KUALA LUMPUR - Gara-gara untuk menambah populariti dan memastikan kemenangannya sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu Mac ini, maka Dato' Jamaluddin Jarjis dipercayai telah "membeli 10 orang bloggers" terkenal di sini bagi mempromosikan dirinya di alam siber. Menurut sumber, satu pertemuan sulit telah diadakan di sebuah hotel beberapa hari menjelang Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini. Kami belum memperolehi maklumat nama-nama bloggers yang telah dibeli secara tunai oleh Dato' JJ itu. Namun begitu, kami menganggap ini senario biasa dalam politik alaf baru era globalisasi. Jika dulu kita sering mendengar wartawan akhbar arus perdana "dipelihara" oleh pemimpin tertentu. Kini di era ICT, peranan bloggers adalah "penting" dan paling berkesan dari media yang lain untuk tujuan kempen serta memastikan hala tuju seseorang pemimpin itu. Justeru itu, kepada mana-mana pemimpin baik dalam BN atau pun Pakatan Rakyat, diharap dapat memantau perkara ini. Peranan bloggers jangan sesekali dipandang remeh dan dinafikan. Bloggers kini berperanan untuk menaikkan atau menjatuhkkan sesebuah kerajaan atau pemimpin tertentu. Kewujudan bloggers diharap sebagai penyeri iklim politik negara pada masa akan datang. Mungkin selepas ini, setiap ahli yang berhormat akan mempunyai pegawai khas IT (Bloggers) peribadi masing-masing. Bahkan, mana-mana bloggers yang popular juga sudah mula boleh "demand" harga-harga tertentu sekiranya mereka ingin menggunakan perkhidmatan bloggers terbabit. Sumber: pahangdaily[Ramai juga krew-krew Pahang Daily Online yang kini mendapat tawaran daripada beberapa orang ahli politik kerajaan dan juga Pakatan Rakyat untuk tujuan membantu kerjaya politik mereka. Senario ini jelas sekali, bakal menaikkan martabat dan nilai seseorang bloggers itu pada masa akan datang. Kami amatlah berharap agar para bloggers dapat memilih jalan yang betul dan sesuai dalam memastikan masa depan mereka nanti. Kami juga akan mengadakan satu siri roadshow Bengkel Asas Bloggers ke seluruh negara awal Januari 2009 nanti. Ini secara tidak langsung untuk memberi latihan dan tunjuk ajar yang berguna kepada semua pihak terutamanya golongan muda mengetahui selok belok untuk menjadi seorang Bloggers yang baik. Penyertaan adalah di buka kepada semua rakyat Malaysia].