Entry: . Monday, December 08, 2008



Eksklusif: Bacul Dan Memualkan, Penulis Blog Pro UMNO Cuba Sekat Ruangan Komentar Pembaca !!

Nampak benar puak-puak UMNO terutamanya "Team Cyber Trooper" mereka "bacul" dalam mengendalikan blog masing-masing. Kami cuba menyiasat dan meninjau satu persatu blog terbabit terutamanya pada ruangan "Komentar". Mereka takut untuk membuka ruangan itu secara telus kepada mana-mana "pembaca". Apa yang berlaku dalam kesemua blog terbabit, memerlukan "password" dan anda yang mahu memberi komen wajib berdaftar dulu dengan "Blogger.com". Jika tidak sudah pasti anda tidak dibenarkan memberi komen. Tujuannya satu, untuk memudahkan mereka "siasat" anda datang dari blog mana. Inilah dia sebenarnya langkah berjaga-jaga yang diambil oleh mereka. Paling menarik, tatkala kami meninjau ke blog yang tiba-tiba "aktif semula" setelah didesak oleh MB baru-baru ini, iaitu www.pahangdaily.com yang dikendalikan oleh Pak Tam. Blog ini lagi "mengampu", sebab cuba menjilat apa sahaja kebobrokan yang dilakukan oleh "boss-boss mereka" itu. Maka, pada ruangan komen itu terpaksa disiasat dulu semua ayat-ayatnya, sebelum disiarkan. Alasannya ialah "Walaupun begitu, saya keluarkan komen saudara tanpa meng 'edit' satu patah perkataan pun. Apakah itu tidak cukup bukti. Moderator hanya untuk memastikan tidak wujud fitnah yang melampau atau apa-apa yang berbau hasutan kerana kami blog yang bertanggongjawab untuk keamanan dan kesejahteraan semua.".

Persoalan ini dibangkitkan oleh salah seorang pembaca yang memberi komen iaitu Keris Panjang, dimana beliau bertanya "ini lg satu..tak berani mcm pahang daily online..posting nk tunggu approve moderator lak dulu..panakut saangat..dalam hal ini pahang daily online patut dipuji kerana mereka ni walau pun aku tgok taksub..tetapi berani menerima komen secara terus..nk tapis ape nyer!". Maknanya disini memang mereka ini takut berpijak dibumi yang nyata sebenarnya. Kebebasan yang diberikan itu, masih diragui. Samalah dengan apa yang berlaku kepada media arus perdana di luar sana. Sungguh memualkan bila setiap kali anda membuat komen dalam blog Pak tam ini, akan tertera ayat "Your comment is awaiting moderation" . Ertinya, komen anda itu akan diluluskan jika ia tidak menyinggung perasaan Pak Tam dan kerajaan negeri sendiri. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa Penulis Blog yang dibayar oleh kerajaan negeri sebenarnya tidak berani dan yakin kepada diri sendiri. Maka sia-sia sahaja MB Pahang membayar elaun kepada semua penulis blog terbabit nanti.

Blog MB Pahang Tidak Aktif Sejak April

Sesuatu yang amat mengecewakan rakyat Pahang kini ialah sikap MB Pahang sendiri. Beliau nampak beriya-iya benar mahukan penulis blog membuat blog untuk melawan asakan blog "rakyat" yang dikatakan banyak menfitnah serta membuat tohmahan terhadap kempimpinan UMNO negeri Pahang. Namun, dalam sedar atau tidak, beliau sendiri rupanya tidak sedar yang dirinya mempunyai sebuah blog peribadi. Kami cuba meninjau blog MB Pahang ini www.adnanyaakob.blogspot.com, namun sungguh "teruja" tatkala melihat blog itu gagal untuk dikemaskini oleh beliau atau blogger upahannya. Posting terakhir beliau dalam blog yang bertarikh 9 April 2008 berbunyi kenyataan " Saya ingin membuat penjelasan mengenai tajuk berita dalam Utusan Malaysia 19 April 2008, hari Sabtu muka surat tiga bertajuk 'Jawatan Exco gugur MB'. 02. Tajuk berita dan isi berita dalam para enam yang melaporkan " dan sebagai Menteri Besar, beliau (yakni Adnan) mempunyai hak mutlak melantik sesiapa sahaja". Ini menunjukkan selepas tarikh itu, tiada lagi informasi yang dapat diikuti oleh rakyat Pahang tentang Adnan Yaakob. Justeru itu, kami mengesyorkan agar MB Pahang melantik mana-mana Bloggers terkenal yang kebanyakkannya "menganggur" untuk menguruskan blog peribadi beliau itu. Malu rasanya menjadi rakyat Pahang bila melihat MB yang menjuarai "isu blog" tetapi blog sendiri tidak berfungsi dengan baik. Sebelum ini juga kami pernah dedahkan perihal blog UMNO Pahang yang juga telah tersadai.. Mana pergi Exco Multimedia dan Penerangan Negeri, Sharkar Shamsuddin. Adnan harus memaksa beliau "letak jawatan" kerana jelas sekali beliau gagal melaksanakan tugasnya itu. Sumber: pahangdaily

[Jika ruangan komen pun mahu di"block-block" oleh Cyber Trooper UMNO, maka tiada gunanya anda menjadi penulis blog. Ini jelas menunjukkan anda hanya boleh menerima pandangan positif atas segala kenyataan yang anda buat. Sebaliknya anda tidak berupaya untuk mendengar pandangan negatif serta komen-komen yang pedas dan panas terhadap kenyataan tersebut. Inilah dia mentaliti kerajaan BN dan UMNO selama ini, rakyat mahu disogokkan dengan maklumat mereka sahaja. Mereka mahu rakyat hanya membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian, manakala hanya menonton berita RTM dan TV3 sahaja. Jika rakyat cuba mencari alternatif lain sebagai sumber maklumat, maka akan dihalang dengan berbagai akta. Akhirnya rakyat meilih "laman blog", dan ternyata media itu kini lebih berpengaruh dari lain-lain media yang ada. Mereka harus sedar bahawa 2 juta pengundi muda celik ICT, maknanya?].

   2 comments

tok gajah
September 3, 2009   04:40 PM PDT
 
hidup pkr
Ajis Grik
July 20, 2009   03:59 PM PDT
 
Syabas kerana berani menegakkan kebenaran,saya ingin menarik perhatain Tuan mengenai fitnah terbaru kepada DSAI,melalui blog Saiful pecacai yang menjual maruah diri itu dapat di agak bahawa terdapat kuncu-kuncu beliau yang bergerak di Pejabat Parti keadilan Rakyat untuk memantau dan memaklumkan setiap strategi PKR.Olih itu moga pihak PKR dapat menghidu dan menyahkan mereka ini dari berada didalam kelompok PKR sebelum terlambat.Walaupun tindakan tuduhan liwat ini mungkin senjata terakhir tetapi tidak mustahil mereka juga mempunyai plan B jika plan A tidak dipercayai rakyat dan melemahkan lagi BN,untuk perhatian semua bagaimana kita bolih menghukum sesaorang sebagai pencuri ayam jika ayam tidak pernah hilang,bagaimana seorang manusia bacul bolih mengaku diliwat sedangkan 4 doktor 3 darinya pakar mengesahkan tiada langsung tanda-tanda duburnya diliwat dan masih sempit lagi.moga Allah memberi pembalasan kepada pemfitnah seadil-adilnya,bagi saydara yg cintakan keadilan marilah sama-sama kita bersolat hajat memohon Allah memberi pembalasan yg setimpal kepada mereka yang bersalah.Amin

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments