosak maruah. Inilah yang kita takutkan sebenarnya].


Posted at 02:41 pm by Cucu Mat Kilau
Comments (6)  

.

Bongkar: Kes Rompakan, Anak Sendiri Terlibat Tapi  Adnan Masih Belum Buat Laporan Polis !!

Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes rompakan di rumah MB Pahang Adnan Yaakob. Kejadian yang berlaku beberapa hari selepas sambutan Aidil Fitri itu cukup membuatkan Adnan begitu marah dan teruja. Maklumlah, kami difahamkan wang tersebut telah diberikan oleh "orang-orang tertentu" ikut jalan belakang bagi tujuan meraikan majlis perkahwinan Anak MB itu baru-baru ini. Kecurian yang disedari oleh Adnan itu ternyata satu tamparan hebat buat dirinya, ini kerana kehilangan wang tersebut adalah dalam nilai yang banyak bahkan wang yang diambil oleh perompak itu pula adalah dalam satu karung guni yang terdapat dalam sebuah bilik khas dirumah MB itu. Di sini, jelas sekali kepada kita bahawa Adnan Yaakob telah terlibat dengan rasuah dan penyelewengan secara nyata. Memang kita tahu, wang tersebut mungkin sebagai hadiah hari perkahwinan anakandanya. Namun beliau juga harus sedar yang pemberi hadiah terbabit sudah pasti akan mendapat projek "sorong tarik" antara mereka. Maknanya Adnan akan termakan budi dengan pihak terbabit buat selamanya selagi beliau menjadi MB.

Pendedahan kami tentang hal ini, sedikit menggemparkan Wisma Sri Pahang baru-baru ini. Ramai yang tertanya-tanya apakah berita ini benar atau palsu. Mereka juga terkejut dan tidak menyangka yang Adnan tergamak menerima dan menyimpan wang yang banyak didalam rumahnya. Kenapakah beliau tidak menyimpan wang tersebut di bank ataupun mana-mana agensi yang berkaitan. Tambahan pula Adnan sehingga ke hari ini masih belum membuat laporan polis atas kehilangan wang tersebut. Siasatan kami sebelum ini mendapati bahawa kecurian wang tersebut ada kaitan dengan "orang dalam". Rakyat Pahang masih ingat tentang penemuan wang dalam guni atas syiling rumah MB di zaman Khalil Yaakob dulu. Maka itulah agaknya perompak "bertopeng" yang bertugas dalam rumah MB kali ini, merasa terlalu rugi jika tidak mengambil wang tersebut. Tambahan pula, difahamkan Adnan menyimpan berguni-guni wang yang nilainya pasti jutaan ringgit dalam bilik tersebut.

Al-Kisah, laporan polis tidak dibuat dan kejadian ini tidak didedahkan kepada media arus perdana. Namun, akhirnya media alternatif seperti Pahang Daily telah berjaya menyelongkar perkara ini. Sesungguhnya pembongkaran kami itu telah membuatkan Adnan Yaakob sedikit gementar dan gusar dengan apa yang berlaku. Beliau sangka kes rompakan itu adalah isu kecil dan hal dalaman. Tambahan pula dipercayai perompak terbabit adalah merupakan kakitangan yang bertugas dalam kediaman beliau. Maklumat diterima, semua kakitangan yangbertugas telah diberi cuti dan disiasat oleh pihak mereka secara "off record". Tiada laporan polis dan tiada pihak yang tampil membuat kenyataan kes ini kepada media. Hasilnya, ramai lagi rakyat Pahang yang masih "menghormati" dan "tunduk kasih" kepada MB Pahang itu. Adnan merupakan exco Agama, namun sikap dan keperibadiannya jauh sekali dari sepatutnya. Beliau bukan sahaja digelar "MB Samseng" malahan juga merupakan MB yang telah menyebabkan negeri Pahang bakal muflis akibat saman RM60 juta yang dikenakan oleh sebuah syarikat pembalakan baru-baru ini.

Gempar: Anak MB Sendiri Terlibat Rupanya

Maklumat terbaru yang kami terima tentang isu rompakan ini ialah seorang "dalang" yang terlibat dalam kes ini kini sudah "diasingkan" atau "dikuarantin" kerana ia melibatkan pekerja yang baru bertugas secara rasmi di kediaman MB itu. Manakala itu, semua pekerja senior yang turut disiasat kini sudah memulakan tugas mereka seperti biasa. Namun, perkara ini tidak boleh Adnan selesaikan begitu sahaja tanpa membuat laporan polis. Ini kerana kes rompakan itu melibatkan satu jumlah wang yang besar. Pekerja yang terlibat itu, sudah pun membuat pengakuan. Namun, satu berita gempar yang kami terima rupa-rupanya rompakan ini turut melibatkan anak MB sendiri yang baru melangsungkan perkahwinannya semalam. Beliau adalah "master mind" dalam merompak harta dan wang rasuah "bapaknya" itu.

Kami difahamkan anak MB yang berkahwin semalam itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Dia hanya "makan tanggung" hasil ikhsan bapanya yang bergelar MB Pahang itu. Maka itu, kemungkinan besar beliau mencaturkan rompakan ini bagi membolehkannya mendapat sejumlah wang yang besar untuk berbulan madu dan menyara kehidupan selepas mendirikan rumahtangga nanti. Justeru itulah beliau terpaksa merompak duit ayahandanya sendiri, yang beliau tahu adalah duit "rasuah" ataupun "duit haram". Mungkin juga ia mahu digunakan juga untuk berpoya-poya dengan teman wanita oleh salah seorang lagi anak Adnan yang masih bujang. Anehnya, hanya pekerja yang bersubahat itu sahaja yang menerima hukuman. Sebaliknya Adnan tidak langsung menghukum anaknya bahkan membiarkan ia bebas sebebasnya beliau pun telah melakukan rompakan itu. Mungkin juga Adnan menganggap "anaknya itu tidak bersalah" agaknya. Tambahan pula wang yang dikatakan berjumlah mencecah RM2 juta itu adalah wang "bapaknya" sendiri. Maka itu ia adalah hal keluarga, pada pandangan Adnan.

Anakku Sazali: Bapa Borek Anak Rintik

Misteri yang perlu dibongkarkan ialah dari mana Adnan memperolehi wang sebanyak RM2 juta itu secara tunai?. Kenapa wang tersebut tidak disimpan dimana-mana bank? Apakah ia memang benar "wang haram" dan "wang rasuah". Jika ini berlaku, ternyata Adnan adalah "pengkhianat". Beliau hanya bertopengkan "kealimannya" untuk mengaburi mata rakyat Pahang. Sebaliknya beliau juga adalah perompak seperti anaknya itu sendiri. Ini bermakna Adnan rompak wang rakyat dan anaknya rompak wang Adnan. Makanya inilah dia yang dinamakan "bapa borek anak rintik". Inilah dia juga saling tak tumpah seperti apa yang berlaku dalam filem P.Ramlee "Anakku Sazali" dulu. Kami difahamkan juga pekerja terbabit dan anak MB itu banyak menyimpan rahsia tentang penyelewengan dan wang yang disimpan dalam rumah kediaman Menteri Besar Pahang itu.



Masih Ingatkah lagi berita sedih tentang kedhaifan sebuah keluarga Melayu di Pahang yang bertajuk "Keluarga hidup dalam 'reban ayam'" yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian satu ketika dulu. Zakaria Deraman bersama isterinya Nurhamizah Mat Jusoh dan lapan orang anak mereka terpaksa tinggal dalam sebuah rumah yang tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, jalan Kuantan-Muadzam Shah dekat Gambang dalam negeri Pahang. Maka itu Adnan harus ingat, suara rakyat adalah suarat keramat. Beliau naik kerana rakyat dan jangan beliau sombong dan mendabik dada menongkat langit, seolah-olah akan berkuasa buat selama-lamanya. Oleh itu, beliau harus dan perlu ingat nasib rakyat. Rakyat disuruh berjimat cermat, sedangkan dalam masa yang sama beliau membazirkan wang rakyat. Kami mendapat maklumat juga, Adnan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk majlis perkahwinan anaknya semalam. Rakyat hidup dalam reban, tapi Adnan berjoli sakan. Semoga rakyat Pahang akan bangkit melihat apa yang kami paparkan ini. Lakukan perubahan ke arah membawa keadilan untuk seluruh rakyat, bukan hanya untuk penyokong mereka sahaja. Inilah amalan tradisi puak-puak UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.

[Justeru itu, rakyat Pahang berhak mendapat penjelasan sebenar tentang isu ini. Tambahan pula ia jelas sekali melibatkan moral dan kepimpinan kerajaan negeri Pahang sendiri. Ini bukanlah kes "curi ayam kampung" atau "curi jambu di kebun", sebaliknya ialah adalah soal maruah dan kreadibiliti negeri Pahang sendiri. Apakah kita sanggup mempunyai MB yang seperti ini lagi?. Khabaran yang diterima nasib Adnan mungkin agak gelap jika Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Ini kerana Najib akan melantik orangnya iaitu Jamaluddin Jarjis untuk mengambil alih pula tampuk kepimpinan negeri Pahang. Jika ini berlaku Adnan akan terpinggir dan bakal sedih mengenangkan nasibnya].


Posted at 02:37 pm by Cucu Mat Kilau
Comments (1)  

Friday, October 31, 2008
.

Eksklusif: Biarpun Keputusan Sudah Diketaui, BPR Harus Siasat Siapa Arah Keluarkan Bom C4 !!

Keputusan perbicaraan kes bunuh wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu telah pun diketahui ini. Ini bermakna Altantunya dibunuh bulan Oktober 2006 dan keputusannya pula bulan Oktober 2008. Inilah yang dinamakan "Tragedi Oktober". Dalam kes itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, 31, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, didakwa membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja Shah Alam. Kedua-dua tertuduh itu dibicara bersama penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka melakukan pembunuhan tersebut dua tahun lalu. Biarpun keputusan perbicaraan kes tersebut sudah pun selesai namun ada satu persoalan yang harus dijawab oleh pihak-pihak berkenaan termasuk Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Isunya ialah, bagaimanakah
"Bom C4" Tentera boleh digunakan dalam kes ini. Umum mengetahui bahawa Azilah dan Sirul adalah anggota UTK, maka itu menurut maklumat pihak UTK tidak akan membunuh dengan menggunakan Bom. Sebaliknya mereka telah dilatih sebagai "penembak tepat" dan akan melakukan arahan berdasarkan kepakaran mereka iaitu tembakan tepat dari jauh. Maka mengapakah tiba-tiba "Bom C4" boleh berada ditangan mereka. Dalam masa yang sama persoalan timbul bagaimanakah bom itu boleh digunakan sedangkan ianya adalah sejenis bom yang hanya boleh digunakan ketika peperangan. Hanya anggota tentera sahaja dibenarkan menggunakan alat senjata tersebut. Ini harus dijawab.

Tambahan pula kedua-dua jenis bahan letupan yang dikesan pada barang bukti kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kebanyakannya digunakan dalam aktiviti ketenteraan dan boleh menghasilkan tindak balas supersonik serta mengakibatkan kerosakan besar. Dengan gelombang kelajuan secara umumnya melebihi 1,000 meter sesaat, gegaran bahan letupan Pentaerythritol Tetranitrate (PETN) (foto kanan) dan Cyclotrimethylene Trinitramine (RDX) boleh memusnahkan kawasan persekitaran termasuklah sebarang halangan yang berdekatan dengan pusat letupan.

Salah seorang saksi kes iaitu Ketua Unit Senjata Api dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Shaari Desa (gambar foto) , 40, mengesahkan perkara tersebut ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 November 2007 dulu. Beliau ada berkata bahawa Kesimpulan yang boleh beliau buat berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas sampel rambut bertanda Z7, Z10, Z11 dan Z13 (berlabel unknown yang diambil di tempat kejadian), mendapati terdapatnya penggunaan bahan letupan PETN dan RDX. Bukan itu sahaja, kata Shaari, sampel ketulan berwarna merah jambu yang bertukar menjadi warna peach (bertanda Z20) dan serbuk putih dalam detonating cord (Z22) turut mengandungi bahan letupan jenis PETN dan RDX. Menurut saksi, PETN dan RDX adalah sejenis bahan letupan yang ditakrifkan di bawah Akta Bahan Letupan 1957. Selain itu, empat sampel rambut iaitu yang bertanda Z7, Z10, Z11, Z13, helaian plastik berwarna hitam (Z32), plastik hijau (Z40), Z48 (plastik hijau kehitaman), keratan wayar (Z44) mempunyai kesan bahan letupan jenis yang serupa. Manakala keratan wayar (Z47), putik kapas (Z12), cebisan plastik (Z29), sampel tanah (spesimen tanah di tempat kejadian yang ditandakan sebagai bahagian kepala, perut dan kaki yang bertanda Z49, Z50, Z51 ) juga terdapat kesan bahan letupan jenis RDX.

Lokasi tapak dimana Altantunya Shaariibuu telah dibunuh kejam

Beliau juga ada berkata bahawa tiada kesan bahan letupan ditemui pada empat cebisan tulang (ZZ1 hingga ZZ4). Beliau juga dikatakan telah selaras submesingan HK-MP5 SD (P263A) tanpa kelopak yang dipasang penyerap bunyi (silencer) yang turut dianalisis, dan mengesahkan senjata api tersebut pernah melepaskan tembakan. Katanya setelah dianalisis, beliau mendapati terdapat sisa serbuk senjata api (gun powder residue) pada bahagian dalam laras dan penyerap bunyi yang dipasang. Ini bermaksud tembakan pernah dilepaskan dan senjata itu tidak dibersihkan selepas tembakan terakhir dilepaskan terhadap mangsa. Beliau menyatakan demikian ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin pada perbicaraan terhadap ketiga-tiga tertuduh yang dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Zaki.

Dengan pengakuan saksi ini, maka jelaslah kepada kita persoalan bagaimana senjata berkenaan boleh dikeluarkan daripada simpanan tentera. Siapakah yang mengeluarkan arahan. Mengapakah pegawai terbabit yang menjaga peralatan tersebut gagal mengesan dan tidak tahu bila dan berapa bilangan ia dikeluarkan. Walhal dalam mana-mana jabatan kerajaan sekali pun setiap sen dan barang yang diambil akan direkodkan. Bagaimana pihak tentera Malaysia boleh lalai dan gagal mengesan perkara ini. Jika ini berlaku, bukankah ia memberi gambaran bahawa pasukan tentera kita tidak cekap dan musuh bila-bila masa sahaja boleh mencuri kelengkapan senjata tersebut. Ini pernah berlaku dulu dalam kes Sauk (Bukit Jenalek) dan di Kuala Trengganu. Pencerobohan orang luar ke kem tentera adalah perkara serius dan perlu disiasat dengan terperinci. Maka itulah kita amatlah berharap agar pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat perkara ini dengan telus dan adil. Jika ada unsur-unsur rasuah maka mereka harus didakwa juga dalam kes ini. Bahkan mereka juga boleh dikatakan cuai menjaga keselamatan negara. Bayangkan jika bom itu digunakan untuk melakukan huru-hara dan mengancam negara?.

Inilah yang berlaku di Pakistan baru-baru ini, bila bom seberat 600 tan meletop di Hotel J.W Mariott yang mengorbankan banyak nyawa manusia. Inilah yang kita takutkan sebenarnya. Andainya kecurian seperti ini tidak disiasat maka rakyat hanya melihat kes Altantunya dari satu sudut sahaja, iaitu pembunuhan seorang manusia. Tetapi dari sudut yang lain iaitu kecuaian kakitangan kerajaan juga harus disiasat. Jika tidak rakyat akan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada anggota keselamatan di Malaysia termasuk juga pasukan tentera. Sudahlah sebelum ini rakyat hilang keyakinan kepada pasukan polis, ini pula berlaku kepada pasukan tentera. Apakah perkara ini harus didiamkan begitu sahaja?. Biarpun kes pembunuhan itu sudah selesai dan hanya menunggu keputusan daripada mahkamah. Namun kes kecuaian ini harus dibuka semula, bagi mengenal pasti siapakah yang cuai dan beri arahan semua ini.

[Selama ini BPR bercakap soal ketelusan dan keadilan, maka sekarang laksanakanlah tugas kalian dengan adil dan telus. Siasat sedalam-dalamnya bagaimana Bom C4 yang sepatutnya digunakan oleh tentera untuk pergi berperang boleh dikeluarkan sesuka hati untuk tujuan pembunuhan dengan niat bagi menghilangkan bukti. Sudah pasti ada unsur rasuah dalam hal ini. Hebahkan maklumat ini kepada umum, agar rakyat tidak hilang kepercayaan dan keyakinan mereka kepada pasukan tentera di negara ini. Artikel ini sudah dikeluar disini dulu, namun kami olah semula untuk tatapan pembaca].


Posted at 07:25 pm by Cucu Mat Kilau
Comments (1)  

.

Rayuan Ditolak, Munawar Kecewa Keputusan

PUTRAJAYA: Selepas mahkamah persekutuan mengumumkan , seterusnya kes 07-4-2007 (W) akan bersidang - hakim yang diketuai oleh Zaki Azmi secara lisan meringkas keputusan ditolak. “Dengan ini saya memutuskan bahawasanya mahkamah menolak permohanan yang dibuat oleh pemohon,” beliau membaca keputusan dan tiada alasan bertulis yang dikemukakan dimana akan diberitahu kemudian. Sementara itu, Dr Munawar Anees’ bingkas bangun dari tempat duduk dan terus beredar daripada dewan makhkamah selepas mendengar jawapan kepada pemohonan rayuan membatalkan keputusan bersalah berhubung kesnya fitnah terhadap beliau membabit Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang disabitkan 10 tahun lalu. Di luar mahkamah beliau dikerumuni oleh wartawan mengajukan beberapa soalan dan kelihatan Munawar begitu marah dengan keputusan tersebut. “Saya cukup kecewa dengan keputusan yang dibuat dan tidak pernah saya lihat alangkah teruknya sistem kehakiman negara anda yang ada sekarang,” ujar Dr Munawar yang dipenjara selama 6 bulan pada tahun 1998. “Sekiranya saya tidak ada, anak-anak saya akan meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan jika mereka tiada, maka cucu saya pula akan meneruskannya. “Anda mempunyai negara dan masyarakatnya yang cukup baik. Bukan itu sahaja, anda lihat sendiri sistem kepolisan, sistem politik dan sistem ekonomi negara anda yang begitu teruk,” tegasnya dan kemudian beliau kelihatan bergegas turun beberapa saat selepas itu. Ketua Hakim Negara yang bersidang bersama hakim-hakim Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Zulkefli Ahmad Makinudin menjelaskan, alasan penghakiman tersebut akan diberikan kemudian.

[Nampaknya Ketua Hakim Negara yang baru dilantik semalam, sudah memulakan rentaknya. Segala janji yang dicanangkan untuk memperbaiki sistem kehakiman "musnah hari ini". Tindakan beliau yang menolak rayuan tersebut, jelas sekali membuktikan masih terdapat "tangan-tangan dibelakang" yang bakal memainkan peranan. Maka itu, kita amat gusar dengan satu keputusan besar kes Altantunya yang akan berlaku esok. Apa yang pasti, sudah tentulah keputusan itu juga akan mengundang kemarahan semua pihak. Maka, terbuktilah selagi kerajaan BN dan UMNO berkuasa di negara ini selagi itulah segala keadilan tidak akan dapat ditegakkan. Perubahan harus dilaksanakan jua akhirnya].

Anwar Kecam Kerajaan Perjudi Nyawa Parajuit

PARLIMEN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kekecewaan beliau dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini yang memperjudikan nyawa parajuit negara dengan meluluskan kontrak Eurokopter tanpa ujian fizikal. “Penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan, Abu Seman Yusop (foto) bahaw perolehan Eurocopter yang menjamin kepentingan keselamatan negara dan keselamatan juruterbang kita dibuat tanpa pasukan penilaian,” katanya ketika sidang media di ruang legar Parlimen tengah hari tadi. Sebelum sidang media berkenaan, dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Abu Seman yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menjelaskan bahawa tiada sebarang proses penilaiaan dan pemeriksaan bagi memastikan keselamatan juruterbang.

Anwar itu juga menyifatkan pembelian berkenaan hanyalah sekadar dilihat dari dokumen yang disediakan tanpa ujian fizikal. “Maknanya beli berdasarkan dokumen. Lihat dokumen canggih, lengkap serta semua perkara teknikal dipenuhi…beli dengan RM1.6 bilion,” menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Dalam sidang media berkenaan juga, Mantan Timbalan Perdana Menteri itu mahukan satu Suruhanjaya Diraja bebas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan berhubung isu pembelian 12 Eurocopter EC-725 walaupun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memulakan siasatannya. “Saya harap PAC akan buat siasatan dengan berjaya tapi bagi saya cara yang terbaik untuk menangani isu ini ialah melalui Suruhanjaya Diraja yang bebas,” katanya.

Sebelum ini, Anwar telah mendedahkan satu surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services, yang memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan. Manakala pada 20 Oktober lepas, Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat laporan polis berkaitan penyelewengan wang yang didakwa mereka berlaku dalam pembelian Eurocopter EC725.

[Melihat kepada senario ini, nampak benar memang ada penyelewengan dalam kes ini. Maka sepatutnya pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak segera untuk menyiasat perkara ini. Kita terkadang pelik, BPR hanya "berselera" untuk menyiasat kes rasuah yang melibatkan jumlah kecil sahaja tetapi bila berkaitan dengan jumlah yang besar, jutaan ringgit mereka terkedu. Tidak membuat sebarang tindakan, malahan "ikan paus dilepaskan, ikan bilis menjadi mangsa". BPR juga rakus mendedahkan kes rasuah di Perak sahaja. Seolah-olah di negeri lain tidak berlaku kes-kes rasuah seperti itu. Inikah dia ketelusan yang diamalkan oleh badan tersebut dalam menangani rasuah negara?].

Kabinet Bincang Turunkan Harga Minyak Esok

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada harga minyak akan diturunkan buat kali keempat - dijangka di antara 15 dan 20 sen akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet esok. Difahamkan jika penurunan diputuskan ia akan berkuat kuasa Sabtu ini. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, sebarang penurunan harga minyak akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya mendapat persetujuan daripada kalangan Jemaah Menteri yang bermesyuarat esok. "Perkara ini perlu dibincang terlebih dahulu dan keputusan ini perlu melibatkan empat menteri iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri Kewangan II (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan saya. "Jadi saya tidak tahu apa keputusannya.

Memang kerajaan berhasrat menurunkan harga minyak. Tetapi ia (umum) mungkin esok, lusa atau dua minggu lagi," katanya pada pemberita selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang oleh pasar raya Tesco di sini, hari ini. Kali terakhir kerajaan menurunkan harga minyak adalah pada 15 Oktober lepas dengan harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter sementara harga petrol RON92 diturunkan 10 sen menjadi RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20. Pada 4 Jun lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kirakira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu. Mengenai andaian bahawa harga minyak akan turun mulai esok, Shahrir berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu. mStar Online

[Harga minyak sudah turun pada paras US$70 seliter, namun kerajaan masih lagi bersikap tunggu dan lihat. Apakah mereka ingin tengok harga naik kembali lantaran menaikkan balik harga minyak ini. Sekarang, terbuktilah segala apa yang diperkatakan oleh Anwar dalam debat "isu minyak" dengan Menteri Penerangan, Shabery Cheek dulu bahawa minyak boleh diturunkan mengikut pasaran semasa. Siapakah yang berkata, jika minyak turun negara akan bankrap? Siapakah yang berkata minyak sukar untuk diturunkan biarpun pasaran global turun. Akhirnya kini baru mereka tahu, siapa sebenarnya yang lebih layak berbicara hal ekonomi negara?. Maka terbuktilah bahawa pemimpin kerajaan hanya pandai bercakap tapi tidak tahu untuk melaksanakannya. Sebab itulah Pak Lah boleh main "sorong tarik" pula dalam isu pembelian eurocopter. Dulu, dia yang beriya-iya umumkan kerajaan akan beli Eurocopter ganti Nuri. Tapi kini dia pula yang terpaksa tangguh kononnya ekonomi tidak mengizinkan. Padahal masa dia buat keputusan dulu pun, ekonomi sememangnya sudah tidak mengizinkan sebenarnya. Inilah akibatnya pabila ekonomi diurus oleh mereka yang tidak amanah].

Shabery, Majlis Media Lindungi Semua Pihak

KUALA LUMPUR: Majlis Media Negara yang masih pada peringkat perancangan akan menjadi pihak ketiga yang neutral bagi mengawal media dan melindungi orang ramai daripada laporan berat sebelah dan tidak bertanggungjawab. Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, walaupun beliau mengalu-alukan peraturan yang kurang terhadap media, media masih memerlukan badan pentadbir bagi memastikan laporan yang bertanggungja wab dan seperti Majlis Peguam, majlis media itu adalah alat terbaik. “Sekiranya kita ada Majlis Media Negara sebagaimana yang dikehendaki, sudah tentu orang ramai termasuk kerajaan dan media mendapat keadilan daripada kemungkinan diserang, difitnah dan dilakukan secara tidak adil daripada media. “Ia mampu memberi panduan untuk media patuhi etika-etika media tersendiri. Sekarang ini orang katakan kalau media kata jangan cakap tentang hal-hal perkauman orang kata itu arahan kerajaan. “ Sekarang biarkan media mengawal diri mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Maklumat Sedunia dan Forum mengenai Trend dan Masa Depan Media Massa Malaysia di Universiti Malaya di sini hari ini. Bernama

[Bila masa pula Majlis Media Negara ini akan melindungi semua pihak, melainkan puak-puak UMNO dan kerajaan BN sahaja. Tujuan ia ditubuhkan jelas sekali untuk menghalang pihak-pihak tertentu mengambil tindakan ke atas media arus perdana seandainya ada laporan "jahat dan khianat" yang dibuat itu menimbulkan kemarahan. Di mana akhirnya membawa kepada tindakan saman oleh individu tertentu terhadap media terbabit. Ini berlaku kepada Utusan Malaysia yang telah disaman RM30 juta oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok baru-baru ini. Maka apa bukti Majlis Media Negara akan melindungi semua pihak?. Bercakap biar ada asas sikit. Dulu janji mahu letak jawatan jika tewas kepada Anwar !! Sekarang terbukti Anwar menang, bila minyak diturunkan mengikut pasaran global. Maknanya Shabery tewas, kenapa masih mahu jadi Menteri Penerangan. Jangan percaya sangat cakap Shabery!!].
Hakim Ian Chin Letak Jawatan Mulai 1 Disember

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian Chin yang sebelum ini pernah mendakwa bahawa beliau adalah antara hakim-hakim yang dihantar ke kem bina semangat pada tahun 1997 bagi menjalani indoktrinasi prokerajaan semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai hakim berkuat kuasa 1 Disember ini. Beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong pada 16 Julai lalu dan kemudiannya bercuti daripada bermula 21 Ogos hingga 30 November ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah berkata demikian ketika menjawan soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang bertanya sama ada kerajaan telah mengambil langkah-langkah bagi menyiasat dakwaan Hakim Chin terhadap Dr Mahathir.

Murugiah berkata, tidak wujud keperluan untuk menyiasat perkara itu memandangkan Hakim Chin telah meletak jawatan. Sebelum itu, Murugiah memberitahu Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk membuat representasi kepada yang di-Pertuan Agung supaya Hakim Ian dihadapkan ke sebuah tribunal. Pada Jun lalu, Hakim Chin mencetuskan kejutan apabila mendakwa Dr Mahathir mengugut hakim-hakim di sebuah persidangan hakim pada 27 April 1997 bahawa mereka akan dipecat sekiranya keputusan penghakiman yang dilakukan tidak berpihak kepada kerajaan.

Hakim Chin mendedahkan demikian sebelum mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP yang bertanding bagi kerusi Parlimen kawasan Sarikei, Wong Hua Seh, bagi mencabar keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac lalu bagi kerusi tersebut, yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Ding Kuong Hiing. Dr Mahathir dalam blognya bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengugut untuk memecat hakim-hakim dan mengarahkan mereka menghadiri kem bina semangat bagi menjalani indoktrinasi prokerajaan. Utusan Online

[Inilah hakikatnya, Hakim-hakim yang mempunyai maruah dan harga diri akhirnya rela diri mereka keluar dari bidang tersebut. Ini kerana mereka lebih tahu tentang kepincangan yang berlaku. Semakin pincanglah amalan perundangan negara. Perubahan apa yang mahu dibawa leh Pak Lah sekarang. Menteri yang bertanggungjawab untuk portfolio berkenaan iaitu Zaid Ibrahim awal-awal lagi sudah meletakkan jawatan. Kini hakim Ian Chin pula, mungkin selepas ini lebih ramai lagi akan meninggalkan badan kehakiman itu. Maka itu perlantikan Ketua Hakim Negara yang baru, sudah tiada maknanya. Tambahan pula beliau pernah terlibat dengan Lembaga Displin UMNO, ertinya beliau mempunyai hubungan langsung dengan pemimpin UMNO. Apakah beliau boleh telus dalam tindakannya?].

Beli Eurocopter Tangguh, Kini PAC Pula Ditunda

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi meneliti isu pembelian Eurocopter yang sepatutnya dijadualkan masuk hari kedua hari ini telah ditunda kepada Isnin depan disebabkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah tidak dapat hadir pada mesyuarat hari ini. Mesyuarat PAC yang ditangguhkan semalam tetap diadakan walaupun pada Selasa lalu, kerajaan memutuskan penangguhan pembelian helikopter terbabit. Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata mesyuarat tersebut tidak hanya memberi tumpuan kepada isu pembelian Eurocopter sebaliknya turut menyentuh mengenai perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab jawatankuasa tersebut. "Kita ada banyak perkara yang ingin dibincangkan dalam mesyuarat ini, Eurocopter adalah salah satu daripadanya," katanya yang ditemui selepas mesyuarat tersebut berhenti rehat di Parlimen semalam. Mesyuarat tersebut akan berlangsung selama dua hari. Tambah beliau, isu yang melibatkan Eorocopter pada hari ini akan membincangkan perkara-perkara teknikal yang dibentangkan oleh Kementerian Pertahanan. Manakala hari ini ia dijangka menyentuh aspek kewangan yang melibatkan Kementerian Kewangan. mStar Online

[Memang menarik isu ini. Mesyuarat yang bertujuan untuk membongkar satu isu besar negara dianggap sebagai "main-main" oleh sesetengah pihak. Masalahnya, Wan Aziz ini tidak hadir atas arahan atau sebaliknya. Apakah beliau masih belum mempunyai cukup bukti untuk berhadapan dengan jawatankuasa mesyuarat PAC itu?. Lantaran itulah beliau diberi arahan agar tidak hadir. Tambahan pula kita bukan tidak kenal siapakah Menteri Kewangan iaitu boss beliau. Tambahan pula Wan Aziz ini rupanya juga adalah merupakan Ahli Lembaga Pengarah Felda, iaitu agensi yang berada dibawah naungan TPM Najib Razak. Ada rahsia disebalik penangguhan mesyuarat ini sebenarnya].

Status Usul Anwar Tubuh Suruhanjaya Diraja

KUALA LUMPUR: Status usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tiga projek kerajaan persekutuan yang didakwa meragukan akan diketahui pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin depan. Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum sesi Perbahasan Rang undang-undang Perbekalan 2009 di sini hari ini. "Usul yang dikemukakan itu sampai di meja saya selepas jam sepuluh pagi (semalam), maka jawapannya akan dibuat pada hari Isnin," katanya. Anwar menggunakan Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) bagi meminta mesyuarat ditangguhkan untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat keraguan mengenai projek jalur lebar berkelajuan tinggi bernilai RM11.31 bilion, pembelian Bank Internasional Indonesia oleh Maybank bernilai RM4.26 bilion dan perolehan 12 unit Cougar Eurocopter EC-725 bernilai RM1.679 bilion.

Anwar sebelum itu bangun bagi meminta penjelasan Pandikar Amin mengenai status usul yang dikemukakannya. "Saya ada kemukakan usul semalam," kata Ahli Pahlimen Permatang Pauh itu. Celahan Anwar itu dijelaskan Pandikar Amin dengan berkata: "Kalau sebelum jam sepuluh maka jawapan boleh dibuat pada hari berikutnya". Anwar akur dan menerima ketetapan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat itu. mStar Online

[Seperti yang kami perkatakan dulu, bahawa kerajaan akhirnya akan diselamatkan dengan benteng terakhir mereka di parlimen iaitu "Spekaer Reject, Reject, Reject" yang kerjanya akan menolak segala usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang di Dewan Rakyat. Beliau ialah "Pendekar Amin Tak Mulia" yang nampak sangat berpihak dan cuba untuk menyelamatkan kerajaan dalam isu-isu penting yang boleh menjejaskan nama baik pemimpin mereka. Maka, kita yakin usul Anwar ini juga akan ditolak nanti].

Kes Anwar, Altantuya Jadi Tumpuan Esok

KUALA LUMPUR: Kes berprofil tinggi yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu akan menjadi tumpuan esok Bagi kes pembunuhan Altantuya, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan menjadi perhatian orang ramai dan media apabila Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan tersebut. Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (keduaduanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak Abdullah Baginda malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babak-babak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding. Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lepas.

Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan. Sementara itu, perbicaraan kes Anwar yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu. Perbicaraan kes liwat Anwar masih berasa di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah. Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya. mStar Online

[Satu kes membunuh "orang mati" dan satu lagi kes ialah "mematikan karier" politik orang hidup. Inilah dia senario kes yang akan didengari esok. Apapun, seperti yang telah kami war-warkan sebelum ini, kedua-dua kes ini memang nampak ada kepincangannya. Bahkan kita sudah dapat menjangka apakah keputusan yang akan dibuat nanti. Maka bergembiralah orang kenamaan yang dikaitkan dengan kes Altantunya. Masalahnya disini, beliau bukan sahaja dikaitkan malahan nama dan gambarnya pernah ingin dipaparkan di mahkamah sebagai bukti. Namun sepantas kilat semua pihak pendakwaraya, peguambela dan hakim menghalang gambar itu didedahkan. Soalnya, siapakah orang kenamaan itu. Sekali lagi kami ulangi, apakah kes itu juga akan sama seperti kes Noritta. Si mati akhirnya dikatakan dibunuh oleh "lembaga misteri". Semua ini akhirnya tidak akan dibongkar lagi, bagi menutup kes sebenarnya].


Posted at 07:09 pm by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel  

Monday, October 27, 2008
.

Gempar: Gelaran Datuk Shah Rukh Khan Bakal Ditarik Balik, Sebab Ada Bukti Dia Muslim Dan Sokong PAS !!


Isu gelaran Datuk yang bakal diterima oleh pelakon terkenal Bollywood semakin hangat diperkatakan sekarang ini, tambahan pula beliau dikatakan akan berada di Melaka minggu depan untuk menerima anugerah tersebut. Soalnya disini, apakah rakyat Malaysia bersetuju dengan senario ini. Bekas PM Mahathir berkata, Shah Rukh Khan layak menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka, yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini. Kata Mahathir, beliau rasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan.

Nampaknya beliau begitu bangga dengan pemberian gelaran tersebut, maklumlah ramai yang berpendapat dulu bahawa Mahathir memang berketurunan dari sana. Maka itu beliau malu kononnya bila gelaran itu dipertikaikan. Memang pelik Mahathir ini, rakyat merasa malu dan terhina pelakon itu diberikan gelaran Datuk tiba-tiba dia pula sebaliknya. Mungkin kerana ingin mempertahankan Khalil Yaakob yang menjadi Yang Dipertua Melaka atas perkenan beliau. Khabarnya hadiah itu diberikan kerana Khalil berjaya melaksanakan tugas "merampas Sabah dari PBS" sebelum ini. Maka berjuta ringgit wang balak Pahang dipunggah ke Sabah waktu itu. Lagi pun, mungkin juga Mahathir adalah peminat setia Shah Rukh Khan. Sebab itulah beliau mempertahankan tindakan tersebut.

Katanya beliau terlibat secara langsung dengan kurniaan bintang-bintang kehormatan kepada orang-orang yang berjasa tiap-tiap tahun. Jika inilah hakikatnya, maka rasional yang mengatakan Mahathir akan dilantik sebagai Penasihat PM ketika Najib berkuasa nanti semakin nampak petandanya. Tambahan pula, selepas Pak Lah umumkan hasrat tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan UMNO Mac ini maka Mahathir semakin ceria dan berani bersuara. Seolah-olah beliau sudah nampak masa depannya akan kembali bersinar tatkala Najib berkuasa
.


Soalan tentang anugerah Datuk terhadap pelakon Bollywood itu nampak semakin tidak ada ertinya. Tambahan pula pelakon itu dijangka akan berada di Malaysia tidak lama lagi. Kita tidak pasti apakah beliau datang dengan perbelanjaan sendiri ataupun ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Melaka. Namun sesuatu yang ingin kita lihat, apakah akan terjadi jika Shah Rukh Khan datang ke Malaysia dengan memakai baju PAS dan membawa bendera parti itu seperti foto yang disiarkan?. Apakah gelaran Datuknya akan ditarik balik? Jika ini berlaku bukankah kecoh jadinya puak-puak UMNO ini. Lagi pun difahamkan aktor itu beragama Islam. Maka sudah pasti beliau juga menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Bahkan dulu dalam lagunya ada menyebut "Tum Pas Ser Air" dan juga lagu "UM NO Ko Ko Ko", maknanya UMNO akan K.O dan PAS akan tumpaskan UMNO. Cuba tengok foto yang kami siarkan ini, Shah Rukh Khan membawa bendera hijau putih kemudian ada tulisan "Kaun Haga PAS" pada pentas hijau (anak panah kuning) itu.

[Ramai yang terlalu kecewa dengan pendirian kerajaan Negeri Melaka yang masih mencari jalan untuk popular dengan melakukan sesuatu yang tidak masuk akal langsung. Rakyat India diberi gelaran Datuk, apa dia ingat Shah Rukh Khan gunakan agaknya gelaran itu di negaranya nanti. Lainlah kalau dapat gelaran "Sir" dari Queen Elizebeth British. Ada juga pengikhtirafan bertaraf dunia, dan diketahui oleh masyarakat antarabangsa]


Shah Rukh Khan Terima Datuk Rabu Depan

KUALA LUMPUR: Bintang filem Bollywood Shah Rukh Khan akan tiba di Melaka Rabu depan bagi menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk. Upacara penganugerahan darjah kebesaran berkenaan akan diadakan di Seri Negeri pada pukul 10 pagi dan kerajaan negeri merancang untuk menyiarkannya secara langsung melalui televisyen. Ketika mengumumkan perkara itu di sini semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bintang filem Hindi itu akan dipujuk supaya berada di Melaka satu atau dua hari dengan harapan beliau akan melawat Menara Taming Sari, Eyes on Malaysia dan beberapa tempat menarik dan bersejarah lain di negeri itu.

Beliau mempertahankan langkah kerajaan negeri memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan walaupun ia menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak dengan memberi alasan bahawa bintang filem itu layak menerimanya kerana sumbangan besarnya kepada Melaka. "Walaupun banyak pihak mencemuh, mengkritik dan memberi komen negatif terhadap langkah memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, tapi saya tetap percaya beliau patut dan layak diberi gelaran itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka di sini. Menurut Ali, sumbangan yang diberi oleh pelakon itu menyebabkan Melaka dikenali ramai serta dipandang hebat sedangkan kerajaan negeri tidak perlu membayar sesen pun kepadanya. Beliau berkata seramai 100 juta orang dari seluruh dunia termasuk warga Eropah, Amerika, Asia dan Timur Tengah telah menonton filem lakonan Shah Rukh Khan yang dibuat penggambaran di Melaka dan ini membantu mempromosikan negeri itu.

[Inilah alasan dangkal yang dibuat oleh calon Timbalan Presiden UMNO dalam usaha menutup segala kelemahan akibat terlepas pandang isu penganugerahan darjah kebesaran tersebut. Ada suara yang berkata, kesilapan itu berlaku kerana Khalil Yaakob ingatkan nama dalam borang itu adalah NS Khan (Nasir Bilal Khan) atau pun Rina Khan . Rupangan ialah SR Khan, mungkin dia ingatkan SR Khan adalah saudagar kain pelekat atau karpet yang selalu hantar barang ke kediaman rasminya. Rupanya tidak, SR Khan ialah Shah Rukh Khan artis terkenal Bollywood itu. Maka, tiada alasan lagi mahu diberikan terpaksalah kerajaan negeri ditugaskan menjawab segala cemuhan dan tohmahan tersebut. Berapa banyak agaknya untung yang diterima oleh broker-broker "Datuk" itu. Umum mengetahui, Melaka pernah dikejutkan gara-gara beri anugerah Datuk paling banyak. Seolah-olah benar ada wujudnya bisnes "Datuk" ini. Tambahan pula Khalil adalah bekas MB Pahang yang sudah sebati dengan perkara ini sejak dulu, kini dan selamanya].


Posted at 12:29 am by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel  

.

Zalim: Sejarah Tersingkap, Almarhum Sultan Pahang Pernah Terlibat Bebaskan Tahanan ISA !!


Dalam posting saya yang lalu bila mengulas keprihatinan Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenaan nasib mangsa-mangsa banjir saya menyebut di penghujungnya: Mengikut sejarah pernah ada Raja Melayu yang terlibat dalam membebaskan tahanan-tahanan politik semasa zaman penjajah dahulu. Insyallah saya akan berikan faktanya dalam posting yang lain. Sebenarnya ketika itu saya teringat ada membaca berkenaannya dari salah satu buku karangan Allahyarham Ahmad Boestamam, cuma saya tidak pasti Raja Melayu yang manakah yang dimaksudkan. Sebentar tadi saya memunggah kembali buku-buku Allahyarham Pak Boes yang ada dalam simpanan saya, ternyata ia dirakamkan dalam salah sebuah bukunya iaitu “Tujuh tahun malam memanjang” (ketiga-tiga karangan besar Pak Boes boleh didapati dalam buku besar terbitan UKM: “Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan darah dalam api”).

Raja Melayu yang dimaksudkan adalah ayahanda Tuanku Sultan Ahmad Shah iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al Muadzam Shah, Sultan Pahang ke IVpengharaman penjajah British terhadap gerakan nasionalis di tanahair. Beratus-ratus pejuang tanahair ditahan, dan Pak Boes tidak terkecuali. (ketika itulah Hizbul Muslimin, parti Islam pertama di tanahair turut diharamkan dan pengasasnya Ustaz Abu Bakar al Baqir turut ditahan). Berbalik kepada kisah penglibatan Almarhum Tuanku Sultan Pahang yang ke IV, ketika itu Pak Boes sudah ditahan lebih 7 tahun, iaitu sekitar tahun 1955. Beliau ditahan di Kem Tahanan Ipoh, pada satu hari para pegawai kem memaklumkan bahawa beliau akan dikunjungi tetamu istimewa. Berikut apa yang dirakamkan Pak Boes: Setiba sahaja kami di luar saya dapat melihat penguasa khemah tahanan beriringan dengan seorang yang tinggi, pagan dan besar tubuhnya, menuju ke arah saya dalam kawalan berpuluh-puluh orang wader yang diketuai oleh sarjan mejarnya sekali. Sungguhpun mereka masih jauh jaraknya lagi daripada saya namun saya dengan serta merta telah dapat mengenali siapa orangnya yang tinggi, gagah dan bertubuh besar yang beriringan dengan pengausa kem tahanan itu: Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Bayangkan Almarhum Tuanku Sultan Pahang boleh mengambil inisiatif berani menjenguk ke kem tahanan para pejuang tanahir, yang bukan terletak dalam negerinya (kem itu di Perak dan bukan Pahang) Pak Boes tidak menghuraikan bagaimana Tuanku boleh berada di sana tetapi itulah sikap Raja yang prihatin dalam keadaan negra ketika itu berada bawah kuasa penjajah. Pak Boes seterusnya merakamkan pengalaman beliau diketemukan dengan Tuanku Sultan di kem tahanan itu: “Apa khabar?” Tanya baginda kepada saya bila tangan kami berjabat dengan eratnya. “Khabar baik, Tuanku” saya jawab sambil tersenyum pula. Pada waktu ini penguasa kem tahanan, seorang Inggeris yang bernama Warmen terus menyampuk: “Tuanku, saya sudah menghantarkan sokongan saya kepada pihak yang di atas supaya Tuan Boestamam ini dibebaskan dari tahanan.” “Memang patutnya,”

Baginda segera memberikan pendapatnya tanpa berfikir lagi. Kemudian Baginda bertanya kepada saya: “Sudah berapa lama Encik Boestamam ditahan?”
“Sudah 7 tahun Tuanku,” saya menjawab. Sambil menunjukkan kata-katanya kepada penguasa kem tahanan. Baginda berkata pula: “Kalau sekiranya Encik Boestamam ini ditangkap di Pahang sudah lama saya bebaskan dia.” Demikianlah ketegasan Almarhum Sultan Pahang ketika itu yang mencerminkan kasih-sayang dan pembelaannya terhadap para pejuang nasionalis walaupun di hadapan pegawai penjajah. Begitulah kisah salah seorang Raja Melayu yang mungkin tidak disentuh mana-mana pihak. Tidak berapa lama selepas itu Pak Boes dibebaskan dari tahanan ISA. Roslan SMS

(1932-1974). Menurut Pak Boes beliau ketika itu sedang merengkok di bawah tahanan Undang-undag Darurat yang kini dikenali sebagai akta jahanam ISA. Pak Boes ditahan pada tanggal 1 Julai 1948 ekoran

[Semoga Raja-raja kita akan terus mengambil langkah proaktif dan sentiasa peka terhadap permasalahan dan nasib rakyat. Rakyat memandang tinggi dan menghormati institusi Raja-raja Melayu dan sentiasa menganggapnya laksana payung yang memayungi rakyat dari apa sahaja ancaman, musibah, kesusahan dan ketidak-adilan. Ianya inysallah akan terus kekal dan relevan selama mana hubungan antara rakyat dan istana itu terus kukuh dan tidak renggang-renggang.]

Posted at 12:26 am by Cucu Mat Kilau
Comments (1)  

Sunday, October 26, 2008
.

Peguam, Penahanan Raja Petra Berniat Jahat !!

SHAH ALAM - Seorang peguam yang mewakili tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Raja Petra Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini perintah penahanan anak guamnya di bawah Seksyen 8 Akta berkenaan dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri adalah berniat jahat. Azhar Azizan Harun berkata terdapat andaian ketara bahawa penahanan itu bukan didorong oleh keprihatinan tentang keselamatan negara tetapi hasrat untuk menyenyapkan pengkritik lantang dan berpengaruh terhadap kerajaan serta parti-parti politik dan individu dalam kerajaan. "Pemohon pada ketika tertentu mengkritik antara lain, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan responden (Menteri Dalam Negeri). Ini menjejas kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagaimana dapat dilihat pada anjakan sokongan pengundi," kata beliau.

Beliau juga berkata Raja Petra tidak pernah diberitahu tentang sebab penangkapan atau penahanannya kecuali satu dokumen yang beliau diminta tandatangani di balai polis Jalan Travers pada 12 Sept, yang hanya menyatakan beliau telah menghina Islam dan beliau merupakan ancaman kepada keselamatan negara. "Di bawah Seksyen 8(1) ISA, responden mesti berpuashati bahawa penahanannya perlu bagi menyekat tahanan dari bertindak dalam apa cara yang membahayakan keselamatan Malaysia. Oleh itu responden mesti melihat pada semua fakta dan persekitaran hingga berpendapat pemohon adalah satu ancaman kepada keselamatan negara sebelum ia berpuashati bahawa penahanan pemohon adalah perlu bagi menyekat beliau dari bertindak dalam apa cara yang membahayakan keselamatan Malaysia.

"Pemohon juga tidak bersalah dengan mana-mana jenayah; beliau didakwa dengan pelbagai kesalahan dan perbicaraan masih tergantung. Oleh kerana tidak ada tindakan yang dikatakan dilakukan pada masa depan yang boleh membahayakan keselamatan Malaysia, perintah Seksyen 8 adalah jelas pelaksanaan kuasa yang bersifat berniat jahat," kata beliau. Malik Imtiaz Sarwar yang turut mewakili Raja Petra, berkata jika satu daripada asas penahanan kerana beliau telah dengan sengaja dan cuai menerbitkan artikel diblognya yang menghina Muslim, mengapa ia tidak didakwa dengan kesalahan menghina Islam oleh pihak berkuasa agama.

Beliau berkata tidak ada "fatwa" yang pemohon telah menghina Islam atau telah bertindak dalam cara bertentangan dengan prinsip Islam. "Soal sama ada pemohon telah menghina Islam merupakan perkara di dalam bidang kuasa eksklusif pihak berkuasa agama Selangor. Responden tidak boleh mengambil alih tugas itu. Walaupun responden mempunyai kuasa dalam hal keselamatan di bawah ISA, autoriti ini tidak memberi kuasa kepada responden menentukan isu berkaitan Islam. "Adalah perlu bagi responden mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa agama negeri atau mahkamah syariah bahawa tindakan yang diadukan itu satu penghinaan kepada Islam atau jika tidak, ia melanggar Islam sebelum ia boleh mengambil langkah di bawah ISA.

Atas alasan ini saja, penahanan itu perlu diisytiharkan tidak sah,"writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya dari tahanan di bawah ISA atas alasan penahanannya adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan. kata beliau. Raja Petra memohon Beliau menamakan menteri Datuk Seri Syed Hamid Albar, sebagai responden. Isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, dan dua orang anak perempuan mereka Sarah, 19, dan Suraya, 34, dan beberapa orang penyokong kelihatan berada di mahkamah. Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad berhujah bahawa penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 8 Akta berkenaan adalah sah dan mengikut undang-undang. Hakim Datuk Syed Ahmad menetapkan 7 Nov untuk keputusan mengenai permohonan habeas corpus itu.

[Nampak benar bahawa Syed Hamid sebenarnya menggunakan kuasanya untuk menghumbankan Raja Petra ke Kem Kemunting. Walhal, kes yang dihadapinya berhubung dengan penghinaan Islam dan Nabi Muhammad entah ke mana. Ternyata mereka sebenarnya mahu menyekat Raja Petra daripada terus membongkarkan penglibatan Najib dan Rosmah dalam hal berkaitan kes Altantunya. Tambahan pula sebelum itu Raja Petra telah membuat akuan sumpah yang cukup menggusarkan TPM itu. Maka itulah, jalan terbaik bagi menutup mulutnya itu akhirnya beliau tahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Apa yang aneh kejadian menghina Islam dan Nabi bila dilakukan oleh orang lain, tidak pula disumbat ISA seperti Ayah Pin, Rosnah Mat Aris, Rasul Melayu serta ramai lagi].


Posted at 12:20 am by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel  

Previous Page Next Page