5 Disember 2008 Tahun Lalu Maka Genaplah 10 Tahun Blog Ini Beroperasi Di Alam Siber | Domain Blog Ini Akan Ditukarkan Secara Rasmi Bermula Pada 10 April 2009 | Sila Gunakan Domain Baru kami Iaitu www.cucumatkilau.blogspot.com Atau www.cucumatkilau.co.cc | Sokongan Dan Perhatian Anda Amatlah Dihargai | Luahan Pendapat, Pandangan, Cadangan, Komen dan Artikel Untuk Di Siarkan, Sila Emailkan Ke cmk_pahang@yahoo.com | Terima Kasih Atas Sokongan Dan Harap Maklum











:: ANDA TETAMU KE ::

[ MULAI 5 DIS 1998 ]


   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

pahangdaily
Ukhwah.com :: Top Blog

Biodata



BIODATA - CMK dilahirkan pada 25 Mei 1971 di Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Namun begitu CMK hanya sempat tinggal selama 2 Tahun sahaja di Bukit Goh. Sekitar tahun 1973 keluarga CMK telah berpindah ke Felda Kenanga Jengka 7, Bandar Pusat Jengka (Kini Bandar Tun Razak Jengka) Pahang. Ayahanda CMK berasal dari Kg. Pulau Tawar, Jerantut Pahang iaitu Kampung asal tempat kelahiran Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau & Tok Gajah. CMK adalah dari keturunan Aki Mat Yunus Teh (Pewaris Kitab Salasilah 13 Keturunan Pulau Tawar) Manakala sebelah bonda pula berasal dari Kg.Salan, Gemencheh, Negeri Sembilan (Suku Biduanda dalam Adat Pepatih). CMK merupakan anak ke-3 dari 10 orang adik-beradik. CMK Dibesarkan dan mendapat didikan awal di Sek.Keb. Jengka 7, Maran (1978-1983), kemudian ke Sek.Men. Jengka 6, Maran (SRP 1984-1986) dan Sek.Men. Jengka 2, Maran (SPM 1987-1988) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara yang dulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Perak, di Bandar Baru Seri Manjung, Sitiawan dalam Jurusan Perancangan Bandar Dan Wilayah (1989-1991). Arwah ayahanda (Jamaluddin Md.Yunus) dan arwah bonda (Kamsiah Jamil) adalah merupakan bekas pemimpin kanan UMNO dan masyarakat yang amat disegani di tempat CMK (Felda Jengka 7). Namun, Alhamdullillah diakhir hayat mereka CMK berjaya mentarbiahkan mereka supaya kembali ke jalan yang benar serta menyokong perjuangan manusia yang ingin menegakkan Islam dan Keadilan di bumi ini. Ayahanda CMK adalah orang yangbertanggungjawab menubuhkan UMNO Cawangan Jengka 7 sejak tahun 1973(Kubu kuat BN DUN Chenor). Beliau memegang jawatan Ketua UMNO sejak 1973 sehingga menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 2001. Jawatan lain yang turut dipegang ialah Naib Pengerusi JKKR, Pengerusi PIBG, Pengerusi RELA, Pengerusi Koperasi, Belia dan lain-lain lagi. Ayahanda CMK juga merupakan orang kuat PAKIDA di Wilayah Jengka suatu ketika dulu. Bonda CMK pula adalah Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi GPW Felda hinggalah beliau meghembuskan nafas terakhir pada tahun 1999/ Al-Fatihah buat kedua orang tua CMK yang telah pergi ke rahmatullah


PEKERJAAN - Selepas tamat SPM 1989, CMK telah bekerja sebagai penoreh getah membantu orang tua di Felda Kenanga Jengka 7. Sekitar pertengahan tahun 1989 CMK telah berhijrah ke kotaraya Kuala Lumpur dan bekerja sambilan di Restoran makanan segera KFC di Jaya Jusco Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur selama 6 Bulan. Selepas itu sekitar penghujung 1989 CMK mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke ITM dalam Jurusan Perancangan Bandar Dan Wilayah. Selepas tamat pengajian sekitar penghujung tahun 1991, CMK bekerja kontrak di SCANS, anak syarikat Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) Jalan Semantan, Damansara Height, KL selama lebih kurang 6 bulan. Pada awal 1992 CMK balik ke Bumi Pahang Darul Makmur, dan bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di beberapa buah sekolah sekitar Wilayah Jengka. Antaranya ialah Sek.Keb Jengka 14, Sek.Men Jengka Pusat 2 (Depan Uitm Jengka Sekarang) dan yang terakhir di Sek.Men Jengka 6. Semasa menjadi guru juga CMK banyak melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Dimasa yang sama CMK juga telah mula bertugas secara sambilan sebagai Juruhebah (DJ) dan Pengacara Majlis (MC) dibeberapa buah pasaraya di sekitar Wilayah Jengka (Mat Sapak) dan Temerloh (Pelangi).
Pada 1 Julai 1995, CMK telah ditawarkan bekerja sebagai Juruteknik dengan sebuah jabatan kerajaan negeri di Kuantan, Pahang. 17 Jun 1995, sebelum melaporkan diri, CMK telah menyertai sebuah rancangan TV3, iaitu Sinaran Pasport Kegemilangan TV3. Biarpun gagal ke akhir, ia merupakan pengalaman yang paling manis dalam hidup CMK kerana telah membuat persembahan secara "Live" di kaca TV yang disaksikan oleh lebih 2 juta rakyat Malaysia ketika itu. Oktober 2003, CMK meletakkan jawatan 24 Jam dari jabatan kerajaan hinggalah ke hari ini. Perletakan jawatan tersebut disebabkan tekanan dan juga perjuangan yang tidak selaras dengan dasar-dasar kerajaan memerintah ketika itu. Biarpun pada awal 1999 CMK pernah diberi amaran untuk dipecat kerana membuat sokongan secara terbuka kepada Anwar Ibrahim. Namun, atas undang-undang dan peraturan,perkara itu tidak berlaku. Akhirnya CMK mengambil keputusan sendiri, kerana sudah jemu untuk bersekongkol dengan kerajaan berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyatnya di muka bumi ini. CMK adalah merupakan salah seorang kakitangan kerajaan Pahang yang membuat sejarah letak jawatan 24 jam ketika itu. Buat masa ini CMK banyak menjalankan urusan perniagaan dalam bidang pengurusan acara dan pengiklanan di sekitar negeri Pahang .


POLITIK - CMK tidak bercimpung secara aktif dalam politik seperti lain-lain pemimpin seangkatan sebelum ini. CMK lebih banyak berkhidmat di belakang tabir. Namun sejak dibangku sekolah lagi CMK telah aktif dalam bidang kepimpinan termasuk menjadi Pengerusi dan Setiausaha kelab / persatuan di sekolah. CMK adalah Ketua Pengarang majalah sekolah (JAYA) dan asrama (SINAR) di Sek.Men Jengka 2 ketika itu (1987-1988). Di ITM, CMK juga pernah memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar (Naib Yang DiPertua) untuk sesi 1990-1991, dan menjadi Setiausaha beberapa buah Kelab dan persatuan. CMK telah dipecat dari jawatan tersebut akibat menjalankan penyiaran "Radio Haram" di kampus. (Teringat kat rakan-rakan di ITM Perak, Seri Manjung .. Mitnite Radio still in my memories)
CMK juga aktif dalam bidang kemasyarakatan di kampus dan juga di tempat tinggal. Pernah terlibat dalam beberapa buah NGO seperti ABIM, Majlis Belia Negeri Pahang dan jawatan terakhir sebagai Pengarah Keahlian Dewan Muda, Dewan Perniagaan Malaysia Negeri Pahang. Namun, selepas itu CMK meletakkan jawatan bagi menumpukan sepenuh masa dalam bidang perniagaan.
CMK juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha UMNO Cawangan selama beberapa penggal kemudian meletakkan jawatan setelah pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Sejarah terpahat, biarpun tidak terlalu aktif berpolitik CMK telah dipilih sebagai calon pilihanraya DUN Lepar, Pahang atas tiket Parti Keadilan Nasional pada pilihanraya umum ke-10 (2004). Namun akibat kepincangan dan kecelaruan yang berlaku dalam parti di peringkat bahagian, CMK akhirnya menarik diri disaat-saat akhir dan memberi laluan kepada calon PAS dalam pilihanraya umum itu. CMK kemudiannya mula melepaskan jawatan secara rasmi dari Keadilan pada bulan Mac 2004, jawatan terakhir yang disandang ialah Ketua Pemuda Keadilan Paya Besar, Pahang. Namun begitu, masih mempunyai hubungan yang rapat dengan kepimpinan kanan parti samada peringkat bahagian maupun pusat sehingga ke hari ini. Selepas meletak jawatan dari Keadilan, CMK telah beberapa kali dipujuk untuk menyertai UMNO. Namun atas dasar perjuangan, CMK masih lagi konsisten biarpun terdapat banyak tentangan dan halangan yang dihadapi.

center>

TERKINI - CMK telah dipilih oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Kerusi DUN N.39 Kemayan dalam kawasan Parlimen Bera, Pahang. Walau bagaimana pun CMK telah kecundang ditangan Calon BN. Biarpun tewas, CMK amat berpuas hati kerana kalah yang bermaruah. Terima kasih buat semua pengundi di DUN Kemayan. Apapun CMK amat yakin kemenangan sudah semakin hampir buat Barisan Alternatif. Tahniah buat semua rakan-rakan yang telah berjaya menang dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Teruskan perjuangan !! Buat rakyat di DUN Kemayan yang menyokong CMK, terima kasih diucapkan. semoga perubahan dapat dilakukan demi masa depan !

PENULISAN KREATIF - CMK sebenarnya tidak mempunyai asas menulis secara formal. Cuma di sekolah CMK banyak memenangi hadiah dalam bidang penulisan. Pernah juga memenangi hadiah untuk peraduan penulis Esei pendek anjuran Esso-Gapena pada tahun 1989 atas tajuk "Komuter, Atasi Kesesakan Di Kuala Lumpur". CMK mula berkarya dan terlibat dalam bidang penulis reformasi sejak tahun 1998 lagi. Pada awalnya CMK menggunakan nama pena danielMS, namun akhirnya menukarkan kepada Cucumatkilau sehingga kekal ke hari ini. Minat menulis timbul atas dasar ingin turut menyumbangkan tenaga kepada perjuangan biarpun dari belakang tabir. Tulisan CMK lebih banyak berdasarkan kepada pengamatan dan minda CMK sendiri. Biarpun tidak mempunyai apa-apa tauliah dalam bidang penulisan, namun bakat yang ada secara semula jadi dalam diri ini telah menjadikan tulisan CMK turut diminati oleh para pembaca. CMK juga pernah menjadi penulis jemputan dalam beberapa buah akhbar tabloid mingguan seperti Media Terkini, Mingguan Misteri dan banyak lagi dan kini masih menulis untuk membela rakyat , dan tulisan CMK banyak tersiar dalam ruang forum pembaca di Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan sebagainya. Biarpun banyak pihak yang menghentam dan mengkritik cara penulisan CMK. Namun bagi cucumatkilau selagi darah perjuangan masih mengalir dalam diri ini, maka selagi itulah CMK akan terus berkarya hingga ke akhir hayat. Selain daripada penulisan CMK juga meminati bidang lukisan terutamanya karikatur & Komik. Pernah juga menjadi kartunis sambilan di beberapa buah majalah komik suatu ketika dulu.Biarpun ramai yang sememangnya telah mengenali CMK, namun bagi sebilangan besar diantara pembaca masih tertanya-tanya siapakah cucumatkilau. CMK sebenarnya pernah menjadi Juruhebah dalam beberapa buah stesyen radio swasta dan kerajaan di negara ini, namun CMK dipecat akibat sikap pro-pembangkang. CMK pernah mengendalikan rancangan "Kuantan Express" di RTM Pahang hingga tahun 1999. Pengalaman manis CMK ialah ketika menjadi Juruhebah yang bertanggungjawab menceriakan Majlis Perkahwinan Puteri Reformasi Nurul Izzah di Bukit Damansara suatu ketika dulu. Hingga ke hari ini CMK masih menjalankan tugas sebagai Juruhebah dan Pengacara Majlis untuk program-program keramaian rasmi dan tidak rasmi di seluruh negara

BLOGGER - CMK mula menulis artikel di laman blog sejak 5 Disember 1998 iaitu sebulan selepas Anwar di pecat dari UMNO dan kabinet. Ini bermakna hingga saat ini, CMK sudah 10 tahun menjadi Blogger. Bukan keuntungan atau gaji lumayan yang dicari. Tiada siapa yang membayar kerja-kerja CMK sejak sekian lama. Namun, demi perjuangan inilah sahaja suara CMK, kerana CMK tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam parti, NGO atau sebaginya. Biarpun banyak rintangan dan dugaan, namun berjaya ditempohi. Setakat ini CMK sudah menulis lebih dari 500 artikel yang disiarkan juga dalam laman-laman reformasi yang lain seperti tranungkite, marhaen dll. Sepanjang menjadi blogger, satu tragedi telah berlaku pada tanggal 25 Disember 2008 lalu apabila CMK telah ditangkap secara ganas oleh 8 orang anggota polis di Kuantan. Rumah , laptop, HP dan kenderaan CMK dirosakkan dan diceroboh. Berkat sokongan dan darah perjuangan Pahlawan Mat Kilau yang mengalir, CMK berjaya mengatasi dugaan ini. Berita penangkapan CMK boleh dilihat di SINI, atau taipkan sahaja "tangkapan blogger cucumatkilau" atau "blogger wanted" di yahoo/google search engine. Selagi hayat dikandung badan CMK akan terus menulis biarpun pahit untuk ditelan.

SENSASI - CMK telah berjaya menjadi orang awam ke-5 yang berjaya masuk ke dalam Mahkamah Persekutuan semasa mahkamah menjatuhkan hukuman 9 tahun penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, artikel "Perbicaraan Anwar Dari Sebalik Tirai Orang Awam" telah disiarkan dalam akhbar Harakah. Artikel
"Bukti Jelas Mengapa BN/UMNO Perlu Ditolak" tulisan CMK juga telah disiarkan dalam makalah BULETIN PENDANG & ANAK BUKIT semasa Pilihanraya Kecil di kawasan tersebut. Tulisan tersebut benar-benar membakar perjuangan dan menjatuhkan imej BN/UMNO sebenarnya. CMK kini sedang sibuk menyiapkan beberapa buah buku yang berkaitan dengan sejarah, politik dan usahawan. CMK juga banyak terlibat dalam penerbitan beberapa buah artikel yang berkaitan dengan Pahlawan Mat Kilau. CMK adalah satu-satunya keturunan Mat Kilau yang masih menyimpan "Buku Kanun Sejarah Salasilah 13 Generasi Pulau Tawar : Mat Kilau" hingga ke hari ini


MATLAMAT - CMK bukanlah dilahir sebagai seorang yang harus menjadi pemimpin utama seperti rakan-rakan yang lain. CMK lebih suka berada di belakang tabir demi meneruskan perjuangan untuk mendaulahkan Islam dan keadilan di bumi Malaysia tercinta ini. CMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberikan sokongan untuk CMK terus berkarya sejak dulu, kini dan selamanya. Perjuangan harus diteruskan untuk agama, bangsa dan negara. Perubahan harus dilakukan demi masa depan anak-anak dan generasi kita akan datang. CMK ingin sekali melihat negara ini benar-benar mengamalkan pemerintahan secara demokrasi seperti yang telah termaktub dalam undang-undang tubuh negara sejak merdeka lagi. Rakyat harus terus dibela daripada menanggung derita buat selama-lamannya. Perjuangan untuk melakukan perubahan harus diteruskan. Salam Perjuangan yang abadi dari CMK seisi keluarga.


[ VIDEO TANGKAPAN ]


Perhatian: Anda Ada Masa Klik Pada Iklan-Iklan Yang Dipaparkan Di Sini. Kami Akan Dibayar Bila Anda Klik Sini. Itu Sahaja Sumbangan Yang Boleh Anda Lakukan Secara Percuma Untuk Bantu Dana Blog Ini. Terima Kasih Atas Sokongan


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, April 10, 2009
Pengumuman Khas Perpindahan Blog CMK

ASSALAMMUALAIKUM WBT DAN SALAH SEJAHTERA

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA MULAI HARI INI, BLOG INI TELAH DITUTUP DAN SEMUA ARTIKEL YANG DIPAPARKAN TIDAK AKAN DIKEMASKINI LAGI DISINI. JUSTERU ITU SILA BERKUNJUNG KE BLOG TERKINI CUCUMATKILAU

www.cucumatkilau.blogspot.com

UNTUK MENGIKUTI TULISAN DAN ARTIKEL TERKINI CMK. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA PEMBACA SETIA BLOG INI. NAMUN BEGITU BLOG INI TIDAK AKAN DITUTUP DAN BOLEH DIJADIKAN SUMBER RUJUKAN UNTUK MENDAPATKAN ARKIB BERITA CUCUMATKILAU

TARIMA KASIH, HARAP MAKLUM


Posted at 01:34 pm by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel  

Friday, December 26, 2008
.

Eksklusif: Masa Untuk Berubah Sudah Tiba, Dato' Fauzi Optimis Pakatan Rakyat Bakal Memerintah Pahang Selepas Pilihanraya Umum Ke-13 Nanti !!

KUANTAN - Bekas Timbalan Menteri Datuk Fauzi Abdul Rahman, bukanlah nama asing dalam politik Pahang. Malah namanya pernah ‘meletup’ pada satu ketika dulu apabila mengambil tindakan berani membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Penerangan yang juga Setiausaha Agong Umno ketika itu Tan Sri (Tun) Khalil Yaakob pada 2001 berkaitan penyelewengan balak negeri Pahang. Namun begitu selepas nama bekas Adun Beserah itu tersingkir daripada senarai calon pilihan raya umum (PRU) 2004, namanya seolah-olah dilupakan. Bagaimana pun selepas meninggalkan Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jun lalu, namanya kembali menjadi sebutan. Pada 20 Disember yang baru lalu pula Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang yang baru menggantikan Zakaria Abdul Hamid yang mengisi jawatan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PKR Pusat. Fauzi, 62, yang dianggap membuat ‘come back’ dalam politik negeri ini dan meninjau pendapatnya dalam beberapa isu terutama melibatkan negeri Pahang. Antara yang membuatkannya tidak dapat berdiam diri ialah melihat cara menguruskan negeri ini yang dianggapnya tidak competent, accountable dan transparent. Menurutnya, keadaan inilah yang menyebabkan Pahang sedang menghadapi kemelut dan masaalah kewangan yang tenat.

Ini terbukti dengan pembentangan bajet baru-baru ini yang mengalami defisit menghampiri RM100 juta untuk tahun kesebelas berturut-turut. Sedangkan pada masa yang sama hutang kerajaan negeri dikatakan telah mencecah RM 1.5 billion. Ini ditambah lagi dengan Kerajaan Pahang hari ini diselubungi pelbagai isu seperti disaman RM60 juta, anak-anak syarikat kerajaan negeri tak pernah untung dan terbaru peristiwa memalukan penyitaan Astana Golf Club (milik PKNP) kerana gagal membayar hutang Agro Bank. “Saya sedikitpun tidak terkejut dengan keadaan begini, malahan pada tahun 2001, semasa saya membuat laporan polis atas kepincangan pengurusan kewangan kerajaan negeri ketika itu, saya telah meramalkan bahawa Pahang akan menghadapi kemelut dan masalah kewangan dalam tempoh masa 10 hingga 15 tahun’. “Dalam bahasa kasarnya, Pahang akan muflis. Telahan saya ternyata benar. Tetapi, ketika itu Umno cop saya sebagai penderhaka dan pengkhianat,” kata Fauzi. Berbalik kepada isu situasi kewangan negeri ini, Fauzi yang juga Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pertama itu berkata, Pahang bernasib baik mendapat ihsan kerajaan pusat yang boleh bertolak ansur tidak membayar hutang. Malahan kerajaan pusat terus memberi pelbagai kemudahan kewangan dan pinjaman.

Tidak Competent, Accountable Dan Transparent

“Saya percaya semua ini terjadi kerana tidak adanya competent, accountable dan transparent dalam amalan pengurusannya. Saya nampak penyelesaiannya tetapi selepas Kerajaan Negeri Pahang ditadbir oleh PR. Sebab selagi masih di bawah Umno/BN pemimpinnya tidak serius menyelesaikannya”. “Saya beri jaminan kepada rakyat negeri ini, kerajaan PR mampu mengubah trend ini dan mampu mengembalikan ekonomi negeri Pahang sebaik mungkin. Mengapa tidak? Semasa kerajaan negeri di pimpin oleh orang-orang yang tidak berpendidikan tinggi seperti Ayah Engku Wan Aziz, Tan Sri Yahaya Md Seh, Dato Haji A Aziz Ahmad dan Dato Mohammad bin Jusoh, dalam tahun 50an dan 60an, Pahang ada simpanan rizab melebihi RM200 juta”

“Tahun 2009 akan lebih mencabar dan lebih getir. Pahang memiliki lading-ladang kelapa sawit dan getah terbesar di Malaysia. Komoditi akan terus tidak menentu. Harga barangan tidak turun setimpal dgn harga minyak dan masih di paras yang tinggi buat ketika ini. Kerajaan Pusat menghadapi pendapatan yang jauh merosot dan tidak mampu membantu kerajaan-kerajaan negeri lagi,” jelas Fauzi. Apakah wujud peluang bagi PR mengenepikan BN dan seterusnya mentadbir Pahang selepas PRU 13? Sedangkan Pahang merupakan kubu kuat Umno? Ini terbukti pada masa tempat-tempat lain berlaku tsunami politik pada PRU 12, Pahang masih mengekalkan status quonya sebagai kubu Umno tanpa perubahan. Bagi Fauzi , secara peribadi beliau merasa yakin PR boleh membentuk kerajaan di negeri Pahang selepas PRU 13 nanti. Katanya ini berdasarkan perubahan rakyat negeri ini yang menerima PR dan sambutan rakyat di lima negeri di bawah PR kini yang dilihat berkebajikan dan mesra rakyat.

Mesra, Dato' Fauzi diapit oleh Anwar dan Zakaria di sebelahnya ketika pengumuman beliau menyertai PKR satu ketika dulu.

“Memang media arus perdana tidak henti-henti menidakkan kejayaan kerajaan-kerajaan di lima negeri PR. Yang penting ialah perasaan sebenar rakyat. Saya yakin rakyat lebih selesa di bawah pemerintahan PR daripada pemerintahan BN. Saya yakin juga rakyat sekarang lebih cerdik dan lebih bermaklumat”. “Kita sedar BN lebih superior dari segala sudut “Man, Machinery, Money and Media”. Namun mitulah cabaran bagi saya dan kawan-kawan dalam parti komponen PR. PKR dan PAS serta DAP berazam meningkatkan kesedaran rakyat bahawa Pakatan Raayat adalah parti yang viable dan merupakan parti masa depan yang mampu mentadbir negeri ini lebih cemerlang lagi”. Beliau berkata Kita rakyat tahu bahawa kehadiran kami memberi manfaat kepada rakyat jelata keseluruhan nya. We will form a more competent, more accountable, more transparent and a more inclusive Government. Mesej kami ialah kerajaan dibawah PR adalah kerajaan milik raayat. Rakyat adalah bos kepada Menteri Besar, bukan sebaliknya di mana persepsi hari ini adalah Menteri Besar bos dan rakyat hanya perlu akur kepada segala seruan”.

Roadshow Bertemu Rakyat Di Seluruh Pahang

Meski pun begitu Fauzi mengaku tugas ini adalah berat disebabkan kekangan media arus perdana elektronik dan cetak. Sedangkan informasi dari teknologi maklumat juga terhad. Cara yang ada ialah bersemuka dengan rakyat. Ini bermaana PR terpaksa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri memberi maklumat kepada raayat supaya rakyat ada pilihan. “Ini tidak mematahkan semangat kami. Kami yakin bahawa raayat dahagakan informasi. Kami menerima undangan demi undangan dari seluruh Pahang dan saya bersama rakan seperjuangan tidak akan menghampakan raayat Pahang. Kami berazam turun ke padang dan sebab itu masyarakat melihat aktiviti penerangan kami berjalan secara berterusan, tiada nokhtah. Orang putih kata, Good things dont come easy. Pepatah Melayu pula menyatakan di mana kan dapat sagu jika tidak dipecah ruyungnya”. Mengenai perbezaan yang mungkin wujud dalam parti-parti komponen PR, Fauzi mengakuinya namun baginya itu bukannya satu keanehan. Katanya di dalam BN, parti-parti komponennya juga memiliki perbezaan yang ketara sebagai contoh Umno memperjuangkan kepentingan Melayu, MCA kepentingan Cina dan MIC kepentingan India. Laungan isu ketuanan Melayu oleh Umno juga tidak disenangi oleh MCA dan MIC.

“Contoh yang kedua, ialah berkenaan dengan sekolah satu aliran. Ada pemimpin dan ahli Parlimen Umno minta supaya diwujudkan hanya satu aliran. Ada pemimpin Umno mendesak supaya ditutup sekolah selain daripada aliran Bahasa Melayu. Apa pendirian MCA dan MIC dalam hal ini? “Dalam PR, kita mengambil jalan persamaan. Persamaan dalam ketiga-tiga parti adalah cukup jelas dan nyata. Persamaan itu besar. PR tidak akan memperkecilkan persamaan yang besar dan tidak akan memperbesarkan perbezaan yang kecil. Perjuangan PKR adalah berasakan kepada keadilan. Perjuangan DAP adalah social justice iaitu keadilan sosial. Perjuangan PAS adalah Islam dan asas kepada kepimpinan dan pemerintahan Islam adalah keadilan. Ini merupakan asas yang paling utama dalam kehidupan dan ketiga-tiga parti memperjuangkannya”.

“Akhirnya saya ingin menyeru dan mengajak rakyat negeri Pahang memikirkan dengan sedalam-dalamnya di atas keadaan di negeri ini. Rakyat harus menganggap kehadiran PR adalah sesungguhnya untuk memudahkan urusan mereka. Kita bukan berhasrat untuk menumbang Kerajaan, kita berhasrat untuk menubuhkan Kerajaan dan menggantikannya dengan kerajaan baru yang pada khidmat saya pastinya lebih baik dari yang ada. Negeri Pahang berada dalam keadaan bahaya dan kelemahan pemerintahan akan akhirnya menyulitkan kehidupan rakyat. Kami tawarkan diri kami sebagai alternatif”. “Ibarat kata pisau di tangan rakyat timun pun di tangan rakyat. Dalam demokrasi, sesungguhnya rakyat adalah tuan. Berjumpa lagi disatu masa dimana Pakatan Rakyat menjadi kerajaan dan BN menjadi pembangkangnya!”. Sumber : Sidang Online & Pahang Daily

[Biarpun perlantikan Dato' Fauzi mencetuskan kontroversi dan berbagai spekulasi yang timbul selepas perlantikan itu, namun hakikat harus diterima oleh semua pihak secara profesional. Arus perubahan yang melanda memerlukan kepimpinan baru dalam masa yang sama ia bukanlah bererti menolak kepimpinan sedia ada. Kami terkadang hairan dengan sikap sesetengah pihak yang melatah dengan perlantikan tersebut. Seolah-olah parti PKR adalah hak milik mutlak individu tertentu. Pemimpin bisa datang dan pergi, maka itu kita harus menerima angin perubahan tersebut. Inilah yang dinamakan reformasi. Jika ada yang tidak berani menghadapi situasi sebegini maka akan rosaklah masa depan perjuangan mereka sendiri selepas ini. Kami tidak mahu berpihak kepada sesiapa dalam hal ini. Namun keputusan telah dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dan dipersetujui oleh semua pihak. Namun kenapa harus ada yang melenting dan memberontak hingga boleh mengundang musuh kelak].


Posted at 07:37 pm by Cucu Mat Kilau
Comments (6)  

Monday, December 15, 2008
.

Eksklusif: Bongkar, Mentiga Corporation Berhad Sebuah Lagi Anak Syarikat Kerajaan Pahang Yang Bakal Gulung Tikar Gara-Gara Penyelewengan !!


PEKAN - Setelah beberapa siri pembongkaran dibuat terhadap isu rasuah korupsi, kronisme dan penyelewengan dibuat terhadapan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang baru-baru ini, maka kami amatlah berharap agar rakyat Pahang yang berada di seluruh dunia dapat menerima maklumat sebenar dan menghebahkan kepada rakan-rakan yang lain tentang perkara ini. Selama ini, tidak banyak pihak yang sanggup tampil ke depan bagi menyatakan kebenaran biarpun ia terlalu pahit untuk ditelan. Kami beranggapan itu adalah asam garam kehidupan, mana mungkin mereka yang terlibat dengan semua itu berani menyatakan kebenaran biarpun "hingga ke titisan darah yang terakhir". Mereka ini lebih rela mati dalam "kekotoran dan kelalutan" hanya sebuah kemewahan dan keseronokan duniawi yang dimiliki hari ini. Justeru itulah, kami tidak hairan pabila segala pembongkaran yang dilakukan oleh PDO selama ini dianggat sebagai fitnah, fiksyen, dongeng dan pembohongan oleh puak-puak UMNO juga Barisan Nasional. Mungkin mereka terkejut kerana selama ini rakyat Pahang hanya berdiam diri melihat segala kepincangan yang berlaku. Namun, dengan adanya wadah perjuangan seperti PDO ini ia diharap dapat menjadi satu sumber dan peluang terbaik untuk kita membongkar serta membicarakan tentang segala kerakusan dan ketirisan kewangan yang berlaku dalam Kerajaan Negeri hingga menyebababkan bajet yang dibentangkan saban tahun senantiasa mengalami defisit. Ini bukan kesalahan yang terletak di bahu Menteri Besar Pahang sendiri, tetapi sebaliknya adalah barisan pentadbiran (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) yang pincang dan gagal berfungsi dengan baik sebenrnya. Mereka merahsiakan apa yang harus didedahkan untuk makluman dan tindakan pihak berkenaan, bahkan lebih rela bersekongkol demi sebuah kehidupan yang telah mengorbankan nasib rakyat dan generasi akan datang.

Pembongkaran terbaru yang ingin kami dedahkan ini lebih panas dan sensasi daripada yang kita dengar sebelumnya. Ini berkaitan dengan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, iaitu Mentiga Corporation Berhad yang mana adalah salah sebuah syarikat yang cukup terkenal di negeri ini dulu dalam urusan pembalakan, kilang pengeluaran kayu, pengeluaran hasil berasaskan perkayuan seperti papan lapis, plywood, softwood, hardwood, perladangan sawit, penasihat perladangan dan pelaburan. Difahamkan, syarikat ini banyak mendapat kontrak kerajaan, namun sejak puluhan tahun yang lalu Mentiga Corpration Berhad ini, didapati sebuah syarikat yang "Gagal" dan "hidup segan mati tak mahu". Hampir 400 orang pekerja syarikat ini yang kini beroperasi di Pekan Pahang dikatakan hanya "makan gaji buta" tanpa ada sebarang operasi bersepadu yang melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri itu. Menurut laporan, pihak pengurusan tidak berani untuk memecat dan menamatkan kontrak pekerja terbabit kerana khuatir dengan bayaran pampasan yang besar kerana sebahagian daripada mereka sudah bekerja di situ sejak puluhan tahun yang lalu. Maka itulah, pihak Mentiga terpaksa memelihara kesemua pekerja terbabit biarpun operasi syarikat berkenaan sudah tidak berfungsi dengan memuaskan sejak beberapa tahun yang lalu.

Kilang operasi Mentiga Corporation Berhad ini, boleh didapati di Peramu Jaya, Pekan. Ia tersergam indah disitu disamping deretan industri yang lain di pintu masuk ke Pekan Bandar DiRaja itu. Namun, tidak ramai yang mengetahui rahsia sebenarnya yang terdapat dan melibaitkan syarikat tersebut kerana kebanyakannya mungkin hanya mendengar "khabar angin" dan cerita belakang daripada pihak-pihak berkenaan. Mungkin juga puak-puak UMNO dan BN Pahang sendiri gagal untuk menjejaki kisah dibelakang tabir Mentiga ini, atau mereka sudah tahu tetapi "dipekakkan telinga" masing-masing sejak dulu, kini dan selamanya. Maka itulah kami telah mengarahkan krew kami di Pekan untuk menjejaki dan mendapatkan maklumat terkini tentang syarikat ini buat tatapan pembaca sekelian. Ini adalah satu tamparan hebat yang bakal dianggap dongeng, fiksyen dan pembohongan oleh mereka yang tidak mahu menerima kebenaran selepas ini. Kami yakin, ia pasti berlaku terutamanya bagi golongan pengampu yang berjuang untuk kepentingan peribadi dan periuk nasi masing-masing. Maka itu, demi "rakyat yang tidak berdosa" kami mengambil peluang ini untuk memaparkan beberapa kisah menarik yang pasti meruntun jiwa kita semua selepas ini.


Gaji Pengarah Urusan RM38,000 Sebulan

Kami difahamkan, biarpun Mentiga Corporation Berhad tidak beroperasi dan berfungsi dengan baik sejak puluhan tahun lalu. Namun, agak menghairankan pabila mendapat laporan bahawa gaji yang diperolehi oleh Managing Director (Pengarah Urusan) syarikat terbabit yang dikenali sebagai Encik Muhammad Nasir mencecah sehingga RM38,000 sebulan. Itu belum lagi termasuk segala elaun dan insentif lain. Bayangkan, kemungkinan besar pendapatan purata yang diperolehinya ialah antara RM40,000 hingga RM50,000 sebulan. Ini adalah suatu pembaziran wang rakyat yang amat nyata. Tambahan pula syarikat terbabit adalah merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Pahang. Gaji yang diterima oleh Pengarah Urusan itu lebih tinggi daripada yang diterima oleh Pengarah Urusan hatta Pengurus Besar agensi lain sekali pun. Kami difahamkan Pengurus Besar, Amanah Saham Pahang (ASPA) yang lebih banyak bidang perniagaannya sekalipun tidak sampai mencecah RM20,000 sebulan. Ini amatlah mengecewakan rakyat sebenarnya. Kenapakah perkara ini dibiarkan?. Harapan kita agar YAB Menteri Besar Pahang selaku ketua pentadbiran negeri dapat memantau perkara ini. Mana mungkin gaji seorang Pengarah Urusan syarikat yang gagal beroperasi dengan baik boleh mencecahh sebegitu tinggi diketika kegawatan dan kemelesetan ekonomi global yang sedang melanda mutakhir ini. Perkara ini perlu dibongkarkan dan didedahkan kepada rakyat!!

Mengubah Skop Perniagaan Dari Bidang Asas

Mentiga Corporation Berhad juga kini dipercayai telah mengubah skop bisnesnya daripada bidang asas perkayuan kepada perlombongan dan perumahan. Ini amatlah tidak bertepatan degan fungsi asal syarikat terbabit yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pahang selama ini. Walhal, dalam bidang perkayuan selama ini, Mentiga muncul sebagai sebuah syarikat gergasi yang amat digeruni di negeri Pahang termasuk di Malaysia amnya. Namun kini, mereka telah mengubah skop bisnes tersebut demi kepentingan periuk nasi beberapa kerata pemimpin tertentu. Ini perlulah dikaji dengan teliti, kerana kepakaran yang ada kepada mereka ialah dalam bidang perkayuan sebenarnya. Memang tidak janggal dan strategi bisnes, mana-mana syarikat mengembangkan operasi perniagaan mereka untuk mencari keuntungan. Namun, Mentiga Corporation mengubah skop dalam keadaan mereka mengalami kerugian dan membazirkan wang rakyat. Mereka juga telah disabitkan dengan penyelewengan pembinaan perumahan di Perkampungan Sungai Isap Damai, Kuantan dulu. Di mana akibat masalah tersebut, hingga kini kawasan terbabit mengalami banjir besar dan terburuk pada tahun 2001 yang lalu. Penghuni rumah dikawasan berkenaan sebelum ini berhasrat untuk menyaman pemaju terbabit iaitu Mentiga Corporation Berhad, namun campurtangan pihak atasan menyebabkan ia gagal dilakukan. Maka, kini para penduduk di kawasan terbabit terpaksa hidup dalam "trauma". Semua ini dilakukan gara-gara penipuan urusan pembinaan kawasan terbabit yang "penambunan tanahnya" dibuat rendah dari yang sepatutnya. Kami turut mendapat maklumat bahawa syarikat ini juga akan diberikan hak untuk membangunkan projek kedai perniagaan diatas tapak tanah "Matau di Bandar Jengka" yang kecoh menjadi isu sekarang ini. Apakah syarikat yang gagal seperti ini berjaya mendapat projek-projek anugerah oleh Kerajaan Negeri seperti itu?

Kawasan Pembalakan 24,000 Ekar Diseleweng

Mentiga Corporation Berhad difahamkan telah menerima banyak kawasan pembalakan daripada Kerajaan Negeri Pahang. Ia dipercayai akibat hubungan "Akrab" antara Pengarah Urusan syarikat terbabit dengan seorang individu yang tertaraf "Adik Menteri Besar Pahang". Pihak Badan Pencegah Rasuah dimintan agar menyiasat perkara ini demi kepentingan rakyat Pahang secara keseluruhannya. Difahamkan atas desakan "Adik MB" maka, Mentiga mendapat kelulusan kawasan balak yang luas. Antara kawasan terbabit ialah 12,000 ekar di kawasan Hutan Simpan Berkelah, Paya Bungor, Maran pada tahun 2006. Manakala satu lagi kawasan terbaru ialah di kawasan Hutan Sg.Rimau, Sungai Lembing yang luasnya juga adalah 12,000 ekar. Masalahnya disini ialah kelulusan balak 12,000 ekar dikawasan terbabit, tetapi tiada satu batang balak pun yang dihantar untuk diproses di Kilang Mentiga Corporation Berhad yang terletak di Pekan Pahang. Ini amatlah memusykilkan !! Ke mana pergi kayu balak terbabit?. Apakah ada perompak yang telah membawa lari balak itu sebelum ia sampai ke kilang?. Jika ada sekalipun, maka mungkin kesemua sekali dicuri. Rakyat Pahang harus tahu kisah ini sebenarnya. Manakala itu bagi kawasan balak di Sg.Rimau, Sungai Lembing pula ia dipercayai diluluskan untuk urusan perladangan Kelapa Sawit. Namun penyelewengan telah berlaku apabila 12,000 ekar hutan balak dibawa keluar tetapi hanya 3,000 ekar sahaja yang ditanam kelapa sawit , termasuk hutan. Inilah bukti jelas bahawa harapan yang terletak dibahu rakyat Pahang telah diselewengkan oleh pihak terbabit sebenarnya. Hubungan rapat antara Pengarah Urusan dengan Adik MB menyebabkan YAB Menteri Besar Pahang terpaksa memberi kawasan berkenaan kepada syarikat terbabit. Apakah MB pernah menyiasat penyelewengan ini?.

Pembaziran Wang Mesyuarat Di Luar Negara

Mentiga Corporation Berhad adalah syarikat milik Kerajaan Negeri Pahang. Maka sepatutnya segala operasi dan perjalanan syarikat terbabit perlulah diteliti dan dipantau oleh YAB Menteri Besar Pahang. Dato' Seri Adnan Yaakob. Beliau kononnya "jijik" dengan amalan rasuah "politik wang dalam UMNO". Tetapi dalam masa yang sama beliau lupa betapa banyaknya amalan rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam urusan pentadbirannnya selama ini. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kami kepada rakyat Pahang untuk membongkar segala kepincangan yang berlaku ini. Supaya beliau celik mata dan mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan ini. Langkah pembaziran wang rakyat terus berlaku setiap bulan di Mentiga Corporation Berhad ini. Biarpun mereka dilihat "hidup segan mati tak mahu" di Pekan Pahang. Namun kenapa pejabatnya tersergam indah di Kuala Lumpur. Tidak bolehkan Mentiga membina pejabat di ibu negeri Pahang di Kuantan?. Ini semua adalah untuk pembaziran yang nyata sebenarnya.Tambahan pula semua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat difahamkan senantiasa mengadakan mesyuarat pengurusan di luar negara. Apa yang mereka buat sebenarnya?. Lokasi pilihan ialah di Pulau Bali Indonesia. Mesyuarat mungkin hanya sehari sahaja, tetapi masa yang diperuntukan ialah 4 hingga 5 hari untuk tujuan bersantai sambil "bermain golf". Bukankah ini satu pembaziran wang rakyat sebenarnya. Tidak bolehlah mereka bermesyuarat di dalam negara?. Dalam usaha kerajaan untuk berjimat cermat dan belanja prihatin, mereka di Mentiga Corporation Berhad sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk tujuan itu.

Harapan Rakyat Pahang Kepada Kerajaan Negeri

Justeru itu, dengan pendedahan ini besarlah harapan kami agar perkara ini dapat disiasat oleh YAB Menteri Besar Pahang, selaku ketua negeri. Tambahan pula Mentiga Corporation Berhad adalah Anak Syarikat Kerajaan Negeri sendiri. Soal fitnah dan fiksyen tidak harus ditimbulkan disini oleh pihak-pihak berkaitan. Cukuplah kami nyatakan bahawa banyak lagi fail-fail sulit melibatkan kepimpinan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang akan didedahkan selepas ini. Justeru itu, sila prihatin nasib rakyat Pahang yang ramai lagi yang terpaksa menderita dan berada di paras kemiskinan "tegar" seperti yang didedahkan oleh pihak media selama ini (foto). Kami amat sedih dengan apa yang berlaku. Rakyat tersiksa dan menderita, sebaliknya ada pihak yang bersuka ria dan bergembira merompak dan menyelewengkan wang rakyat sesuka hati mereka. Apakah ini namanya "Tradisi Membela Rakyat". Kami tahu, akan ada pihak yang diupah akan mempertahankan lagi kisah yang kami dedahkan ini. Namun begitu, jangan sampai kami membongkarkan lebih banyak penyelewengan selepas ini. Kepada YAB Menteri Besar Pahang sendiri, kami harap anda mengotakan janji anda bahawa tidak akan melibatkan "kroni, adik beradik" atau sesiapa sahaja saudara menikmati kekayaan dan projek kerajaan. Namun kini, setelah dua pendedahan dibuat, ternyata kedua-duanya melibatkan "Adik Menteri Besar Pahang" itu sendiri iaitu dalam kes Astana Golf dan Mentiga Corporation ini. Maka itu, jangan hanya "indah khabar dari rupa", kerana ada rakyat prihatin yang akan bangkit untuk menegakkan kebenaran. Kami juga mendapat maklumat bahawa Pengarah Urusan Mentiga Corporation bukanlah "Anak Jati Pahang" sebaliknya adalah orang luar dan merupakan bekas pengurus sebuah bank sebelum ini.

Dato' Seri, Jadilah MB Untuk Rakyat Pahang


Dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan ini, maka kami sebagai rakyat prihatin menyeru supaya YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dapat berubah minda dan fikiran selepas ini. Anda dipilih oleh rakyat menerusi cara demokrasi pilihanraya. Maka itu anda menang dan memerintah. Rakyat yang mengundi anda atau tidak adalah "Rakyat Pahang" yang perlu anda bela. Jangan jadikan mereka yang menyokong pembangkang sebagai "musuh". Pembangkang bukan "komunis" yang mahu senantiasa di "attack". Anda harus jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Ingatlah, tugas sebagai Khalifah di muka bumi ini amatlah berat untuk ditanggung. Jangan terikut-ikut dengan budaya UMNO dalam kerajaan. UMNO, PAS, PKR, DAP dan sebagainya adalah parti semasa pilihanraya. Selepas pilihanraya semua rakyat Pahang adalah "amanah anda". Kenapa harus dibeza-bezakan dari segi kebajikan, peruntukan, pertolongan serta lain-lain kemudahan?. Apakah anda fikir anda akan hidup sampai bila-bila?. Ingatlah "mati" itu akan menjemput kita bila-bila masa sahaja. Lihat apa yang berlaku di depan mata?. Ada yang mati ketika bermain badminton, ketika memandu dan sebagainya. Apakah jawapan anda di akhirat kelak. Bila ditanya apakah tanggungjawab Khalifah di mukabumi ini telah dilaksanakan. Anda menjawab "sudah" tetapi kepada siapa?. Anda menjawab hanya kepada "puak-puak UMNO dan BN". Inikah jawapan yang anda inginkan. Ingatlah, sesuatu boleh berlaku dalam politik, mahu dihalang dan ditolak mungkin boleh. Tetapi, jika perubahan itu dimahukan oleh rakyat maka ia pasti akan terjadi. Lihatlah apa yang berlaku di negeri lain sebelum ini. "Kebenaran adalah umpama sebiji bola yang ditekan ke dalam air, semakin ditekan maka semakin kuat ia menolak. Jika bola itu dilepaskan, maka bola akan melambung ke udara". Inilah sebenarnya yang anda harus ingat dan jadikan pedoman dalam kehidupan.

[Ingatlah, bahawa penyokong pembangkang juga membayar cukai dan segala-galanya. Tetapi "politik bermusuhan" yang diamalkan oleh UMNO dan BN telah meletakkan mereka setaraf dengan "komunis" yang tidak harus dibela. Inikah prinsip hidup anda sebagai orang Islam. Justeru itu, sebagai rakyat prihatin kami berjanji akan bersama rakyat untuk membela nasib mereka serta membongkar segala penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan selama ini. Untuk makluman, kami difaham terdapat beberapa kumpulan akan menubuhkan "Suara Pembela Rakyat Malaysia (SPRM)" di Pahang dalam masa terdekat ini. Ia dianggotai oleh parti politik serta NGO yang akan bersama-sama membongkarkan lebih banyak isu di negeri ini. Justeru itu, kami amatlah berharap agar Kerajaan Negeri Pahang lebih bersikap terbuka dalam menangani isu-isu rakyat selepas ini. Jangan hanya tahu bercakap tetapi perlaksanaannya "nothing". Marilah kita bersama-sama membina sebuah negeri yang adil, makmur, sejahtera dan saksama]. Sumber: pahangdaily

Posted at 07:12 am by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel  

Sunday, December 14, 2008
.

Eksklusif: Menyingkap Satu Sejarah Genapnya 11 Tahun Blogger Cucumatkilau Jadi Penulis Blog !!

KUANTAN - Pada tarikh 5 Disember 2008 lalu maka genaplah 11 tahun (5 Dis 1998 - 5 Dis 2008) Blogger Cucumatkilau (CMK) yang mengendalikan laman blog www.cucumatkilau.blogdrive.com di alam siber. Beliau yang nama sebenarnya Mohd Shukri Jamaluddin yang juga bekas pemimpin pelajar di ITM Perak (90-91) merupakan anak jati dari Felda Jengka 7 Pahang. Blognya, adalah antara blog terawal yang mewarnai pentas reformasi politik negara. Bahkan, beliau juga antara blogger terawal yang lahir dari bumi Pahang Darul Makmur. Kami amatlah berbangga atas perkembangan itu, bahkan berbagai ranjau dan onak duri sepanjang beliau mengendalikan blog tersebut. CMK adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di alam siber bagi mereka yang biasa melayari laman-laman reformasi. Beliau menghasilkan blog tersebut sejak awal pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan pada 2 September 1998, setelah melihat berlakunya ketidakadilan dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Hingga kini terdapat hampir 1,000 artikel beliau yang boleh didapati sama ada menerui internet atau pun medium yang lain. Anda boleh taipkan sahaja "cucumatkilau" atau "cucu mat kilau" menerusi carian Yahoo atau Google untuk mendapatkan artikel-artikel terdahlu yang ditulis oleh beliau selama ini. Malah ada sesetengah artikel yang sudah terdelete akibat laman blog dan web reformasi berkenaan sudah ditamatkan operasi atau tidak berfungsi lagi.

Menurut CMK, banyak kepayahan dan keperitan yang dilaluinya itu kini mengajar erti ketabahan untuk menyuarakan kebenaran serta menegakkan keadilan. "Saya melihat, iklim politik di Malaysia hari ini sudah jauh berbeza di awal gerakan reformasi dulu. Malah perubahan minda rakyat juga telah mendorong kebenaran dan keadilan itu tertegak jua akhirnya. Saya amat terharu dengan perkembangan ini. Saya bukanlah seorang pejuang politik seperti rakan-rakan yang lain. Namun selama lebih 11 tahun saya lebih banyak berada di belakang tabir untuk memantau serta melihat senario ini dari jauh" katanya ketika dihubungi.
Ketika ditanya apakah kenangan pahit dan manis beliau setelah 11 tahun bergelumang di alam siber. Beliau menjawab;


Berita tangkapan CMK dalam akhbar reformasi Suara Keadilan
"Terlalu banyak untuk dikenang, pancutan gas pemedih mata, semburan water canon, diburu seperti penjenayah, ditekan, diugut dan diancam dengan berbagai gertakan telah saya terima. Namun kenangan paling pahit saya ialah ketika ditangkap oleh 8 orang anggota polis dalam satu serbuan pada 24 Disember 2007 lalu. Berita itu telah disiarkan dalam banyak laman blog. Saya dipukul, diugut dan diperlakukan sesuka hati oleh mereka dengan tangan bergari. Laporan polis sudah dibuat, namun hingga saat ini saya lihat mereka tidak melakukan apa-apa kerja untuk itu. Kemungkinan dalam masa terdekat ini saya akan menfailkan saman terhadap anggota polis terbabit yang telah memalukan saya dan menceroboh kediaman saya" katanya dengan serius. Klik sini Berita Tangkapan Cucumatkilau


DJ kahwin Nurul Izzah dan Calon PKR DUN Kemayan
"Manakala itu, kenangan manis saya pula ialah ketika menjadi juruhebah Majlis Perkahwinan Nurul Izzah Anwar di Bukit Damansara dulu, dan keduanya menjadi calon pilihanraya umum ke-12 lalu, mewakili PKR untuk kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera. Hubungan saya dengan ramai pemimpin politik baik pembangkang mahupun kerajaan agak rapat. Ini kerana ayahanda dan bonda saya adalah merupakan antara pemimpin utama UMNO setempat sejak saya kecil lagi. Bahkan saya juga sering mengendalikan majlis-majlis keramaian dan acara besar yang melibatkan pemimpin tertinggi negeri dan negara. Saya juga pernah menjadi penulis sambilan dibeberapa buah akhbar tabloid sebelum ini dan pernah terlibat dengan NGO di Pahang iaitu Majlis Belia Negeri (MBN), Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang (DPMM) dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Bahkan saya juga pernah bertugas sebagau Juruhebah di RTM Pahang suatu ketika dulu" tambah beliau lagi.


Keratan akhbar kisah CMK semasa menjadi Juruhebah Radio dulu
Merancang Adakan Roadshow Blogger

Selain dari menulis CMK juga amat aktif dalam bidang keusahawan dan beliau kini sedang menyiapkan buku dan kertas kerja usahawan siber yang dinamakan Projek Blogger Usahawan. Menurut CMK,
"Idea itu diilhamkan bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang benar-benar berada dalam perniagaan mereka sendiri. Dengan tema satu blog satu usahawan maka saya berharap ianya dapat menjadi pemangkin kepada semua rakyat Malaysia menjadikan blog sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Sudah terlalu lama saya bergiat dalam blog, maka saya berhasrat untuk melatih dan mengajar seberapa ramai mereka diluar sana untuk mempunyai blog peribadi masing-masing. Sebagai langkah awal, mereka diajar menjana pendapatan menerusi blog terbabit dalam bidang keusahawanan. Dengan blog mereka boleh pasarkan bisnes mereka ke seluruh negara dan dunia dengan mudah serta kos yang minima. Saya akan mengadakan roadshow projek ini seawal bulan Januari 2009 nanti. Maka itu saya mempelawa kepada semua rakan-rakan yang berminat untuk menjadi agen di seluruh negara".
Apa Kaitan Dengan Nama Cucumatkilau

Ramai pihak yang tertanya-tanya apakah kaitan nama cucumatkilau dengan dirinya. CMK menjawab,
"Saya memang terharu dengan soalan ini. Ramai yang menuduh saya cuba menjaja nama Mat Kilau dan mengaku sebagai cucu Pahlawan Melayu terkenal di Pahang itu. Bahkan ramai juga keturuna Mat Kilau yang marah akibat penggunaan nama itu. Pada awalnya saya menggunakan nama danielMS untuk berkarya, namun sejak tahun 1999 saya menukarkannya kepada cucumatkilau. Sebenarnya bapa saya memang berasal dari Kg.Pulau Tawar Jerantut Pahang, iaitu kampung kelahiran serta perjuangan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Ini bermakna nenek moyang dan keturunan saya adalah darah pahlawan. Penggunaan nama cucumatkilau adalah dengan keizinan dan saya tidak perlu menyebut siapa saya yang sebenarnya. Saya juga adalah satu-satunya penyimpan khazanah "Kitab Kanun Salasilah 13 Generasi Keturunan Pulau Tawar" dan "Rahsia Kepahlawan Mat Kilau" yang ditulis semula pada tahun 1940 dulu. Saya juga pernah mencium keris 200 tahun Mat Kilau yang "original". Justeru itu, siapakah saya?. Cukuplah anda mengenali saya sebagai cucumatkilau. Tapi jika ada keturunan Pulau Tawar dan Mat Kilau yang masih mahukan kepastian, sekadar saya ingin maklumkan bahawa saya adalah dari keturunan Aki Mat Yunus Teh, Pulau Tawar. Siapakah beliau dan apa hubungan dia dengan Mat Kilau, itu hanya mereka yang kenal sahaja boleh menjawabnya.

CMK menunjukkan bukti khazanah Mat Kilau yang disimpannya
"Bagi saya siapa saya itu tidak penting. Apalah gunanya nama, namun jika anda bertanya juga siapa saya. Cukuplah saya mengatakan apalah guna menjadi cucu pahlawan jika darah perjuangan langsung tidak ada dalam tubuh badan. Tidak langsung meneruskan perjuangan nenek moyang untuk menpertahankan agama, bangsa dan negara tercinta. Bagi saya, dulu nenek moyang saya dan Mat Kilau berjuang untuk menghalau penjajah British bertapak di Pahang ini, maka sekarang saya lahir sebagai pejuang untuk meneruskan perjuangan itu. Dulu penjajah ditentang, tapi kini dasar penjajah di julang! Maka itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membela nasib rakyat, menegak kebenaran dan menghapuskan penindasan serta kezaliman". tambah cucumatkilau lagi.
Pandangan Tentang Isu Blog Dan Politik Pahang

Ketika ditanya tentang senario politik di Pahang sekarang, cucumatkilau menyatakan bahawa beliau amat berharap satu perubahan besar dapat berlaku dalam masa terdekat ini atau menjelang pilihanraya umum akan datang. Kerajaan negeri sekarang ini dilihat sudah semakin peka dengan banyak masalah rakyat yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Bahkan kesudian MB Pahang bertemu dan duduk semeja dengan YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan juga katanya menampakkan bahawa Dato' Seri Adnan Yaakob kini lebih bersikap terbuka dalam menangani pemasaalahan rakyat. "Inilah yang kita mahukan sebenarnya. Dato' Adnan perlu menjadi Menteri Besar untuk seluruh rakyat Pahang dan bukannya untuk orang UMNO semata-mata. Penyokong pembangkang juga membayar cukai kepada kerajaan, dan harus dilayan secara adil dan saksama. Rakyat sudah mula bijak menilai. Jika mereka lihat ada kepincangan dan kesilapan yang berlaku maka mereka akan sampaikan kepada yang lain. Akhirnya satu kampung akan menolak kita. Justeru itu kerajaan negeri harus bersikap terbuka dalam menangani isu-isu rakyat tanpa mengira fahaman politik. Mungkin hari ini rakyat membenci beliau, tapi satu hari nanti kembali suka. Namun, biarlah ada caranya. Inilah politik namanya" kata CMK.


Foto terbaru CMK ketika membuat liputan Kongres Nasional PKR 2008
Ditanya tentang langkah kerajaan melahirkan ramai penulis blog untuk bertempur dengan blog-blog pro pembangkang di alam maya. Beliau berkata "Saya melihat ini satu perkara yang sihat dan satu style politik alaf baru. Berdebat dan bertikam lidah di alam siber adalah satu wadah perjuangan yang menepati citarasa anak-anak muda masa kini. Tambahan pula 2 juta pengundi muda akan berdaftar secara sah dalam pilihanraya umu akan datang. Bagi saya langkah kerajaan negeri melantik penulis blog dikalangan pesara mungkin ada sedikit kesilapan. Ini kerana bukan semua pesara boleh menjadi penulis blog yang baik. Pengalaman saya selama 11 tahun dengan blog memperlihatkan bahawa penulis blog harus peka dan menghayati kerjayanya itu. Bukan boleh dibuat-buat atau lakonan semata-mata. Saya tidak pernah dibayar walau satu sen pun sejak menulis blog dari tahun 1998 lalu. Namun jasa saya juga banyak dalam membantu perjuangan rakyat di negara ini. Kita tidak mengharapkan balasan dan imbuhan, cuma perhatian yang amat diperlukan buat masa ini". CMK juga tidak menolak kemungkinan untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku di Pahang pada masa ini dan masa akan datang. "Bagi saya, sebagai orang Melayu dan Islam kita haruslah bersatu demi perjuangan dan masa depan generasi akan datang. Perbalahan sesama kita bakal mengundang masalah yang lebih besar jika tidak ditangani dengan betul" katanya mengakhiri perbualan.

[Artikel ini telah disiarkan di blog Pahang Daily Online baru-baru ini. CMK mengucapkan terima kasih dan syabas atas perkembangan terkini blog berkenaan. Atas dasar keterbukaan dan memberi ruang seluas-luasnya kepada pembaca untuk memberikan komen, pandangan, kutukan serta apa jua teguran maka semua mesej tidak akan dipadamkan melainkan ia berbaur perkauman, keagaaman serta ada unsur-unsur lucah yang boleh menyinggung perasaan orang lain. TKasih]



Posted at 05:55 am by Cucu Mat Kilau
Comments (6)  

Monday, December 08, 2008
.

Eksklusif: Bacul Dan Memualkan, Penulis Blog Pro UMNO Cuba Sekat Ruangan Komentar Pembaca !!

Nampak benar puak-puak UMNO terutamanya "Team Cyber Trooper" mereka "bacul" dalam mengendalikan blog masing-masing. Kami cuba menyiasat dan meninjau satu persatu blog terbabit terutamanya pada ruangan "Komentar". Mereka takut untuk membuka ruangan itu secara telus kepada mana-mana "pembaca". Apa yang berlaku dalam kesemua blog terbabit, memerlukan "password" dan anda yang mahu memberi komen wajib berdaftar dulu dengan "Blogger.com". Jika tidak sudah pasti anda tidak dibenarkan memberi komen. Tujuannya satu, untuk memudahkan mereka "siasat" anda datang dari blog mana. Inilah dia sebenarnya langkah berjaga-jaga yang diambil oleh mereka. Paling menarik, tatkala kami meninjau ke blog yang tiba-tiba "aktif semula" setelah didesak oleh MB baru-baru ini, iaitu www.pahangdaily.com yang dikendalikan oleh Pak Tam. Blog ini lagi "mengampu", sebab cuba menjilat apa sahaja kebobrokan yang dilakukan oleh "boss-boss mereka" itu. Maka, pada ruangan komen itu terpaksa disiasat dulu semua ayat-ayatnya, sebelum disiarkan. Alasannya ialah "Walaupun begitu, saya keluarkan komen saudara tanpa meng 'edit' satu patah perkataan pun. Apakah itu tidak cukup bukti. Moderator hanya untuk memastikan tidak wujud fitnah yang melampau atau apa-apa yang berbau hasutan kerana kami blog yang bertanggongjawab untuk keamanan dan kesejahteraan semua.".

Persoalan ini dibangkitkan oleh salah seorang pembaca yang memberi komen iaitu Keris Panjang, dimana beliau bertanya "ini lg satu..tak berani mcm pahang daily online..posting nk tunggu approve moderator lak dulu..panakut saangat..dalam hal ini pahang daily online patut dipuji kerana mereka ni walau pun aku tgok taksub..tetapi berani menerima komen secara terus..nk tapis ape nyer!". Maknanya disini memang mereka ini takut berpijak dibumi yang nyata sebenarnya. Kebebasan yang diberikan itu, masih diragui. Samalah dengan apa yang berlaku kepada media arus perdana di luar sana. Sungguh memualkan bila setiap kali anda membuat komen dalam blog Pak tam ini, akan tertera ayat "Your comment is awaiting moderation" . Ertinya, komen anda itu akan diluluskan jika ia tidak menyinggung perasaan Pak Tam dan kerajaan negeri sendiri. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa Penulis Blog yang dibayar oleh kerajaan negeri sebenarnya tidak berani dan yakin kepada diri sendiri. Maka sia-sia sahaja MB Pahang membayar elaun kepada semua penulis blog terbabit nanti.

Blog MB Pahang Tidak Aktif Sejak April

Sesuatu yang amat mengecewakan rakyat Pahang kini ialah sikap MB Pahang sendiri. Beliau nampak beriya-iya benar mahukan penulis blog membuat blog untuk melawan asakan blog "rakyat" yang dikatakan banyak menfitnah serta membuat tohmahan terhadap kempimpinan UMNO negeri Pahang. Namun, dalam sedar atau tidak, beliau sendiri rupanya tidak sedar yang dirinya mempunyai sebuah blog peribadi. Kami cuba meninjau blog MB Pahang ini www.adnanyaakob.blogspot.com, namun sungguh "teruja" tatkala melihat blog itu gagal untuk dikemaskini oleh beliau atau blogger upahannya. Posting terakhir beliau dalam blog yang bertarikh 9 April 2008 berbunyi kenyataan " Saya ingin membuat penjelasan mengenai tajuk berita dalam Utusan Malaysia 19 April 2008, hari Sabtu muka surat tiga bertajuk 'Jawatan Exco gugur MB'. 02. Tajuk berita dan isi berita dalam para enam yang melaporkan " dan sebagai Menteri Besar, beliau (yakni Adnan) mempunyai hak mutlak melantik sesiapa sahaja". Ini menunjukkan selepas tarikh itu, tiada lagi informasi yang dapat diikuti oleh rakyat Pahang tentang Adnan Yaakob. Justeru itu, kami mengesyorkan agar MB Pahang melantik mana-mana Bloggers terkenal yang kebanyakkannya "menganggur" untuk menguruskan blog peribadi beliau itu. Malu rasanya menjadi rakyat Pahang bila melihat MB yang menjuarai "isu blog" tetapi blog sendiri tidak berfungsi dengan baik. Sebelum ini juga kami pernah dedahkan perihal blog UMNO Pahang yang juga telah tersadai.. Mana pergi Exco Multimedia dan Penerangan Negeri, Sharkar Shamsuddin. Adnan harus memaksa beliau "letak jawatan" kerana jelas sekali beliau gagal melaksanakan tugasnya itu. Sumber: pahangdaily

[Jika ruangan komen pun mahu di"block-block" oleh Cyber Trooper UMNO, maka tiada gunanya anda menjadi penulis blog. Ini jelas menunjukkan anda hanya boleh menerima pandangan positif atas segala kenyataan yang anda buat. Sebaliknya anda tidak berupaya untuk mendengar pandangan negatif serta komen-komen yang pedas dan panas terhadap kenyataan tersebut. Inilah dia mentaliti kerajaan BN dan UMNO selama ini, rakyat mahu disogokkan dengan maklumat mereka sahaja. Mereka mahu rakyat hanya membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian, manakala hanya menonton berita RTM dan TV3 sahaja. Jika rakyat cuba mencari alternatif lain sebagai sumber maklumat, maka akan dihalang dengan berbagai akta. Akhirnya rakyat meilih "laman blog", dan ternyata media itu kini lebih berpengaruh dari lain-lain media yang ada. Mereka harus sedar bahawa 2 juta pengundi muda celik ICT, maknanya?].

Posted at 06:09 am by Cucu Mat Kilau
Comments (2)  

Sunday, December 07, 2008
.

Eksklusif: Memalukan, Terbukti Kelab Golf Yang Disita Adalah Dimiliki Kerajaan Negeri Pahang !!

KUANTAN - Maka hebohlah warga Pahang perihal sebuah kelab golf terkenal di bandar ini "disita" gara-gara hutang RM30 juta beserta bunga hampir RM10 juta kepada Agro Bank. Perkara ini telah kami dedahkan semalam. Anehnya ada pula pencacai UMNO dan BN yang mempertikaikan kewajaran kami mengaitkan kes Astana Golf & Country Club ini dengan pihak kerajaan negeri. Maka tiba-tiba hari ini disiarkan berita besar "Pekerja Kelab Golf Piket" ekoran dakwaan kelab milik Kerajaan Negeri itu gagal bayar pinjaman RM30 juta. Rupanya apa yang kami perkatakan sebelum ini bukanlah satu fitnah dan tohmahan semata-mata. Kami difahamkan kelab golf terbabit adalah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan telah memulakan operasinya sejak 12 tahun yang lalu. Maknanya kini sah bahawa kelab eksklusif itu ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Pahang. Tetapi kenapakah ramai pencacai UMNO yang mempertikaikan perkara ini?

Maka berbagai-bagai komen yang kami terima bila artikel kami disiarkan sebelum ini iaitu
"Eksklusif: Memalukan, Kelab Golf Terkenal Disita Gara-Gara Gagal Lunaskan Hutang RM40 Juta !!" Antara komentar yang paling panas datangnya dari komentar yang menggelarkannya Ahli Sufi Semantan. Beliau dengan marahnya berkata "Astagha, FITNAH lagi, nape ni sheikh apa plak kaitan kelab golf disita dgn parti pemerintah, ni bisnes sheikh, ada untung rugi standard la, kita dengar dulu penjelasan pengurusan Astana, tak baik sheikh tokok tambah citer nanti tambah dozer...". Sekarang, apa lagi yang ingin diperkatakan bila akhbar arus perdana sendiri melaporkan kelab golf itu adalah milik kerajaan negeri. Buktinya sila klik sini, memang benar kelab golf itu adalah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang. Sungguh memalukan !!. PKNP dipercayai mempunyai 51% pegangan ekuiti dalam pengurusan kelab golf terbabit rupanya. Sekarang, apa komen Ahli Sufi Semantan?. Mahu "berselindung lagi ?" mengatakan ini semua fitnah. Sudah "terang lagi bersuluh" kelab itu ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Pahang.

Kelab Golf Diuruskan Oleh Adik MB Pahang Sendiri

Justeru itu kami pun mengadakan edisi siasatan tentang siapakah yang berada disebalik kelab golf ternama ini. Kelab ini adalah anak syarikat PKNP, bermakna ia ada kaitan dengan MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Tambahan pula Menteri Besar itu adalah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang. Maka beliau memang layak melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Pengurus kelab golf terbabit. Kami cuba mencari laman web Astana Golf & Country Club, namun tidak ditemui. Menunjukkan kelab ini masih ketinggalan zaman dari sudut teknologi maklumat rupanya. Maka, siasatan kami tertumpu siapakah yang mengedalikan kelab terbabit. Akhirnya, siasatan itu berjaya dilakukan dengan kerjasama beberapa orang kakitangan yang terlibat. Adalah dipercayai kelab golf itu diuruskan oleh individu yang ada hubungan keluarga dengan Menteri Besar Pahang sendiri iaitu "Adik beliau". Menurut sumber, sebelum ini adik MB itu telah diberi amanah menguruskan kelab golf di daerah Bera. Namun difahamkan kelab golf itu telah terlebih dahulu "terlingkup" dibuat olehnya.


Sebahagian pekerja kelab golf terbabit yang berpiket pagi semalam

Maka MB dengan bermurah hati melantik beliau mengendalikan kelab golf Astana di Indera Mahkota Kuantan yang lebih eksklusif. Namun, segala jasa abangnya itu "dipersetankan" oleh beliau. Akhirnya sekali lagi beliau "melingkupkan" pula kelab terbabit. Dan kini ia telah disita pula oleh Agro Bank. Inilah masalahnya jika pengurusan diberikan kepada individu yang tidak cekap dan amanah. Apa sahaja yang diberikan pasti akan dilingkup. Jika ini senarionya, maka MB Pahang bakal terpalit dengan insiden ini. Sudahlah beliau sendiri gagal membayar hutang saman terhadapnya sebanyak RM60 juta sebelum ini. Kini adiknya pula berhutang dengan Agro Bank dan tidak membayar pinjaman tersebut walaupun secara ansuran. Nampak benar, kedua-dua tokoh ini layak digelar "individu yang hebat" di negeri Pahang. Mereka ada hubungan keluarga, Si Abang bakal menyebabkan negeri Pahang disita selepas ini, manakala adiknya telah melakukan terlebih awal dengan menyebabkan kelab milik kerajaan negeri itu disita !!

Keluarga "Yaakob" Cipta Rekod Hutang RM90 Juta !!

Dengan apa yang berlaku ini, diharap rakyat dapat sedar dari lamunan terutamanya puak-puak UMNO karat yang masih lagi mengagung-agungkan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Kini terbukti dua orang ahli keluarga "Yaakob" telah mencipta sejarah baru "membuat hutang sebanyak RM90 juta" yang bakal ditanggung oleh rakyat Pahang. Sudahlah sebelum ini beliau membentang "Bajet Defisit" juga hampir mencecah RM100 juta. Apa lagi yang mahu ditunggu oleh rakyat Pahang. Masa untuk buat perubahan sudah tiba, jangan gadaikan maruah anda serta generasi akan datang. Sebusuk-busuk MB Khalil Yaakob dulu, kita tidak mendengar cerita sensasi seperti ini. Maka itu kami dengan bangganya menyeru rakyat Pahang diseluruh dunia untuk menyebarkan maklumat penting ini, agar generasi muda yang bakal mengundi pada pilihanraya umum ke-13 nanti akan menolak kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dari terus berkuasa di bumi Pahang ini.

Kenyataan Bebal Ahli Sufi Semantan Tentang Isu Ini

Biarpun telah kami perkatakan bahawa apa yang berlaku terhadap Astana Golf & Country Club itu ada kaitan dengan MB Pahang. Ini kerana kuasa beliaulah maka, dia melantik "kroninya" itu menerajui kelab golf terbabit. Namun entah apa malangnya, ada lagi rakyat Pahang seperti Ahli Sufi Semantan yang merapu tak tentu hala. Beliau jelas tidak boleh menerima kenyataan. Lihat komen terbaru beliau tentang hal ini "Syukran sheikh siarkan komen ana, waima bwh anak syarikat sekalipun its a business nature..mana bukti documented yg tunjukkan anak beranak MB ada kaitan kalau enta sendiri tak jumpa bahannya! A person is innocent until proven guilty sheikh, sementelah lg, setakat sita bank, boleh settle outside court ya habibi" katanya. Kenyataan beliau bahawa "Setakat sita Bank boleh settle outside court jelas sekali membuktikan bahawa memang puak-puak UMNO kejenya merasuah. Sampai pegawai bank pun nak dirasuah untuk settle luar. Apa "dia ingat bank tu bapak dia punya ke?". Kalau boleh settle luar, kita cadangkan supaya Ahli Sufi Semantan nasihatkan MB Pahang, Adnan Yaakob settle kes saman RM60 juta balak SGM dulu di luar mahkamah. Kenapa masa jumlah masih tidak banyak, MB tak settle "outside court"?. Apa Ahli Sufi Semantan ingat Agro bank "bangang" macam puak-puak UMNO?. Awak rompak RM30 juta then mahu settle luar?. Semoga Ahli Sufi sedar atas kesilapan beliau ini. Masih mahu terus pertahankan benda yang sudah terang lagi bersuluh. Kembalilah ke pangkal jalan. Jangan lagi bersekongkol dengan orang yang tidak pandai memerintah negeri dan merompak wang rakyat.

[Sampai bilakah kita harus terus ditipu oleh puak-puak UMNO yang semakin rakus merompak wang dan khazanah rakyat Pahang ini. Mereka berjuang atas nama membela Melayu, namun sebenarnya mereka menipu "mak ayah" kita. Wang digunakan untuk membeli undi setiap kali musim pilihanraya. Mereka digula-gulakan supaya terus menyokong pemimpin yang "bertopengkan Melayu" ini. Ditanamkan dalam jiwa dan kepala otak mereka rapat-rapat "hanya UMNO sahaja yang layak memerintah, jika parti lain Melayu akan hancur dan rakyat akan huru-hara". Maka sejak dulu, kini dan selamanya ayah dan bonda kita akan termakan budi dan terus menabur bakti mengundi "dacing karat" itu lagi tatkala pilihanraya. Namun, sesuatu yang amat baik bila SPR mengumumkan 2 juta pengundi baru yang terdiri dari kalangan orang muda akan berdaftar sebagai pengundi dalam pilihanraya umum akan datang. Satu tamparan hebat buat kepimpinan UMNO dan BN di Pahang. Jika Selangor, lubuk wang UMNO itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Masakan segala ini tidak boleh berlaku di Pahang agaknya] Sumber: pahangdaily

Posted at 05:56 am by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel  

Saturday, December 06, 2008
.

Eksklusif: Penangan Blog, Jamaluddin Jarjis Beli 10 Bloggers Bagi Pastikan Kemenangan Mac Ini !!

KUALA LUMPUR - Gara-gara untuk menambah populariti dan memastikan kemenangannya sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu Mac ini, maka Dato' Jamaluddin Jarjis dipercayai telah "membeli 10 orang bloggers" terkenal di sini bagi mempromosikan dirinya di alam siber. Menurut sumber, satu pertemuan sulit telah diadakan di sebuah hotel beberapa hari menjelang Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini. Kami belum memperolehi maklumat nama-nama bloggers yang telah dibeli secara tunai oleh Dato' JJ itu. Namun begitu, kami menganggap ini senario biasa dalam politik alaf baru era globalisasi. Jika dulu kita sering mendengar wartawan akhbar arus perdana "dipelihara" oleh pemimpin tertentu. Kini di era ICT, peranan bloggers adalah "penting" dan paling berkesan dari media yang lain untuk tujuan kempen serta memastikan hala tuju seseorang pemimpin itu. Justeru itu, kepada mana-mana pemimpin baik dalam BN atau pun Pakatan Rakyat, diharap dapat memantau perkara ini. Peranan bloggers jangan sesekali dipandang remeh dan dinafikan. Bloggers kini berperanan untuk menaikkan atau menjatuhkkan sesebuah kerajaan atau pemimpin tertentu. Kewujudan bloggers diharap sebagai penyeri iklim politik negara pada masa akan datang. Mungkin selepas ini, setiap ahli yang berhormat akan mempunyai pegawai khas IT (Bloggers) peribadi masing-masing. Bahkan, mana-mana bloggers yang popular juga sudah mula boleh "demand" harga-harga tertentu sekiranya mereka ingin menggunakan perkhidmatan bloggers terbabit. Sumber: pahangdaily

[Ramai juga krew-krew Pahang Daily Online yang kini mendapat tawaran daripada beberapa orang ahli politik kerajaan dan juga Pakatan Rakyat untuk tujuan membantu kerjaya politik mereka. Senario ini jelas sekali, bakal menaikkan martabat dan nilai seseorang bloggers itu pada masa akan datang. Kami amatlah berharap agar para bloggers dapat memilih jalan yang betul dan sesuai dalam memastikan masa depan mereka nanti. Kami juga akan mengadakan satu siri roadshow Bengkel Asas Bloggers ke seluruh negara awal Januari 2009 nanti. Ini secara tidak langsung untuk memberi latihan dan tunjuk ajar yang berguna kepada semua pihak terutamanya golongan muda mengetahui selok belok untuk menjadi seorang Bloggers yang baik. Penyertaan adalah di buka kepada semua rakyat Malaysia].

Posted at 05:51 am by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel  

Friday, December 05, 2008
.

Eksklusif: Awas, Jangan Rosakkan Fikiran Anda, Bila Terpohon Jadi Wartawan Utusan Malaysia !!

KUALA LUMPUR - Jawatan kosong sebagai wartawan di akhbar paling sensasi milik UMNO dan kerajaan Barisan Nasional kini sedang mengadakan promosi untuk jawatan kosong sebagai "Wartawan". Sekali imbas nampak begitu profesional sekali syarat yang dimukakan termasuk pemohon mestilah "berfikiran kritis dan analitikal". Maknanya mereka mahu mencari calon-calon yang benar-benar berwibawa dan terlatih kali ini. Apakah muslihat disebalik semua ini. Benarkan Utusan benar-benar mahukan calon yang kritis seperti yang dinyatakan?. Namun, ini semua hanya syarat semata-mata. Sebaliknya, bila mereka sudah bekerja dengan akhbar itu segala kritis dan analitikal itu akan hilang begitu sahaja. Wartawan Utusan akan diajar "pembohong" dan "memutar belitkan fakta". Ini terbukti dengan apa yang berlaku kepada YAB Menteri Besar Pahang suatu ketika dulu. Fakta yang dikeluarkan telah diseleweng oleh wartawan terbabit hingga menimbulkan krisis antara MB dengan wartawan terbabit. Inilah padahnya jika menyiarkan berita mengikut selera sendiri, walhal mereka terikat dengan akta yang telah ditetapkan. Cuba lihat iklan dibawah :-



Terkadang, rasa bimbang dan risau juga jika anak-anak penyokong Pakatan Rakyat terpohon jawatan tersebut. Ini kerana, kita tahu ramai juga anak mereka yang kini menganggur dan memiliki kelulusan seperti yang dinyatakan itu. Justeru itu, kepada para ibubapa sila awasi anak-anak anda. Jangan sampai mereka tersilap langkah dan akhirnya terpaksa bersekongkol dengan media arus perdana itu nanti. Jangan biarkan anak anda menjadi talibarut Utusan, dengan menjadi perosak bukan penyebar fikiran rakyat. Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Utusan kerana berjaya mengorak selangkah lagi dalam dunia penyampaian maklumat. Cuma harapan kami, jadilah akhbar yang benar-benar profesional dan lebih bertanggungjawab selepas ini. Jangan sesekali memainkan isu-isu perkauman dan agama yang boleh menghuru-harakan serta mewujudkan ketegangan kaum sesama rakyat Malaysia.

[Kami juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa buah akhbar arus perdana dan tabloid di negara kita yang menawarkan jawatan kosong kepada krew-krew Pahang Daily Online, Sesungguhnya, pihak kami masih belum bersedia untuk menerima segala tawaran berkenaan. Ramai yang melihat kami bekerja mengalahkan wartawan dari lain-lain akhbar selama ini. Kami tidak bergaji seperti mereka, tiada pula sokongan kewangan yang sewajarnya daripada mana-mana pihak. Namun kami bekerja dengan penuh jujur dan ikhlas untuk membela nasib rakyat yang tertindas. Justeru itu kami mempelawa mana-mana pihak untuk menghulurkan apa jua sumbangan bagi kami menampung kewangan blog ini].

Posted at 05:49 am by Cucu Mat Kilau
Comments (1)  

Thursday, December 04, 2008
.

Eksklusif: Bongkar, Strategi Puak UMNO Rompak Hutan Balak Secara Berhemah Di Negeri Pahang !!

KUANTAN - Susulan daripada beberapa kejadian kes dan tragedi "kecurian balak" yang berlaku di negeri ini, kami telah mengadakan satu siasatan terperinci dengan kerjasama pihak jabatan hutan tentang segala yang terjadi. Sungguh memalukan apabila rakyat Pahang menyaksikan Berita Perdana TV3, saban bulan laporan kecurian dibuat oleh Saudara Khaidir Ahmad (Wartawan TV3 Pahang). Sebelum ini habis hutan Pahang ditarah oleh mereka di Raub, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin, Jerantut malah terkini dalam daerah Kuantan sendiri. Tambah menyedihkan ia berlaku dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan sendiri. Kejadian rompakan balak atas bukit di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini, benar-benar mencemar serta mencabar kewibawaan rakyat Pahang sabenarnya. Siapakah yang bertanggungjawab? Jika tidak didalangi oleh puak-puak UMNO Pahang itu sendiri. Justeru itulah gara-gara ketirisan dan kecurian yang berlaku ini menyebabkan bajet negeri Pahang senantiasa dirundung kerugian saban tahun. Apakah maknanya semua ini? Jika kerajaan telus dalam hal ini, sudah pasti perkara ini tidak berlaku dan berjaya diatasi. Maka itu pihak kami sekali lagi cuba meninjau dan melakukan edisi siasat mengapakah masalah ini sering berlaku di Pahang dan tidak negeri-negei lain di Malaysia.

Kecurian Didalangi Oleh Puak-Puak UMNO

Ramai pemimpin UMNO Pahang yang kemaruk dengan "Ban Balak" tidak dapat bersabar lagi bila Menteri Besar terlalu lambat meluluskan kawasan balak untuk mereka. Oleh yang demikian mereka berpakat dengan "tokey balak" untuk mencuri hutan dalam kawasan DUN masing-masing. Justeru itulah kita melihat kawasan balak yang didedahkan siap mempunyai pengawal bahkan jentera-jentera pembalakan yang lengkap dan canggih. Jika perompak ingin mencuri, masakan mereka boleh membawa jentera yang lengkap seperti itu. Ini menunjukkan ada pihak tertentu yang mengawasi mereka. Nampak jelas kebanyakkan perompak ini langsung tidak takut dengan undang-undang dan menganggap hutan terbabit "bapak mereka yang punya".

Lantaran itulah perkara ini sukar dibendung, kerana pemimpin UMNO setempat bersekongkol dengan kilang balak untuk tujuan merompak hasil mahsul tersebut. Bukti jelas apabila orang-orang kampung membuat laporan polis kejadian tersebut. Mereka langsung tidak mengambil tindakan yang tegas untuk menghalang kejadian itu. Malah kita dapat melihat segala jentera bebas keluar masuk ke kawasan rompakan balak terbabit. Seolah-olah mereka diberikan "lampu hijau" dan "lesen" oleh pihak-pihak yang berkenaan. Kami difahamkan, bairpun ribuan tan balak dirompak nampuk pihak berkuasa langsung tidak menyiasat ke mana balak itu dibawa? Bukankah mudah jika mereka jujur dan amanah dalam tugas ini, tangkap pemandu lori balak dan siasat rekod JPJ lori tersebut berdaftar atas nama siapa, dan ekori lori itu secara "serang hendap". Bukankah mudah untuk mengetahui "sawmill" mana yang merompak balak tersebut. Ini tidak dilakukan kerana semua mereka telah menerima habuan dan komisyen masing-masing agaknya. Senario ini jelas sekali sukar untuk dibendong, bahkan ia akan berterusan zaman berzaman jika UMNO dan BN terus memerintah negeri ini. Maka kita tidak hairanlah yang sejak MB Pahang dari masa Khalil Yaakob hingga Adnan Yaakob memerintah negeri ini, bajet Pahang senantiasa defisit. Ini kerana kerajaan Pahang gagal untuk membendung masalah yang paling utama di Pahang iaitu "Rompakan Balak Secara Berhemah" ini.

Beratus Ekar Dirompak, Bakinya Dilapor TV3

Taktik jahat yang para perompak ini gunakan ialah, mereka akan merompak sesuka hati hutan tersebut tanpa belas kasihan. Habis ditarah dan digondolkan. Kejadian ini sering dilaporkan oleh media sebelum ini terutamanya TV3. Namun, siasatan kami apa yang dilakukan oleh pihak TV3 adalah sebagai syarat "wajib tayang" sahaja. Ini bagi menunjukkan bahawa kerajaan Pahang prihatin dengan masalah ini. Walhal mereka yang bersekongkol dengan perompak tersebut. Buktinya, segala jentera dan mesin yang digunakan untuk perompak terbabit tidak pernah langsung ditahan. Bahkan kita tidak langsung melihat jentera itu di"sita" dimana-mana balai polis biarpun telah dilapor dan disiarkan di kaca TV. Bahkan kami juga mendapat maklumat bahawa pihak TV3 hanya dipanggil setelah beratus-ratus ekar hutan telah dirompak dan balak telah dikeluarkan. Maka TV3 pun datang dan membuat laporan, bahawa kejadian itu telah berlaku beberapa hari, beberapa minggu dan beberapa bulan yang lalu. Ini sebagai "trick" semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Akhirnya rakyat ditipu, beratus-ratus ekar yang dirompak dan hanya bakinya beberapa buah lori sahaja dilaporkan kepada TV3 untuk dibuat laporan. Akhirnya , siapakah yang untung? Rakyat ditipu, puak-puak UMNO Pahang juga yang mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Mereka khianat kepada rakyat. Inikah maknanya ketuanan Melayu dan untuk membela rakyat?. Justeru itu kita tidak hairan, setiap kali musim pemilihan UMNO politik wang berleluasa. Mereka "paw" ataupun paksa "funder-funder" yang terdiri daripada "tokey balak" untuk menanggung segala perbelanjaan membeli perwakilan. Mereka akan janjikan "kawasan balak" bila sudah menang dalam pertandingan tersebut. Siapa yang kalah, akan menanggung hutang dengan "tokey balak". Senario ini adalah perkara biasa di bumi Pahang ini sebenarnya. Sebab itu, bila kita kaji balik pemimpin UMNO ini sebenarnya tiada wang langsung dalam mana-mana bank. Namun, mereka ada banyak wang bila musim pencalonan dan pemilihan bermula. Dari mana wang ini datang, jika tidak dihantar oleh "tokey balak" direct ke tangan mereka itu. Maka, lahirlah pemimpin UMNO yang rasuah dan khianat kepada rakyat. Mereka inilah yang kini menjadi pemimpin UMNO di Pahang yang kononnya ingin membela rakyat dan Melayu khasnya.

Walhal mereka banyak "mengembongkan" perut mereka sendiri dengan "najis rasuah balak" itu sendiri. Puak UMNO bawahan sedar semua ini, namun mereka "kelabu dan gelap mata" dengan duit yang dicurahkan oleh pemimpin terbabit tatkala menjelang pilihanraya dan pemilihan UMNO. Justeru itu mereka lebih rela "membisu dan memekakkan telinga" semata-mata daripada mendedahkan isu ini. Rasuah sudah sebati dalam darah daging mereka. Cakaplah apa sahaja kepada pemimpin tersebut, namun mereka tetap dengan pendirian bahawa UMNO adalah pembela Melayu, tanpa UMNO rakyat tidak boleh hidup. Inilah fahaman yang paling bahaya dalam mentaliti puak-puak UMNO karat ini sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka bukan pembela agama dan bangsa sebenarnya. Tapi yang dibela ialah "tengkolok dan periuk nasi" mereka sendiri. Lantaran itulah mereka tewas dengan "wang ringgit" atau "duit" yang menjadi hala tuju perjuangan mereka sejak sekian lama.

Rompak Balak Atas Nama Projek Pertanian

Paling menyedihkan ialah sikap beberapa kerat pemimpin UMNO Pahang yang jelas menipu rakyat dengan merompak balak atas nama projek pertanian. Kerja ini sudah dilakukan sejak sekian lama, dan amat popular di kawasan DUN Chenor yang diwakili oleh Dato' Tan Mohd Aminuddin Bin Ishak (foto) yang juga Exco Pertanian di negeri ini. Maka berjuta-juta wang balak berjaya dikumpul oleh bekas Timbalan Menteri Besar Pahang ini. Masalah air yang sering mengganggu benak fikiran rakyat sejak 51 tahun gagal diatasi terutamanya di kawasan Felda disitu. Tapi apa yang lebih dipentingkan ialah mengadakan projek-projek pertanian yang kononnya untuk memajukan industri pertanian dan asas tani masyarakat setempat. Maka lahirlah idea mengadakan Projek Lembu Pawah, Projek Tanaman Keledek, Projek Tanaman Jagung, Projek Tanaman Roselle dan yang terbaru Projek Ladang Rakyat.

Paling menghairankan kita, semua projek-projek ini hanya sekadar "nama" sahaja, kemudian belum apa-apa berlaku balak beratus ekar sudah dikeluarkan dari kawasan terbabit. Sebaliknya, jangankan pokok jagung, roselle, keledek dan lembu pawah dijalankan dikawasan terbait. Ekor lembu pawah pun rakyat setempat tidak melihatnya. Ini telah dilakukan sejak 4 penggal beliau menjadi ADUN dan Exco Pertanian Pahang. Rompakan berkhemah ini amat menarik untuk diperkatakan, kerana beliau memang amat bijak melakukannya atas nama pembangunan. Akhirnya, orang-orang kampung juga yang tertipu dan terpedaya. Namun, setiap kali musim pilihanraya masih terus memangkahnya dek kerana wang ringgit yang ditaburkan. Mereka merompak RM1 juta maka mereka taburkan RM100 kepada pemimpin UMNO setempat. Itupun masih ada pemimpin UMNO setempat yang tidak sedar diri yang mereka telah ditipu sejak dul, kini dan selamanya. Ini bukan satu fitnah, tapi ia adalah realiti. Bahkan perkara ini turut diakui oleh pemimpin muda dalam UMNO yang rapat dengan beliau. Namun, apa boleh buat "fulus" sudah datang untuk menutup mulut pemimpin terbabit. Inilah masalahnya! - Bersambung siri kedua (Lagi pemimpin UMNO yang rompak balak itu)

[Dengan pendedahan ini kami mempelawa Blogger UMNO untuk menjawab isu ini. Baru mereka tahu sekarang betapa "bobroknya" pemimpin UMNO Pahang. Jika mereka mempertahankan semua ini, maka mereka turut sama bersekongkol dan mendapat habuan daripada segala apa yang berlaku. Mereka tahu kebenaran tapi cuba untuk putar beliat fakta. Kami yakin, apa yang didedahkan ini akan dikatakan sebagai "fitnah" oleh puak-puak bacul ini. Semua yang terang lagi nyata pasti akan dikatakan fitnah semata-mata. Walhal semua rakyat tahu akan cerita ini serta mereka melihat apa yang berlaku. Kami yakin juga yang warga Pahang akan bersetuju dengan apa yang kami dedahkan ini. Cuma puak-puak UMNO sahaja yang akan kepanasan dengan semua ini. Tunggu pendedahan seterusnya].


Posted at 08:41 am by Cucu Mat Kilau
Comments (2)  

Wednesday, November 26, 2008
.

Edisi Pahang: Dato' Nan, Bina Web UMNO Dulu, Sebelum Melantik Pesara Menjadi Penulis Blog !!

KUANTAN - Beberapa hari yang lalu kami dikejutkan dengan pengumuman kerajaan negeri Pahang untuk melantik beberapa orang penulis blog dari kalangan pesara kerajaan di Pahang, kononnya bagi menangis dahyah pihak tertentu. Lebih menarik lagi khabarnya tiga orang penulis blog telah dilantik dan mereka akan dibekalkan dengan komputer, internet acces dan juga elaun bulanan. Maka, kami amat teruja dengan berita itu yang bagi kami sesuatu yang amat baik dan sesuai untuk kerajaan negeri. Cuma apa yang berlaku sebelum ini, kerajaan negeri Pahang masih lagi ditakuk lama, bagai "katak dibawah tempurung". Orang lain sudah lebih 10 tahun dengan blog, dan kini baru mereka beriya-iya untuk tujuan itu. Lebih menyedihkan lagi, tinjauan kami, tidak wujud satu pun blog pemimpin UMNO Pahang di alam siber. Bukan sahaja blog pemimpin, malahan cawangan atau mana-mana bahagian itu sendiri. Ditambah lagi, kami difahamkan iaitu laman web UMNO Pahang sendiri kini sudah tersadai, terabai dan terbiar layu. Kini, laman web UMNO Pahang www.umopahang.com.my sudah ditutup dan tidak beroperasi lagi. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak peka dan mengambil perhatian serius tentang "perang siber" yang kian melanda.

Mereka lupa dan alpa bahawa BN kehilangan 5 negeri dalam pilihanraya umum lalu gara-gara "penangan blog". Kini sesudah hampir 8 bulan pilihanraya berlalu, baru mereka "terhegeh-hegeh" untuk melantik penulis blog bagi menentang pengaruh pihak lawan. Bagi kami, "sayang seribu kali sayang" semuanya kini sudah terlambat. Menjadi blogger bukanlah semudah yang disangka ! Pesara kerajaan atau sesiapa sahaja yang pandai ICT belum tentu boleh menjadi "blogger politik" mungkin untuk buat blog keluarga tidak menjadi masalah. Tapi "blogger politik" memerlukan semangat, kekuatan dalam, iltizam yang tinggi serta kepekaan dalam mengutarakan sesuatu isu dan pandangan. Bahkan, pengorbanan besar juga dari segi masa dan wang ringgit perlu demi kepuasan dan perhatian pembaca. Jika ini dapat dilakukan, maka masih ada banyak lagi pra-syarat yang harus diketahui oleh sesorang yang ingin bergelar sebagai penulis blog. Justeru itu, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pahang seperti yang dinyatakan oleh exco terbabit sesungguhnya "sudah terlambat dan ketinggalan zaman". Lebih elok mereka membina dulu laman web UMNO Pahang sebelum membuat blog. Dibawah ini kami siarkan satu komen pembaca Darius Iman, K.Rompin tentang isu ini. Komen beliau telah disiarkan dalam ruangan interaktif akhbar Sinar Harian Pahang semalam.

Pembaca Blog Mahukan Maklumat Telus

Langkah kerajaan Pahang untuk menggunakan pesara kerajaan menjadi Penulis Blog bagi menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap kerajaan negeri boleh dianggap satu langkah "tangkap muat". Dato' Sharkar Shamsudin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi sepatutnya sedar bahawa orang ramai membaca blog adalah untuk mencari berita pihak kedua atau berita yang tidak disiarkan oleh media arus perdana. Jadi, jika blog ditulis dengan gaya dan isi kandungan yang sama dengan apa yang dipaparkan oleh media arus perdana, pasti menggunakan khidmat pesara kerajaan atau sesiapa sahaja sebagai penulis blog tidak akan membawa sebarang perubahan. Apa yang Dato' Sharkar lakukan sekarang sama seperti apa yang UMNO lakukan apabila menerima tamparan hebat selepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu.

Selepas PRU-12 maka berbondong-bondong pemimpin UMNO membuka blog sendiri, seolah-olah mempunyai blog boleh menyelesaikan semua masalah. Begitu juga dengan pemuda UMNO, meminta sesiapa dari kalangan mereka yang ingin menjadi pemimpin perlu mempunyai blog sendiri. Namun mereka seolah-olah tidak menyedari langkah yang diambil hanyalah bersifat kosmetik semata-mata. Inilah masalahnya dengan UMNO mereka tidak memahami aspirasi rakyat. rakyat bukan mahukan sekadar blog, rakyat hanya mahukan maklumat yang telus dan pertukaran idea yang jelas dan kritis. Rakyat mahukan persoalan yang ditimbulkan dijawab dengan maklumat yang tepat dan boleh dibahas, bukan menyumbat maklumat yang separuh "benar" ke benak mereka. Nah, blog memberi "maklumat yang lain" yang tidak mungkin diperolehi dari media arus perdana tau blog wakil rakyat atau blog pemimpin UMNO.

Penulis blog perlu meluangkan masa melayani pertanyaan pengunjung, memberi maklumat terkini mengenai sesuatu isu dan bersikap terbuka. Sebenarnya jika Dato' Sharkar rajin melayari internet dan membaca blog-blog yang tumbuh bagaikan cendawan, sudah banyak blog yang pro-kerajaan yang mendapat "hits tinggi"
kerana cara blog tersebut membahaskan isu berjaya menarik perhatian pengujung. Tidak timbul isu fitnah-menfitnah dalam blog kerana jika sesuatu isu itu dijawab dengan fakta yang tepat, pasti pembaca dapat menilai blog mana lebih sesuai untuk dikunjungi dan maklumat mana yang lebih bernilai. Yang paling penting dalam isu blog ini ialah pembaca atau rakyat mahukan penjelasan yang telus dalam setiap isu yang timbul agar mereka dapat menilai sendiri, kerana mereka kini lebih merdeka.

Justeru itu, kami dengan ini menyeru YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob bertanya kepada Dato' Sharkar "Apa yang telah beliau buat sepanjang menjadi exco?". Bukankah beliau yang bertanggungjawab dalam urusan penerangan, sains, teknologi dan inovasi bagi negeri Pahang. Amat memalukan dalam era siber ini, beliau gagal memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat Pahang mendapat maklumat tepat tentang pembangunan serta segala aktiviti kerajaan negeri itu sendiri. Ia berbeza dengan negeri-negeri lain. Biarpun kini kerajaan Pahang mempunyai laman web rasmi www.pahang.gov.my yang mana terdapat satu ruangan khas "berita Khabar Pahang" yang diselitkan. Namun ia jarang dikemaskini dan maklumat yang disiarkan sudah lapuk dan tidak "realtime". Ini seolah-olah "menghina" teknologi ICT itu sendiri. Sepatutnya Dato' Sharkar sedar bahawa rakyat inginkan maklumat yang "santai" dan terkini tentang isu-isu semasa dan sebagainya. Maka itu beliau gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut. Setakat jadi exco, kemudia pergi merasmi program di sana sini, semua orang boleh buat. Sepatutnya beliaulah yang mencetuskan idea dan melaksanakan tugasan penting ini sejak dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Amat memalukan bila seorang exco yang sepatutnya memainkan peranan ini gagal untuk bebruat demikian. Dalam masa yang sama, mereka agung-agungkan kewujudan MSC (Multi Media Super Coridor) yang terbesar di Pantai Timur yang terletak di Kuantan. Namun, mereka sendiri gagal memainkan peranan dan mendahului parti pembangkang dalam teknologi ICT itu sendir. Mereka lupa 2 juta pengundi baru adalah generasi muda, dan mungkin lebih dari 20% darinya adalah warga Pahang. Ini memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menguasai minda anak-anak muda tersebut. Keyakinan ini bersandarkan kepada apa yang berlaku sekarang, UMNO Pahang ketinggalan zaman dalam dunia ICT. Kami yakin agenda "Perang Siber" dan "Misi tawan Pahang" akan bermula di negeri ini, dan harapan untuk Pakatan Rakyat menakluki Pahang kian cerah dan sudah ada tanda-tandanya.

[Kami mendapat maklumat bahawa blog ini kini mendapat rating yang tinggi daripada kakitangan awam dan mahasiswa anak Pahang di seluruh dunia. Maka itu, besar harapan kami agar sokongan padu ini akan dapat mewujudkan satu kekuatan untuk kami menggempur kerajaan negeri Pahang dengan siri pendedahan terkini yang lebih panas dan sensasi selepas ini. Kami juga menyeru kepada pihak-pihak terbabit, terutamanya yang mempunyai maklumat tentang penyelewengan, rasuah dan korupsi di jabatan masing-masing agar menyalurkan maklumat serta bukti untuk didedahkan disini. Semoga dengan ini kita akan dapat mengadakan "check n balance" terhadap kepimpinan kerajaan negeri Pahang yang senantiasa dirundung masalah kewangan sejak dulu, kini dan selamanya ini].

Posted at 09:37 am by Cucu Mat Kilau
Comments (3)  

Next Page